Selepas adik bongsuku habis UPSR, aku dah janji dengan dia
nak bawa pergi berjalan2. Makanya dia pun telah memilih untuk ke Aquaria KLCC
untuk lawatan sambil belajar konon2.
Kami telah pergi bersama buah hatiku, konon2 kitorang ni
pengiring lawatan la. Adik aku ajak kawan dia sekali. So dalam pukul 12pm
selepas mengharungi kesesakan lalu lintas , kami pun sampai di KLCC.
Mula2 aku ingatkan Aquaria KLCC ni terletak di KLCC tetapi
rupanya terletak di KL Convention Center. Ala yang tempat orang selalu buat PC
Fair tu. So kalau parking kat KLCC, korang boleh lalu laluan di luar iaitu
melalui taman KLCC atau pun jalan bawah tanah. Kalau nak ikut jalan bawah tanah
, korang cari level C atau yang ada Watson, Maybank dan sewaktu dengannya. Then ikut
je signboard tulis Aquaria KLCC.
Harga tiket Aquaria KLCC berharga RM 25 untuk kanak-kanak2
bawah 12 tahun dan RM35 untuk orang dewasa. Untuk pelajar, dinasihatkan membawa
kad pengenalan atau student card untuk mendapatkan diskaun.
Masa masuk2 je Aquaria, korang akan jumpa ikan piranha! Ikan
yang makan budakkk..!!!! Er bukan..ikan yang makan daging manusia..er bukan juga…ikan
yang makan….Aku pun tak pasti sebab dalam cerita kat movie kan dia makan daging
:B Muka ikan piranha ni macam toya je..banyak la juga ikan piranha dalam
aquarium tu.
Jalan sikit , korang akan jumpa dengan 3 kolam kecil yang
mempunyai tapak sulaiman dan 2 jenis ikan lain. Lepas tu jumpa belut elektrik,
dan macam2 hidupan laut yang lain.
Mungkin part yang paling teruja sikit adalah terowong ikan. Korang
macam akan masuk satu terowong dan atas kepala dan kiri kana korang ada
aquarium. So sepanjang terowong tu, boleh Nampak dan tangkap gambar macam2 ikan
seperti akan jerung, ikan pari dan ikan lumba. Ok tipu. Ikan lumba2 tak ada ya
kawan2.
Kemudian sebelum keluar, boleh la membeli cenderhati sebagai
kenang kenangan untuk lawatan ke Aquaria KLCC ni. Macam2 ada, ada tshirt, ada
anak patung, ada aquarium kecik, ada keychain, ada pen, ada fridge magnet. Aku beli
fridge magnet je sebab itu sahaja la yang Nampak menarik dan murah di mataku.
Kesimpulannya, kalau korang memang suka ikan, Aquaria KLCC
memang tempat untuk korang untuk lebih mengenali ikan dan hidupan laut yang
lain sebab setiap pameran ikan dan hidupan air yang lain, disertakan sekali
penerangan tentangnya. Tapi sebenarnya, lebih best ke sini bersama kanak2 yang
belum baligh sebab lagi teruja nak tengok ikan2. Cuma kat sini, gambar gelap
sikit if korang guna kamera tak mahal mana dan sebab tak boleh guna flash,
takut2 ikan terkejut dan mati lemas. Eh, tak ek?
Dan kalau dah tak tahu nak jalan mana kat KL ni, boleh la
datang berdating di Aquaria KLCC.
Kalau nak baca versi kekasih hati punya version pula tentang review Aquaria KLCC, boleh la klik link tersebut.