Sunday, January 24, 2010

bila sudah jadi tidak rajin

Bila seorang blogger tegar sudah jadi pemalas…oopps bukankah perkataan MALAS diharamkan pada tahun 2010?

Pilhanraya Kampus UDM kali pertama
Julung-julung kali diadakan dan buat kali pertama dan kali terakhir..saya tidak dapat mengundi ..waaaa..LOL. Keputusan? Check it out here! Kemenangan yang di…malas mau buat kontroversi lagi seperti tahun lepas..lalalalala..aku kan banyak spy :p oh by the way, congrates kepada semua MPP UDM 09/10 . jalankan tanggungjawab anda sebaiknya kerana anda semua sememangnya layak dan saya akan menyokong dari belakang. chaiyok2..! oh pesanan bukan penaja (maaflah tak mampu nak taja apa-apa), sila jaga makan anda kerana saya tak mahu anda kelihatan semakin kurus! hoho. Oh jiran sebelah UMT katanya si Pro M menang? WTFun

Kota Kinabalu
Penyebab aku tak dapat mengundi. Eceh menyalahkan vacation ketika hari kuliah dan mengundi pula. Thanks to daddy and mummy sebab bawa saya sampai juga ke Timur Malaysia. Sangat bersyukur. Cerita tentang ni akan update later since my sweet and naughty lil sisters are very busy with their homeworks.waaa..sisters please send me those photos ASAP

Riadah
Oh bak kata ‘Ain Farhana , exco sukan MPP UDM 08/09 dalam facebooknya :
“satu perubahan ketara pd suasana di UDM,kini ramai mahasiswa/i yg keluar berjoging walaupn ad yg sstengahnya sekadar berjln,but dat's a good start,petang2 lg la meriah,kesemua fasiliti sukan digunakan dgn berkesan,xckup court yg sedia ad,kt halaman asrama pn ad jg ^_^...namun ak tertnya2,adakah ini bakal menjadi amalan atau sekadar ikutan??utk bakal xco sukan UDM,turun lah menyertai rakyatmu...”

Saya juga setiap petang kalau tidak hujan akan turun padang bersama rakyat beriadah dan menyihatkan badan. Even ada kelas petang sampai pukul 6, akan turun padang. Ahha apa punya obses ini. Saya suka:

- jogging (sila baca berjalan-jalan ambil udara nyaman sahaja)



-rollerblading !! hoho bermain permainan ini setelah ditinggalkan semasa zaman kanak-kanak. Paling tidak tahan jika jatuh bedebab! Jom join..ahli rollerblade kami hanya ada 4 orang :D

-badminton. Well actually im not interested pun in this sport but since all my friends playing this game so I just join tapi main sekejap la sebab tak larat and very tiring

- ping pong ! suka main ni sejak pandai ping ip address? Haha tak la tiba-tiba sahaja bila diajak si gafildgumok yang sedang mengajar mashinya bermain ping pong. Best2 this game.main tah pape tapi gelak sampai sakit perut wooo


Thursday, January 14, 2010

kau pergi..mahu pergi ke mana?

maksud aku..aku yang pergi..pergi dari blog..seperti tiada nafsu untuk berblog lagi. mahu cerita macam2 tapi biasa lah cerita selalu simpan dalam hati

kali ini tak mahu bercerita panjang juga. kerana aku mahu bercuti agak lama haha selamba je ponteng kelas.


