Tuesday, June 23, 2009

popia pisang coklat laris macam goreng pisang



memang hangat macam jualan goreng pisang

mula-mula memang rasa pelik je nak makan

tapi belum cuba belum tahu kelazatannya

dah cuba teringat-ingat

jualan pertama di kiosk Kelab Usahawan Muda SMSK Seksyen 9 Shah Alam

1.eeee...discusting..!
2.peliknya...
3.popia pisang coklat? jap aku nak pikir macam mana..?bapak kreatif!

tapi jualan pertama tetap habis :D

jualan kedua

1.emm..delicious ! bagi lagi dua
2.i nak 8 keping

jualan terakhir..

(berebut-rebut)
1. bagi satu ni kak
2.kak, bagi dua keping
3. eh aku pun nak..
4.awak..guna duit awak belikan dulu

itulah kepuasan dalam meniaga sebenarnya.pelanggan berpuas hati dengan produk kita.dan mereka tercari-cari produk kita bila tiada

itulah makna perniagaan bagi aku.bukan sekadar untung tapi lebih puas jika pelanggan menyukai apa yang kita jual.

and that's another reason why i never interested in MLM business (Multi-Level Marketing).memang mudah mendapat wang dalam masa yang singkat.tapi di mana kepuasan kita selain daripada melihat untung yang banyak sahaja. tak nampak barang di depan mata laku di depan mata jadi tiada kepuasan

aku hanya berminat dalam perniagaan makanan sahaja.perniagaan lain seperti produk kesihatan, penternakan, pertanian aku kurang minat.sebab produk makanan la cepat mendapat feedback dan kita boleh membaiki kesilapan kita dan membuat produk yang lebih baik

dan itu juga antara sebab kenapa aku amat menyukai makanan yang sedap

terima kasih banyak kepada asmaa' kerana berjaya mereka resipi popia pisang coklat ini dengan jayanya dan membenarkan saya berniaga produk ciptaannya ;)

feedback jualan popia pisang coklat di UDM
1.em..sedap la..nak satu lagi..( lepas tu dia datang lagi tengok2 rasa nak beli lagi)
2.bagi 6 keping
3.betul ke sedap? ok la bagi satu la nak try ( esoknya datang lagi membeli 4 keping )
4.sms booking popia pisang coklat sampai terpaksa ditolak kerana stok da habis
5.sedapnya cyg..berapa harga kuih ni? :p

UDATED : atas permintaan ramai yang selalu search kat google 'resipi popia pisang coklat', saya berasa kasihan kepada kalian kerana tak jumpa resipinya di sini. jadi saya sediakan resipinya di sini. Cara2 nya mudah sahaja

Resipi Popia Pisang Coklat

Bahan2
- kulit popia yang boleh beli kat Giant atau mana2 pasaraya
- pisang berangan yang dibelah dua
- coklat masakan
- sedikit susu cair, marjerin

Cara2
- balut pisang yang dibelah dengan kulit popia. balut macam balut popia biasa
- kemudian gorengkan dalam api yang panas sampai coklat kegaringan tapi jangan sampai hangus
- kemudian, cairkan coklat masakan secara double boil. Campurkan dengan sedikit marjerin dan susu cair @ fresh milk untuk bagi cair
- dah siap, tuangkan ke atas popia yang digoreng tadi dan hias dengan coklat rice dan yang colour2 tu..siapp!!


Friday, June 19, 2009

kejap happy kejap down

yeah itu perkara biasa kan..kadang-kadang saya takut nak happy sebab nanti mesti akan down kembali.kenapa tak boleh happy selama-lamanya..kalau nak happy selama-lamanya masuk lah syurga .confirm tak down lagi..tapi kat dunia ni kena beramal soleh dahulu

result sem ini bagaimanakah? tahniah kepada sahabat2 saya..ramai dapat dean list (DL).my result? ok la alhamdulillah, berbaloi dengan apa yang diusahakan walaupun tak berusaha sangat.masih 3.00 ++ .kalau kurang daripada tu, memang sudah menangis air mata madu lepas tu boleh makan sekali madu tu. seronoknya diorang dapat DL kan..saya mempunyai masalah untuk menghafal dengan baik.ye la otak semakin penuh dengan benda2 yang tak patut dan semakin kotor dan banyak virus.bila nak update antivirus je tak berjaya.syabas kepada sahabat-sahabat yang berjaya.u deserve it.saya memang tak deserve sebab tak berusaha kuat lagi

cuti hanya tinggal satu hari lagi.maknanya satu hari sahaja tinggal untuk berada di shah alam.kemudian saya akan terbang ke Terengganu tercinta.oh bukan terbang meluncur laju di lebuhraya pantai timur.bakal dihantar oleh ibu bapa dan adik-adik yang cute

