Sunday, September 27, 2009

satu hari di hari raya

apa yang saya suka tentang hari raya
1. sebab hari kemenangan untuk semua umat Islam yang berpuasa makan, minum , mengawal nafsu.jika berjaya maka seronoklah puasa tu sebab mendapat berkat


kali terakhir kami memakai baju warna dan corak yang sama adalah lebih kurang 15 tahun yang lepas.itu pun sebab atuk yang belikan kain sama je dengan semua sepupu-sepupu.wakakaka..la ni, harapan nak corak sama, warna lebih kurang sama mungkin la. kain by jakel

2. dapat pakai baju baru.fuh simpan baju baru lama2 untuk dipakai di hari raya.tapi ada juga yang memakai baju lama tapi masih kelihatan baru hehe


ceria di raya pertama

3. bila bangun di pagi raya, terpikir eh da boleh makan dan minum ke? macam tak biasa pulak

4. dapat bersalam2an dan bermaaf-maafan dengan ahli keluarga dan semua yang tersayang


dengan mak tercinta

5. dapat DUIT RAYA ! kalau dalam famili kami, selagi tak kerja boleh dapat duit raya.sebab yang berhenti dan tak bekerja pun boleh dapat duit raya hoho tapi seronok juga bagi duit raya sebab memberi kegembiraan kepada orang lain.tak sabar nak kerja sebab nak bagi duit raya


raya keempat, hahah kantoi baju kuliah di buat baju raya :D

6. dapat makan makanan yang hanya boleh didapati semasa hari raya.menu wajib : ketupat nasi, kari ayam dan kuah lodeh.nyum2.setiap tempat berbeza makanan istimewa di hari raya.tanya kawan2 yang duk kelantan, menu wajib mereka adalah roti jala, terengganu nasi minyak, satay


ini bukan rombongan meminang, ini rombongan beraya ke rumah makcik melah

7. dapat menziarahi rumah sanak saudara yang tak kenal pun sebab mak bapak je kenal sedara mereka :P lepas tu usha la kalau ada jejaka2 hensem yang boleh dicuci mata. tahun ni dapat beraya rumah YDP Batu Pahat..wooohh..


dua orang budak kecik ini menceriakan hari raya kami dengan teletah mereka yang sungguh nakal.macam histeria je bila tengok budak kecik ni sebab bila dia datang semua terus kerumun nak bermesra dengan dia

8. boleh jumpa saudara mara yang tiba2 da ada anak yang comel dan boleh bermain dengan anak yang comel itu


9. main bunga api!! heee dah tua2 pun tak salah main bunga api. Yang best di kampung sg gerisek, macam ada pertandingan siapa punya mercun bunyi paling kuat. jadi berlumba lah semua rumah pasang mercun terbang tinggi2 sapai cucur atap.pommmm!!!


ini disebabkan tak de kerja dan sebab tak de siapa nak tolong ambilkan gambar, makanya ambil gambar syok sendiri.Sebenarnya saja nak posing dengan tudung yang dapat hari tu. tah siapa yang baik hati bagi saya tudung tu :p

10. bergambar sakan.pedulikan apa orang kata yang penting semua kena senyum dan buat peace.cheese!!!


gambar sekeluarga di rumah sendiri sebelum balik kampung di teluk intan

apa yang saya kurang suka tentang raya
1. setelah melatih berpuasa dan menjaga perut selama sebulan, masa hari raya boleh pula melantak tak ingat dunia sampai perut pun cakap jangan makan lagi !!!