oh 14 januari ni, buat julung2 kali diadakan pilhanraya kampus kali pertama di UDM. Menang tanpa bertanding lagi? Ada sesetengah fakulti yang menang tanpa bertanding seperti fakulti informatik, fakulti aku lah. itu pun sebab hanya dua calon tu kot. sape suruh kau tak pergi ambil borang? macam kenal je ayat tu tapi di mana ya

mahu mengucapkan selamat berjuang untuk sahabatku Izzuddin Rosli. beliau sememangnya layak untuk menjadi seorang pemimpin dan beliau berkebolehan memimpin dan berdebat dengan baik. fuh..rasa sungguh bersemangat dan berkobar2 bila mendengar beliau berucap

tapi oh tidak, pilhanraya kampus pertama dan kali terakhir bagi ku, aku tak dapat mengundi..waaaa..inilah hikmahnya tak mendapat keputusan yang baik di peperiksaan semester lepas..Tak dapat bertanding MPP wahhh..masih tidak layak lagi untuk menjadi pemimpin

walaupun saudar Irfan , ex YDP MPP 2009/2010 mengatakan " teringin tengok Haziqah bertanding MPP cos u have alot of experience in faculty". Thanks Mr Irfan tapi mereka yang bertanding sekarang lebih layak memimpin.

Maaf kerana emosi mengawal diri saya sekarang ini dan kerana itu lah saya menarik diri dari apa2 jua kepimpinan

Ramai mahu saya bertanding kerana saya pandai berbicara dalam blog. Blog saje lah pandai berbicara mulut tergagap2.

Selamat berjuang buat semua bakal pucuk pimpinan MPP 2010/2011. Anda sudah diberi satu amanah yang besar oleh para pelajar UDM dan anda juga telah meletakkan sebelah kaki di neraka. Jadi anda jugalah yang harus memilih jalan perjuangan mana yang anda inigin ikuti

Seperti nasihat2 saya sebelum ini kepada semua pemimpin pelajar, nasihat yang ikhlas dari insan yang hina ini, tebalkan telinga dan muka anda kerna anda akan dikritik dan dihentam habis2an oleh pelajar yang sering tidak puas hati. Seperti segala2nya di bahu MPP dan MPP harus pikul semua. Jaga diri anda sebaik mungkin, jangan emosi ketika handle masalah kerana anda sekarang public figure. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga

selamat berjuang...! :
1. Mustaqim Darus - calon fakulti FKI; bos saya dulu :D
2. Abdul Rashid
3. Izzuddin Rosli
3. Syazwani (Long) dan Husna (dexna) calon Fakulti Informatik; walaupun menang tanpa bertanding tapi saya tahu mereka akan dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin. jangan hampakan k.iqa taw
4. Azalia , Kak Lia harus menang hoho
5. Fatehah Azmi
6. Maziatul Akma, calon Fakulti FKI

PRK UDM, hanya suam2 kuku dan mungkin kerana pertama kali, manifesto juga blur2 lagi

ohh Good Luck to KKU too dalam Mini Karniawan. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian


Friday, January 08, 2010

Bengkel motivasi FIT bersama Raja Shamri Raja Husin

Bila hari pertama start kuliah di UDM, aktiviti kegemaran kami adalah singgah2 di fakulti. Lepas tu ternampak la flyers bengkel motivasi. Kehadiran adalah wajib untuk semua pelajar yang ambil subjek compiler dengan en suhailan dan lecturer yang lain juga

Bila dapat flyers tu, aku dan ejah terus teruja sebab memang sudah set azam baru. Jadi bila ada motivasi lagi la akan memantapkan keazaman baru itu. Dan soalan pertama Raja Shamri Raja Husin atau lebih mesra dipanggil abang raja, penceramah motivasi hari bahagia itu adalah “siapa yang datang dengan hati yang suka dan gembira sekali dan wow I love it angkat tangan?” dan aku dan ejah pun angkat tangan dan beliau kata “ haha memang penipu besar!” betul la.. kami sangat teruja datang ke program tu :D


Abang raja seorang yang sangat istimewa. Banyak pengalaman beliau yang sangat mengharukan yang boleh jadikan sebagai pengajaran dalam hidup. Kisah hidup beliau mampu meruntunkan hati dan jiwa lembut gadis2 dalam DKU sampai kebanyakan yang menghayati cerita beliau akan mengalirkan air mata tanpa disedari. Tapi bila dah menangis boleh pulak dia buat lawak sampai lap air mata sambil ketawa. Itu kelebihan beliau. Mampu membuat orang menangis dan ketawa pada masa yang sama

