Friday, July 31, 2009

entri dalam blog ni tak kan jadi pendek kot

seronok la belajar sem ni.macam2 benda baru belajar.lagi2 data communication dan network security yang diajar pensyarah baru yang sangat berkualiti lagi bijaksana encik faisal amri, memang brilliant la.baru terasa belajar di ijazah sarjana muda sains komputer (pembangunan perisian).dah sem 5 baru sedar macam2 yang menarik dalam dunia sains komputer.sesuatu yang amat susah nak dibayangkan dalam kepala otak yang tak sehebat Albert Einstein.benda biologi boleh juga nak imagine dalam kepala otak.sains komputer ni payah sungguh.

operating system tak kurang menariknya bila belajar macam mana komputer sebenarnya berfungsi, ingatan utama la, OS yang kena bagi arahan kat CPU sebab CPU tak tahu apa2.apa itu multi label switching protocol,packet switching, pergerakan data2 dalam internet, protocol, server, Kerberos, cryptography , semuanya memang seronok dipelajari.


kenapa pulak banner yang cantik ni tiba2 berubah warna bila masuk dalam blog.pelik

pertandingan debat antara kolej kediaman anjuran kolej kediaman C UDM julung2 kali di UDM buat di kawasan tumpuan ramai di sekitar UDM.sangat menarik.ini program terakhir Kolej Kediaman C sebelum ahli jawatankuasa mereka bersara dengan tersenyum bangga sebab kebanyakan program dilaksanakan dengan jayanya.bangga sungguh dengan sahabat2 dari KK C kerana berjaya buat semua program dengan jayanya yang banyak mengundang pujian dari pelbagai pihak dan kekaguman dan tak kurang juga kecemburuan orang yang kurang bijak

jangan cemburu juga sebab saya makin kurus.tak minta pun kurus tapi dah nak kurus nak wat camne.nak tahu tips menguruskan badan?senang je, tak payah susah2 nak jogging petang2.tipsnya, makan sikit,makan bila rasa lapar tapi tetap kena makan sikit atau buat2 lupalah makan atau tak sempat makan tapi bila makan tetap makan sikit, sibukkan diri anda, mulakan kerja di awal pagi dan tidur lewat malam,lepas tu bangun awal lagi, cari masalah yang sangat besar untuk dipikir dan kemudian fikir masalah tu dalam2 sampai makan hati.HAHA semua adalah amalan hidup yang tidak sihat tapi insyaAllah dalam masa sebulan anda akan kurus dan slim, semua baju anda masa anda gemuk dulu yang tak muat semua dah muat dan longgar so boleh pakai semua baju dengan cantik :p

harap2 masih maintain kurus sampai raya, baru cun nak berjangok dengan baju raya baru dari kain jakel :D

macam mana huh nak tulis entri blog yang pendek ? susah gila lah sebab saya ada je benda nak merepek.tak retilah nak tulis pendek2 punya entri.kalau tulis entri yang pendek rasa macam membazir je tulis menyemak ruang je dalam blog ni.macam tak berkualiti padahal memang tak kualiti pun.haha janganlah suruh saya masuk debat sebab saya hanya pandai merepek dan buat2 bijok dalam blog.tak layak lah masuk debat.nanti tergagap ketar lutut malu je orang gelak


Monday, July 27, 2009

cantik menarik tertarik, belum tentu da bomb!


yeh..dapat satu lagi hadiah hari jadi yang comel dari adik saya, ima yang comel juga.er..bila pula dia jadi adik saya...tu adik orang lain he terima kasih banyak ima.memang da jadi panadol akak sebab warna pink heee owh macam best je bilik saya ada perhiasan yang menarik hoho

mari bincang isu di UDM yang agak serius.selama ini hanya cerita pasal program je.masalah kat UDM ni bukan setakat masalah kebajikan tapi masalah imej UDM juga harus dijaga.kenapa saya ni busy body sangat? orang yang tak busy body la orang yang tak cakna dan tak sayang UDM sebenarnya.kalau dia sayang UDM, mesti dia kisah jika ada benda2 tak elok berlaku di UDM ini

ok sekarang ni mahasiswa/i baru di UDM semakin berani.berani apa? berani bercakap bagus juga bleh masuk public speaking atau debat kolej kediaman 'C' .tapi ini berani lain.sudah berani tidak mematuhi etika pemakaian UDM.di UDM,mahasiswi dikehendaki memakai baju kurung, jubah atau apa2 pakaian yang formal untuk ke kuliah.di UDM masih mementingkan pakaian formal untuk ke kelas.begitu juga mahasiswa ,tapi diberi kelonggaran tapi kena pakai baju berkolar.even nak masuk library pun kena pakai formal lagi2 yang perempuan, kalau tak memang kena halau la

ada satu hari mulia, saya mendapat rungutan dari seorang sahabat tentang pemakaian seorang mahasiswi baru ke kelas.si mahasiswi baru yang dikatakan dulu belajar di politeknik itu memakai baju yang pendek dan seluar ke kelas.satu fenomena baru di UDM!

