Wednesday, June 10, 2009

Sisters in Islam lulus bahasa Inggeris SPM?


dua isu yang hangat diperkatakan ramai orang sekarang.dan aku tertarik juga mengulasnya apabila melihat sahabat-sahabat blogger mengutarakan isu ini di blog masing-masing.mari kita membuka minda sebentar dengan isu yang matang sikit.dah umur 22 tahun ni kena pandai buat-buat matang huhu

Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminta pandangan daripada orang ramai tentang mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai syarat untuk lulus dalam SPM dan mendapat sijil.cadangan ini banyak menerima pelbagai reaksi positif dan negatif dari orang kenamaan dan juga orang ramai.kita boleh lihat penggunaan bahasa inggeris sebenarnya amat meluas di kalangan masyarakat dunia kerana bahasa inggeris merupakan bahasa utama dunia

kalau nak ikutkan, sebelum mengambil SPM, kita da belajar bahasa inggeris hampir 11 tahun.lama tu...jadi mengapa pelajar-pelajar masih tidak lulus dalam subjek bahasa Inggeris walhal dalam tempoh 11 tahun pasti banyak perkara yang sudah dipelajari

kalau sesuatu perkara itu wajib, manusia selalunya akan mengambil berat perkara tersebut berbanding sesuatu yang tidak wajib.tapi kadang-kadang benda yang wajib pun manusia sering leka untuk menunaikannya , contohnya solat 5 waktu

cadangan untuk mewajibkan lulus dalam bahasa inggeris di peringkat SPM sebenarnya dalah satu cadangan yang baik.bukan untuk menafikan penggunaan bahasa ibunda kita ,bahasa Melayu tetapi dengan dunia yang semakin pesat ,kita juga tidak boleh menafikan pentingnya penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia ini


di Universiti , kita boleh lihat kebanyakan kursus yang kritikal memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang baik dalam bahasa Inggeris walaupun masih ada kursus yang diajar dalam bahasa Melayu . tetapi jika seseorang itu yang fasih berbahasa Inggeris walaupun bukan dalam bidang pelajarannya ,bukankah orang lagi berasa kagum dengannya?

jika seseorang yang mengambil jurusan keagamaan, bukan bermakna dia hanya perlu menguasai bahasa Arab sahaja.jika dia dapat menguasai bahasa Inggeris juga bukankah itu satu kelebihan dan menjadikan dirinya mempunyai nilai tambah berbanding orang lain yang sama bijak dengannya dalam ilmu agama?

sekarang kita seharusnya mempunyai fikiran dan minda lebih terbuka dalam menilai isu ini.saya sendiri boleh melihat di universiti saya, UDM,mahasiswa-mahasiswi dalam jurusan pengajian Islam tidak lagi segan untuk berbahasa Inggeris dan mereka sendiri menyedari pentingnya bahasa Inggeris itu dalam kehidupan akan datang

bangsa-bangsa lain di Malaysia kebanyakannya mampu menguasai 3 bahasa sekaligus, contohnya bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.orang Melayu mungkin hanya pandai berbahasa Melayu sahaja atau yang mengambil jurusan agama mungkin mampu berbahasa Arab juga.tapi berapa keratlah sangat.ini semua terjadi kerana kita masih mahu mengenepikan kepentingan bahasa Inggeris.tak malukah kita dengan bangsa lain yang semakin maju sedangkan kita masih mahu berada di zon selesa.bagaimanakah kita hendak bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang di Malaysia ini?

kita lihat realiti sebenar,ada orang Melayu yag masih gagal dalam subjek bahasa Melayu tetapi bangsa lain mampu mendapat markah tertinggi dalam subjek bahasa Melayu.walaupun kita berbual, bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, belum tentu juga lagi kita benar-benar tahu dan faham bahasa Melayu itu sendiri

dalam konteks ini, kita boleh lihat bagaimana bangsa lain berusaha bersungguh-bersungguh untuk mendapat A dalam subjek bahasa Melayu sedangkan orang Melayu sendiri duk relax je ingat da pandai bahasa Melayu

kenapa bangsa lain boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik sedangkan orang Melayu tidak boleh?semuanya bergantung kepada usaha. 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'