2. kebanyakan rumah di hari raya hanya menyediakan biskut raya.tengahari pun makan biskut raya.jadi kenyang dengan biskut raya je le.bila jumpa nasi, fuh rasa macam nikmat sungguh dunia dapat makan dengan lauk ikan asam pedas.superb bebeh!


bersama saudara mara di teluk intan

3. jalan jam teruk bila balik kampung tapi alhamdulillah trafik di hari raya kali ini berjalan lancar.rancanglah perjalanan anda dengan bijak



berlatarbelakangkan masjid di muar bersama sepupu

4. sakit perut lepas banyak makan


saudara mara di sungai gerisek muar johor tapi semua duduk di KL sebenarnya

5. kena cari makan di waktu tengahari, kena masak di waktu tengahari.masa puasa tak perlu semua ini :p


Tuesday, September 22, 2009

kenapa blog ini harus bermasalah?adakah ini disebabkan nuffnang?

bila pulang dari kampung ke rumah, terus minda ligat berfikir..mahu cerita apa ya di dalam blog?

bila jari jemari ini semangat mahu membuka blog kesayangan sendiri yang dirasakan cun ini, tiba2 DAMN! blog rosak balik!!! kali ni lagi teruk! sebab langsung tak boleh buka...keluar blog merepek tulis ni

We're sorry, but we were unable to complete your request.

When reporting this error to Blogger Support or on the Blogger Help Group, please:

* Describe what you were doing when you got this error.
* Provide the following error code and additional information.

bX-8w08ay
Additional information
host: blackchix.blogspot.com
uri: /2009/09/di-hari-raya-terkenang-daku-pada-si-dia.html

This information will help us to track down your specific problem and fix it! We apologize for the inconvenience.


waaa T____________T tengok! terpaksa sekali lagi tukar template.bukan sengaja mahu tukar ok.tak larat dah..lagi2 kena link semua blog balik .penat taw!!! wuwu

saya tak pasti.adakah ini disebabkan iklan nuffnang? dah dua kali saya try letak iklan nuffnang dalam blog saya.dan tak lama kemudian blog saya akan rosak..help me!!!

tetapi harus bersyukur.ingatkan blog da kena delete ke remove ke.jadi harus bersyukur sangat sebab blog masih wujud lagi

entri raya?nanti sahaja lah.lagipun gambar raya tak banyak pun.adios! esok balik teluk intan pula, kampung mak

p/s : ada orang tu suka sangat ramai awek cun pergi beraya rumah dia.ha mesti da ngorat semua kan


Friday, September 18, 2009

Di Hari Raya, terkenang daku pada si dia

yaw finally im home.sampai pagi hari khamis yang mendung.makcik aku kata malam tu,malam lailatulQadr.tapi aku rasa malam 25 Ramadhan sebab malam tu je aku tak larat nak bangun sahur hoho tahun ni tak rasa mood raya sangat.aku pun tak taw kenapa.orang lain sibuk cari baju raya, tudung kat bandar.aku gi mydin beli extension, pergi kedai buku beli pen dan marker, pergi sweeden cake, beli roti yang sangat best. tapi kat pasar payang, tiba2 teringin nak beli biskut raya RM 5.saja nak rasa biskut raya pulak.lagipun baju raya semua aku dah beli awal2 sebelum buka sem ni lagi

as usual, raya pertama pasti di sungai gerisek, muar , johor.tak sabar nak jumpa sedara mara, nak main bunga api, nak buat tahlil, nak pergi beraya, nak dapat duit raya, nak jumpa anak sepupu yag pasti bertambah comel dan nakal.jangan jeles taw saya masih dapat duit raya sebab orang ingat masih lagi budak sekolah kot :D


taken from her mummy's facebook

raya ni dapat anak buah baru.er i mean anak sepupu baru, mohd Rizqullah yang baru lahir ke dunia pada 15 september 09. and tak sabar nak jumpa batrsiya , mesti makin nakal.waa geram2!

tahun ni dapat dua je kad raya, dari 'suami isteri' dan sehelai tudung ( how sweet..) guess from whom?