saya bukanlah seorang MPP UDM yang mempunyai kuasa dan pengaruh besar, saya juga bukanlah mak guard yang boleh saman pelajar yang tidak mematuhi arahan di UDM, saya bukan juga mahasiswi FKI yang tudungnya labuh dan menutup aurat dengan sempurna.tapi saya hanyalah seorang mahasiswi yang khilaf lagi hina yang kadang2 menutup aurat pun tak betul lagi.

fenomena baru yang berlaku di UDM itu menyebabkan saya takut ia akan menular di kalangan mahasiswi yang lain.mahasiswi baru tersebut bukannya tak de baju kurung rasanya tapi saja tak mahu pakai.ye la , dulu di tempat dia belajar boleh pakai sedemikian rupa.tapi bila masuk sini mahu meneruskan pemakaian begitu rasanya tidak sesuai.bak pepatah, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau , mengaum,masuk kandang kucing mengiau, eh sejak bila kucing duk kandang,tak de ya kandang kucing

kalau betul la nak jangok atau bergaya, masih boleh je bergaya dan jangok dengan memakai baju kurung.tengok sahaja mahasiswi dari diploma undang2 memang bergaya gila lah dengan kasut tumit tinggi merah lagi tapi masih ayu berbaju kurung. walaupun anda free hair di luar atau memang sudah biasa pakai baju 'adik' anda yang kecik tu kat luar tapi tolonglah hormatilah etika pemakaian UDM lagi2 bila ke kelas.kesian kat ustaz2 dan muslimat yang bila tertengok gadis2 cantik dengan badan mengghiurkan lalu lalang depan mereka dengan mudah saja akan jadi bahan umpatan.kadang2 kami yang perempuan ini pun malu dengan mereka2 yang pakai seksi sangat macam kami pula yang pakai seksi.kalau kat luar, anda yang perempuan ni nak pakai bikini sekali pun di tepi pantai saya tak kisah

pesanan saya yang tak berapa baik sangat ni, kalau anda terlihat kawan2 anda atau bukan kawan anda sekali pun yang membuat perkara yang tak sedap mata memandang di UDM yang disayangi ini tolonglah tegur mereka secara lembut.walaupun anda tak baik sekalipun , tapi demi menjaga nama baik UDM nasihatilah saudara2 seIslam anda..tak perlu mengharapkan orang lain,janganlah kita mahu berada di tahap selemah-lemah iman sampai bila2 iaitu hanya membenci di dalam hati, cuba2lah tingkatkan iman kita ke tahap yang lebih tinggi.sampaikanlah walaupun satu perkataan

oh satu lagi fenomena baru di UDM, lelaki dan perempuan menaiki motorsikal yang sama.adeh..tak lama lagi UDM ni jadi macam UMT da kot

saya memang busy body.nak wat camana..kalau tak puas hati jom jumpa! kalau saya salah, tegur lah saya juga ok.saya pun bukan angel yang sentiasa mengikut arahan juga


Thursday, July 23, 2009

kisah mengharukan di ulang tahun

nikmat paling indah dalam hidup bersosial dalam dunia ini adalah nikmat bersahabat.bila kita jumpa teman sejati yang kita cari selama ini sudah ditemui, kita berasa sungguh bertuah hidup ini..hoho macam lagu brothers yang telah ditukar lirik

ok fine, im done.jiwa saya sangat terseksa bila hari jadi saya makin menjelma.bukan sebab hari jadi jiwa saya terseksa tapi ada sebab lain yang buat jiwa saya terseksa.suatu cerita sadis yang penuh penipuan, dusta, nista.eceh macam cerita novel pulak tapi memang boleh buat novel pun haha.selama ini hanya cerita yang menarik sahaja di blog.ingat hidup saya penuh ceria macam pelangi ke?pelangi pun hanya muncul selepas hujan.cantik..eh apa kena mengena ni

saya tak boleh nak cerita kisah2 sedih dalam blog saya sebab saya terpaksa menjaga hati semua pihak.sebab mak saya pun baca blog saya jadi saya tak mahu dia sedih atau risau jika saya tulis kisah sedih.biarlah saya simpan sorang2..eceh baik sungguh anak ini tak mahu mak berasa risau tentang anaknya yang nakal ini