untuk membolehkan seseorang itu menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Malaysia, seseorang itu harus mengambil ujian MUET.di universiti saya, kebanyakan pelajar hanya mendapat band 2.band 2 itu juga boleh dikatakan cukup-cukup makan sahaja.tapi kita tak boleh nak salahkan mereka juga kerana persekitaran di UDM juga tidak menggalakkan seseorang itu berbahasa Inggeris kecuali jika anda adalah pelajar jurusan TESL atau undang-undang.kadang-kadang saya sendiri sedih melihatkan keadaan tersebut.penggunaan bahasa Inggeris memang dianggap pelik dan janggal bila mahu berkomunikasi kerana mungkin akan dilabel gedik dan tunjuk bagus.tetapi saya memuji usaha dari MPP UDM yang menggunakan dwibahasa bila berlangsungnya majlis-majlis yang mereka anjurkan.sekurang-kurangnya pelajar dapat merasakan suasana penggunaan bahasa Inggeris .

tetapi situasi kepelikan menggunakan bahasa Inggeris di kalangan pelajar mungkin kurang berlaku di universiti-universiti lain di Malaysia terutamanya yang terletak di Lembah Klang.mereka yang tidak pandai berbahasa Inggeris disisihkan dan meraka akan berasa kurang bijak dan mahu bersaing sesama sendiri

saya rasa dengan teknik pengajaran yang berkesan dan kreatif boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar berbahasa Inggeris.jadi itu bukan suatu masalah jika betul teknik dan caranya digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris di kawasan luar bandar dan pedalaman.guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris harus berfikir secara kreatif untuk meningkatkan minat pelajar menguasai bahasa Inggeris.bukan sekadar hanya menggunakan buku semata-mata.

janganlah kita menganggap pelajar di luar bandar itu kurang bijak.yang banyak berjaya juga sebnarnya pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar seperti Nik Madihah mendapat 19A1 & 1 A2 dalam SPM2008 lalu, sedang tempat dia membesar dan mengulangkaji adalah di sebuah rumah dan dalam keluarga yang sangat sederhana. Ayahnya bekerja sebagai nelayan, menyewa rumah yang “sempit dan uzur” RM90.00 sebulan seperti dikatakan Utusan Online.jadi ini tidak boleh dijadikan alasan mengapa pelajar luar bandar tidak boleh berjaya walaupun hidup dalam kedaifan .jika kuat semangat benda mustahil boleh menjadi kenyataan

tetapi saya juga bersetuju dengan saudari Acax yang mengatakan guru harus memberi penekanan dalam aspek grammar bukannya komunikasi semata-mata.pelajar-pelajar banyak hilang markah dalam grammar sedangkan mereka mempunyai banyak isi untuk diketengahkan di dalam karangan mereka.walaupun seorang pelajar itu boleh menulis karangan yang panjang berjela tetapi apabila dia mengabaikan aspek grammar, markah boleh turun dengan mendadak serta merta.


walaupun begitu dalam isu matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris sahaja saya kurang setuju.kerana subjek itu boleh dikatakan subjek yang kritikal juga dan perlukan pemahaman yang kuat dalam bahasa ibunda sendiri.bila betul-betul dah memahami benda yang asas yang diajar di sekolah dan bila kita sudah matang untuk berfikir dengan sempurna , pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan lagi satu masalah di peringkat Universiti

saya juga bukanlah seorang yang pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.saya juga teringin menjadi seorang yang fasih dalam berbahasa Inggeris tapi itu tidak mungkin akan terjadi jika saya tidak berusaha ke arah itu

dalam isu Sister in Islam pula , walaupun mereka menggunakan nama Islam dalam persatuan mereka tetapi mereka ada menentang ajaran Islam dalam sesetengah perkara .tak payah tengok jauh-jauh, tengok betulkah cara mereka menutup aurat.sempurnakah?apa-apa persatuan atau pertubuhan yang menggunakan nama Islam walhal sebenarnya mereka tidak memperjuangkan Islam yang sebenar yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah patut dihapuskan kerana mereka ini boleh menjadi musuh dalam selimut atau duri dalam daging yang bisa merosakkan dan meruntuhkan Islam itu sendiri

4:140. Dia menurunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang yang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.


