Friday, August 26, 2011

Kad Raya Versi Android

Tahun ni tak sempat nak beli kad satu pun kad raya walaupun memang teringin nak pos kad raya kat kawan2. Kad raya pun hanya dapat satu je dari bff yang tulis kad raya depan depan masa kitorang pergi berbuka puasa hari itu. Terkilan rasa tapi takpe la sejak ada teknologi yang semakin pesat berkembang kini, kita gunakan teknologi sebaiknya

Tahun ni memang takde idea nak design kad raya. Pikir punya pikir, walaupun tak sempat nak pikir sangat sebab konon2 busy dengan kerja je, akhirnya idea mengdesign pun muncul. Ting ! ( keluar mentol lampu)


Kan aku kata, gunakan teknologi sebaiknya, jadi kita ciptakan kad raya tahun ini menggunakan application Android , Androidify bersama Adobe Photoshop. Dan terhasillah kad raya versi Android, yang dinamakan Mek Droid. Comel sangat android ni boleh customize. Dan android memang la sangat comel. Aku punya wallpaper Google chrome sekarang pun Android





Maka petang dan malam ini, berduyun2 la orang pulang ke kampung. Tahun ni macam biasa, raya kat KL di hari raya pertama bersama keluarga belah abah di Ampang. Jalan di KL pasti la lenggang kangkung. Eh ye ke? Rasa macam tak je sebab ramai dah tak balik kampung juga

Tahun ni kena bagi duit raya. Siapa nak duit raya, jemputlah datang ke rumah

Apa makanan wajib untuk korang di hari raya pertama? Aku : ketupat nasi, kari ayam dan kuah lodeh. Pelik? Agak la tapi tanpa makanan2 ni rasa tak lengkap raya pertama. Rendang? Tak penting sangat, tapi kalau ada pun best juga. Tapi rendang ayam terbaik tentulah hanya rendang ayam mak saya buat

Selamat pulang ke kampong, berhati2 ketika memandu, ingat banyak speed trap kalau nak bawa laju
Selamat hari raya, saya tak dapat duit raya da

Walaupun dah nak raya, jangan lupa kita masih di dalam bulan ramadhan. Kumpulkan pahala berganda2 sebelum berkahirnya bulan yang mulia ini

Minta maaf jika ada terlanjur perkataan, terkasar bahasa, gurauan yang menyakitkan hati, sindiran yang menusuk kalbu, mohon ampun dan maaf sangat2 :(

Hari raya keempat saya sudah bekerja. Harap maklum. Takpe boleh sambung raya kelima. Yehh !



Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #2 : Syaitan kena ikat tak bulan puasa?


Sekarang baru paham apa maksud syaitan terbelenggu sebenarnya.


Monday, August 22, 2011

Day 2 — Your favorite movie

Saya jarang tengok movie. Kalau amik movie dari kawan, tunggu dan peram je la movie tu dalam hard disk sampai sepurnama baru la dapat menontonnya. Internet is my priority :p

Filem melayu kegemaran ialah filem terhot tahun ni ....jatuh kepada…. jeng jeng jeng

Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) atau dalam bahasa omputihnya, kak limah’s ghost goes home LOL

Kenapa cerita jadi filem kegemaranku ? sebab setiap ayat dalam cerita ni boleh jadi modal untuk semua orang. Kau bayangkan dari ayat pertama cerita ni sampai ayat akhir ada fanpage dalam facebook. Lepas tu boleh la orang bermain tulisan biru dalam Facebook macam ni.

Siapa yang masih belum menonton cerita ni memang rugi la. Sebab kalau kau ni penakot yang amat dengan cerita hantu, memang cerita ni tak takut langsung. Lawak banyak.

Tapi amaran untuk siapa yang belum menonton cerita ini, loghat perak dalam filem mini amat pekat, jadi buat research sikit pasal loghat perak

Loghat perak :
Awak = saya
Mika = awak

Ayat-ayat berhantu dalam HKLBR


Kite bakor jer
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Kalau bisa aku cerita'in, pasti kalian tidak akan percaya
Nampak Beno Nipunye
Soley-soley
Eee budak ni, aku cepuk kang
Sabor Je Lah
Uwww perisa blueberry, my favourite
Ape, orang nak amik roti kelapa jer
Takde sivik punye orang, budaya kita wajah kita tau
Bala-bala
Perhhh!! bau telor
Ini kaki tengok DVD ni
Heyy hantu jahat!! nyah kau dari sini
Abang dah boleh beli evo, shiiuuu


Movie omputih saya suka pula adalah Fast and Furious. Pergh..aksi2 dalam tu buat aku cair..even dorang actually macam jahat kan tapi actually dorang baik je macam Dominic or Dom lakonan Vin Diesel. Even selalu curi2 tapi dia abang yang baik, boyfriend yang penyayang, kawan yang setia, masa makan baca doa lagi kehkeh

Yang pasti aksi drift dan pecut memang sangat best. Boleh apply masa drive kereta nanti


Friday, August 19, 2011

Perkara-perkara Membatalkan Puasa

Korek hidung tak batal puasa?

