Friday, August 21, 2020

Bercuti di Penang Bayview Beach Resort Batu Feringghi Review

Bayview Beach Resort Penang ReviewFirst hotel staycation after PKP hari tu. Mula2 da beli voucher Lexis Penang, tapi date kitorang nak pergi da full. Sedih gila. Pilih penang sebab senang balik kampung sekali.




Saje search2 hotel kat Penang, jumpa la Bayview Beach Resort ni. Harga masa tu murah lagi la. Tapi sedih sekali lagi sebab terlepas promo hotel hari sebelum tu. Haha. Tapi harga kitorang book still murah lagi.



Pilih hotel ni sebab harga affordable, ada jalan ke pantai, means ada pintu terus ke pantai, anak2 tak dapat swimming, kita bagi dorang main pasir kat pantai lepas tu termandi pantai sekali.



Hotel ni sebelah Hardrock Penang, Batu Feringghi. Kalau duk batu feringghi, jauh la sikit dari semua tempat makan best2 dan viral kat Penang. Yang best2 semua kat town.


Tapi grabfood, foodpanda kat sini ada je kalau malas keluar cari makan. Aku order apam balik yang famous kat situ sebab malas keluar n nak lepak pantai sambil makan apam balik. Senang tak yah beratur gak. Depan hotel ni pun ada 2-3 kedai. Dinner kitorang pergi depan hotel. Tapi food dia rasa biasa2 je la.


Bilik luas, katil super single so muatlah tidur 5 orang. Dalam toilet ada bathtub. Ada balkoni dan kerusi meja so boleh la makan tapau dan makan kat situ. Hotel design lama tapi semua ok. Masa kitorang pergi swimming pool tak buka lagi.

Kitorang tak pilih view sebab kalau pilih view pantai, confirm harga lagi mahal. So amik default view dapat la view city haha. tapi ok je dapat la tengok kereta sendiri :p Parking dia tak ada palang auto, tapi ada guard jaga. Parking takde la banyak sangat sebab ada kat luar tu je dan bila malam nampak parking da penuh. Kalau keluar malam takut tak dapat parking, maybe kena parking kat tepi jalan kot?


Selain staycation tujuan ke Penang tentunya JJCM. First stop kami adalah lunch di Sup Hameediyah. Masa sampai kedai dalam 3pm takde orang pun. Maybe orang selalu datang malam. Disebabkan baru habis PKP dan masih takut2 lagi, kitorang tapau je makan kat Hotel. Belikan husband nasi kandar. Ku amik nasi + ayam goreng, dan sup kambing. Padu sup kambing dia sedap cukup rempah.

Breakfast pulak kat Nasi Kandar Kampung Melayu. Lepas subuh, siap2 kejut anak2, pukul 645am gerak sebab ambil masa 30min nak sampai sana. 722am beratur, 731am da order. Sedap baq hang, kuah campoq padu. Lauk kambing dan perut sedap marvelous. SUR SUR SURRRR.

Lepas checkout , ingat nak pi balik pulau cari durian tapi macam tak rajin pulak nak pusing pulak. Tapi otw tu nampak gerai durian depa habaq durian Balik Pulau. Fuh sedap creamy durian balik pulau ni macam makan ice-cream. Walaupun mahal sikit sebab ye la bawa dari balik pulau kan tapi takpa sebab memang sedapp. Kami beli udang durian merah 3 biji RM70++














No comments:

Google