Beliau mungkin kekurangan dalam segi fizikal tapi dari segi personalti beliau sangat berwibawa. Beliau adalah pengguna kaki palsu kerana beliau tiada kaki sejak lahir. Hidup sebagai seorang OKU amat susah lagi2 bila hidup di kampong. Dibuli, dipandang hina, diejek adalah lumrah dan perkara biasa dalam hidup beliau. Tapi bak kata abang raja : semua dugaan yang diberi tu adalah untuk menjadi kan kita manusia yang hebat


dekan bersama abang Raja

Tapi beliau seorang yang cekal dan bijak, memegang dua ijazah, dua master dan sedang menghabiskan phD tak lama lagi tapi baru sahaja untuk mendaftar untuk satu lagi phD. Wah sangat kagum dengan beliau. Aku lepas habis ijazah ni tak terpikir pun nak sambung study lagi

Dari segi kepimpinan pun sangat mengkagumkan sejak bangku sekolah lagi. Apatah lagi setelah beliau melanjutkan pelajaran di university di Malaysia dan USA. Beliau pernah menjadi pemimpin pelajar di university di Malaysia dan USA. Kewibawaan beliau dalam memimpin sangat terserlah. MARVELLOUS!

Sekarang dengan segala pengalaman yang ada beliau telah membuka banyak syarikat seperti syarikat yang menjalankan motivasi , golden minds dan beberapa syarikat lagi

Kata2 semangat dari abang Raja :
1. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa
2. Uijian dan dugaan dari Allah untuk menjadikan kita manusia yang hebat
3. Marvelllous !

Yang menarik :
1. Pertama kali duduk di kerusi VIP kat atas pentas setelah dijemput oleh acap untuk join dia sama2 duduk bersama abang Raja di kerusi VIP untuk buat satu latihan senaman otak
2. Latihan senaman otak untuk mengoptimumkan penggunaan kedua2 belah otak supaya kedua2 belah otak digunakan semaksimum mungkin iaitu gerakan tangan. Nak tahu apa bendagerakan tangan? Kena join program abang Raja la
3. semasa membuat gerakan tangan,Saya dapati sesuatu yang sangat berharga dan buat saya tersedar yang masa kecik2 dulu saya boleh kata pandai gak walaupun kurang berusaha tapi sekarang ni banyak lagha buat malas nak berusaha. Jadi sekarang kena lebih berusaha supaya lebih bijak :D

Selepas program itu, yang pasti saya dan rakan2 semakin bersemangat belajar dalam kelas pun semua makin khusyuk.

Abang Raja ada offer, sapa2 nak bekerja dengan beliau boleh la datang walk in interview untuk IT excutive. oh saya sepertinya berminat. tapi..masih tidak habis belajar lagi dan kemahiran pun belum mencukupi. Kalau setakat nak tolong buat blog or update entri tu bisa la. macam seronok pula kan kalau dapat majikan seperti abang Raja, pasti bersemangat buat kerja

gambar dari Picasa Web Album Abang Raja
blog beliau : http://abangraja.blogspot.com/


Friday, January 01, 2010

dua ribu sepuluh


Macam kejap je rasa da nak tamat 2009 ni. Macam kejap je rasa tiba2 da nak masuk semester 6 tahun 2010 ni. Macam kejap je rasa umur aku da nak masuk 23 tahun padahal masih perangai budak2 dan tak matang lagi tapi ada aku kisah? Aku suka jadi kanak2 lagi sebab Nampak muda lagi. Lagipun orang selalu ingat aku muda lagi :D

2009, pengalaman pahit dan manis menyelubungi aku. Tapi banyak yang pahit dari yang manis. Tapi semua tu aku tak pernah menyesal melaluinya sebab itu semua menjadi pengajaran hidup bagiku dan aku tak rugi sesen pun

