Tuesday, November 14, 2017

Bercuti Di Kuching Sarawak

Bercuti Di Kuching Sarawak disebabkan bff aku nak berkahwin, makanya ada peluang keemasan bercuti sekali di Kuching yey. Dulu2 pernah pergi masa bujang, dengan kawanku Majdah orang Kuching tu la. Tapi sekarang datang dengan suami dan dua anak *insert icon terkejut*

Kami ke Sarawak bersama kak QB, book flight sama2 dan sewa homestay sama2. Dapat la jimat sikit di situ cuma kereta sewa je lain2 sebab nanti takut ada yang berlainan arah, senang ada kereta masing2.

Basically ni apa yang kami rancang..tapi ada beberapa perubahan sikit mengikut keadaan cuaca and anak2 hehe.

Itinerary di Kuching.
Jumaat
11am - Check in homestay
1130am - Cari lunch/tapau mkn kat umah
1245pm - duk rumah, laki g solat jumaat
4pm - Kubah ria
5pm - mee kolok mangkuk merah, moms laksa
8pm - dinner with kawan kbee

Sabtu
7am - breakfast tapau
10am - kenduri maj
1pm - balik homestay
4pm - waterfront, kek lapis (mira cake house/dayang salhah), medan satok
8pm - dinner (ayam penyet lalapan)

Ahad
630am serikin
1pm - balik homestay
4pm - free activity @ tugu kuching, cat museum
8pm - dinner at topspot (gerai no 25/muslim seafood - belakang Hotel Riverside Majestic Kuching . Makanan : Oyster omellete, lobster, siput buluh, sayur midin)

isnin
7am - breakfast


Kami ke Sarawak pada pagi Jumaat, tak sempat nak ke majlis pernikahan Majdah. Sob2. Takpe la takde rezeki sebab dia pun nikah pai Jumaat tu. Alhamdulillah majlis dia berjalan lancar. Kami sempat sampai sebelum solat Jumaat, so yang suami2 ada peluang untuk bersolat Jumaat di masjid yang berdekatan dengan homestay.

Sampai airport Kuching, kami dapat terus kereta sewa. Kemudian terus menuju ke Homestay di Taman Matang Jaya , FB : https://www.facebook.com/RD-Homestay-and-Tours-612260575501960/
Besar gila homestay ni. Ada 3 bilik dan memang luas. Ada washing machine, dapur, kak QB sempat lagi masak tu. Homestay ni juga berdekatan dengan masjid, kedai makan. Mula2 si suami tak jumpa kedai melayu, jumpa kedai cina je haha. So tengahari makan KFC aje

Petang Jumaat tu tak ke mana2 sebab hujan dan anak2 pun macam penat lagi. Malam baru kami keluar mencari makanan. Pusing2 jumpa juga kedai melayu dekat belah sana. Kami ke restoran Pak Amit Cafe. Kami order mee kolok, laksa Sarawak. Ya Allah sedapnya dua2 makanan tu. Rasa macam berada di awang2an. Balik saje singgah Kedai Pizza yang terkenal di Kuching, Pezzo Pizza berdekatan Pak Amit cafe juga.
A post shared by Haziqah Auni Helmi (@auniez) on


Esok pagi kami breakfast di Coffee Break, makan makanan Sarawak la lagi hehe. Macam biasa order mee kolok dan laksa sarawak juga. Tapi yang kat Pak Amit Cafe punya tetap terbaik.

A post shared by Haziqah Auni Helmi (@auniez) on
Dalam pukul 10am kami dah bersiap untuk ke kenduri Majdah. First time ke majlis perkahwinan orang Sarawak, so agak teruja di situ. Majlisnya start dalam pukul 11am dan berakhir dalam pukul 1pm. Kejap je kan. Tapi bagus camtu, takde la penat sangat. Majlis nya buat kat Dewan Islam. Makanan dia macam sama je dengan makanan kenduri di Semenanjung tapi rasanya macam ada lain sikit. Lepas sesi bergambar dengan pengantin, kami pun pulang.
A post shared by Haziqah Auni Helmi (@auniez) on

Lepas balik kenduri, rasa macam nak teruskan beli kek lapis je. Mula2 kami ke Mira cake house. Sebenarnya bukan la penggemar kek lapis sebab personally rasa kek lapis ni semua sama je hehe. Tapi lepas ke Mira Cake House tu baru tahu yang basic punya yang orang selalu jual tu yang basic la kira. Yang sedap tu biasanya yang ada cheese, sejuk2 ..haa tu memang sedap. Ada tester n mmg rasa la semua kek yang ada. HAHA. Aku memang suka makan tester.

Beli Kek Lapis yang ada cheese2 dan juga pes laksa sarawak brand Manan. Lepas tu terus balik.
Malam tu patutnya plan nak keluar cari makan tapi tiba2 Nuh pulak demam batuk2, maka cancel keluar makan. Suami pergi tapau makanan. Tapi kejap je demamnya huhu alhamdulillah. Aku syak sebab dia makan banyak sangat kurma lepas tu gatal tekak , batuk dan demam. Syukur makan nenas mujarab hilangkan batuk. Lepas tu kebah. Tp esoknya macam tak berani nak ke Serikin sebab takut demam lagi , susah nak jalan jauh.

Pagi tu Kak Bee masak nasi goreng. Jimat belanja di situ :p nasi goreng biasa je tapi sedap. Kak Bee siap pergi pasar beli ayam sebab anak dia tak makan makanan luar sangat. Dia masak sup ayam for lunch untuk anak2. Anak2 ku tumpang sekaki. TQ Kak Bee!

Since plan nak ke Serikin cancel, kami jalan2 kat bandar je. Kami ke Cat Museum, tengok sejarah Kuching dan jenis2 kucing. Ok la not bad juga experience kat situ. Tempatnya takde la besar tapi very informational.

A post shared by Haziqah Auni Helmi (@auniez) on

Lunch pula ke Ayam Penyet Lalapan. Actually dia baru juga buka kedai kat Kuching, originality dari Miri. Aku tau kedai ni pun sebab ada follow sorg ni kat IGrammer from sarawak.  Since masa kat Miri dulu bapak aku kata Lalapan ni sedap, maka masuk la dalam list tempat makan di Kuching. Husband ku suka betul makan sini, sedap katanya. Aku tak dapat nak enjoy sebab budak2 meragam pulak.

Malam pula , dinner kat tempat wajib pergi kalau ke Sarawak, Topspot,yang terletak di belakang Hotel Riverside Majestic Kuching . Tempat dia macam kau kena masuk bangunan, pastu parking kat tempat parking. Nanti naik lif ke atas. Mula2 kitorang nak pergi kat kedai yang orang kata sedap tu Kedai no 25, Bukit Mata seafood tapi kat kedai tu lobster habis...Kalau lobster habis tak best la kan sebab memang datang situ nak makan lobster. Last2 kitorang makan kat satu2nya kedai orang Islam kat situ. Kedai lain bukan kedai islam tapi dorang claim halal.

Kat kedai tu takde la ramai sangat orang tapi sedapnya memang 10 bintang la. Puas makan dan sedap.

Esok siap2 balik. Seronok pergi Sarawak dan rasa nak datang lagi. Memang tak puas makan kat situ. Ada yang menu tak try lagi macam aiskrim gula apong ( tak tahu ada ni masa tu) , famous laksa sarawak ( kedai dia tutup masa nak pergi).

Teringin satu hari nanti nak beraya kat Sarawak hahaha. sebab teringin nak tengok kek lapis macam2 dan minum air gas hehe




Google