saya sangat sedih.jiwa saya sangat sedih juga.saya tak boleh nak cerita pasal ini sebab saya kena jaga hati orang lain.sebab dia pun baca blog ni.hanya kawan rapat je tahu apa masalah saya.tu pun mereka tak tahu sangat juga.mereka tahu yang tersurat sahaja bukan yang tersirat.lagi2 dengan cerita benar dan sahih yang saya dapat bila nak dekat je hari jadi saya.patutnya hari jadi adalah hari untuk bergembira.tapi alhamdulillah sahabat2 saya menceriakan saya masa hari jadi saya

malam sebelum hari jadi , ada perjumpaan bersama junior sains komputer.walaupun dah pernah jumpa mereka masa MMS tapi perjumpaan kali ni amat menarik kerana dapat kenal perangai mereka sebenar yang sangat sporting.cun la dik ! dan makanan nasi goreng ayam dari kedai lalat kegemaran en fadzil pun superb.sangat sedap lagi2 bia perut berkeroncong lagu nur kasih.

lepas balik dari perjumpaan junior, terus menyiapkan kerja yang harus dibentang hari esok

tapi dalam pukul 1045pm tiba2 mendapat call dari asmaa' hashim.dia kata suruh datang kiosk segera.meeting sekarang..aduh ingat kan meetingnya esok pagi.tersalah info.terus siap dan bergegas ke sana.rupa2nya mereka mahu mensuprisekan saya dengan kek coklat hari jadi.terima kasih sangat2 dengan kek coklat yang sedap itu.terima kasih KKU sebab ingat hari jadi saya walaupun saya sudah jarang ke sana..maaf sangat !


kemudian, rakan sekelas menculik saya untuk menyambut hari jadi saya ke NR Cafe.tengok, ramai lagi sayang dan hargai saya walaupun ada orang yang tak suka saya atau pura2 sahaja sayang saya

malam tu juga dapat banyak ucapan hari jadi
maxis : eton,fadilah diyana, dyra, cah, kiah, aina beruang, hadhinah, hanani, hazim,prakash, wa, ernie, niah,azizul
celcom : kak husna, nisa' mpp, dee, majdah, syafiq, ain sains sosial, ka naim,sabir, kak fatma,zana,ame,izah, yus,kak qish,shah,burhan law,syami,farah junior sc comp,abah,aizat,angah,deeba
blog : sabir,nisa', fadilah, farah, nurul, ustazkodimero, along, qalbu mukmin
mak telefon awal pagi masa hari jadi bersama adik2 menyibuk memberi ucapan juga ;)
defactohokage wish saya bila saya call dia sebab free, baru dia nak wish wuwu ye la orang sibuk dengan program kan..

yang best nya orang yang tak disangka2 pun wish saya birthday..thank you semua kerana wish saya.ucapan anda semua amat berharga dan menceriakan hari jada saya he

tengahari masa hari jadi yang sama dengan hari keputeraan sultan terengganu,kami bertolak ke kota baru.pergi dua kereta, kereta eda dan ong.pertama kali trip kelas dan konvoi ke tempat jauh sikit dari kuala terengganu

saya, maj, ejah, eda, yaya, ong, alang, syu, ain,amin


mula2 sampai KB Mall, seronok tak terkira sebab dapat shopping! yeh.. kan shopping itu terapi yang sangat berkesan untuk kaum hawa.tak caya? bagilah duit yang unlimited dan masa juga yang tidak terhad, pasti mereka akan berasa seronok dan gembira pada hari itu.tapi haha jangan amalkan selalu..boros berbelanja dan membazir masa suatu perbuatan yang tidak mulia.lebih baik berzikir sambil bershopping, tak pe :D


kemudian ke tesco KB, konon2 mahu borong donut big apple.tapi...T__T saje je nak buat renovation pulak masa birthday saya.saja je kan..dah kempunan..waaaa

singgah sebentar di wakaf che yeh yang macam uptown la tapi uptown yang kami borong tudung yang murah..apa kat terengganu tak de tudung ke?




