Aku pon suka bercuti juga, tapi setakat ni dalam negara je
la. Tapi hari tu tengok ada kawan ni bercuti di Bangkok, menarik juga kan kalau dapat
melancong ke sana. Masa makan malam, saje tanya suami, jom kita plan bercuti ke Bangkok nak? Lepas makan, aku tunjuk la gambar-gambar yang kawan tu share. Dia
pun macam berminat nampaknya. Games on! Hehe.
Gambar dari Google
Fuh sedap betul kan kalau dapat makan tomyam original dari
Bangkok. Tomyam dah la favourite kitorang suami isteri. Kitorang kalau bercuti,
mesti jalan-jalan cari makan punya. Mesti kena cari local food yang famous dan
sedap. Dan kat Bangkok pun macam senang je nak cari makanan halal. So kira
boleh la masuk perancangan melancong ni.
Malam
tu, aku jadi terfikir-fikir apa yang nak kena plan kalau ke sana. Lagi2 nak
kena angkut kanak-kanak riang 3 orang yang aktif2 ni. Fuh mencabar gak kan.
Tapi dorang lagi seronok kalau dapat naik kapal terbang heee..
Bangun
pagi lepas solat subuh, terus cari info pasal Bangkok. Ape yang menarik kat
Bangkok? Dan macam2 info lah pasal Bangkok aku search je kat google ni.
Hahahahaa.. nasib baik la google ni takleh cakap kalo die boleh cakap, mesti
die kate penat lah wei dok dgn ko ni… Tak berenti2 cari pasal Bangkok. Takdek
pasal lain keee.. Hahahhaa… bersabar dan bertabahla iye google oiii…
Hehehehehe..
Bangkok.
Ibu negara Thailand yang sememangnya mempunyai pelbagai tarikan yang unik dan
misteri. Antara benda yang buatkan Bangkok ni famous amos adalah perkhidmatan
spa yang diorang buat tu memang best plus sedap plus plus macam2 lagi lah
weiiii… memang rasa tenang semacam ok bile buat spa dgn diorang ni.Kat Bangkok
ni jugak, ada macam2 tempat menarik yg boleh pergi. Terutamanya, Grand Palace
kat Bangkok tu haaaa.. Kalau korang pergi Bangkok pastu tak singgah kat sini,
memang kirenye korang belum cukup lengkap lah jenjalan makan angin kat Bangkok
ni. Grand Palace ni kire sebuah istana tempat tinggal istana dorang lah tau.
Korang pun bile lagi boleh masuk istana kan? Haaaa… Takkan nak tengok je tempat
tu, better korang pergi masuk.. mana tau dpt amek gambo benda2 menarik sekitar
istana tu ke kan….
Gambar dari Google
Kat
Bangkok ni jugak, penduduknya majority beragama Buddha. Jadinye, kebanyakan
bangunan yang ade di sekitar Bangkok ni akan mempamerkan hasil seni bina
patung2 Buddha dan segala perara yang berkaitan dengan agama Buddha tersebut.
Jadinye, Wat Pho adalah tempat yang menarik yang patut pergi bile ade dkat
Bangkok sana. Kecantikannya memang tak setaraf dengn tokong2 yang lain di sini.
Dan tahukah anda, Wat Pho ni merupakan tokong yang tertua di Bangkok? Jadi,
pasti anda ingin tahu bagaimana bangunan yang usianya mungkin mencecah beratus
atau beribu tahun ini masih tersergam indah berdiri di Bangkok ini. Macam2
lagilah yang menarik pasal Bangkok.
Aku
da buat list nak makan apa da kat Bangkok nanti. Tomyam , Thai iced
milk tea , kerabu maggi, eh ada ke haha.. yang penting senang cari makanan
halal kat Bangkok, so tak perlu risau sangat.
Tapi
yang paling penting, kena la duduk kat hotel best kat Bangkok yang selesa dan
cantik. Aku pn search
lah Bangkok Hotel booking. Scroll dan scroll aku terjumpe
Novotel Bangkok online hotel booking. Aku pun tengok, belek2 semua
details dan info pasal novotel ni. Tup2 boleh pulak ade promo bagi pengunjung
yang book online waktu ni. Aku yg sememangnya jenis suka benda2 promo ni, ape
lagi, tengok semua details promo yang diorang bagi tu. Dah namanya suratan
takdir jodoh ak dengan promo ni dekat, aku pun ape lg book dan follow semua
steps yang diorang suruh tu. Akhirnya salah satu bilik kat hotel tu menjadi
milik aku. Hehehehe.. Happy die bukan kemain k? Dari mata, terus turun ke hati.
Betul lah orang kate, kalau kita nak pergi atau buat sesuatu benda tu, memang kena
kaji betul2. Baru ade feel yooo..
yehh Bangkok, mu tunggu aku datang!