17 comments:

Nabil_jangs said...

untuk sis in inslam...saya setuju sgt3..bukan per..mereka2 ini lah yg menjadi parasit yg merosakkan ummah..
lulus B.I SPM..peratusan yg tidak pernah berkurang iaitu pelajar2 luar bandar..kawasan pergunungan kepulauan..pedalaman..sedangkan guru yg berkualiti pun mereka x dapat..tapi di bandar SPM nk dinaikkan taraf kualiti nya..apa akan jadi ngn nasib2 anak2 di sana,..atau yg beruntung anak2 yg di bandar yg dapat segala2nya...

jengjeng said...

Kalau di universiti bermasalah dengan kurangnya buku-buku dalam bahasa Melayu, nah ini adalah peluang untuk kita membanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu. Sepatutnya masalah dilihat dalam bentuk peluang yang perlu direbuti. Kalau perlu perkasa penulisan buku-buku ilmiah dan perkasakan juga fungsi penterjemahan negara. Hal ini sebenarnya amat kurang diambil pejuang oleh kerajaan kita.

[Fadilah Diyana] said...

finally,haziqah auni is back...hehe...lama gak tunggu awk wat ulasan dan memberi pendapat mengenai isu2 semasa...

pasal bi,kita rasa sebelum nak amik langkah seperti bi wajib lulus tu perlu dikaji sedalam2nya dulu jangan jd spt isu ppsmi,rumah siap pahat berbunyi...pastikan guru-guru yang ditempatkan tak kira di bandar mahupun di luar bandar mampu memberi pendidikan bahasa ingeris dengan baik...jangan bergantung pada tution semata2...

pasal sis,i 110% agree with u...bukan bermakna kita anti sis tapi perlu ada perubahan dalam sis itu sendiri...memanglah xsemestinya bertudung itu baik tapi kenape mesti menafikan sesuatu yang telah diwajibkan oleh Allah...

Kotak Hati said...

sepatutnya penggunaan bi dlm proses PnP bg matapelajaran math n science x sepatutnya dipersoalkan..
Ini kerana bg saye..
2 subjek ni sngt penting..
dan kebanyakan buku rujukan..
adalah dlm bi..

mcm saya sendiri..
semase sek..kita menggunakan bahasa ibunda dalam pembelajaran..
kadang2 rasa kelakar apabila istilah2 science yg telah digunakan scr umum diseluruh dunia..cuba dimelayukan..hu3

setelah masuk ke matrikulasi..
semua subjek science diajar dalam bi..
agak sukar bagi saye utk menyesuaikan diri..
tetapi setelah beberape lame..
semua itu tidak lagi menjadi masalh..

sebb itu sye nyatakan disini..
english in math n science is the bez way 4 our education system..

pada mulanya mungkin pelajar akan berasa agak sukar..
tapi selepas itu..i.allah..
it will work..

betol x??
hi3

DAMIA NUREL ISLAM said...

salam kak haziqah..begitulah kehidupan ada pro n kontra.. acax pernah dicemuh oleh beberapa pelajar lelaki tika acax bertutur menggunakan bahasa inggeris.. acax tak pandai utk create satu artikel yg menarik spt kak ika buat.. namun, acax hya buat dlm bentuk point sahaja.. dalam isu ini, acax tengok, guru memainkan peranan penting.. dan seandainya ranking pencapaian bahasa inggeris di sekolah2 luar bandar meningkat, acax fikir tiada alasan utk acax tidak bersetuju dgn cadangan yg diusulkan kerajaan..

nie tidak, masa acax sekolah dulu, teacher selalu tak masuk kelas.. kalau masuk pun suh wat keje sendiri tak pun suh wat keje dalam buku latihan pastu submit.. hmmm..

tentang Sister In Islam, acax bersetuju dgn cadangan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Z.A. kaji dulu Sister In Islam dgn teliti sebelum dimansuhkan..

salam ukhuwwah..

kamalia said...