maghrib ke rumah eda pula.bersantai di situ.rasa macam tak nak balik pula sebab macam rasa sangat berada di rumah.sedap makaroni bakarnya.tapi sayang, saya sudah kenyang.famili eda pun baik dan friendly sahaja layan kami semua


final destination..umah poje, buah hati ain ;) haha boleh bayangkan jika mereka berdua berkahwin.confirm sangat lucu lah mereka berdua pasangan yang ideal.duk rumah tu je dah buat kami geli hati sokmo nak ketawa je.bila teringat diorang berdua pun boleh rasa nak gelak lagi.mereka sangat skewak = skema + lawak

kemudian..pulanglah ke UDM tercinta

seronok hari jadi jadi saya kali ni saya dapat mengurangkan memikirkan masalah yang sangat b**** itu terlalu banyak!

ampun mak sebab tak bagitahu pergi ke kota baru semasa hari jadi saya he

hadiah hari jadi pula


sepit rambut ni minta kat amin je sebab dia kata pilihlah apa yang saya nak.tapi saya kan baik.tak sanggup nak paw amin benda yang mahal2


buku daripada seorang kakak yang sangat memahami situasi saya sekarang sebab dia pun mengalami masalah yang sama.thank you kakak.sama2 kita kuat semangat dan tabah menghadapi dugaan ini ok!


kad yang tulus ikhlas daripada kak jima yang diselit bawah pintu tengah malam hari jadi


jam loceng oren yang sangat kiut yang saya amat memerlukannya dalam bilik yang tak de jam ini dari seorang sahabat ;)


beg sandang dari ejah dan ong


frame gambar dari acap

terima kasih kepada sahabat2 yang sangat baik hati dan penyayang sebab bagi saya gembira masa hari saya bertambah umur setahun ini
saya sayang awak semua !!!!!

wish sempena hari jadi yang ke-22 : mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik.hari2 cakap benda sama tapi at least kita kena ada azam dan yang penting jangan jadi NATO-nothing action talk only bak kata abang bob.mulakan hidup baru dengan senyuman!


Saturday, July 18, 2009

Konvokesyen UDM yang pertama

buat julung-julung kalinya, UDM mengadakan konvokesyen UDM yang pertama yang berlangsung pada 12 Julai - 16 Julai 2009

dan saya sungguh berbesar hati dan pertama kali menjadi jawatankuasa perasmian tapak pesta konvo yang kena bawa dulang pulut kuning yang sangat berat sampai tangan berpeluh-peluh.ok haziqah memang cepat berpeluh sebab tu muka cepat nampak comot.malu tapi debar gila masa bawa pulut yang sangat berat sambil memakai baju batik UDM yang berwarna merah menyala itu dan mengiringi VIP

hari pertama di tapak pesta sungguh teruja melihat pelbagai benda dijual di situ.rasa mahu beli semuanya.ada KFC, ada cupcakes yang comel, ada ayam bakar otai, ada burger latip, ada cookies yang sangat berkhasiat, ada ice cream mingomingo yang sangat murah berharga RM 1 sahaja,macam2 ada lah.

tapi yang pasti saya bersyukur sebab gerai Kelab Keusahawanan UDM terletak bersebelahan saja dengan gerai keFIT.jadi senang sikit mahu buat kerja.boleh bertukar2 tempat kerja hoho


KKU menjual bermacam2 jenis bunga segar dan bunga plastik, bear2 yang comel, dan jambakan ferrero roche.boleh tahan juga harga di gerai KKU dalam range harga RM 4- RM 70.alhamdulillah sambutan amat menggalakkan lagi2dengan semangat juang promosi gerak kerja KKU


gerai keFIT jual macam2 juga seperti baju muslimah, bunga segar, selendang yuna (kalau pegang selendang yuna ni serta merta akan menyanyi "adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta..."), bear2 dan sewaktu dengannya.


saya tumpang sekaki meletakkan sticker UDM dan menjualnya di situ.alhamdulillah banyak juga terjual walaupun masih tak habis lagi


hari kedua pula, gerai2 yang menjual bunga dibenarkan menjual bunga di tepi DABS.bak kata Din, YDP KKU, ini semua hasil kerja gila mereka yang dibuat pada hari pertama dangan menjual bunga di tepi DABS sampai kena halau dengan pak guard dan penjual bunga yang lain pun cemburu lah dan bising2.tapi setiap perkara ada hikmahnya,kesemua penjual bunga dapat menjual bunga di tepi DABS hee


hari kedua konvokesyen juga dapat mengucap tahniah kepada sahabat baik kesayangan saya dan UDM, Din @ Defactohokage.dia baru keluar dari DABS sambil berlari2 mencari ibu bapanya.teruja sungguh tengok dia gembira.lepas tu sempat bersalam2an dengan keluarganya.tapi Din masih ada 4 tahun lagi di sini kerana menyambung dalam ijazah pendidikan ;)

