Sunday, July 31, 2011

Marhaban ya Ramadhan Kareem

Gambar printscreen dari Youtube

Ala..pengumuman puasa tahun ni, dah tak dibuat oleh penyimpan mohor besar yang sama lagi. Dah tukar orang. Baru je nak tengok dia pakai baju melayu apa untuk pengumuman kali ini. Tup tup da bertukar orang lain. Dah tak dapat nak dengar dia bagi pengumuman dengan cara dia yang slow motion tapi best. Rindu kot. Padahal sokmo tiru dia cakap hehe

Apa2 pun selamat berpuasa, berbuka, bersahur, berterawih di bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah kita masih berpeluang merasai Ramadhan tahun ini. Semoga puasa kali ni, kita akan dapat tambah amal ibadat, kurangkan benda yang sia2, banyak berzikir, banyak baca quran, banyak bersedekah.

Puasa tahun ni berpuasa bersama keluarga setelah 4 tahun berpuasa di perantauan

Puasa tahun ni, kena bangun sahur tiap2 hari sebab da duk rumah family. Kalau dulu kat hostel, bangun sahur minum air masak pastu tidur balik

Puasa tahun ni, dah tak dapat membeli makanan di bazaar ramadhan UniSZA bersama kawan2

Puasa tahun ni, dah tak dapat berbuka puasa bersama kawan2 di hostel

Puasa tahun ni, lepas terawih dapat makan moreh di surau ..yehh…

Puasa tahun ni, puasa pertama bergelar pekerja. Harap2 tidak begitu penat sepanjang puasa

Puasa tahun ni, adik kesayangan saya berpuasa di Terengganu. kasihan adik saya T_T

First day terawih : lepas habis terawih nak buat solat witir, tapi boleh ke aku terlupa apa nama solat lepas terawih. Nak niat pun tak boleh sebab tak ingat nama solat. Bapak aku pun sama hehe. Tapi aku ingat juga akhirnya.





Tuesday, July 26, 2011

Soalan exam PTD 2011

16 julai 2011, aku menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomat (PTD) di SMK Puteri Titiwangsa. Punya la jauh orang Shah Alam amik exam kat KL.Haha skema tak ayat pertama..harus la skema sebab dalam exam tu ada paper yang kena buat karangan. Masa datang exam ni, ingatkan Melayu je datang, rupa2nya 1Malaysia. Bagus2… teruja rasa tengok berbilang kaum dan bangsa datang exam ni

Exam PTD ni terbahagi kepada 5 kertas:

1) Soalan tentang pengetahuan am
- 1st soalan aku dah tak tahu jawap. Soalan pertamanya adalah “apakah portal/website rasmi kerajaan Malaysia” – pilhan jawapan : my EG, myservices, mygovernment n satu lagi tak ingat. myEG tu sokmo dengar kat radio tapi tak pernah try nak buka. Eh pernah kot sekali je. Dan jawapan dia adalah mygovernment. Hoho. Aku harap aku hentam betul. Untuk paper ni, banyak soalan yang dalam buku pengajian am tingkatan 6 seperti

  • dasar2 Malaysia = dasar penswastaan dan dasar pensyarikatan, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan bidang tugasnya. Yang soalan pasal ni memang soalan feveret pngajian am STPM dan tak sangka masuk dalam exam PTD juga
  • Dasar2 kerajaan yang baru : NKRA, Model Baru Ekonomi (MBE) , KL Greater, ETP
  • SPA, JPA
  • Isu2 semasa : tsunami jepun
  • Dunia IT : open office, virus Trojan
  • ASEAN

2) Soalan matematik form 5 dan logic
- Banyak pasal kebarangkalian dan peratus

3) Soalan pemahaman/ comprehension
- 2 karangan bahasa melayu, dua karangan bahasa inggeris. Jawapan boleh cari dalam karangan je

4) Karangan bahasa melayu
- Derma organ
- Nuklear
- Peranan pertubuhan dunia dan peperangan <- aku jawap yang ni

5) Karangan Bahasa Inggeris
- Technology and communication <- aku jawap yang ni, entah merepek apa tulis ni
- Recycle
- Public services

Exam karangan Bahasa Melayu, aku keluar dari dewan paling cepat sebab nak pergi lunch cepat2 dan solat cepat2. Malas nak berebut. Tapi paling tak boleh blah, ramai gila keluar awal time exam essay English. Gila la semua orang terror English. Aku keluar lambat sikit sebab salin balik essay yang buat cincai2.