11 tahun blajar english & masih tak boleh ckp english dgn baik, salah siapa?

kena kaji balik macam mana sistem pendidikan kt m'sia ni. sepatutnya, belajar english dlm masa 3-6 bulan dh boleh mahir dah. baru boleh masuk ke cara-cara tulis esei, literature & sebagainya.

pasal isu sisters in islam, mereka tu lebih kepada islam liberal. menyamatarafkan islam sama dgn semua agama...

hi haziqah! :)

nuyu farhan said...

satu lagi penambahan..
kenal wajib luluskan pendidikan islam
ni asas islam ntah kemana mana..hidup muda mudi terumbang ambing

haziQah said...

wah sume bg komen yg pjg lebar n bernas..bgus2 ;)

NABIL - owh betul kata nabil.tanpa guru yg berkualiti susah nak ajar mereka di luar bandar n pdalaman.guru ni ada macam2 juga..ade yg keje sungguh2 n ada yg main2 je.yg pnting utk guru english di luar bndar hndaklah yg betul2 berkualiti ;)

JENGJEMG - tq atas cadangan anda..tp kite sdg bcakap ttg bhasa inggeris kn..

FADILAH - ahha thnks..mmg nk tulis psl isu semaa tp bila nak tulis x smpat n bz..jd lama2 cite tu da lapuk huhu
nmpaknya ramai mngatakan guru adalh faktor adalah paling utama dalam pembelajaran kan..

KOTAK HATI -hoho sory to say dik, i dont agree wit u.since ble tgk my adik2 kna blaja math n science in english dorang cm susah nak pahamm..even me..masa form 6 dulu..kna blaja in english..stil kna refer bhsa mlayu pnye jugk cos 4 me math n sciece perlu paham betul2 so then baru bleh jawab n hntam je ble da paham ;)

ACAX - biasa la tu acax, hidup x pnah kna cemuh n org kutuk bukan hidup namanya kn..he
owh akak ska sbnarnya entri acax tu even bntuk point tp org paham n its very clear apa ayg acax nk smpaikan.betul kite kna produce guru yg betul2 brkualti n snggup tinggal di luar bndar n pdalaman utk mngajar

KAMALIA - bgus cdangan awk tu ;)

NUYU - wah..ini cadangan paling baik k.iqa pnah dgr !stuju sgt..!!! bgus2 ;)

psl SIS tu mmg kite kna kaji juga..apa2 pun masalah kna kaji sdalam2nya utk kbaikan sume

ZaHiRaH said...

hai iqa, lame x jenguk cni.i agree with u english itu pnting.. cume perlukan lebih penelitian dlm hal ini. biasanya manusia bila ada insentif dia akan lbh bersungguh. wlupun iQ manusia b'beza, but practice make perfect n man jadda wa jada. bile mastering bhs inggeris, bkn bmakna kita ketepikan bhsa melayu bhs ibunda, ttpi kite cume nak bersaing scara sihat spya dpt sama2 mengecapi kmajuan yg diperoleh penduduk dunia yg lain mlalui bhsa inggeris.. and for me family sgt penting dlm hal ni. practice di skolah saje x cukup, di rumah juga perlu spya student jd lebih open.

Mohamad Shaiham Ibrahim said...

pelbagai pandangan saya lihat sepintas lalu... cuma disini saya nak nyatakan beberapa point penting.

PPSMI tak sepatutnya wujud.....
Wajib lulus BI tidak menjadi masalah. Asalkan :

- Pertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran BI di kawasan luar bandar.

PPSMI nyata memusnahkan autoriti bangsa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan yang paling parah semua orang melayu diajar menjadi Mat Salleh (cara makan, pakai, tido, silap2 berak pun sama...)

- Bangsa arab suatu ketika dahulu menjadi bangsa yang menakluk dunia dan menguasai khazanah ilmu dari tamadun Yunan hanya dengan cara ambil dan terjemah ilmu itu kedalam bahasa Arab.

- Bangsa Eropah bangkit dari zaman gelap dan mencedok ilmu dari orang Arab dengan cara yang sama iaitu ambil dan terjemah ilmu kedalam bahasa mereka iaitu Latin

- Orang Jepun yang bangkit dari kemusnahan negara mereka sampai sekarang majoriti rakyat mereka tidak pandai berbahasa Inggeris dan maju juga menggunakan kaedah sama iaitu terjemah ilmu eropah ke bahasa mereka.

- Begitu juga keadaannya dengan orang Korea.