Masa kecik2 dulu selalu orang kata korek hidung tu batal puasa, korek telinga pun batal puasa dan korek mana2 pun la akan batal puasa.

Tapi..hari tu aku pergi ke kulias Ustaz Azhar Idrus di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau lebih dikenali sebagai masjid negeri, kuliah sempena bulan Ramadhan. Dalam kuliah tu ada Q & A. Ada la seorang hamba Allah tu bertanya pasal korek2 ni

Nak tahu jawapan Ustaz Azhar ?

Gambar hiasan dari Hamzah Ian
Gambar asal dan cerita penuh Korek Korek di blog Terbang Tinggi-Tinggi

Ustaz Azhar kata korek hidung tak membatalkan puasa. Boleh korek hidung ye tapi hanya akan batal puasa jika korek hidung sampai ke dalam2 batang hidung. Ada ke orang korek hidung sampai dalam2 batang hidung? Ada kot.. :p

Korek telinga pun sama la kesnya, cuma jangan korek sampai gegendang telinga. Korang korek telinga sampai kena gegendang telinga ke?

Tapi mungkin bila da asyik sangat mengorek dan melombong sampai tak sedar sudah membatalkan puasa. So tak perlu kot nak korek2 masa puasa. Tunggu masa buka puasa lebih asyik dan nikmat mengorek2 sepuasnya kehkeh

Kalau mahu jawapan yang lebih jelas boleh tanya sendiri kat facebook Ustaz Azhar Idrus 

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk
soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Lagi details tentang

Perkara-perkara yang membatalkan puasa



Tuesday, August 16, 2011

Day 1 — Your favorite song

Lagu kegemaran saya? Oh serius tak tahu yang mana satu. Takde yang spesifik kerana selalunya ikut keadaan semasa. Contoh keadaan semasa, kalau ngah frust menonggeng, dengar lagu yang jiwang karat 80an; kalau tengah bahagia, dengar lagu2 yang happy, kalau rasa macam baik , dengar nasyid.

Tapi belek punya belek lagu2 yang ada dalam laptop ni, rasa2nya lagu kegemaran adalah More than Words, Frankie J , lagu yang penuh maksud dan romantic :P








More than words is all you have to do to make it real

Tapi lagu feveret all time tentulah lagu dari VE dan Bruno Mars

Eh wait..lagu Lucky – Jason Mraz pun lagu feveret juga, siap berangan nak berduet nak buat persembahan dengan siapa tah hahaha

Tapi selalunya aku cepat bosan dengar yang sama.

Teka teki : lagu apa yang takkan jemu dengar sampai bila2?


.

.

.


.





Jawapan : ayat2 Al-quran. Paling sedap dan enak didengari terutamanya di bulan puasa ini sambil boleh dapat pahala


Friday, August 12, 2011

Solat Tarawih - Maksud, Tujuan dan Sejarah

Siapa yang merapatkan saf, maka Allah akan menghubungkan rahmatNya
Siapa yang memutuskan saf, Maka Allah akan putuskan rahmatnya
Siapa yang melambat2kan merapatkan saf, maka Allah akan hilangkan rezekinya
Dengar dari imam surau Al-Ittihaddiyah Seksyen 9 Shah Alam

"Dari Abi Syajarah, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di antara bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf-saf) dan janganlah kamu biarkan celah-celah yang kosong itu untuk syaitan. Barang siapa menghubungkan saf, maka Allah menghubungkannya dengan rahmat-Nya dan barang siapa yang memutuskan saf-saf, maka Allah memutuskannya daripada rahmat dan pertolongan-Nya." (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Tak faham kenapa orang selalu biarkan ada ruang kosong antara saf dan sampai solat pun masih terlompang lagi..geram je rasa. Ajak rapatkan pun masih buat tak tahu

By the way, rakan2 yang pergi solat tarawih, tahu tak apa maksud tarawih? Kita buat je tarawih, tapi kita tak tahu apa maksud dia, sejarahnya nya, kenapa kita buat. Jom baca sikit maksud solat tarawih, tujuan dan sejarahnya. Diambil dari sini

Definisi Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Aishah r.a. meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?

