Tuesday, March 27, 2012

Saya HOT sangat, so jangan sentuh saya OK?!

I'm hot, so don't touch me okay?

Satu lagi kempen dari Sue Anna Joe. Sebelum2 ni dia ada buat 2 kempen iaitu pakai tudung dengan sempurna iaitu dengan menutup dada dan juga menutup punggung daripada didedah. Dua kesalahan yang selalu sangat gadis muslimah ambil endah dan memandang ringan aurat bila hendak berfesyen.




Kadang-kadang kita dah cuba cover dada kita daripada terdedah, tapi mungkin secara tak sengaja ada bahagian yang terdedah. So kita harus baiki lagi dan perbetulkan kedudukan tudung kita daripada terlihat tempat yang tidak sepatutnya terdedah.



Kalau nak tengok macamana nak pakai shawl yang boleh cover dada, boleh tengok video dari Dena Bahrin. Bila tengok dia tutup aurat dengan sempurna, rasa macam lagi cantik dan insyallah akan berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik seperti ini.

Kadang2 sebenarnya, bila ada diri sendiri dan ada perempuan lain yang mungkin tak sengaja tidak menutup dada, rasa malu bila ada lelaki yang mungkin memandang dengan pandangan yang menakutkan



Cover your butt, emakku dah banyak pesan. Tapi biasa la remaja2 dulu mana nak ikut cakap sangat, terdedah la juga dan menampakkan bentuk susuk badan yang ranum dan boleh membuat lelaki2 yang tidak menjaga pandangan bernafsu melihatnya. Tapi Alhamdulillah sekarang, insyallah akan membeli banyak baju2 yang menutupi punggung



Kempen ke 3 , adalah tentang gaya hidup kita yang buat endah tak endah tentang sentuh-menyentuh antara yang buktan mahram. Salam lelaki perempuan itu macam dah jadi perkara biasa lagi2 dalam keluarga. Walaupun sepupu yang mungkin kita dah rasa macam adik beradik, tak bermakna kita boleh melanggar hukum2 islam dengan menyentuh yang bukan mahram. Memang agak susah hendak memahamkan masyarakat kita yang mungkin rasa tak berdosa setakat bersalam, tapi bagi kita yang dah ada ilmu, jangan segan2 pertahankan kesucian agama kita.

Emak saya pernah kata tak boleh salam apabila ada sepupu lelaki dia nak bersalam dengan dia. Sepupunya mungkin berkecil hati sebab tak mahu bersalam, tapi emak mahu menjaga hati Allah dahulu. Macam Sue Anna Joe kata “Persoalannya, kita jaga imej kita, jaga hati kawan, tapi bukankah sepatutnya kita jaga hati Allah?”

“Menutup aurat secara sempurna. It's not easy. It's a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right!”, Sue Anna Joe

Sikit2 kita cuba berhijrah menjadi yang lebih baik, rasa suka tengok ramai kawan2 yang dulu tak bertudung tapi sekarang dah bertudung :)



Thursday, March 22, 2012

Sedikit Tapi Bermakna

Kagum dengan mereka yang bisa menulis seringkas ayat di dalam blog tapi maknanya cukup mendalam. Sampai orang menunggu lagi ayat-ayatnya dalam post seterusnya

Tak perlu gambar untuk menyampaikan maksudnya.

Ok ini dah cukup banyak juga. Percubaan tidak menjadi


Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #7 - Camera360 Android Apps











Friday, March 02, 2012

Lain orang lain cara makannya

Setiap orang ada cara makan yang unik. Walaupun kamu ni best friend, macam isi dengan kuku, tidur sekatil sama2, tapi tak bermakna cara kamu makan sama, cara kamu fikir sama. Haaa..kalau tak percaya, tengoklah ni


Cara gigit jagung yang berlainan. Ada yang makan dari atas sampai bawah, ada yang makan dari bawah dan habis satu bulatan, ada yang makan dari atas dan habis satu bulatan. Macam-macam cara makan...

Dah lama tak lepak dengan BFF petang2 macam ni. Turun bawah, jalan ke luar, beli jagung dan duduk2 tepi kolam renang sambil makan jagung. Oh dan tak lupa juga pasti lah berposing bersama2 menggunakan Samsung S2 yang cantik gambarnya..

♥ bff


Google