2007, tahun yang boleh kata tahun tasteless bagi aku; 2008, tahun kegemilangan dan kegembiraan , juga tahun yang berjaya mengetuk pintu hati ku setelah agak lama tak diketuk walaupun itu palsu sahaja ; dan 2009, tahun yang banyak sungguh dugaan dan amat perit bagiku sepanjang bergelar manusia di muka bumi Allah ini

Tahun 2009 aku banyak diduga dengan masalah peribadi dan hati yang kadang2 buat aku down sangat. Ye kerana dia. Aku gembira kerana dia dan aku down juga kerana dia. Tapi aku tak kan menyalahkannya kerana dia mengajar aku macam2 jua tentang hidup ini dan dia juga at least pernah buat aku rasa gembira dan bahagia walaupun seketika.

Dan buat pertama kali dalam sejarah juga, berat aku turun dengan sangat mendadak, turun 4-5 kg. Then, aku patut berterima kasih kepada dia juga sebab aku berjaya kurus dan boleh pakai balik macam2 baju :p bukan senang seh nak kurus, tips nye makan hati haha

Dari segi kepimpinan dan pengalaman soft skill, macam2 aku da kumpul dan semua itu menjadi kenangan yang sungguh indah bagiku. Menjawat dua jawatan yang agak besar tapi kadang2 buat aku rasa malu. Malu kerana kadang2 rasa tak layak menjawat jawatan sebesar itu sedangkan tak melakukan tugas sebaik mungkin. Dan ada suatu jawatan aku seperti melepaskan tugasnya begitu sahaja kerana masalah dalaman aku sendiri. Entah kenapa hati ni terasa dan tak boleh lagi bekerjasama sedangkan aku sayangkan sungguh organisasi itu suatu masa dahulu. Maafkan ku kerana hanya melaksanakan tugas sepenggal sahaja teman seperjuangan.

Tapi aku paling enjoy ketika menjadi pembantu mahasiswa di minggu mesra siswa (MMS) dan debat kolej kediaman, piala dekan Hepa. Aku sukakan suasana kerja yang begitu. Masih ada tekanan tapi dalam masa yang sama aku rasa bahagia menjalankan tugas yang diamanahkan

2010, focus aku hanya untuk belajar, study dan study. Tiada istilah main2 lagi. Tipu je ni.main2, bersukaria, gedik tetap ada Cuma kena kurangkan dan limit. Hanya setahun lagi untuk aku berhempas pulas ketika masih bergelar mahasiswi dan aku tak mahu menghampakan harapan kedua ibu bapa ku pastinya yang setiap bulan memberi biasiswa FAMA hehe.

2010, tahun final aku berada di UDM tercinta yang sememangnya aku sayang. Tahun akhirku yang penuh dengan projek yang tak sama dengan kos-kos lain. Kos aku memerlukan skil dan tumpuan yang penuh terhadap kerja2 dan projek yang akan dilakukan. Dan juga final projek yang sungguh besar

2010, tahun untuk memantapkan dan membaiki dan mengumpul segala ilmu yang ada tentang computer sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar. 2009 yang banyak membawa kegagalan dalam diriku sedangkan terlalu banyak hikmah yang tersirat di sebaliknya yang sebenarnya persediaan untuk aku melalui 2010 yang lebih getir dan mencabar dan aku tak pernah sesekali menyesal. Allah itu maha bijaksana, Dia tahu apa yang terbaik untukku dan Dia la sebaik2 perancang

2010, tahun aku bersara dari dunia kepimpinan tapi masih bersedia untuk memberi sebarang pendapat dan tunjuk ajar yang tak seberapa. Aku perlu memimpin diriku dahulu sebelum dapat memimpin orang lain. Tak guna jadi pemimpin kalau diri sendiri pun tak betul kan

2010 : study , tingkatkan ibadah,istiqamah


Google