kemudian akan mula bekerja kuat. bukan belajar kuat.macam mana ni.adakah masuk universiti untuk belajar ke untuk buat kerja ni hoho

alhamdulillah saya dapat menjadi pembantu mahasiswa yang diidam-idamkan selama ini.inilah impian saya yang tercapai yang ditulis di facebook satu masa dulu.anda pasti kecewakan mendengar impian selekeh ini.nanti bila selesai tugas sebagai pembantu mahasiswa saya akan beritahu mengapa saya mengimpikan untuk menjadi kakak PM . nasihat : jangan jadi kakak PM yang garang.tapi kalau tak garang mana thrill? haha

lepas ini tak boleh tidur lama-lama maknanya saya akan makin bertambah kurus dan semakin aneroxia.oh ya saya semakin kurus sebab banyak berpikir dan selalu menggunakan otak sampai rambut pun dan botak.percayakah?

cuti ini betul-betul membuat saya muflis.shopping sakan kemudian menyesal bila tak de duit.jangan jadi macam saya.ingat sebelum kena

saya tak suka dengar rumours.saya benci rumours.kalau betul perkara itu sila buat pengakuan dengan saya.saya tak suka orang buat cerita.lain kali kalau tahu perkara sebenar sila bagitahu saya.biar tahu kebenaran walau kebenaran itu sakit.saya tak tahu nak percaya atau tidak sebab saya da banyak kali dengar.kenapalah masih tidak immune lagi dengan berita begini.tell me the truth.i wont bite you.

konvokesyen UDM.Yeh ini betul-betul, bukan cubaan lagi.macam tak sabar juga mahu tunggu konvokesyen UDM yang julung-julung kali diadakan.masa itu,sudah pasti saya bertambah sibuk.oh tidak, pasti akan terbakar dek panas matahari di Terengganu.tak mahu sunburn.sila sediakan topi yang besar macam topi golf atau topi pantai atau topi cowboy, sunblock untuk menhalang cahaya matahari menembusi kulit yang mulus dan putih berseri.kulit saya tak pe.sudah sedia tan tapi tak mahu bertambah negro.erk?dan juga cermin mata besar untuk bergaya

konvo UDM.mana tahu boleh jumpa jodoh di sana :p

sekarang masa untuk bergaya.saya mahu sentiasa kelihatan anggun dan cantik.haha ye la sangat .anda masih akan menjumpai haziqah auni yang selekeh tapi jangan terkejut kalau angin bergaya dia datang.tapi adakah akan kelihatan seperti rusa masuk kampung bila jangok di UDM kelak?

selamat tinggal internet selama seminggu
selamat tinggal tidur yang nyenyak
selamat kembali muka tak cukup tidur
selamat bekerja keras
selamat tinggal shah alam yang aman damai
selamat tinggal masa senggangku
selamat kembali masa sibukku
selmat tinggal donut big apple dan makanan sedap2
selamat kembali memakan nasi putih, ayam goreng dan sayur kobis di cafe kak nik hari2
selamat tinggal blog, facebook, friendster, yahoo messenger
selamat kembali ke UDM

jadual kuliah saya sem depan penuh di waktu pagi.petang boleh kata free kot.tapi kena bangun awal pagi.uwaaaaaaaaaaaa...apa ni.anak dara macam ni?tak boleh buat menantu huh

jemput-jemputlah jenguk dan melawat blog mantan YDP MPP UDM , Sabir Abdul Ghani

ini entri pertama masa cuti yang ditulis tidak menggunakan notepad dahulu



ini projek kecil-kecilan masa cuti.meniaga kecil-kecilan di kiosk kelab usahawan muda SMSK9 Shah Alam.untunglah sikit-sikit.mungkinkah popia pisang coklat ini akan dijual di gerai Kelab Keusahawanan UDM semasa konvo nanti? pasti akan mendapat sambutan hangat kan.mahu resipinya? sila ke blog Husna Najihah

omigawd.baju dan barang-barang untuk diabawa pulang ke UDM masih tak kemas lagi.relax..anda mahu tolong saya kemas bukan?


Wednesday, June 17, 2009

Terengganu, I LOVE YOU

pertama kali menjejak kaki ke Terengganu sekitar Januari 2006, aku tak menyangka akan ke Terengganu lagi dalam masa yang terdekat.ketika itu percutian pertama beramai-ramai bersama keluarga tercinta.sungguh seronok tinggal di banglo di Pantai Batu Buruk.lagi-lagi rumah tersebut terletak bersebelahan pantai je.jadi orang bandar ni jakun sekejap dan teruja sungguh dengan pantai dan ombak

julai 2007, aku ditawarkan menyambung pelajaran di UDM Terengganu.kali kedua menjejakkan kaki ke Terengganu dan aku akan menghabiskan masa 4 tahun di sebuah negeri pantai timur yang bernama Terengganu

