Friday, January 20, 2012

Gong Xi Fat Chai - Selamat Tahun Baru Cina

Tong tong cang ! tong tong cang! Gong xi ging xi gong xi ni

Ni antara lagu chinese new year yang aku suka sebab lagu ni macam rancak .  Kalau pergi shopping complex bolehla dengar lagu ni. Hari tu ada suruh rakan sekerja pasang lagu dalam ofiz tapi takde pun lagu ni. Kita pulak yang semangat2 nak dengar lagu CNY.  Ingat macam kita raya la. Kan kita raya mesti nak dengar lagu raya
Gambar dari Wina

Tapi perasan tak, lagu raya bangsa dan agama lain, semua rancak2 dan bersemangat. Tak de pun lagu2 syahdu dan sedih macam lagu raya melayu. Tangkap leleh betul orang Melayu ni

Kat office aku 75% adalah cina. Melayu cumalah 4 orang tak termasuk intern. Walaupun berlainan bangsa dan agama, kitorang tetap hidup harmoni dalam ofiz ni

Gambar dari Zar
Best pasal CNY sebab dapat makan buah limau dan juga angpow hoyeh! Tahun ni ada decoration CNY sikit2 cantik kan?


Gambar dari Wina

Boleh ke nak wish Happy Chinese New Year kat orang Cina? Sebab nak wish Happy Deepavali dan Merry Christmas tak boleh.. Jawapannya BOLEH! Sebab Tahun Baru Cina adalah perayaan kaum dan bangsa..bukan agama..macam kita wish Happy New Year..tu kan calendar orang bukan islam juga tapi takde kaitan dengan agama

Gambar dari Fong
Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan sekerja yang berbangsa Cina : Fong, Pei Ling, Kelly, David, Yoke Lin, Jess, Phui Ng, Grace dan rakan2 lain Ong dan Chu


Kita cuti seminggu CNY ni..u jelly? Stay jelly!


Tuesday, January 10, 2012

Blogger Mobile Template

Hai semorangggg <--- mengucap hai macam cik epal.

Sekarang ni ramai dah ada smartphone. Ramai gila gajet sekarang. Iphone, Samsung galaxy, HTC, iPad, Galaxy Tab pasti idaman semua orang sekarang ni. Kalau budak2 yang dapat result bagus-bagus dalam peperiksaan, mesti minta hadiah macam ni dari parents ke kakak dan abang dorang.

Sekarang pun baca blog ikut smartphone juga. Dah balik kerja, penat la pulak nak buka laptop or computer lagi. So online guna smartphone je.

Tapi tahukah anda, blogger pun dah ada mobile template untuk menyenangkan pengguna-pengguna internet mobile membaca blog anda. Sebab kalau blog yang tak guna mobile template ni, susah sikit nak baca, kena zoom out bagai. Gambar pun tak clear sangat

Macam mana nak dapat moble template ni?

Senang je..mula mula pergi kat

Dashboard > Setting > Email & Mobile > Show Mobile Template > Yes

Bila kita save, nanti rupa dia jadi camni..taraaa..senang sikit nak baca blog korang dan jimatkan loading time


Jom jom tukar..nanti bila kita check statistic blog, boleh la nampak pengguna dari browser dari pelbagai OS dan browser macam ni ..Kita punya takde la banyak sangat tapi ada lah sikit2 . Selamat Bertukar!



Monday, January 02, 2012

Selamat tahun Baru 2012

Pejam celik, sedar tak sedar kita dah masuk ke tahun 2012. Tahun 2012 maksudnya dah umur 25 tahun, umur da matang dah hamagadd..target umur nak kahwin…Lolololo

Bak kata adik bongsu ku
“Along, along kena kahwin tahun ni..”
“Kenapa?”
“Sebab tahun ni along dah 25 tahun”
-_-‘

Macam orang lain, aku pun ada azam untuk tahun ni..tapi actually tak da azam yang exact..err..maksudnya..aku pun tak tahu apa aku nak target untuk tahun ni selain kahwin. Tapi aku akan cari setiap hari untuk buat satu kejayaan walaupun kecil bagi diri aku.

Dah 25 tahun tapi macam takde kejayaan yang boleh nak dibanggakan dan bila dibandingkan dengan kawan2 seperjuangan, jeles tengok mereka dah berjaya dan gembira dengan pencapaian masing2. So aku kena buktikan aku pun boleh berjaya walaupun orang tak nampak , aku akan rasa puas hati dengan kejayaan itu.

Yang penting? Kerjasama? Er bukan.. yang penting azam dan semangat yang kuat dan buang sifat malas. Orang berjaya mana ada yang malas..ye dop?

Selamat tahun baru 2012. Tahun lompat. Tahun kiamat? No no no..jangan percaya..dosa.. kiamat kan rahsia Allah..yang penting kita tambahkan amal dan ibdat kita untuk tahun ni..bukan azam dunia je..azam akhirat lagi lah perlu

Sumber gambar : google aje..

Dan good job kerajaan Selangor sebab penganjuran majlis sambutan tahun baru yang terbaik dan dapat mengajak muda mudi mengingati Allah di tahun baru dari duk berhuhahuha kat I-city tu..oopps..aku tak pergi pun..kurang rajin nak pergi bersesak walaupun dekat je dengan rumah..takpe youtube kan ada :)


Google