Rasa nak buat exam ni tiap2 tahun sebab boleh test pengetahuan am. Mentang2 sem lepas takde exam

Update : Soalan Essay English PTD 2012 dari AidaSue






Thursday, July 21, 2011

Happy 24th Birthday To Me

OMG! Im 24 dis year..semakin tua..umur je la tua. Tapi muka saya tetap muda macam budak 18 tahun taw [perasan]

Birthday kali ini adalah seperti birthday orang dewasa. Tiada celebration mana tapi yang pasti dapat wish yang banyak dan of course dari Facebook. Terima kasih banyak2 kepada semua yang wish :)

Hadiah tahun ini? Tak dapat pun sebab da tua T_T tapi hadiah paling best tapi tak boleh nak redeem adalah FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide



Wahh TGV bagi tiket free sebagai hadiah hari jadi tapi malangnya tak boleh nak amik sebab jauh tempatnya dan waktu kerja sob2. Dan Nuffnang adalah orang pertama paling awal wish..siapa nak tolong saya amik kan tiket tu T_T



And special wish adalah dari Fouziah Gous dalam Twitter dia. OMG! Actually menumpang je twit orang lain. Ada seorang peminat Fauziah Gous yang kebetulan sama birthday dengan saya twit Fouziah Gous tentang bday dia. Dan saya pun menyibuk minta wish juga..hehe thnks sis Fouziah..dia memang cantik dan best..jom tengok cerita terbaru beliau dengan Fazura dalam Tahajud Cinta , Jumaat 9 malam

Birthday kek tahun ini adalah disponsor oleh

.

.

.

.

Diri sendiri..haha sadis kan..sambut bday syok sendiri , beli kek sendiri, at least dapat bagi sendiri makan dan family makan. Kek dibeli daripada aunty Nani Rostam, Hanis Zalikha’s mummy. Dah lama teringin nak makan kek ni. Akhirnya tercapai juga impian ku..dapat order untuk hari jadi sendiri . sedap kek ni. Better dari Secret Recipe..yummy. dan dapatlah peluang untuk berjumpa dengan Hanis Zalikha yang cantik dan bersalam dengan beliau walaupun sebentar. Ok da beli jugak biskut raya dari Aunty Nani. Sedappp..ada macam2 pilihan


Akhir kata, di umur yang sudah lanjut ini, sudah semestinya saya tetap rasa dah tua dan banyak la orang Tanya “bila nak kahwin ni?” dan “semoga cepat jodoh..aminnnn” LOL. Sila tanya dengan bakal suami saya :p


Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #1 : Imam Muda Kanak-kanak


Wordless Wednesday Contest 2. join NOW!!



Monday, July 18, 2011

Best gila kalau ada exam macamni


Aku harap aku 4.0 flat or A++ kalau ada exam macam ni ^_^


Wednesday, July 13, 2011

My First Job


Currently working as Web & SEO Analyst at Nexus Mediaworks Sdn. Bhd.
:)

Our products are website with SEO or without

I have very cool colleague and super cool boss ! 

Which colour is my business card? Nak? Meh ar cni :p




Friday, July 08, 2011

Simapages and payless.com.my Launching

Simapages and payless.com.my adalah dua produk dari syarikat Nexus Mediaworks Sdn. Bhd., syarikat tempat saya praktikal. Ia adalah projek besar and long term.

Simapages.com adalah satu directory yang mengumpulkan semua maklumat tentang bisnes2 yang ada di seluruh negara bukan sahaja di Malaysia malah di 20 buah negara seluruh dunia. Di sini anda boleh mencari maklumat bisnes yang berkaitan tempat makan, supplier2, dan apa sahaja perniagaan. Ia mengumpulkan maklumat tentang perniagaan seperti alamat perniagaan, nombor telefon, website, map dan sebagainya.jadi mudah untuk kita mencari di manakah  lokasi perniagaan yang berdekatan dengan anda

Payless.com.my pula adalah satu website yang menawarkan tawaran menarik dan eksklusif untuk pengunjung2nya seperti deals pedicure yang memberi diskaun sehingga 45.90% diskaun..!!

with our dedicated boss


24 Jun 2011 adalah tarikh pelancaran simapages, payless.com.my dan payless megastore. Masa untuk bergambar, enjoy dan berjumpa orang2 besar seperti Dato' Aziz Bakar, chairman of Air Asia :D

technical girls

More details about payless, simapages and payless megastore

“The whole solution integrated solution started from Auckland, new Zealand. We are aggressively recruiting staffs, merchants, partners for 20 countries.


http://www.payless.com.my/ is unlike mydeal, groupon, superdeal, and etc. http://www.payless.com.my/ is and intergrated solution and it will be part of http://www.simapages.com/ and http://my.paylessmegastore.com/


We offered an integrated solution from Passive-Active-Interactivity solution, we merchant will have http://www.simapages.com/ as an advertising platform, long term merchandise inhttp://my.paylessmegastore.com/ and http://www.payless.com.my/(Malaysia) for Daily Deals.


Our solution offering is extended to 20 countries by the end of 2011 and we will be extending to another 20 countries by the end of 2012.”



Google