sebut je Terengganu, pasti orang ramai akan teringat keropok lekor, batik,pantai dan pulau-pulau yang cantik.yeh..itu semua memang sinonim dengan Terengganu.memang tak boleh dinafikan lagi, itu semua la yang menarik pelancong-pelancong datang ke Terengganu

makanan

keropok lekor yang dijual di tepi jalan di KL sangat berbeza dengan keropok lekor Terengganu.keropok lekor di KL banyak dicampur dengan tepung dan mengurangkan rasa ikan di dalamnya.sebab itu keropok lekor Terengganu adalah terbaik.kat Terengganu ni tak de la orang nak jual keropok lekor tepi-tepi jalan macam kat KL , memang tak kan jumpa kecuali kalau pasar atau bazar.keropok lekor yang sedap selalunya akan dijual di kedai-kedai khas yang menjual keropok pelbagai jenis dan orang ramai akan beratur panjang untuk membelinya.memang takkan putus-putus pembeli keropok lekor.dan anda boleh membeli keropok yang direbus atau digoreng dan akan diberi sos khas untuk keropok lekor itu


selain itu, makanan kegemaran aku di Terengganu adalah nasi kerabu.ahha sebenarnya tak tahulah nasi kerabu ni asal Terengganu atau Kelantan tapi nasi kerabu memang superb.nasi Kerabu adalah berwarna ungu dan ada banyak sayur yang rangup.enak dimakan bersama ayam panggang, telur masin dan tentu sekali budu penyedap rasa.dan tak lupa juga nasi air , korang mesti mau cuba.rupa dia macam bubur sahaja tapi dia amat unik juga dan mengenyangkan


makanan laut yang dicelup tepung dan digoreng amat terkenal dan banyak dijual di pantai-pantai Terengganu seperti pantai Teluk Ketapang.ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung amat menyelerakan lagi-lagi kalau diminum bersama air kelapa.nikmat sungguh tak boleh cakap

air paling terkenal di Terengganu adalah cocunut shake.kat mana-mana mesti ada jual cocunut shake ni.bukan sahaja di restoran-restoran malah pasar malam pun banyak menjual air cocunut shake ini.air cocunut shake ini dibuat dengan mencampur air kelapa dan dikisar bersama aiskrim vanilla.sungguh umph!

sata dan nasi dagang juga terkenal di kalangan pelancong-pelancong Terengganu, tapi aku kurang gemar hehe

sebenarnya banyak lagi makanan yang enak-enak dan anda tak pernah makan boleh dijumpai di Terengganu.tempat makan kegemaran aku :
1.NR cafe macam berada di Bali pula
2.Restoran Sri Wangsa - mahal tapi sedap gila
yang lain tak ingat nama kedai dia..taw makan je

tempat perlancongan


selain daripada pulau-pulau yang terdapat di Terengganu, banyak tempat menarik lagi yang boleh dilawati di Terengganu.yang paling terkenal tentunya Pasar Payang.di situ anda boleh membeli pelbagai produk Terengganu seperti keropok kering, keropok lekor, telur penyu dan juga baju-baju dan batik.selalunya harga yang dijual di situ gak mahal memandangkan tempat tumpuan membeli-belah pelancong.kalau time tengah ramai orang memang tak cukup oksigen kat situ, penuh karbon dioksida, panas je.boleh pengsan taw

tapi ramai yang tak tahu sebenarnya tudung-tudung yang pelbagai jenis dan fesyen boleh dibeli dengan harga yang cukup murah di stesen bas MBKT.jangan beli tudung kat pasar payang sebab anda akan menyesal dan akan rambang mata untuk memilih tudung pelbagai jenis di tingkat atas stesen bas MBKT.memang puas hati beli tudung di situ


masjid kristal yang tersergam indah yang pernah menjadi satu kontroversi satu masa dulu antara tempat2 yang wajib dilawati di Terengganu.bila bergmbar berlatarbelakangkan masjid kristal seolah-olah berada di Taj mahal pula hoho

pulau

pulau-pulau yang terdapat di Terengganu tak perlu dinyatakan lagi yang memang confirm2 orang dah lama dah tahu.pulau redang, pulau kapas dan pulau perhentian menggamit seribu macam rasa bila berada di sana.padahal aku tak sampai lagi ke sana haha

