Thursday, June 28, 2012

Laksa Shah Alam



Kalau nak makan laksa utara yang kuahnya pekat di Shah Alam, saya recommend Laksa Utara di Seksyen 7 Shah Alam. Kuah laksanya memang pekat,kaw dan terangkat.

Ia terletak di jalan yang nak menghala pintu masuk  I-City . Kalau korang pernah pergi I-City Shah Alam,mesti pernah Nampak ada kedai2 dan macam bengkel2 sebelah kanan sebelum masuk ke I-city kan ? haaa..kat situ la terletak tempat penjualan Best Laksa Shah Alam. Lokasi Cendol Pulut/ Tapai Laksa Utara


Buat pengetahuan anda semua, laksa ini bukanlah dijual di kedai tapi di sebuah lori di tepi jalan. Korang kena jalan sampai hujung deretan kedai dan bengkel tu dan mesti korang akan jumpa lori jual laksa ni.
Harga laksa ni murah sahaja, hanya RM 3.50. Boleh makan di situ atau boleh bungkus. 


Kalau tengok orang yang datang makan kat situ, memang penuh lah..ada kerusi yang disediakan, jadi anda boleh menikmati laksa utara yang lazat dengan melepak di situ. Kalau nak tengok orang yang datang ke situ, memang beratur panjang, tapi jangan risau, servis mereka memang cepat. Jadi anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk makan laksa utara yang enak itu. Review di foursquare pun semuanya bagus2 belaka seperti : Sataq d. March 21, 2011 "mmg power.. smpai ngigau mlm teringat power laksa nih..."


Selain laksa utara, cendol pun ada dijual di sini. Ada 3 pilihan untuk cendol; cendol biasa, cendol tapai dan cendol pulut. Sambil makan laksa, boleh minum cendol yang dapat melegakan tekak di hari panas.


Jadi, jika anda mencari laksa Shah Alam dan juga cendol di Shah Alam, boleh la datang makan atau bungkus di lori yang menjual laksa utara dan cendol ini yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Sekali beli, pasti beli banyak2 lagi 


Thursday, June 21, 2012

Review Kitab Terfaktab 1 – Definisi Cinta Infiniti #1


Kitab Terfaktab #1 yang belah kanan , ada muka orang sebelah tu

Terfaktab. Macam pelik je bunyinya kan. Ini adalah sebuah buku underground bagi aku sebab tak jumpa dekat mana2 kedai buku. Tapi rasanya sekarang dah masuk Kinokuniya kat KLCC oleh Lejenpress.

Terfaktab adalah buku pertama aku setelah sekian lama tak membaca buku. Buku yang dihadiahkan oleh awak. Terima kasih awak sebab telah memupuk minat membaca kepada saya. Aku memang beria-ia nak cari buku ni. Dulu ingat nak beli kat Penulis Sahaja tapi stok buku pada beliau sudah kehabisan. Makanya buah hati telah membelikan buku ini secara online di Gobok Buku sekali dengan Kitab Terfaktab 2.

Kenapa aku berminat nak baca kitab terfaktab ni?
  1.  Sudah pasti kerana ia berkaitan dengan cinta cintun. Sesuai sangat dengan orang yang jiwang macam ni walaupun tahap kejiwangan sekarang ni makin turun merundum.
  2. Tulisan bersahaja oleh penulis-penulisnya seramai 13 orang yang mengupas isu cinta secara santai, tidak skema, tak perlu menggunakan otak banyak sangat untuk berfikir dan yang penting macam kawan kau tengah nasihat kan kau tentang cinta
  3. Gaya tulisan mereka dalam kitab Terfaktab 1 ini macam gaya penulisan blogger. So kalau kau suka baca blog dan suka pasal cinta, buku ini memang untukmu.
  4.  Penulis2nya juga adalah tweeps yang famous dalam twitter seperti leplep, alexia aqram, Mr. K etc

Antara tajuk-tajuk dalam buku ini adalah seperti Perkahwinan Diaturkan Keluarga, Long Distance Relationship, Curang, Move On dan banyak lagi. Selain isu2 yang dikupas, ada juga cerpen dan komik dimuatkan dalam buku ini.

 Antara feveret cerpen aku adalah Rasa yang Rahsia oleh Penulis Sahaja. Berkisar tentang perkenalan antara Adam, seorang pejuang jalanan bola sepak dengan Ana yang menjaga booth di hadapan boothnya. Perkenalan singkat mereka telah membuat Adam mengenali perempuan walaupun malu2. Aku suka cara Penulis Sahaja endingkan dia punya cerpen. Macam member satu kepuasan setelah habis jalan penceritaannya dan unik, tidak seperti cerpen yang boleh dijangka kan endingnya.

Cerpen kedua yang terbaik bagi aku adalah “Dan Sesungguhnya Kau Adalah Nyawaku” oleh Elena Reeney. Berkisar tentang hubungan satu pasangan yang ditentang oleh semua pihak; keluarga, rakan2 tapi mereka tetap berusaha mengukuhkan hubungan mereka walau apa cabaran pun yang mendatang. Susah senang, mereka lalui bersama-sama. Dan yang pasti, ending cerita ini bukan juga ending dalam cerpen2 biasa. Sesuatu yang tidak dijangka dan korang akan jerit “Arrghhh, Kenapa!!!!???”

Kisah benar dari Nami Cob Nobbler, “Tribute to Elly” berkisar kisah cinta mereka dan akhirnya gadis yang bernama Elly meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Bukan mudah untuk Nami move on walaupun kisah ini sudah lama berlaku

Move on, be brave, 
Don’t weep at my grave, 
Because I’m no longer here. 
But please never let, 
Your memory of me disappear. 

