Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #6 - Long Distance Relationship (LDR)



Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #5 - Doa Sahabat


bff ♥♥♥


Monday, December 19, 2011

Sometimes...

Sometimes it's better to leave things unsaid.

Sometimes words can't describe how you feel.

Sometimes you are too sensitive while other times you are strong and tough person.

Sometimes you just need some times to recover after being hurt.

Sometimes you are such a little girl who needs attention and hugs.

Sometimes...


Friday, December 09, 2011

Forum Alumni FIT UniSZA

Sudah hampir setahun meninggalkan zaman universiti tapi tidak sesekali saya melupakan malah sering merindui UniSZA dan Terengganu.Bila ada je peluang untuk menjejakkan kaki kembali ke sana, memang akan disambar secepat mungkin. 




Baru-baru ini, lecturer kami, Encik Suhailan menjemput rakan sekelasku untuk join forum kerjaya anjuran fakulti. Forum yang diberi nama alumni forum mengumpulkan alumni FIT untuk berkongsi pengalaman bekerja. Alhamdulillah kami sekelas kebanyakannya sudah mendapat pekerjaan walaupun kelas kami dulu paling nakal, siap assignment lambat, banyak main dan sewaktu dengannya. Tapi Alhamdulillah semua telah mendapat pekerjaan yang bagus2 dan bekerja di syarikat yang hebat2. Boleh tengok kat poster tu dah boleh tengok hebatnya dorang hehe.
Perjalanan ke Terengganu bermula pukul 4 pagi. Eh bukan pukul 4 pagi dah bangun tidur dan bersiap2 menuju ke LCCT dan transit di KLIA. Hebat tak? Haha padahal tak dapat beli tiket bas transit untuk ke LCCT so terpaksa la berhenti sebentar dan naik teksi KLIA ke LCCT. Sanggup tu tunggu pukul 6am semata2 nak jimat dan tak mau bayar caj perkhidmatan tengah malam :O
Cara untuk ke LCCT menaiki ERL dari mana-mana stesen, contohnya Putrajaya. Beli tiket di kaunter tiket (sebaik2nya sebab kat mesin tak jual) untuk ke LCCT. ERL akan berhenti di stesen Salak Tinggi dan bas akan membawa anda ke LCCT. Tiket ERL yang dibeli adalah sekali dengan tiket bas transit ke LCCT
Sampai LCCT tepat je pada masa orang tengah beratur nak naik kapal terbang. Tak payah buang masa duk tunggu lama2. Masuk je flight, pakai seatbelt, tengok2 majalah sementara tunggu kapal terbang berlepas, tiba2 terperasan seorang lelaki yang taf. Eh..AG HotFM!!! Kemudian di belakang belakangnya Faizal Ismail!! Dengan selambanya aku menegur “ Hai Faizal” , Faizal Ismail pun tersenyum mengembangkan hidungnya
Lepas tu baru tahu sebelum tu ada Farah Fauzana tapi dia sorok muka dengan shades, topi dan rambut. Memang agak susah nak cam la. Turun bas udara, semangat nak tunggu dorang amik gambar dengan dorang. Dengan gagapnya menegur AG nak amik gambar , ingat AG ajak Faizal sekali tapi FBI telah melarikan diri. Farah pula buat2 sibuk call teksi. Takpe la..dah pernah amik gambar dengan farah pun. Dorang datang ke Terengganu sempena Karnival upin ipin di Riyaz Heritage


Sampainya kami di airport, dijemput oleh Encik Suhailan. Pastu dibawa2 pusing Terengganu dan singgah makan di  Restoran AZ Selera Timur, Cabang Tiga. Makan nasi minyok dengan ayang meroh..nok makan ayang gula adop…sob2
Pusing2 Terengganu lagi dan kemudian ke UniSZA untuk bertemu lecturer, Dr Fadhilah untuk sedikit diskusi tentang master. Siapa2 nak buat master dalam bidang IT dan sewaktu dengannya di UniSZA amat digalakkan. Aku nak buat master? Nak baca suratkhabar pun tak terlarat sekarang -_-
Pukul 1230pm gitu baru la dapat check in di Villa Sri Mayang, Gong Badak yang terletak berhampiran UMT. Bilik Super Deluxe Room memang sangat best. Sangat selesa walaupun empat orang duduk satu bilik. Rehat2 kejap lepas tu terus siap2 ke forum yang bermula pukul 3pm. Tak sempat rehat dan tidur sebentar.

Sampai di Dewan Kuliah Utama UniSZA, memang cuak la sebab kononnya kena join forum tu. Memang tak ready apa ah dan rasa rendah diri sangat sebab tak sehebat rakan2 lain. Tapi alhamdulliah kerusi sofa atas stage ada empat je. Terselamatlah dan boleh jadi penonton.
Nak tahu apa yang dibincangkan dalam forum yang bertajuk “Oh Seniorku, buat apa sekarang?”. Boleh menontonnya dalam video2 khas yang diambil oleh Luqman Maat.













Berakhirnya forum ini, maka diserang oleh junior2 bertanya khabar dan bercerita tentang tempat kerja dan intern. Kasihan junior2ku sebab nak intern sekarang kena pergi interview, macam kerja pulak. Dah la jauh Terengganu – KL. Lain la dekat macam rumah aku ke Shah Alam Mall
Habis forum tentulah ada makannnnn..makan2 sambil borak2 bersama junior2 ku.
Malam pulak pergi lepak ramai2 kat Umar Kopitiam kepunyaan lecturer Fakulti Informatik UniSZA juga tapi dok rok nak amik gambar dan bergambar sebab sibuk makan2 dan berborak dan buat lawak sambil usha waiter kat Umar Kopitiam yang comel. Yang lelaki usha, aku join sekali hahah
Balik ke bilik, memang sedap ah tidur berhimpit2 sebab dapat merasakan kasih sayang antara kami. Dun be jelly :O
Apa2 pun short trip ni memang ohsem walaupun sangat penat dan tak cukup tidur bagai. Tapi part yang paling best tentang this trip is u


Wednesday, December 07, 2011

Wordless Wednesday #4 Pencuri Kacang



Google