loghat
loghat Terengganu selalunya akan ditambah 'ng' di belakangnya.contohnya seperti 'makang ikang'=makan ikan.tapi tak semua perkataan ditambah 'ng' ok.uniknya loghat Terengganu ni kerana orang luar Terengganu pasti tidak boleh menuturkan cara loghat Terengganu yang betul kerana loghat Terengganu hendaklah disabdukan apabila menyebutnya.kalau tak, orang Terengganu da tahu anda ini bukan orang Terengganu.buruk dan kelakar bunyinya bila orang luar Terengganu cuba berbahasa Terengganu.tapi yang dah duk kat Terengganu tu kalau tak cuba berbahasa Terengganu , anda memang rugilah..berkawanlah dengan orang Terengganu dan anda pasti boleh bercakap Terengganu.practice makes perfect.oh ya perkataan Terengganu pertama yang aku belajar adalah 'bekeng' maksudnya garang.sebab masa minggu orientasi dulu semua orang kata kakak-kakak pembantu mahasiswa bekeng hehe bagi aku loghat Terengganu dan Kelantan memang best didengari dan dicakapi sebab kadang-kadang orang yang bercakap Terengganu dan Kelantan bunyinya amat kelakar dan aku pasti tergelak dengan orang yang bercakap loghat Kelantan dan Terengganu yang sangat pekat ;)

kalau kat Malaysia ni, Terengganu dan Kelantan lah antara negeri yang kuat semangat kenegeriannya.memang kalau kat KL tu orang Terengganu dan Kelantan akan dipandang negatif.bukan kerana mereka jahat, tapi hanya semata-mata mereka adalah orang Terengganu dan Kelantan je.kalau ternampak mamat-mamat hensem tapi bila dia bersuara berloghat Terengganu atau Kelantan, terus direject oleh gadis2 di KL. he memang begitu keadaannya.tapi bila aku dah duk di Terengganu ni, kalau mereka adalah orang Kelantan dan Terengganu lagilah aku suka nak berkawan.

tapi kalau nak bershopping barang2 branded , tak perlu lah cari shopping kompleks kat Terengganu ni.kalau ada pun ada kat kemaman je, Mesra Mall.kat kuala Terengganu tu , Plaza Paya Bunga tah bila nak buka pun tak tahu.







entri ini dibuat khas kerana aku amat menyayangi Terengganu umumnya dan Kuala Terengganu khasnya.aku memang da jatuh cinta dengan Terengganu.tengok je lah kuiz-kuiz yang aku buat dalam facebook , semuanya dapat markah tinggi dan layak dipanggil orang Terengganu dan kelantan.haha perasan..

oh aku ada dua tahun lagi untuk berada di terengganu.macam mana ni? kebanyakan tempat menarik di Terengganu aku tak pergi pun lagi..oh..

dan aku memang bersyukur sangat dicampakkan di UDM yang disayangi ini sebab di sini aku dapat belajar macam-macam budaya dan perkara baru yang tak mungkin aku dapat di KL :D

gambar didapati di Google images.terima kasih Google image.i lap u jah <3


Sunday, June 14, 2009

perkahwinan impian yang cute dan bertuah

award dari fadilah diyana


penerima anugerah seterusnya:
1. evi Lolyta
2.Defactohokage
3.Syuzana
4.haris senior
5. Gafildgumok

---------------------------------------------------------------------------------

tag dari anis fareeza

How old are you?
- umur saya belum mencecah lagi 22 tahun tapi insyaAllah pada hari keputeraan Sultan Terengganu dan di mana hari cuti umum di negeri Terengganu pada 20 july nanti genaplah saya 22 tahun

Are you single?
- single? ye masih single yang bermaksud saya belum berkahwin.haha single but NOT AVAILABLE

At what age do you think you’ll get married?
-saya nak kahwin umur 25 tahun iaitu setelah saya sudah habis belajar dan juga setelah setahun bekerja

Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
- siapakah yang bersama saya sekarang? hoho kalau ada jodoh...agaggaga

If not, who do you want to marry?
- nak kahwin dengan seorang lelaki yang beriman dan bertakwa, yang dapat membimbing saya ke jalan yang benar dan diredhai Allah,bertanggungjawab, penyayang,supportive.eceh demand sungguh.baik sangatkah saya nak demand lelaki macam ni?

Who will be your bridesmaid or your bestman?
- sahabat terbaik saya.siapa nak jadi?? angkat telinga!


saya nak wedding yang guna combination warna..warna apa? tak tahu lagi.ni masa abang sepupu saya kawen.cantik kan hijau + pink?

Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
- garden wedding? cam best gila bila tengok diana rafar kahwin kat padang belakang concorde tempat melepak masa muda2 dulu.dia panggil padang tu Bougainvillea garden? haha lawak gila
beach wedding? oh teruja sungguh sebab ini lagi best dan tangkap gambar di pantai sambil pakai baju pengantin macam arni nazira kat pantai-pantai di Terengganu yang memang terbukti cantik, siapa tak suka? kalau bergambar pakai baju pengantin berlatarbelakangkan Pantai Tok Jembal pun da mantap kot
Traditional wedding? oh yes..! saya suka apa2 yang tradisional.saya nak
majlis saya dibuat di rumah sendiri.tak nak kahwin kat dewan! apatah lagi dewan MBSA seksyen 11 shah alam.sebab? sebabnya saya nak ajak kawan2 saya datang rumah saya sebab saya tak pernah ajak kawan2 saya ramai2 datang ke rumah

