Monday, February 10, 2014

Prosedur Nikah Selangor untuk pengantin perempuan ( Selangor ) , Pengantin Lelaki ( Kuala Lumpur )

Prosedur Nikah Selangor untuk pengantin perempuan ( Selangor ) , Pengantin Lelaki ( Kuala Lumpur ) .

Ini prosedur permohonan nikah untuk pengantin perempuan dari Selangor dan pengantin Lelaki dari atau menetap di Kuala Lumpur. Sebab aku tinggal di Shah Alam dan bakal suami masa tu tinggal di Wangsa Maju which is Kuala Lumpur uollss.

Since bakal suami masa itu tinggal di Kuala Lumpur lebih mudah kiranya jika beliau mensettlekan borang permohanan di KL sahaja. Kalau dia nak balik ke negeri kelahiran atau negeri dia membesar atau tempat tinggal ibu bapanya sekarang, semua jauh2 pulak. So aku recommendkan dia pergi ke JAWI sahaja untuk selesaikan semua borang permohonan. JAWI ni terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu dekat je dengan Masjid Negara. Boleh google dalam Google Maps.

Mula2 korang kena settlekan HIV test kat klinik kesihatan. Mula2 aku nak pergi Klinik Kesihatan Shah Alam je tapi bila sampai hari untuk buat test, boleh pulak test kit habis! Sia-sia sahaja megambil cuti..dan kalau klinik kesihatan shah alam kena buat appointment rasanya sebab takut ramai orang. Last2 aku buat di Klinik Kesihatan Putrajaya. Takyah buat appointment dan senang je. Test HIV ni boleh dibuat seawal 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan.

Lepas dah settle HIV test , maka bakal pengantin lelaki bolehlah memprint borang2 dari website JAWI. Senarai dokumen yang kena ada untuk pengantin lelaki di Kuala Lumpur

Macam bakal suami saya ketika itu, oleh kerana dia menetap di Kuala Lumpur, maka kena ada pengesahan tempat tinggal yang boleh dibuat di masjid berdekatan rumah anda..Lepas tu utuk yang masih bujang, boleh minta company buatkan surat akuan bujang dari majikan. Dah cukup semua borang dan dokumen, maka bolehlah menuju ke JAWI untuk cop2 apa yang patut. Kemudian segala dokumen diserahkan kepada pengantin perempuan. Pengantin perempuan pula tak yah jadi skema sangat macam saya, ikut sangat senarai semak pengantin perempuan..so saya ceraikan dokumen ikut apa yang dia minta, last2 parents saya kena marah hoho.


Untuk pengantin perempuan Selangor, mula2 kena daftar di website JAIS NCR. Kemudian boleh la start isi borang dalam website tu dimulai dengan borang 2C dan kemudian 2D. Kalau tak habis isi borang 2C , borang 2D tak kan kelihatan. So kumpulkan segala maklumat saksi, wali dan sewaktu dengannya sebelum mengisi borang. Lepas dah isi semua borang, boleh la print borang tersebut. Tapi borang 2D tak boleh sign dulu sebab kena bawa jumpa penolong pendaftar.

Masa tu aku jumpa penolong pendaftar di Masjid Negeri Shah ALam bersama wali dan 2 orang saksi. Borang tu kena sign depan penolong pendaftar. Nama dan nombor telefon penolong pendaftar boleh ambil dari Banguna JAIS tingkat bawah tu. Tapi kalau kau ada orang dalam atau parents kau orang2 berpengaruh, tak yah pergi pun takpe sebab boleh setle kan huhu. Kalau orang biasa macam aku, kena lah ikut prosedur. Lepas semua borang dah setle dan kena cop, boleh lah menuju ke JAIS pula. Yang ni boleh minta tolong parents setle kan tapi pastikan semua borang cukup! Kemudian akan dapat surat kebenaran nikah. Boleh kahwin yehhh..

Lepas tu, pergilah book tok kadi yang ditugaskan area rumah korang. Kami pilih Ustaz Khairuddin Haiyon sebab dia je boleh datang ke rumah. Lain tok kadi kena nikah di masjid.




Google