dapat juga jumpa dengan sahabat lama, Mimi (bapak dia amik gambar tak jadi tak bleh nak letak kat sini wuwu)




petang pula sahabat kami yang belajar di Ireland dalam bidang akaun dan sudah menjadi akauntan di Kota Kinabalu,Sabah , Azmi pula berkonvo.seronok betul hidup beliau,bila penat dan bosan bekerja, pergi bercuti2 Malaysia sokmo

ini Ali, kawan baik lama saya


Apih yang sangat kelakar merangkap mantan YDP Kolej Kediaman Ibnu Sina


Fatih, Ex Roomate saya, Nia dan Wani.mereka budak akaun


ini mantan KKU kesayangan saya, Sarah dan Wani


abang2 FIT dulu, abang zul kuasa dua.sorang abang zul mantan YDP FIT, sorang lagi abang zul ex-MPP


sidai muka jap bak kata chika.ok ini close up muka budak yag tak konvo dan perasan artis .junior bagi saya title ni sebab cermin mata saya besar lah sangat.padahal lepas tu mereka pinjam juga cermin mata saya ini :p


junior sains komputer yang berkonvo.senior tumpang bergambar sekali

orang lain pakai cun2 bergambar dengan orang berkonvo, si haziqah auni ni pakai baju t-shirt macam nak pergi bersukan je haha

malam2 pula ada persembahan tradisional, nasyid oleh Yasin,Akbar dan Mestica (saya tak pergi pun) tapi battle of the band, saya pergi tapi cam kecewa jugak persembahan daripada mereka kecuali band Ayie , band bidan terjun tapi tetap sedap gila suara Ayie bila nyanyi padahal suara sebenar agak melucukan :p ooh..kawan sekelas saya, ahmad mawardi pun main gitar dalam satu band, main gitar sangat bergaya sekali ;)

emcee battle of the band malam itu sangat lawak.sebab dia sebut 'band' jadi bank haha memang terengganu pekat dan sempat lagi menyanyi lagu 'nanaana ganu kite'


Friday, July 10, 2009

Minggu Mesra Siswa (MMS) UDM Julai 2009

ada yang bertanya bagaimana nak jadi seorang pembantu mahasiswa dalam komen entri saya yang lepas.nak jadi pembantu mahasiswa bukan mudah sebenarnya kerana pemilihannya amat teliti dan susah.macam saya, kali kedua memohon untuk menjadi pembantu mahasiswa barulah impian saya tercapai

permohonan untuk menjadi pembantu mahasiswa atau mesra dipanggil PM dibuat pada akhir semester bulan 4 atau 5 setiap tahun.borang permohonan boleh diambil di HEPA atau mungkin di bilik MPP.kemudian pemilhan PM dipilih berdasarkan jawatan dan pengalaman seorang mahasiswa/i yang mempunyai ciri2 kepimpinan yang dapat membantu mahasiswa/i yang baru kelak

kenapa saya nak jadi pembantu mahasiswa?sejak pertama kali menjejak kaki ke UDM saya sudah menyimpan cita2 untuk menjadi seorang PM kerana saya suka bekerja dan membantu orang lain.saya berasa sungguh seronok apabila dapat membantu orang dan mereka gembira atas pertolongan saya.apabila mereka tersenyum atau mengucapkan terima kasih saya berasa sungguh puas hati kerana dapat menolong mereka.tapi yang bermasam muka pun saya tak kecik hati.tak rugi pun saya mereka berperangai begitu

kalau nak mengelakkan semua orang bosan membaca blog saya yang panjang berjela, jadi lebih baik cerita apa yang menarik sepanjang Minggu Mesra Siswa (MMS) Julai 2009

#lepas habis je kursus asas protokol di Bukit Keluang Beach Resort yang sangat seronok diduduki macam holiday pula, kami mula bekerja keras untuk menjayakan MMS.buktinya sampai sahaja di UDM, ada yang ke airport untuk mengambil mahasiswa/i baru dan kebanyakannya menghadiri meeting untuk pembahagian tugas

#malam pun ada meeting lagi dan untuk hari pertama orientasi aku ditugaskan untuk mengambil mahasiswa/i di airport Kuala Terengganu pada pukul 7am bersama beberapa orang PM yang lain

#menunggu mahasiswa/i baru tiba di airport , sempat lagi kami meluaskan networking dengan berbual2 dengan PM dari UMT.rupa2nya kekuatan PM mereka adalah 3 kali ganda daripada UDM dan beberapa insentif lain yang mereka dapat yang kami tak dapat.tapi itu semua tak melemahkan semangat juang kami

#saya ditugaskan dalam biro displin so maknanya boleh jadi kakak PM yang garang..yehhh...

