Tuesday, March 27, 2012

Saya HOT sangat, so jangan sentuh saya OK?!

I'm hot, so don't touch me okay?

Satu lagi kempen dari Sue Anna Joe. Sebelum2 ni dia ada buat 2 kempen iaitu pakai tudung dengan sempurna iaitu dengan menutup dada dan juga menutup punggung daripada didedah. Dua kesalahan yang selalu sangat gadis muslimah ambil endah dan memandang ringan aurat bila hendak berfesyen.




Kadang-kadang kita dah cuba cover dada kita daripada terdedah, tapi mungkin secara tak sengaja ada bahagian yang terdedah. So kita harus baiki lagi dan perbetulkan kedudukan tudung kita daripada terlihat tempat yang tidak sepatutnya terdedah.



Kalau nak tengok macamana nak pakai shawl yang boleh cover dada, boleh tengok video dari Dena Bahrin. Bila tengok dia tutup aurat dengan sempurna, rasa macam lagi cantik dan insyallah akan berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik seperti ini.

Kadang2 sebenarnya, bila ada diri sendiri dan ada perempuan lain yang mungkin tak sengaja tidak menutup dada, rasa malu bila ada lelaki yang mungkin memandang dengan pandangan yang menakutkan



Cover your butt, emakku dah banyak pesan. Tapi biasa la remaja2 dulu mana nak ikut cakap sangat, terdedah la juga dan menampakkan bentuk susuk badan yang ranum dan boleh membuat lelaki2 yang tidak menjaga pandangan bernafsu melihatnya. Tapi Alhamdulillah sekarang, insyallah akan membeli banyak baju2 yang menutupi punggung



Kempen ke 3 , adalah tentang gaya hidup kita yang buat endah tak endah tentang sentuh-menyentuh antara yang buktan mahram. Salam lelaki perempuan itu macam dah jadi perkara biasa lagi2 dalam keluarga. Walaupun sepupu yang mungkin kita dah rasa macam adik beradik, tak bermakna kita boleh melanggar hukum2 islam dengan menyentuh yang bukan mahram. Memang agak susah hendak memahamkan masyarakat kita yang mungkin rasa tak berdosa setakat bersalam, tapi bagi kita yang dah ada ilmu, jangan segan2 pertahankan kesucian agama kita.

Emak saya pernah kata tak boleh salam apabila ada sepupu lelaki dia nak bersalam dengan dia. Sepupunya mungkin berkecil hati sebab tak mahu bersalam, tapi emak mahu menjaga hati Allah dahulu. Macam Sue Anna Joe kata “Persoalannya, kita jaga imej kita, jaga hati kawan, tapi bukankah sepatutnya kita jaga hati Allah?”

“Menutup aurat secara sempurna. It's not easy. It's a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right!”, Sue Anna Joe

Sikit2 kita cuba berhijrah menjadi yang lebih baik, rasa suka tengok ramai kawan2 yang dulu tak bertudung tapi sekarang dah bertudung :)



15 comments:

cik najihah said...

nk pakai ape x kisah as long as x langgar ape yang syarak dah tentukan :)

[WANI_mn] said...

betul tu. skrg ramai yg nak berfesyen tp tak titikberatkan untk menutup dada. kdg2 terpikir, tak segankah dorg bila bertudung tp still nmpk dada?

insyaA, diri ni akn mempertingkatkan mana yg kurg. nice sharing :)
adore the way dena bahrin bertudung, tertutup yet still fashionable :)

Fahmi Raazali said...

Kempen yang bagus. Memang kebanyakan situasi pada hari ini, kita dapat melihat ramai perempuan yang bertudung tapi pemakaiannya tak sempurna.

Suka sangat lilit keliling leher. Lepas tu menampakkan dada...

Munnafendy said...

bagusnya kempen ni...patut diuar2kan bg lg rmai yg tahu...btw, thanks so much 4 sharing! =)

connect said...

please support me, like my page FB and follow on networkedblog... :D

Scarlett O'Hara said...

Baguslah saling mengingatkan...

fiza said...

emm..insaf..insylh cuba perbaiki pe yg ptot..thanks.:)

kangtokkomputer said...

nice article, ... I like it very much .. :)

inche hlovate said...

nice info..terima kasih sudi kongsi

eita said...

bagus sanngat2 kempen macam ni..
sebab sekarang ni macam2 pesen yang pelik2..

Syafiqah Nafis said...

ada jugak style sekarang..baju dah labuh ttp punggung tapi seluar khetat..sebetulnye baju labuh ttup punggung dan peha(jika seluar ketat kt peha)dan seluar lggar tak membentuk labu betis..UAI kate seluar ketat xpe aslkan yg ketat tu org tak nmpk.hihi.sekadar memberi pndgn.

aunieZ said...

hehe kalau nak sangat pakai ketat2 pakai dalam bilik sorang2 sudah...kalau dah ada suami, boleh la pakai depan suami :)

tik tok said...

cantik hati dan paras..senang skali nengok nya,masyaallah

Ehwansah Jailani said...

keren.... jadi wanita sholeha nih....

EyA edamanhatiku said...

bgusla kempen ne..asal ttup aurat jak xckup..kna ttup dengan cara yang betul jgak..

Google