dapat buka puasa bersama rakan blogger UDM di NR Cafe.haha kami memanggil diri kami Blogger United.sape YDP nye? tapi setiausahanya adalah Evi Lolyta sebab dia yang akan menyaring masuk keahlian anda.haha tipu je mana ada persatuan ni kat UDM pun, saja bagi gempak sebab kitorang ni walaupun lain2 kos tiba2 boleh berkawan bersama dan mempunyai persamaan,masing2 mempunyai blog sendiri.kalau kumpulkan semua blogger kat UDM ni pun best jugak kan.yang ex-UDM pun boleh join juga terutamnya Mr Shaiham :D p/s: owh saya sayang sangat mereka ! <3

hari2 terakhir berpuasa di UDM, aku berbuka di luar.mula2 NR Cafe: makan nasi , tomyam etc, next : KFC yang sangat kenyang gila, last but not least : Pok Wan Kopitiam, makan : Sapghetti Marinara

by the way, Selamat Hari Raya, mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika ada terkasar bahasa dan perbuatan2 yang annoying. Selamat beraya bersama keluarga yang tercinta! main bunga api tu jangan lupakan mercun. ( Amin ajak main mercun balik UDM ni.tak serik lagi budak tu, kalau kena kejar pok guard lagi guane? )

sampai rumah, terus je check berat.47 kg ! omg..rasa macam makin gemuk je puasa ni tapi rupanya makin kurus hoho

student FITS, mari kita sama lihat lecturer kita yang comel2 buat ucapan raya! ahha i lap u lecturer FIT.semua comel2 belaka he mai tengok kat sini

saya berjaya tiru resipi samosa dengan jayanya sebab semua adik2 saya makan dengan sungguh bersemangat dan minta nak lagi :D


Monday, September 14, 2009

ethical hacker



buat julung2 kali dalam sejarah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), portal pelajar UDM dihack! apa ke jadahnya hack portal UDM? hack la website UDM ke haha

apa benda menatang hack ni.ok menurut kamus dwibahasa oxford fajar, hack bermaksud potong ,tetak.hacker pula orang yang pandai tetak. owh bukan2.dari istilah komputer pula perbuatan mengakses komputer atau sistem secara tidak sah terutamanya secara meneka ataupun mendapatkan kata laluan menggunakan wireshark.OOPS!

kenapa perlu ada hacker dalam dunia pengkomputeran sekarang.bukankah buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali?hacker ni sebenarnya bukanlah seorang yang jahat pun.hacker ni biasanya akan cuba2 memasuki sistem dan jika berjaya akan meninggalkan kesan di sistem tersebut.contohnya la paling mudah dan senang, kita lihat apa yang telah berlaku dalam sistem portal pelajar UDM itu.hacker tersebut telah meninggalkan kesan dengan menulis berita di portal.walaupun ayat dia agak kasar dan "Cuma silapnya bila dah boleh hack kamu bolehlah menaip dgn kata2 yang sopan dan nasihat yg sinis kepada pihak atasan utk mendengar perkara ini iaitu masalah wiyerless" - ayat Aizat Anwar

for your information, jangan risau, tiada maklumat yang boleh dicuri oleh hacker tersebut kerana hanya beliau boleh akses kepada berita sahaja dalam portal tersebut.maksudnya, tambah berita, delete berita dan sewaktu dengannya.nak masuk untuk mendapat maklumat pelajar perlu ada password lain untuk akses ke tahap yang lebih tinggi , hacker tersebut tak de password kot sebab tak dapat sniff :p so tak perlu risau lah data anda diubah ke, dicuri ke, digodam ke , sebab si hacker ni memang tak boleh pun buat benda2 ni.haha jahat tak aku bila gelakkan mereka yang takut maklumat pelajarnya dirosakkan :D

hacker amat berbeza dengan cracker.cracker tu apa pulak? cracker adalah sejenis biskut yang sedap dimakan begitu sahaja.tapi dari istilah pengkomputeran, cracker lebih kurang macam hacker tapi dia tak beretika sebab ceroboh ke dalam sistem dan rosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama nak untung .nah cracker yang patut anda takuti, bukannya hacker.sebab cracker la yang mempunyai niat jahat biasanya untuk mencuri maklumat user.setakat hacker UDM ni nak main2 je.kalau hacker luar I tak taw :p

memanglah kalau dari kita lihat dari segi etika, memang tak beretika langsung pun si hacker dan cracker.tapi dari maksud tersirat, hacker lah yang dapat membuka mata si pembuat sistem yang sistemnya itu tidak selamat dan mudah sungguh diceroboh. jadi, sistem keselamatan dalam sistem itu akan dipertingkatkan untuk mengelak sistem dicerobohi semula.tiada kemusnahan dilakukan.

