Wednesday, September 08, 2010

kad raya semua elektronik sudah..

semua orang dah pandai berjimat sekarang ni sebab tak payah beli setem. semua kad raya kita tag orang di facebook sudah..


tapi masih ada lagi kad raya yang diberikan tangan ke tangan atau suruh abang posmen tolong hantar. buktinya saya dapat dua kad raya yang original taw!


kak Asmaa Salsabila

Zhie Xi

apa2 pun selamat hari raya! makan ketupat ingat saya :p

dan ini adalah kad2 raya elektronik yg sy dapat di muka buka



Cah @ Nabila


bibah & budakHebat


Harris


Tengku Izzah & Azren Sharif


asma' Hashim & Ali-Al amiri


Nadia


farah marsha & syaerah


kak Lia & kak Ika


Kak Mena & Luqman Maat


Cahsyara Asca


Puan Connie


Bella & Mirul


Wani & Syazwina



Sunday, September 05, 2010

menu berbuka puasa yang enak - ayam percik putih style kelantan

10 malam terakhir Ramadhan semakin sampai dan tak lama lagi dah nak raya. Sedih meninggalkan Ramadhan tahun ini kerana amal tidak cukup mana. Tapi gembira juga kerana alhamdulillah ada peningkatan dalam amal ibadat di Ramdhan ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan leh Allah untuk berpuasa, bersahur, berbuka, berterwaih, bersedekah di bulan mulia ini. Mungkinkah ada Ramdhan untukku di tahun depan?

“Ramadhan terakhir bersahur di UniSZA,Ramadhan terakhir berbuka bersama sahabat2 di UniSZA, Ramadhan terakhir membeli makanan di bazar UniSZA, ramadhan terakhir berterawih di masjid UniSZA, Ramadhan terakhir di Terengganu. segala memori manis dan pahit di bulan Ramadhan di UniSZA akan menjadi sejarah hidup yang amat bermakna. Selamat menjalani 10 hari terakhir ramadhan dan itu tidak bermakna kita akan MERDEKA dari puasa makan, minum, nafsu tidak lama lagi” – status di Facebook ku

Pulang ke rumah sibuk pula dengan persiapan raya tapi haruslah ibadah di 10 malam terakhir Ramdhan tidak dilupakan. Ramadhan bersama family memang sangat seronok. Dari jarang bangun sahur yang biasanya sekadar meneguk air masak di UniSZA, first sahur di rumah sangat berselera, siap tambah lagi nasi sebab lauk kegemaran menjadi hidangan – sambal ikan cencaru dan ayam masak kicap blackpepper sudah cukup membangkitkan selera makan ku


Next day, kita main masak2 biskut raya pula. Chocolate chip cookies! Sedappp..now pun da habis dimakan oleh aku dan adik2. Lepas terawih je jadikan biskut coklat cip itu makanan ringan kami.

Cubaan masak buat kali pertama ada kalanya akan gagal. But learn from mistake or tak payah buat lagi resipi tu. Haha. Kerabu maggi yang mahu ditiru resipinya dari lecturer Thailand yang pernah menjamu kami semasa berbuka puasa di rumah mereka pada satu masa itu telah menemui KEGAGALAN. Tawar hebeh dan kering je kerabu maggi aku. Actualy tak tahu pun resipi dia yang sebenar, main hentam je berdasarkan pemerhatian semasa makan kerabu maggi itu. Masa makan kerabu maggi itu sangat sedap sampai tak boleh berhenti. Tak payah makan nasi pun tak pe. Lepas ni kena berguru betul2 dari chef Mek Ta ;)

Hari ni pulop, kawe acu ce try test wak ayam percik putih kelate. Sebelum buat tu , doa dulu supaya resipi kali ni menjadi. Alhamdulillah memang menjadi.. yipeeeeeeeee.

Masakan saya tidak perlu sangat dipuji dengan kata2,”sedap, delcicious, marvellous” tapi cukuplah dengan melihat adik2 saya habis makan dan tidak complain apa2 dan tambah lagi. Itu maknanya sodap la tu

Mahu cuba resipi itu juga, saya adaptasi di sini dan sini

Ayam Percik Kelantan (putih)


Resipi untuk satu ekor ayam
Mula2 perap ayam dulu

Perap Ayam
1.Seekor ayam dikerat 4 bahagian dan dicuci bersih
2. kelar sedikit isi ayam
3. tumbuk lumat 5-6 biji bawang putih, 1.5 ini halia & garam secukupnya
4. sediakan sedikit santan cair atau kalau tak cukup, guna santan paket pulak hehe
5. perap ayam dengan bawang putih dan halia untuk sejam. Boleh sambung dengan step membuat kuahnya ketika menunggu ayam diperap
6. selepas perap untuk 1 jam, masukkan santan cair tapi jangan tenggelamkan ayam dan rebus hingga masak, untuk memendekkan masa pembakaran
7. setelah ayam masak, tos kering. Tak pun tuang je balik kuah ayam yang tinggal semasa membakar

Kuah
- santan pekat dari sebiji kelapa
- biji bawang merah
- sehiris halia (1/4 inci)
- 3-4 hirisan serai
- garam
- gula
- air asam jawa
1. kisarkan bawang merah, halia dan serai
2. tumis sedikit bahan kisar dan kemudian masukkan ke dalam periuk, satukan santan dan bahan kisaran
3. masak atas api sederhana dan sentiasa kacau, jangan ditinggalkan lama untuk elak kisaran berketul
4. masukkan garam, gula & air asam jawa sehingga secukup rasa
5. Kacau hingga kuah menjadi pekat & masak
6. Angkat dari dapur dan sejukkan kuah

Grilling / Bakar Ayam
1. panaskan tempat pembakar
2. salut ayam dengan kuah dan bakar. ulang beberapa kali sehingga ayam & kuah sebati. Habiskan kuah pun takpe


Google