#ramai gila orang di DABS masa hari pendaftaran, sesak sangat tapi rasa keterujaan yang amat

#hari pendaftaran, PM yang tidak mempunyai tugas yang spesifik ditugaskan menolong mahasiswa/i baru mencari bilik hostel masing2.semua student baru ditempatkan blok asrama baru.bertuah betul mereka kerana dapat duduk selesa di apartment yang agak baru.ibu bapa pun berasa puas hati melihat anak mereka ditempatkan di hostel yang cantik

#yang peritnya kepada kesemua PM apabila student2 ditempatkan ke tingkat paling atas iaitu tingkat 5.rasa longgar lutut nak tercabut je.dah la ada PM yang masih tidak bersarapan dan tak makan apa2 terus buat kerja.nasib baik tak de PM yang pengsan kalau tak lagi naya hoho.thanks to kak Lia sebab bagi minum air 100plus.kalau tak confirm da pengsan

#student baru yang mendaftar pada hari itu mencecah kepada bilangan 1537 orang.maknanya seorang PM akan menjaga lebih kurang 30 orang student

#hari pertama setelah pendaftaran memang mencabar untuk kami yang kurang kekuatan untuk handle sejumlah orang yang sungguh ramai.terpaksa PM dari biro yang lain menolong biro yang tak cukup kakitangan lagi2 time makan

#kan saya kata saya kakak PM yang garang, sebab tu saya nak jadi exco displin.hehe. ada satu pagi tu dah pukul 8 am, tapi ada satu kumpulan pelajar perempuan baru turun dari asrama.itu pun sebab mak guard yang jumpa mereka masih di asrama.aku diberitahu oleh mak guard yang mereka sengaja lewat.aku plak tanya mereka , kenapa turun lewat sangat?dengan selambanya mereka kata lepas subuh pergi mandi, siap semua.
HELLO...aku pun pas subuh tadi baru mandi semua tapi sempat je siap dan sempat lagi bersarapan.rupa2nya mereka adalah ex UDM, sebab tu besar kepala.sampai DABS, aku lecture diorang lagi.last2 diorang bagitahu nak gi jumpa ustaz saufi.suka hati mereka sahaja

#waktu maghrib dan isyak, semua pelajar sepatutnya ke masjid UDM untuk solat dan mendengar kuliah di sana.tapi ada satu petang tu, hujan telah turun dengan lebatnya.bukan kumpulan HUJAN yang turun ke UDM.walaupun hujan, tugas tetap tugas dan aku ditugaskan membawa pelajar menaiki bas untuk ke masjid.sambil tu bermain hujan bersama syahid, ain, adila, nabil.seronok jugak main hujan dengan baju batik habis basah kuyup.tapi alhamdullilah tak demam.mungkin hujan rahmat ;)

#program bersama tokoh, YB Dato' Seri Idris B Jusoh.macam teruja je jumpa beliau padahal dah pernah jumpa masa pilhanraya yang lepas.hahah.muka beliau sama macam Dato' NC , macam adik beradik pun ada he.Dan pertama kali dalam sejarah, Haziqah Auni bertanya soalan kepada orang besar walaupun soalan tak sehebat soalan Defactohokage dan soalan ku tak dijawab pun T_T .saja nak try keberanian dan keyakinan diri untuk bertanya di depan public walaupun sangat gementar dan menggigil lutut.at least i have tried dan berani bertanya soalan :D

#oleh kerana keghairahan melaksanakan tugas sebagai seorang PM yang berdisplin lah sangat, suatu kejadian yang tidak disengajakan sampai seorang budak tension dan nangis akibat perbuatanku.kejadiannya begini,
" siapa yang da habis makan boleh solat di surau farabi" sambil tangan menunjuk ke arah surau farabi.POOP ! tangan yang menunjuk terlanggar seorang pelajar yang sedang membawa minuman dan tertumpah ke atas tudung dan beg seorang pelajar yang sedang makan.pelajar tersebut kata "tensennya..!".
aku cepat2 cari kain lap tapi tak jumpa dan minta maaf banyak kali.akhirnya pelajar tersebut pulang ke asramanya sambil menangis walaupun patutnya tak boleh pulang.aku pun benarkan sahaja sebab dihantui perasaan bersalah.tapi malam tu pelajar tersebut pun meminta maaf kepadaku sebab termarah aku.kami pun saling bermaaf2an :)