Where do you plan to go for honeymoon?
- semua orang suka kat honeymoon kat pulau-pulau yang cantik. memang best.tapi kalau honeymoon kat pulau nanti sunburn.tak mau! jadi apa kata kita honeymoon di suatu tempat yang lain daripada orang lain?kita honeymoon kat taman negara.wahahha sangat romantik jugak ok.lepas tu boleh jalan2 meneroka hutan belantara.duk kat taman negara confirm2 la sejuk pagi2 lagi2 kalau tidur dalam khemah.tak ke seronok? :p

How many guest do you think you’ll invite?
- semua yang saya kenal dan kenal saya akan dijemput.ceh tipu la tu.saya kenal siti nurhaliza tapi nak ke dia datang majlis kahwin saya?erk..kenapa siti nurhaliza?

Will that include your exes?
- jemputla kalau sudi hadir.itu hari bahagia saya.kenapa pulak saya tak nak jemput

How many layers of cake do you want?
- 7 tingkat .my favourite number.tapi siapa nak makan kek banyak2?

When do you want to get married? Morning or evening?
- saya pun nak malam macam anis.nikah malam.esoknya majlis

Name the song/tune you would like to play at your wedding?
selawat macam cerita ayat-ayat cinta tu
cinta antara kita = baizura kahar & duta
aku dan dirimu = bunga cinta lestari & ari Lasso
doa seorang kekasih = InTeam
Kasih Kekasih = InTeam
how sweet haha

Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
- nak suap-suap boleh? semua orang kena main suap-suap

Champagne or wine?
- bandung soda

Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
- days after wedding la.jangan gelojoh sangat haha

Money or household items?
- money kot tapi household items pun penting jugak.argh cant decide!

How many kids would you like to have?
- saya nak lima je

Will your record your honeymoon in DVD and CD?
- ahha why not? nak lawan kisah cinta chika.ceh berangan je lebih he

I want to know their wedding plan:
- Evi Lolyta
- Defactohokage
- Shaiham - dia ni memang sesuai berkahwin cepat sebab da habis belajar dan cukup matang kot haha
- Aizat Anwar - dia ni tak suka main tag tapi ni tag pasal kahwin and since dia macam dah tak sabar2 nak kahwin jugak :p
-Gafildgumok

-------------------------------------------------------------------------

tag dari husna

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge “2009 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.
hah..?
tak de pun badge nye huhu

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

husna najihah..junior SMSKPP saya.sedap nama dia secantik orangnya juga..manis orangnya macam popia pisang coklat.1st time kenal masa sama2 satu team bola jaring perlawanan inter fakulti kot.best borak ngn una ..dia sorang je perempuan dalam adik beradik dia dan pandai masak.huh jeles2..lagi ..? sila ke blog dia he

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1) blog ini adalah tentang kisah hidup saya dan hari-hari saya wajib buka blog ni dan baca blog orang
2) tak memiliki barang branded pun.kalau ada pun yang ciplak punye je sebab tak mampu la nak beli barang branded he
3) suka makan dan cuba makanan yang baru
4) makanan laut kegemaran : sotong
5) pentingkan kepuasan dalam sesuatu kerja berbanding duit, sijil atau yang lain2
6) sangat setia.tapi bahaya jugak ni
7) suka berkawan tapi tak reti nak mulakan perkanalan itu selagi orang tak tegur
8) orang kata mula-mula nampak garang tapi rupanya lembut dalam garang gak
9) suka tolong orang dan tak kisah walaupun diri ni susah..biar diri susah jangan orang lain susah
10)sangat menjaga hati kawan dan perasaan orang.kalau terasa terguris orang, rasa bersalah sangat


Wednesday, June 10, 2009

Sisters in Islam lulus bahasa Inggeris SPM?


dua isu yang hangat diperkatakan ramai orang sekarang.dan aku tertarik juga mengulasnya apabila melihat sahabat-sahabat blogger mengutarakan isu ini di blog masing-masing.mari kita membuka minda sebentar dengan isu yang matang sikit.dah umur 22 tahun ni kena pandai buat-buat matang huhu

Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminta pandangan daripada orang ramai tentang mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai syarat untuk lulus dalam SPM dan mendapat sijil.cadangan ini banyak menerima pelbagai reaksi positif dan negatif dari orang kenamaan dan juga orang ramai.kita boleh lihat penggunaan bahasa inggeris sebenarnya amat meluas di kalangan masyarakat dunia kerana bahasa inggeris merupakan bahasa utama dunia

kalau nak ikutkan, sebelum mengambil SPM, kita da belajar bahasa inggeris hampir 11 tahun.lama tu...jadi mengapa pelajar-pelajar masih tidak lulus dalam subjek bahasa Inggeris walhal dalam tempoh 11 tahun pasti banyak perkara yang sudah dipelajari

kalau sesuatu perkara itu wajib, manusia selalunya akan mengambil berat perkara tersebut berbanding sesuatu yang tidak wajib.tapi kadang-kadang benda yang wajib pun manusia sering leka untuk menunaikannya , contohnya solat 5 waktu

cadangan untuk mewajibkan lulus dalam bahasa inggeris di peringkat SPM sebenarnya dalah satu cadangan yang baik.bukan untuk menafikan penggunaan bahasa ibunda kita ,bahasa Melayu tetapi dengan dunia yang semakin pesat ,kita juga tidak boleh menafikan pentingnya penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia ini


di Universiti , kita boleh lihat kebanyakan kursus yang kritikal memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang baik dalam bahasa Inggeris walaupun masih ada kursus yang diajar dalam bahasa Melayu . tetapi jika seseorang itu yang fasih berbahasa Inggeris walaupun bukan dalam bidang pelajarannya ,bukankah orang lagi berasa kagum dengannya?

jika seseorang yang mengambil jurusan keagamaan, bukan bermakna dia hanya perlu menguasai bahasa Arab sahaja.jika dia dapat menguasai bahasa Inggeris juga bukankah itu satu kelebihan dan menjadikan dirinya mempunyai nilai tambah berbanding orang lain yang sama bijak dengannya dalam ilmu agama?

sekarang kita seharusnya mempunyai fikiran dan minda lebih terbuka dalam menilai isu ini.saya sendiri boleh melihat di universiti saya, UDM,mahasiswa-mahasiswi dalam jurusan pengajian Islam tidak lagi segan untuk berbahasa Inggeris dan mereka sendiri menyedari pentingnya bahasa Inggeris itu dalam kehidupan akan datang

bangsa-bangsa lain di Malaysia kebanyakannya mampu menguasai 3 bahasa sekaligus, contohnya bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.orang Melayu mungkin hanya pandai berbahasa Melayu sahaja atau yang mengambil jurusan agama mungkin mampu berbahasa Arab juga.tapi berapa keratlah sangat.ini semua terjadi kerana kita masih mahu mengenepikan kepentingan bahasa Inggeris.tak malukah kita dengan bangsa lain yang semakin maju sedangkan kita masih mahu berada di zon selesa.bagaimanakah kita hendak bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang di Malaysia ini?

kita lihat realiti sebenar,ada orang Melayu yag masih gagal dalam subjek bahasa Melayu tetapi bangsa lain mampu mendapat markah tertinggi dalam subjek bahasa Melayu.walaupun kita berbual, bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, belum tentu juga lagi kita benar-benar tahu dan faham bahasa Melayu itu sendiri

dalam konteks ini, kita boleh lihat bagaimana bangsa lain berusaha bersungguh-bersungguh untuk mendapat A dalam subjek bahasa Melayu sedangkan orang Melayu sendiri duk relax je ingat da pandai bahasa Melayu

kenapa bangsa lain boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik sedangkan orang Melayu tidak boleh?semuanya bergantung kepada usaha. 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'

untuk membolehkan seseorang itu menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Malaysia, seseorang itu harus mengambil ujian MUET.di universiti saya, kebanyakan pelajar hanya mendapat band 2.band 2 itu juga boleh dikatakan cukup-cukup makan sahaja.tapi kita tak boleh nak salahkan mereka juga kerana persekitaran di UDM juga tidak menggalakkan seseorang itu berbahasa Inggeris kecuali jika anda adalah pelajar jurusan TESL atau undang-undang.kadang-kadang saya sendiri sedih melihatkan keadaan tersebut.penggunaan bahasa Inggeris memang dianggap pelik dan janggal bila mahu berkomunikasi kerana mungkin akan dilabel gedik dan tunjuk bagus.tetapi saya memuji usaha dari MPP UDM yang menggunakan dwibahasa bila berlangsungnya majlis-majlis yang mereka anjurkan.sekurang-kurangnya pelajar dapat merasakan suasana penggunaan bahasa Inggeris .

tetapi situasi kepelikan menggunakan bahasa Inggeris di kalangan pelajar mungkin kurang berlaku di universiti-universiti lain di Malaysia terutamanya yang terletak di Lembah Klang.mereka yang tidak pandai berbahasa Inggeris disisihkan dan meraka akan berasa kurang bijak dan mahu bersaing sesama sendiri

saya rasa dengan teknik pengajaran yang berkesan dan kreatif boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar berbahasa Inggeris.jadi itu bukan suatu masalah jika betul teknik dan caranya digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris di kawasan luar bandar dan pedalaman.guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris harus berfikir secara kreatif untuk meningkatkan minat pelajar menguasai bahasa Inggeris.bukan sekadar hanya menggunakan buku semata-mata.

