Lepas nikah dalam pukul 1130am, dah kena siap2 untuk majlis seterusnya. Makeup artist pun da sampai. Makeup artist untuk majlis resepsi saya ambil Kak Putrirex, senior sekolah saya. Saya suka tengok dia makeup, memang semua cantik2.
Mula2 kena la buang makeup nikah tadi (sob sob). Lepas muka dah dibersihkan, barulah start makeup untuk next session. Kawan2 pun ada menemani saya makeup sambil anak sepupu pun datang join sekali. Dalam pukul 1pm, settle lah makeup. Masa tengah maekup tu adalah beberapa orang kawan yang jenguk saya di bilik sebab dorang datang awal ke majlis saya. Tapi maaf sangat sebab tak dapat entertain dorang sebab muka tengah conteng. Sorry Wina dan Kak Qish. Nak pandang dorang pun tak boleh T_T
Untuk majlis resepsi ni, saya pakai tema peach dan baju juga ditempah di butik pengantin muslimah iaitu Butik Umairah di Medan MARA Jalan Raja Laut dan kain dari Jakel. Saya buat design peplum walaupun masa tu da kira lapuk ah design tu tapi dulikkk.. Veil yang sarat dengan manik pula ditempah dari Zahra Veil. Servis Zahra Veil ni memang pantas. Dalam masa 2 minggu dah siap dah veil ni. Kalau pakai peplum ni selalunya memang akan ikut shape badan tapi saya minta tailor longgarkan sikit baju tu sebab nanti lepas makan dah tak boleh nak bernafas da -_- Dan nasib baik veil yang panjang sampai ke punggung itu dapat menyembunyikan bentuk badan. Overall saya suka dengan baju pengantin saya! Kos untuk baju pengantin + kain dan veil untuk majlis resepsi ni adalah kurang RM 1.5K..
Pengantin lelaki patutnya sampai selepas waktu zohor dalam pukul 130pm. Tapi atas masalah2 yang tak dapat dielakkan, agak lewat juga rombongan pengantin lelaki sampai. Jadi ramailah kawan2 datang bertandang ke bilik pengantin untuk berjumpa dengan pengantin. Pengantin perempuan ni tak boleh nak keluar bilik dulu heee..
Bila pengantin lelaki sampai, kami duduk di pelamin dulu untuk bersalam dengan ibu bapak kami. Lepas tu baru la boleh pergi makan beradab ( memang sopan sangat makan, sampai tak selera pun nak makan ha ha ha)
Lepas da habis makan beradab, adalah sesi potong kek. Kek juga disediakan oleh Nurul Izzah Catering.
Kemudian, barulah kami boleh beramas mesra dengan tetamu dan mengambil gambar dengan siapa2 yang datang nak minta ambil gambar. Raja sehari la katakan. Hot la kejap ramai nak minta amik gambar :p Background banyak kat rumah jiran yang cantik sebab rumah dia memang penuh pokok macam dalam taman. Tumpang ambil gambar Pak Leman :B
( Pengapit..ramai kata sesuai gittew )
Untuk catering majlis ini, kami memilih Nurul Izzah Catering dan pakej Khemah Tanjung. Ada macam2 jenis lauk dan memang banyak lah. Ramai yang comment puas hati dengan makanan oleh Nurul Izzah Catering dan memang sedap. Yang paling orang suka adalah ayam goreng berempah yang dimasak panas2 lagi. Memang laris lah. Selain itu, ada cendol corner dan paling ramai orang beratur adalah gerai putu piring. Gerai putu piring ni kami order dari makcik yang meniaga putu piring di Pasar Malam Seksyen 6 Shah Alam. Semua pun comment sedap. Kalau lah diberi peluang, aku rasa nak jadi tetamu untuk majlis aku ni sebab semua orang kata makan best T_T
Doorgift kahwin pula ada macam2 juga. Ewah. Doorgift pertama adalah bahulu dan kek marble untuk tetamu warga emas atau emak2 dan bapak2. Doorgift kedua adalah Jem tat yang ditempah dari Makcik saya untuk tetamu2 yang muda remaja dan doorgift kanak2 pula adalah coklat dan jelly. Tapi last2 doorgift tu main campur je bagi. tak ikut kategori umur pun.
Pelamin nikah dan resepsi sama je sebab buat pelamin adalah untuk ambil gambar je. Saya ambil Beauty.Me Make Up & Bridal. Tahu pasal pelamin ni sebab ada kawan2 pernah tempah pelamin dengan dia dan semua pelamin dia buat pun memang cantik. Latest dia ada buat pelamin untuk nikah Diana Amir. Kos pelamin ni termasuk fresh flower dalam RM 1k ++ je sebab ini mini pelamin. Thank you Emy for the nice pelamin :)
Bilik pengantin pula dengan tema simple elegant ( konon2), aku pinjam cadar pengantin dari makcik aku juga he he he dan fresh flower dalam tu semua saudara mara yang sponsor. Baru segar bilik iolls dengan bunga2 segar yang wangi. Tangga pun saudara mara tolong hias juga.
Tips untuk gambar hari perkahwinan : Hire lah 2 orang photographer pada majlis kamu supaya seorang boleh fokus pada pengantin dan seorang lagi boleh fokus dengan tetamu. Dan minta gambar2 kandid supaya moment tu lagi bermakna. Dan kalau ada bajet lebih, boleh ambil videographer sebab lagi seronok tengok video sebenarnya