Terfaktab ini memang sesuai untuk mereka yang tengah hangat bercinta kerana mereka sedang mengalami cinta itu; mereka yang sedang putus cinta kerana boleh mengubat hati yang duka lara dan membuat anda sedar dan kembali ke dunia nyata; buat mereka yang pernah bercinta tapi masih single, buat anda tersenyum saat2 indah dan hodoh ketika anda bercinta dulu.

Kitab Terfaktab sudah masuk edisi yang kedua dan insyallah akan ku review satu hari nanti. Kat mana nak beli buku2 yang menarik ini? Selain di event2 seperti Frinjan, Twtup dan sewaktu dengannya, anda juga boleh membelinya secara online di Lejenpress yang berharga RM20 tunai.

Selain dari buku, korang boleh baca tentang cinta dan sewaktu dengannya di blog terfaktab


Friday, June 15, 2012

Not too personal

Aku jarang menulis kisah peribadi sekarang di blog. Bila baca blog orang lain yang menulis kisah peribadi, macam seronok je baca. Kisah hidupku boring? Mungkin juga. Orang kata, bila dah bekerja, kehidupan kita agak lifeless.

Sekarang aku hanya mahu mengejar impianku. Dan impian itu aku harap Allah kabulkannya. Kalau mungkin itu bukan yang terbaik untukku, mungkin sesuatu yang lebih baik dan menarik akan datang pada masa hadapan. Yang penting kita hanya perlu sabar menunggu dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Bila kau bersangka baik dengan Allah, you will feel good :)


Sebenarnya dan kalau boleh, macam2 aku nak tulis kat sini. Tapi aku pilih untuk menjaga hati semua pihak. Mungkin ada yang bersedih atas kegembiraanku, mungkin ada yang berduka ketika aku bahagia, jadi aku lebih suka menyimpannya dalam ingatan.

Tapi aku suka melihat mereka yang gembira dan bahagia. Tapi buat mereka yang berduka, percayalah, aku selalu berdoa untuk kalian, walaupun kalian tidak pernah tahu.




Wednesday, June 06, 2012

Restoran Barra Seksyen 7, Restoran Mamak Shah Alam


Restoran Barra Seksyen 7, Restoran Mamak Shah Alam

Kat mana tempat kesukaan student2, orang2 biasa melepak dan makan? Jawapannya tentulah kedai mamak. Antara kedai mamak yang happening dan makanan sedap kat Shah Alam adalah Restoran Barra!

Restoran Barra terletak di Seksyen 7 Shah Alam, belakang KFC, Pizza Hut Seksyen 7 Shah Alam. Tempat ni memang penuhlah dengan student UiTM, Unisel, orang dah bekerja, couple, keluarga datang makan kat sini. Even artis pun ada datang makan kat sini lagi2 kalau ada game bola sepak! Memang port happening untuk tengok bola juga.




Apa makanan kat sini yang best? Macam yang selalu dipromote di Facebook Restoran Barra, salah satu favorite aku juga adalah roti nan cheese dan ayam tandoori dia. Memang masyuk makan wa cakap sama lu. Cheese dia memang banyak la akalau nak dibandingkan kedai mamak lain yang bagi sikit2 je cheese sampai kadang2 tak jumpa mana cheese nya. Tapi roti nan cheese Barra lain, sekali makan, kau akan mengidam2 sampai bila2. Roti Nan Cheese makan dengan kuah dhal dia yang pekat dan kuah hijau yang pedas. Memang terangkat la.

Selain tu, kalau suka kambing, korang boleh try nasi goreng kambing. Memang rasa kambing sejati. Er maksudnya…memang sedap la nasi goring yang enak dicampur pula dengan daging kambing. Sesuai untuk dimakan oleh peminat2 kambing.

Lain2 makanan yang famous dan selalu dipromote oleh Restoran Barra adalah menu terbaru mereka, mee sizzling, dan menu kesukaan ramai : nasi goreng ayam Barra.

Tapi yang paling best kat Barra ni, kalau lah rezeki korang murah hari tu,korang dapat makan FREE! Ye PERCUMA!!! Tak percaya? Silalah percaya sebab ini betul2, bukan cobaan..kalau korang bertuah, nanti ada sorang abang hensem datang kat korang dengan bawa kertas laminate yang tertulis “You’ve been BARRARIZED”. Lepas tu dia akan tangkap gambar korang dan amik bil korang. Bila dia dah dapat Barrarized, ucaplah Alhamdulillah dan bersyukur dengan rezeki percuma pada hari tu.

Kalau korang tak dapat makan free pun, mungkin kalau korang ni hensem atau cantik di pandangan abam2 di Barra, gambar korang yang sedang melepak akan diambil dan diupload ke facebook Barra. So famous la korang kejap dekat facebook tu. Kot2 ada yang berkenan, boleh lah berjumpa jodoh.

Tengok kat gambar ni, ada banyak gambar kecik2 yang dicantumkan menjadi artwork dan digantungkan di dinding Barra. Kalau gambar korang pulak yang bertuah, gambar korang akan diabadikan di dinding Barra.


Kadang2 Barra punya baik hati, dia akan bagi hadiah2 lain, macam aku pernah tengok dulu, main laser2 tu, lepas tu ada tiket apa tah..tapi ada la promotion yang dia akan buat dari masa ke semasa.

So kalau datang shah alam, jangan lupa lepak, makan di Restoran Barra Seksyen 7 Shah Alam.

Antara restoran sedap di Shah Alam



Google