janganlah kita menganggap pelajar di luar bandar itu kurang bijak.yang banyak berjaya juga sebnarnya pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar seperti Nik Madihah mendapat 19A1 & 1 A2 dalam SPM2008 lalu, sedang tempat dia membesar dan mengulangkaji adalah di sebuah rumah dan dalam keluarga yang sangat sederhana. Ayahnya bekerja sebagai nelayan, menyewa rumah yang “sempit dan uzur” RM90.00 sebulan seperti dikatakan Utusan Online.jadi ini tidak boleh dijadikan alasan mengapa pelajar luar bandar tidak boleh berjaya walaupun hidup dalam kedaifan .jika kuat semangat benda mustahil boleh menjadi kenyataan

tetapi saya juga bersetuju dengan saudari Acax yang mengatakan guru harus memberi penekanan dalam aspek grammar bukannya komunikasi semata-mata.pelajar-pelajar banyak hilang markah dalam grammar sedangkan mereka mempunyai banyak isi untuk diketengahkan di dalam karangan mereka.walaupun seorang pelajar itu boleh menulis karangan yang panjang berjela tetapi apabila dia mengabaikan aspek grammar, markah boleh turun dengan mendadak serta merta.


walaupun begitu dalam isu matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris sahaja saya kurang setuju.kerana subjek itu boleh dikatakan subjek yang kritikal juga dan perlukan pemahaman yang kuat dalam bahasa ibunda sendiri.bila betul-betul dah memahami benda yang asas yang diajar di sekolah dan bila kita sudah matang untuk berfikir dengan sempurna , pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan lagi satu masalah di peringkat Universiti

saya juga bukanlah seorang yang pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.saya juga teringin menjadi seorang yang fasih dalam berbahasa Inggeris tapi itu tidak mungkin akan terjadi jika saya tidak berusaha ke arah itu

dalam isu Sister in Islam pula , walaupun mereka menggunakan nama Islam dalam persatuan mereka tetapi mereka ada menentang ajaran Islam dalam sesetengah perkara .tak payah tengok jauh-jauh, tengok betulkah cara mereka menutup aurat.sempurnakah?apa-apa persatuan atau pertubuhan yang menggunakan nama Islam walhal sebenarnya mereka tidak memperjuangkan Islam yang sebenar yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah patut dihapuskan kerana mereka ini boleh menjadi musuh dalam selimut atau duri dalam daging yang bisa merosakkan dan meruntuhkan Islam itu sendiri

4:140. Dia menurunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang yang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.


Monday, June 08, 2009

popia gila kentang

sudah lama tak main masak-masak.dan sudah lama tak berkongsi resipi bersama anda semua walaupun saya tahu anda semua bukan nak cuba masak pun resipi yang saya bagi ni padahal mudah je nak buat.bercakap macam banyak je resipi yang da pernah publish kat blog ni.

kalau nak tahu, saya ni suka masak lepas tu saya suka makan.tak kira sedap atau tidak, bantai je la asalkan selamat dimakan dan tidak beracun.ada orang kalau masakan sendiri tak lalu makan, tapi saya lagi nak makan, kang tak sedap kang siapa nak makan so baik saya menghabiskan sendiri

kali ini haziqah auni mahu berkongsi dengan anda resipi yang sangat mudah yang dinamakan popia kentang ! sesuai untuk siapa-siapa yang gila kentang

oh resipi ini diambil daripada favourite blog masakan saya, rinchan.tapi saya ubah sikit-sikit mengikut selera dan nafsu makan saya

resipinya adalah seperti berikut.sila salin di buku atau kertas atau kalau bijak boleh copy and save di dalam memory otak anda

bahan-bahan :
-5 sudu besar daging cincang (kalau nak senang guna ramly punya.yang daging lagi sedap ye)
-1 biji bawang besar,dicincang
-2 ulas bawang putih,dicincang
-sedikit serbuk lada hitam dan putih
-garam secukup rasa
-sedikit biji lada hitam yang ditumbuk menggunakan lesung batu (kalau anda boleh tumbuk -guna tangan anda sampai lumat lada hitam itu, silakan)
-oregano (kalau nak rasa-rasa macam pizza sikit boleh letak ni )
daun bawang, daun sup, daun saderi dipotong halus-halus.
-5 biji kentang atau lebih yang direbus kemudian dilenyek macam mashed potato
-kulit popia