#program kemasyarakatan , 'sayangi pantai kita' yang dijalankan di sepanjang Pantai Batu Buruk suatu pengalaman yang menarik walaupun sangat panas.tapi tak apa, protection untuk mengelakkan kepanasan matahari seperti payung, cermin mata besar dan sunblock sudah siap disediakan awal2 lagi.sangat kejam kakak PM ni pakai payung sorang2 je sedangkan orang lain dipanggang di tepi pantai dengan sinaran cahaya matahari yang sangat terik.maaflah kakak PM ni memang tak mahu menjadi negro lagi

#sangat fobia apabila terjumpa ulat gonggok dalam makanan yang disediakan semasa program membersihkan pantai tersebut.salah siapa?euuwwwwww..

#saya dapat 2 orang junior non muslim.sorang chinese girl from penang, sorang lagi dari sabah bah..maknanya ong sudah ada kawan hehe

#tahniah kepada semua PM kerana telah menjalankan tugas yang berat ini dengan cukup hebat dan berjaya.walaupun kami penat tapi masing2 tetap bersemangat dan tak mengeluh pun dengan tugas yang diberi.yang penting kami enjoy walaupun tak bergambar pun..uwaaaa...tengoklah mana ada gambar nak letak dalam entri ini.ada pun satu sahaja sebab semua sibuk buat kerja sampai lupa bergambar.tapi gambar tidur PM ada dengan epul .alololololo

#lepas 2-3 hari selepas MMS, atau lebih semua orang paham, semasa kuliah yang pertama, semua orang menegur saya
"eh kenapa mata bengkak?"
"semalam nangis ek?"
inilah penangan tidur pukul 2am dan bangun 5.30am dan tidur curi2 sekejap.sudah jadi mata zombie


Sunday, July 05, 2009

Baktisiswa UDM 2009 di Dun Sura, Dungun, Terengganu

sebelum menjadi seorang pembantu mahasiswa yang garang tapi sporting, semua pembantu mahasiwa (PM) UDM dikehendaki menjalani program baktisiswa.program tersebut telah dijalankan di Dun Sura, Dungun Terengganu

program baktisiswa ni adalah program untuk siswa-siswi berbakti untuk masyarakat kampung.kami telah ditempatkan di rumah keluarga angkat di sekitar kampung tanjung pagar, kampung lembah, kampung sungai buaya dan kampung padang jambu.

kenapa lah saya suka membuat ayat skema di permulaan ayat?


long, yaya, adila, haziqah, ema

masa mula2 hendak diserahkan kepada keluarga angkat, wah berdegap degup jantungku.selama ini hanya dijaga oleh mak sendiri tiba2 mahu diserahkan kepada mak orang lain..mana tak berdebar.saya ditempatkan bersama rozana bersama keluarga angkat di kampung lembah.alhamdulillah duduk berdua,kalau duduk sorang2 confirm lagi scary.Allah tahu saya tak mampu nak duduk sorang je

hari pertama adalah hari beramah mesra bersama keluarga angkat sampai lah ke malam.rumah keluarga angkat saya hanya lah rumah kos rendah PPRT sahaja tapi cantik juga dan selesa diduduki.ibu angkat saya tinggal mempunyai 6 orang anak tapi tinggal di rumah itu bersama seorang anak dan mak dia.maknanya kat rumah tu ada nenek.yeh..saya da tak de nenek jadi saya sangat gembira dapat nenek angkat di sana


hari kedua pula,pagi-pagi lagi kami ke sekolah kebangsaan kuala dungun untuk sesi menjadi fasilitator untuk murid darjah 6.kami dikehendaki membantu murid2 darjah 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR dalam subjek english dan matematik.program ini diharap dapat membantu meningkatkan pemahaman dan minat bakal calon2 UPSR

susah rupanya tugas mengajar ini.sangat letih.walaupun begitu kami semua tetap bersemangat mengajar sampai lelah2.tak puas hati selagi tak dapat menolong adik2 menjawab soalan dengan betul.dan rasa seronok sangat kerana dapat berkongsi ilmu dengan mereka.