Baginda menjawab: Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?

Rasulullah s.a.w. pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjemaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggaap solat Tarawih itu sebagai wajib.

Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjamaah bersama Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadat solat itu sebagai wajib, bukan kerana tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok-kelompok di sana sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat Tarawih itu dalam satu sahaja jamaah yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar itu, keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam, dan suasana mayarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dikuatkan), bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar.

Tapi kadang2 tarawih ni tak dapat bersenang-lenang mana kalau buat kat surau2 dan masjid2. Cepat je dah habis..

By the way, kat surau or masjid korang ada moreh tak?

Selamat bertarawih , beribadat berganda2 di bulan Ramadhan yang mulia ini


Wednesday, August 10, 2011

30 Things in 30 Days Challenge

30 Things in 30 Days Challenge

Oleh kerana aku selalu buntu untuk menulis dalam blog disebabkan tiada cerita yang menarik terjadi padaku, maka aku decide untuk membuat challenge ni. Challenge la sangat padahal idea untuk tak bagi sunyi sepi. Challenge ini dicopy dari blog cikepal. Kalau kering idea sangat, maka boleh la saya meng start membuat challenge ini. Bila nak start? Bila rasa rajin lagi kehkeh


Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 –  A song to match your mood.
Day 7 –  A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 –  A picture of your favourite memory
Day 9 –  Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 –  5 facts about you.
Day 12 –  A photo of something that makes you happy.
Day 13 – What kind of person attracts you?
Day 14 – Who are you?
Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 16 – Something you don’t leave the house without.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 –  Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Short term goals for this month and why
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days



Saturday, August 06, 2011

Kejutan Hari Jadi


Birthday tahun ini saya dapat dua surprise. Walaupun bukan pada hari kelahiran tapi ia cukup bermakna. Sebenarnya saya dapat bau juga ada kejutan yang akan datang tapi terkejut juga sebab lupa dan leka dengan kerja.

Kejutan pertama adalah dari rakan sekerja. Sebelum balik pada hari itu, admin kata ada meeting dengan bos. Uwaaa..dah la saya mahu pulang cepat. Katanya ada meeting tentang office baru. Emm takpe la nak buat macamana. Kita follow aje la. Masuk bilik meeting siap bawa notebook dan botol air sebab takot lama meetingnya. Bos pun dah menunggu kat bilik meeting. Saya pun menunggu la mereka yang lain masuk bilik meeting. Kemudian bos suruh padam lampu. Masih tak syak apa2, sebab ingat dorang nak buat presentation. Tiba2 mereka masuk dengan dua biji kek . Wahhh terkejut dan terharu saya.. memang tak expect  langsung la. Sayang rakan sekerja saya di Nexus :D

Kejutan kedua adalah dari sahabat baik saya, Khadijah dan Majdah. Saya tidur kat rumah dorang. Lepas mandi, keluar toilet, tiba2 dua orang ni tercongok depan pintu toilet sambil buat muka comel dan memegang kek dengan suasana dalam bilik gelap. Haha berapa lama agaknya mereka berposing dan menunggu saya di luar kamar mandi

Jadi hari jadi ke 24 ini saya ada empat kek . yehhh alhamdulillah :D Terima kasih banyak2 atas kejutan hari jadi ini. Saya sayangkan kalian semua. May god bless you






p/s : kisah ini adalah sebelum puasa kehkeh


Wednesday, August 03, 2011

Dugaan bulan puasa

Dugaan bulan puasa tahun ni memang hebat

#Walaupun boleh balik rumah selepas kerja pukul 5pm, tapi hanya boleh sampai ke rumah sejam kemudian sedangkan sepatutnya perjalanan hanya mengambil masa 20-30 minit. Pakcik polis rajin sangat jaga trafik dicampur pula jalan yang entah bila nak siap

#Bazar ramadhan. Oh crowded nya. Saya ingin pergi ke bazaar ramadhan UniSZA dan Gong Badak Terengganu. Rinduuuuuuuu


#Dapat voucher buka puasa di hari pertama puasa oleh Yahoo Malaysia sebab join training di hari pertama puasa di The Gardens Hotel and Residence. Tapi tak boleh nak pergi bulan puasa tapi kena balik awal. Akhirnya voucher yang hanya valid sehari itu je burn begitu sahaja, tak de rezeki


Google