1.mula-mula panaskan minyak.lepas tu masukkan bawang putih dan bawang besar sehinga garing
2.masukkan pula daging cincang.sebelum tu,jangan lupa pulak basuh dan toskan.masak sampai air daging tu da kering
3.kemudian masukkan serbuk lada hitam,lada putih, biji lada hitam, oregano, segala jenis daun.gaul hingga sebati
4.akhir sekali masukkan kentang dan gaul sampai sebati
5.masukkan inti yang da siap tadi dalam kulit popia dan lipat molek-molek deh
6.kalau nak rasa macam mewah sikit, boleh letak cheese bersama-sama inti popia tadi
7.goreng dalam api sederhana panas


enak dimakan ketika panas tapi jangan sampai melecur lidah pulak.rasa dia seperti popia yang letak kentang dan daging.haha memanglah..tapi saya boleh katakan sedap sangat dan rasa macam pai .nyum2.sesuai dimakan ketika minum petang, minum pagi pun ok jugak

selamat mencuba.jangan telan air liur saje


Friday, June 05, 2009

cikgu sekolah saya pon gorgeous jugak

bila ada idea datang nak contengkan merepekan aku di sini, beberapa detik selepas itu, idea hilang kembali.benci betul

seminggu tak update


1.menghadiri majlis hari jadi kawan baik , eton.ini majlis hari jadi part two.buat di rumah dia saja, makan nasi tomato yang sedap,laksa dan makaroni yang enak juga.lepak sampai maghrib sahaja dan berkesempatan berjumpa dan bertegur sape dengan buah hatinya ,mustaqim .tak sempat nak mengusik dia dan eton.dan paling sedih sekali tak dapat makan kek yang dibeli.wuwu

2.berjumpa dengan kawan sekolah lama rasa sungguh bertenaga sekali bergosip dan berbual isu semasa dengan matang.bergosip tentang isu artis yang tinggalkan isteri dan tak balik rumah 5 bulan, isu ahli politik yang bagi rumah kat konon-konon bakal mak mertua tapi tak jadi pun kahwin dan tentunya isu kahwin dan anak kembar? haha

3.pergi ke sekolah menengah aku sempena hari guru walaupun pada mulanya ada urusan lain dan telah menonton persembahan daripada cikgu-cikgu sekolah yang semakin vogue dan jelita walaupun sudah berusia.jangan main-main dengan cikgu sekolah aku.bukan pelajarnya saja yang gorgeous, cikgu nya pun sama taw.masih boleh bergelek poco-poco di atas pentas dengan bulu yang berwarna-warni diilitkan di leher dengan hebatnya taw.tengok cikgu-ckgu manari poco-poco di sini

4.bila tengok cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar buat persembahan, terimbau kembali zaman-zaman kegemilangan sekolah kami dulu.dulu rasanya lagi best sebab ada band,ada audition, ada artis datang.kalau nak masuk tengok persembahan kena bayar tiket masuk sebab kira itu macam pertandingan malaysion idol, AF dan sewaktu dengannya.rasa seronok sebab dapat jaga kaunter tiket dan jaga dengan ketat tak bagi orang yang tak de tiket tengok haha

5.seronok juga tengok budak-budak kelab usahawan muda menjual bunga, coklat sempena hari guru dan laris macam popia pisang coklat di kiosk kegemaran aku dulu dan masih menggunakan nama syarikat sama yang kami cadangkan dulu,Golden nine Enterprise.bahagianya

6.cemburu dengan adik aku yang masuk kelab usahawan muda lepas tu dapat pergi konvensyen usahawan muda peringkat selangor dan bawa pulang macam-macam cenderahati yang menarik.dapat makan KFC dan mcD, dapat tuala percuma, dapat majalah dan suratkhabar Sinar Harian.kaya betul kerajaan Selangor.dulu aku tak dapat pun

7.pergi shopping di Times Square dan rambang mata sebab semua murah.dapat beli 3 baju yang range harganya dari RM 19-30, beli dua beg. cuma kasut @ sandal@wedges@heels je tak jumpa cari.lagipun duit dah takde

8.sekarang fesyen baju yang orang panggil 'boyfriend's shirt' atau pun baju yang bercorak checkers.lepas beli rasa muak sangat tengok baju pesen gitu sebab bersepah-sepah orang pakai sampai rasa nak muntah pulak bila tengok.lihat contoh pesen baju itu

9.kerap terpikir aku ni lembut sangatkah.memanglah nama 'auni' itu maksudnya 'kelembutanku'.macam mana nak jadi orang yang lembut tapi tegas?seorang sahabat pernah berkata haziqah auni sangatlah lembut.bukanlah lembut macam sotong .tak main lah sotong tak macho walaupun sotong goreng tepung sangat enak dimakan.ah rindu terengganu lagi.sotong goreng tepung di teluk ketapang

10.mimpi berjumpa dengan chika.sungguh seronok bermimpi dapat berbual-bual dengannya.tak dapat jumpa di alam sebenar jumpa di alam mimpi pun jadi lah ;)


Google