tapi rasa sedih juga kerana meninggalkan mereka dengan sikit sahaja ilmu yang dapat dicurahkan kepada mereka.mereka hanyalah murid2 luar bandar. ada yang kurang minat belajar.ada juga yang masih tak tahu baca dan menulis.ada yang pandai menulis tetapi menulis mengikut loghat Terengganu.kesian kepada adik2 yang bakal mengambil UPSR itu terutamanya dalam subjek bahasa inggeris kerana banyak sangat vocabulary yang mereka tak paham

tapi ada je yang pandai dan semangat hendak belajar.yang pandai memang ada harapan mendapat 5A tapi yang kurang bijak masih tergapai2 mencari bintang yang kelam sinarannya di langit yang gelap

petang itu pula ade sesi latihan persembahan untuk malam kebudayaan.macam2 idea keluar.lagi2 si zaim..pandai cakap ..buat tu..buat ni la..dan nabil juga sama je kepala dengan zaim.tapi merekalah yang menceriakan kumpulan kami


selepas asar, kami berkumpul di masjid padang jambu.untuk sesi gotong royong membersihkan masjid padang jambu.aku ditugaskan membersihkan bilik air dan bilik wudhuk yang bersih juga sebenarnya.suka sangat melihat sahabat2 bergotong royong dan bersemangat membersihkan dan menceriakan masjid padang jambu.

malam pula ada forum keluarga bahagia.moderator : ustaz rusdi, ahli panel : ustaz azhar, ustaz polis tak ingat nama dan khairul azwad.banyak input yang aku dapat malam itu walaupun kehadiran penduduk kampung agak mengecewakan sedangkan cuaca cerah pada malam itu.tapi syabas diucapakan kepada saudara azwad kerana bagi aku dia lah ahli panel terbaik pada malam itu walaupun beliau yang paling muda antara semua ahli panel itu


next day , aktiviti yang paling menarik iaitu kami belajar membuat keropok lekor, otak2 dan pais.kami buat daripada step yang pertama sehinggalah boleh dimakan.mula dari menyiang ikan dan memisahkan tulang dari isinya, menumbuk sehingga lumat isi ikan,menggaul dengan tepung dan menguli sehingga macam keropok lekor.dan meggoreng atau merebus keropok lekor kemudian sampai sedap dimakan walaupun rasa masin.haha first time makan keropok lekor masin.


tapi pais sedap sangat lagi2 bila sorang satu dapat ikan seketul sorang.yummy memang sedap daripada otak2


sesi motivasi bersama murid2 darjah 6 yang kami jumpa semalam pula di sekolah mereka sekali lagi.motivasi untuk meningkatkan semangat mereka sambil mengenang jasa ibubapa mereka yang selama ini bersusah payah membesarkan dan menyekolahkan mereka.sesi menangis-nangis sampai fasi pun menangis juga hoho

sukan rakyat dijalankan pada waktu petang dan habis dengan agak lewat.kemudian semua tergopoh gapah hendak balik bersiap untuk program malam pula iaitu kami dijemput makan malam di hotel milik senator Dungun dan bersedia untuk malam kebudayaan

malam kebudayaan disertai oleh penduduk kampung yang datang agak ramai dan persembahan daripada UDM sendiri.kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.kumpulan pertama membuat persembahan puisidra = puisi + drama , kumpulan dua menyanyikan lagu ulat bulu dan kumpulan kami membuat persembahan combination of dikir barat, boria dan nasyid yang mendapat sorakan penonton sebab merepek dan lawak tapi best gila kumpulan kami punye persembahan haha.penduduk kampung mempersembahkan tarian tradisional terengganu seperti ulik mayang etc.hujan turun sangat lebat pada malam itu tapi penonton sikit pun tak berganjak.apakah tandanya itu?


hari terakhir kami di baktisisiswa dun Sura Terengganu, kami bergotong royong menyediakan lauk untuk makan tengahari dan seekor lembu dikorbankan untuk dibuat gulai.semua peserta baktisiswa sangat bersemangat bergotong-royong menyediakan makan tengahari, membasuh daging sampai busuk2 badan, berebut2 memotong sayur dan daging, mengacau gulai


paling seronok kami dijamu dengan buah-buahan tempatan seperti maggis, rambutan, durian dan tembikai.seronok sangat makan beramai2

setiap pertemuan ada perpisahan, masa untuk anak angkat diserahkan kembali memang terasa hiba dan syahdu.kebanyakan ibubapa angkat menangis untuk melepaskan anak angkat kembali.begitu juga dengan ibu angkat aku.sedih rasanya meninggalkan mereka yang melayan kami dengan begitu baik tapi cuma didera makan sampai kenyang sangat hoho

banyak yang kami pelajari semasa program baktisiswa ini.tapi yang paling penting semangat bermasyarakat dapat diterapkan dalam setiap peserta baktisiswa.

tapi yang paling terkesan dalam diri saya, saya semakin lebih menghargai ibuku dan rindu sangat kepdanya..mak ...long rindu mak la !!!


Google