dan kalau korang nak tahu, betapa lemahnya sistem kat UDM ni sampai sistem jabatan bendahari pun senang je nak dicerobohi oleh si pakar network security ni.OOPS I DID IT AGAIN!

buruknya penggodaman pula apabila sistemnya digodam, sesuatu organisasi itu akan menutup sistem untuk membuat siasatan.ini menimbulkan ketidakselesaan sebab ganggu kerja kita. nak kesan penggodam ni pulak bukannya senang, dah la kos tinggi pula

Oh cuma harapan dan cadangan saya buat si hacker ni, tak perlu lah lagi nak hack portal tu.sebab saya takut kalau apa2 tindakan undang-undang kena kat awak.nanti saya jugak sedih.eh kenapa pulak? sebenarnya nak kata portal tu kena hack tak juga, sebab sekali lagi saya nyatakan di sini, beliau boleh tambah, delete berita je.sebab tu berita merepek tu kejap ada kejap tak de macam chipsmore.saja nak buat gempak sekejap kat UDM :D

cadangan : buat sistem keselamatan rangkaian, encrpt ,hash , dan guna lah cryptography untuk maklumat2 lagi sulit kat UDM ni.ini baru student kot yang hack portal.kalau orang luar, guane?

rujukan :
buku etika warna kuning, etika dalam pengkomputeran
wireshark

agak2 kalau, lecturer saya yang ajar subjek etika dan network security baca entri ni, dia bagi tak markah tambahan? hoho
senior saya yang bijak, kalau ada tersalah maklumat dalam entri ni kabo deh.saya budak baru belajar, kalau salah janganlah marah hehe


Tuesday, September 08, 2009

dugaan yang mengajar dan menguatkan


fuh terasa gila bila baca bunting yang dibuat sempena ihya' Ramadhan antara kerjasama Fakulti2 di UDM dan MPP UDM. tahniah kepada saudara Zaim atau lebih macho dikenali sebagai Dato' Zaim kerana telah merancang suatu program yang bermakna sepanjang Ramadhan ini

Ramadhan..sangat rugi bukan, kalau tak menambahkan amal ibadat tapi menambahkan lagi dosa.sangat rugi bukan,kalau otak asyik pikir nak buat maksiat,bukan berzikir mengingati Allah.sangat rugi bukan, kalau duk cari duit tambahan dengan berniaga tapi meninggalkan solat sunat terawih berjemaah di masjid sebab badan dah penat

tak kata kat siapa2 pun,hanya ingatan kepada diri sendiri.sedih Ramadhan berlalu tanpa peningkatan iman T_T

banyak perkara berlaku di Ramadhan kali ni.bukan sahaja melibatkan diri sendiri tapi melibatkan sahabat2 juga.ujian melanda begitu hebat tapi masing2 memberi sokongan.itulah namanya sahabat

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup


bermula pada awal Ramadhan , sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.adoii takutnya!! Ikatan persahabatan yang semakin rapat menjadi sedikit renggang akibat tersalah berbicara.ujian dan assignment yang datang bertalu2 dengan lecturernya pun sudah naik bekeng sebab pelajarnya langsung tidak 'act' seperti pelajar universiti.rakan sekelas,Faris Adli yang dimasukkan ke dalam wad dan dibedah akibat apendiks. pemergian sahabat yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

takziah kepada sahabat kesayangan saya, Siti Khadijah bt Bahrin @ Ejah kerana pemergian ayahanda yang tercinta menghadap ilahi pada malam nuzul quran, 17 Ramadhan 1430H.beliau mendapat pangilan daripada ahli keluarganya semasa kami sekelas sedang berlatih latihan sketsa untuk projek etika kami.dengan keadaan masih terkejut dan tak percaya dengan berita itu, kami terus bergerak ke Kuantan malam itu juga untuk menghantar beliau.terima kasih sangat kepada rakan2 sekelas yang menghantar kami dan memberi sokongan serta mengambil berat akan keadaan beliau.terharu sungguh melihat simpati sahabat2 sekelas.