Seterusnya dimanakah kedudukan kita?? gadaikan identiti bangsa dan bertukar kepada mat salleh atau kekalkan identiti bangsa dengan hnya belajar bahasa mereka dan terjemah kepada bahsa kita...

quya anuar said...

okay kak iqa.quya suka entri kali ni.
well,i have been thru those phases where i felt awkward each time that i tried to speak in english.dimana semua orang pandang lain macam.hehe.

learning english doesnt mean that we're transforming ourselves to be like them.pandai fikirlah.dah besar kan? :)

haziQah said...

ZAHIRAH - family mmg pnting dlm mmainkan peranan dalam isu bi ni cos kite tgk my lil sis's fren yg pndai bbhasa inggeris sumenye dtg dr their famlily..tp kalu kat kmpung2 sush gak ye cos bkn sume ibu bapa kat kg pndi ckp english n leh ajar anak dorg english

SHAIHAM - kalu kite mntapkan pngajaran bi tp math n sains diajar dlm bi , itu lagi bgus sbnarnya sbb bg sy pula math n science perlukan pmahaman yg mndalam bukan stakat hafal saje.n bile kite da pndai english n da btul2 phm konsep in math n science ini bukan jadi satu masalah lg.kite x leh juga nak compare ngn org korea n jepun sbb ngara mereka adalah dr bngsa yg sama tp ngara malaysia ni terdiri drpd plbagai kaum.bkn utk mnjadi mat salleh n sy x rasa org mlayu yg kya dgn adat n ktimuran akan lupa asal usul melayu.bkn sume..

QUYA - huhu mmg bile kite buat ssuatu yg laindr norma msyarakat mmg akan kite dipandang plik he

quya anuar said...

haha.mmg pun.as if quya ni macam merosak norma masyarakat melayu je.

bagi Quya,pelaksanaan PPSMI itu bagus kot.sebagai persediaan dan juga pendedahan awal oleh kerajaan kepada para pelajar untuk terbiasa dengan penggunaan Bahasa Inggeris.jadi,bila mereka masuk ke alam universiti,tak lah rasa canggung bila P&P diajar dalam Bahasa Inggeris.kan kak Iqa? :)

haziQah said...

QUYA - emm suah jugk nk ckp.utk kte org bndr mungkin leh kta PPSMI itu bgus tp org kat luar bdr tu..ksian kat dorg kn..da la bru blaja bi msa drjah 1 n at da same tyme kna blaja english n science in english jugk..yg lamabt pikap tu lg ksian..

farahaina said...

check dis out guys
http://lipassepi.blogspot.com/2009/02/sinatraz-why-i-support-learning-math.html

Vicious Von said...

ppsmi sucks 50%, xslah ajar english, tp harap wat dwi bhasa dlm buku. ksian bdak yg xpaham. xsmua plajar mempunyai keupayaan memahami BI. ad yg slow learner, ada yg fast learner. SO WHAT's THE USE OF EDUCATION IF IT CANT BE OUTREACHED TO ALL LEVELS OF SOCIETY huh?

jiangjiu said...

You must also make sure that it signifies the bond between thomas sabo bracelet you and your partner, who have come from different ethnicity, discount thomas sabo bracelet background and of course have different personalities and way of thinking. And if you are looking for perfect ring then you must also make sure that the ring which have selected for cheap thomas sabo bracelet your bride must fulfil all her requirements in terms of style, design and metal. thomas sabo bracelet clearance You can find host of choices in wedding rings ranging from traditional to modern designs. You can also engrave some personal messages on your ring as a reminder and expression of your lifetime commitment. But no matter whether you are buying wedding rings that are already available in the market or you are designing your thomas sabo charm bracelet own ring it is good to allow your lady to select the ring for herself. This will help in you in your selection and you will be also satisfied that your lady will love the ring. Your lady will wear thomas sabo bracelets uk the ring everyday for her rest of the life. Hence you must make sure that you are selecting the best ring for her. thomas sabo charms bracelet And today you can find that thomas sabo sale uk there are many online jewellery stores offering wide variety of rings for affordable prices and has made the selection thomas sabo jewellery much easier for you. Celtic jewelry designs have a very thomas sabo silver ancient heritage. The history of Celtic Art is fascinating, rich with myth, folklore and mystery.

Google