Friday, August 21, 2020

Bercuti di Penang Bayview Beach Resort Batu Feringghi Review

Bayview Beach Resort Penang ReviewFirst hotel staycation after PKP hari tu. Mula2 da beli voucher Lexis Penang, tapi date kitorang nak pergi da full. Sedih gila. Pilih penang sebab senang balik kampung sekali.




Saje search2 hotel kat Penang, jumpa la Bayview Beach Resort ni. Harga masa tu murah lagi la. Tapi sedih sekali lagi sebab terlepas promo hotel hari sebelum tu. Haha. Tapi harga kitorang book still murah lagi.



Pilih hotel ni sebab harga affordable, ada jalan ke pantai, means ada pintu terus ke pantai, anak2 tak dapat swimming, kita bagi dorang main pasir kat pantai lepas tu termandi pantai sekali.



Hotel ni sebelah Hardrock Penang, Batu Feringghi. Kalau duk batu feringghi, jauh la sikit dari semua tempat makan best2 dan viral kat Penang. Yang best2 semua kat town.


Tapi grabfood, foodpanda kat sini ada je kalau malas keluar cari makan. Aku order apam balik yang famous kat situ sebab malas keluar n nak lepak pantai sambil makan apam balik. Senang tak yah beratur gak. Depan hotel ni pun ada 2-3 kedai. Dinner kitorang pergi depan hotel. Tapi food dia rasa biasa2 je la.


Bilik luas, katil super single so muatlah tidur 5 orang. Dalam toilet ada bathtub. Ada balkoni dan kerusi meja so boleh la makan tapau dan makan kat situ. Hotel design lama tapi semua ok. Masa kitorang pergi swimming pool tak buka lagi.

Kitorang tak pilih view sebab kalau pilih view pantai, confirm harga lagi mahal. So amik default view dapat la view city haha. tapi ok je dapat la tengok kereta sendiri :p Parking dia tak ada palang auto, tapi ada guard jaga. Parking takde la banyak sangat sebab ada kat luar tu je dan bila malam nampak parking da penuh. Kalau keluar malam takut tak dapat parking, maybe kena parking kat tepi jalan kot?


Selain staycation tujuan ke Penang tentunya JJCM. First stop kami adalah lunch di Sup Hameediyah. Masa sampai kedai dalam 3pm takde orang pun. Maybe orang selalu datang malam. Disebabkan baru habis PKP dan masih takut2 lagi, kitorang tapau je makan kat Hotel. Belikan husband nasi kandar. Ku amik nasi + ayam goreng, dan sup kambing. Padu sup kambing dia sedap cukup rempah.

Breakfast pulak kat Nasi Kandar Kampung Melayu. Lepas subuh, siap2 kejut anak2, pukul 645am gerak sebab ambil masa 30min nak sampai sana. 722am beratur, 731am da order. Sedap baq hang, kuah campoq padu. Lauk kambing dan perut sedap marvelous. SUR SUR SURRRR.

Lepas checkout , ingat nak pi balik pulau cari durian tapi macam tak rajin pulak nak pusing pulak. Tapi otw tu nampak gerai durian depa habaq durian Balik Pulau. Fuh sedap creamy durian balik pulau ni macam makan ice-cream. Walaupun mahal sikit sebab ye la bawa dari balik pulau kan tapi takpa sebab memang sedapp. Kami beli udang durian merah 3 biji RM70++














Thursday, August 20, 2020

Resipi Agar-agar santan

Agar-agar santan.
Favourite ni kalau beli dekat bazaar Ramadhan. Segala jenis agar2 pun memang ku suka dan rambang mata.

Bagi ku senang je buat agar-agar ni yang penting tahu tips dia.


Yang ni pakai 12g agar so air 1.2l.
Konsep dia tukar satu titik perpuluhan dan gram jadi litre 😁. .
Resipi agar-agar santan versi sihat.
Boleh tukar kepada apa2 bahan yang ada dalam dapur korang juga.

Agar-agar tali 12g
Air 800ml + 500ml santan = 1.3l lebih 1l takpe kot (sebab nak habiskan santan je sebenarnya).
Telur sebiji
Gula kelapa 1 cawan + 2 sudu besar organic raw cane sugar (orcs)
Daun pandan


1. Masak agar2 sampai larut bersama daun pandan
2. Masukkan gula kelapa dan gula orcs
3. Pecahkan telur ke dalam santan dan secubit garam
4. Masukkan ke dalam agar2 tadi. Kacau2 supaya santan tak berketul. Api sederhana je.
5. Masak sampai hampir mendidih. Tutup api.
6. Masuk dalam dulang. Sejukkan bawah kipas baru masuk dalam peti sejuk.






Wednesday, August 19, 2020

Makeup budak yang selamat

Makeup kanak-kanak yang selamat untuk budak yang pandai da nak makeup! Mak-mak mesti pening kan kalau anak gadis da pandai tiru mak nak makeup sama. Habis barang makeup mak digunanya. Nak bagi takut kulit anak sensitif pulak. Nak beli kat pasaran tak tahu bahan dia betul ke selamat untuk kulit si kecil ni.



Sekarang ni da ada produk yang selamat untuk anak yang da suka bermakeup. Makeup ni dari bahan organik dan natural so insyallah la selamat digunakan, mesra kulit kanak-kanak yang halus mulus itu.


Sutrina telah menghasilkan makeup untuk kanak-kanak yang bertemakan Unicorn. Sutrina Unicorn Organic Makeup mengandungi 7 items dalam set makeup ni. Harga pun berpatutan. Jom tengok apa yang dapat dalam set makeup budak ini.

- 1 Unicorn bag
- 1 set brush
- 1 blusher pink
- 2 lipcream pink dan merah
- 2 eyeshadow biru dan purple

Sekarang pula ada promo cermin percuma. pos pun percuma pulak! Harga semua ini hanyalah RM65 sangatlah berpatutan untuk makeup organik dan natural ini. Kalau nak tambah loose powder RM10 je.

Yang confirm lagi, anak2 confirm akan senyum sampai telinga bila dapat hadiah makeup ni dari mak!

Kalau nak beli, boleh beli kat shopee atau boleh view instagram dorang untuk maklumat lanjut!




Google