aku, Ong, Maj dan Ejah bergerak menuju ke Kuantan pada malam itu.sesampainya di rumah Ejah, apabila melihat sekujur tubuh ayahanda beliau yang sudah tidak bernyawa, teringat abah pula.tidak dapat bayangkan keadaan itu berlaku padaku jua.

Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “ innalillahi wa inna lil raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)Surah al-Baqarah ayat 156

arwah Ustaz Bahrin, ayahanda Ejah pergi dengan tenang menghadap ilahi.wajah arwah tersenyum dan pasti bahagia menemui yang Maha Kuasa.kealiman dan kewarakan arwah amat dihormati pelbagai pihak. walaupun aku tak sempat berjumpa dengan arwah ketika hayatnya, tapi apabila mendengar sifat2 peribadi arwah yang seakan2 abah, aku jua turut menitis air mata kerana pemergiannya.ramai sahabat2 arwah yang datang melawat dan memberi penghormatan terakhir kepada arwah.semoha rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalanagan orang2 soleh. al-Fatehah

Ramadhan ini jua aku belajar dan semakin percaya dengan ayat Allah dalam Al-Quran

apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta"(surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Allah akan sentiasa menguji hambanya, adakah benar2 hambanya itu sudah beriman, adakah kuat imannya dalam mempertahankan prinsip yang telah dipegangnya selama ini.kalau iman sesorang itu masih tak cukup kuat, pasti akan terjerumus kembali ke jalan yang sesat
contohnya kalau prinsip sesorang itu, tak akan kacau pakwe, tunang or suami orang.Allah betul2 akan uji dia dan meletakkan dia di situasi tersebut.betul ke dia memang tak kan kacau hak orang lain jika dia berada di situasi tersebut?kalau kononnya dia tak nak bercinta sehingga habis belajar, adakah dia mampu menahan godaan daripada lelaki kacak atau gadis cantik apabila dingorat?jika dia benar2 kuat, mungkin dia dapat menjauhkan dan mengelakkan diri dari situasi tersebut

kita juga tidak tahu apakah hikmah di sebalik kita diuji.mungkin itu adalah balasan kesalahan yang pernah kita lalui dahulu. kita sering mengatakan kenapa kita diuji dengan dugaan yang seberat itu?sedangkan kita tak tahu apakah hikmah di sebalik kejadian tersebut.Allah tak akan menguji seseorang itu jika hambanya itu tak akan membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya (Al-Baqarah ayat 286).

Ramadhan ini mengajar aku tentang pelbagai jenis CINTA
CINTA antara benua dan jarak jauh
CINTA pertama yang sukar ditinggalkan dan dilupakan
CINTA yang dipermainkan dan dikhianati kepercayaannya
perasaan CINTA yang boleh dikongsi dan dibahagikan
CINTA yang bersandarkan nafsu
CINTA tiga segi yang macam mesh topology
CINTA orang ketiga dalam perhubungan seseorang yang sering dikatakan pengacau
si setia kepada CINTA walaupun selalu disakiti
CINTA pasangan yang masih sukar memahami pasangan masing2
CINTA kepada ibu bapa yang membahagiakan
CINTA kepada Allah yang haqiqi yang tak kan kecewa


oh donut big apple sudah dijenamakan semula nama dan donut2nya.waaa..sudah tidak ada lagi iceberg, tiada lagi dancing queen, tiada lagi marble duke T_T saya tetap suka donut big apple yang lama.tengok donut2 baru di sini


Google