Monday, August 31, 2009

semua orang pun boleh menjerit merdeka tapi apa yang merdeka?

semua blog pun tulis pasal kemerdekaan.semua orang pun bersyukur lahir di negara bertuah ni yang aman damai walaupun kadang2 ada orang yang saja bikin kacau bilau padahal sebenarnya dia nak buat aman je tapi orang lain yang buat kacau bilau.pahamkah ayat ni?

sape kata duk kat Malaysia tak best?memang kau tak reti bersyukur.biar pun Malaysia ni negara panas dan lembap ( belajar geografi sekejap) dan tak de salji turun pun, bukankah lagi bahagia tak perlu membazir beli baju sejuk bulu2 tebal-tebal.kasihan kepada orang miskin tak de duit nak beli baju mahal2 lagi berbulu dan tebal.silap hari bulan kucing yang jadi mangsa.apa kejadahnya kucing jadi mangsa?

semua orang pun letak bendera Malaysia.kalau saya nak letak bendera hijau putih boleh? haha mati aku kena AUKU

tapi adakah dengan menggantung bendera Malaysia di kereta, bilik anda, anda sudah diklasifikasikan sebagai seorang yang patriotik?


budak ni pegang bendera Malaysia.betul ke dia dah patriotik?
sumber gambar : abang Google


saya pantang betul bila ada orang yang mengutuk negara sendiri.tak suka gi la pindah negara lain.macam kes namewee permainkan lagu Negaraku.memang 73v?c%oi9#V$ la

sebab syukur tinggal di Malaysia
1.dapat makan macam2 jenis makanan daripada pelbagai kaum dan etnik.saya suka makan capati.anda?
2. dapat tengok cerita macam2.melayu , cina, india, tamil , hindustan, omputih
3. dapat kenal macam2 bangsa dan budaya sebab tu boleh buat konsep 1Malaysia yang macam best je
4. negara pun dah maju dengan macam2 bangunan pencakar langit dan shopping complex yang menjual barang2 branded walaupun masih ada rakyat yang masih miskin, rumah tak de api, tak de letrik

hahah alasan tipikal sahaja

tapi the reality is, adakah semua rakyat Malaysia betul2 sudah merdeka?lagi2 dari segi pemikiran dan jurang antara kaum dan agama.betul ke orang melayu cina dan india sudah boleh menjadi kawan baik, makan sama2, lepak sama2.mungkin ada..tapi berapa peratus je, cuba bilang.melayu tetap gang dengan melayu,tapi india dan cina sahaja yang mungkin boleh menjadi se gang.takk payahla nak nafikan, boleh tengok kat universiti anda sendiri dan juga sekolah2

alhamdulillah merdeka kali ni tak de konsert2 sebab menghormati bulan ramadhan.ke ada?.kat UDM pun tak de jugak sambutan dan konsert2 yang bosan yang hanya menyanyikan lagu yang sama dan orang pun sama.jadi tak perlu scan kad matrik untuk dapat markah koko.

sambut merdeka kat masjid atau surau lagi terbaik.boleh tak pemimpin kita buat program sambut merdeka kat masjid?pasti semua rakyat lebih patriotik dengan adanya iman yang mantap dalam diri semua rakyat.yang bukan islam pula macam mana? boleh je join sekali , tak salah bukan.maksud saya bukan program yang dibuat dalam masjid la..

apa saya dan kawan2 buat di malam merdeka.tak main lah nak sambut2 ni.sambut bantal dalam bilik lagi best
1.bercerita masalah peribadi masing2 sampai saya yang tak de masalah tiba2 pun tercalit masalah sama.adoii..malam merdeka yang terbaik punya
2. tak de dengar bunga api.kalau tak boleh gak keluar bilik tengok bunga api
3. bergayut dengan kawan2 yang sedang belajar bahasa inggeris dan speaking bersama mereka sampai terguling2 sebab sangat comel mereka berbahasa inggeris.apa ni tak patriotik langsung di malam merdeka :p
4. siang : kelas tambahan data communication nak bagi soalan apa masuk midterm.aiyooo
5. sakit dan penat otak sampai sangat lapar di siang hari. mana boleh cakap lapar masa tengah puasa la

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 52.dah tua negara Malaysia ni.se oga sentiasa mendapat rahmat dari yang maha Esa

Selamat Hari Jadi juga kepada Muhammad Izzuddin B Rosli yang baru je mendapat kunci kemerdekaan pada umur 21 tahun pada 1 Sepetempber 2009.owh sudah semakin tua rupanya sahabatku ini tapi kenapa macam masih lagi muda? amalkan petua beliau : senyum dan gelak sokmo sambil berdebat :D

lelaki pertama, perempuan kedua, perempuan ketiga.apa kesudahannya?


Friday, August 28, 2009

hanya 30 hari setahun tapi tahun ini hanya 29 hari?



ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna


alhamdulillah dah nak masuk seminggu dah kita berada di bulan Ramadhan. Dan rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat datang Ramadhan al-Mubarak, bulan yang paling mulia antara banyak2 bulan, bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang lebih lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul-Qadr.semua orang tahu kelebihan bulan ramadhan, cuma kekuatan dan kezaman yang kuat sahaja yang mampu menjadikan Ramadhan itu satu rahmat dari Allah dan dapat merasai kemanisan iman dan beribadah di bulan Ramadhan



dato' Zaim semangat jual ayam bakar

mula dengan sahur yang penuh barakah (padahal bila ganti puasa tak bangun pun sahur), solat fardu,berzikir, tadarus al-Quran, buka puasa ( antara waktu paling mustajab berdoa), solat terawih dan moreh..aik?kalau iman betul2 kuat, insyaAllah boleh tahajud di malam hari.kalau tak mantap lagi iman, boleh solat sunat 2 rakaat pun dah cukup sebelum sahur



apa2 pun segala amalan baik kita digandakan pada bulan Ramadhan ini.so sangatlah rugi kalau mensia-siakan segala amal di bulan yang mulia ni.even kalau kau pergi tandas dengan niat untuk mendapat keselesaan untuk beribadah, insyaAllah dapat pahala berganda juga.yang penting niat (baca lebih lanjut tentang niat di blog Sabir)

untuk budak2 yang takut hantu, ini adalah bulan yang tiba2 rasa sangat bebas nak pergi tandas tengah malam.tak perlu takut lagi sebab semua setan dah kena ikat.kakak budak pun sudah tak takut lagi he

amalan sunat : banyakkan berzikir, baca al-Quran,buka dengan benda manis (kurma), bersahur, bersedekah walaupun RM1 , memberi orang makan waktu berbuka puasa

catatan ramadhan haziqah.

-hari pertama berbuka puasa bersama keluarga tercinta tapi tanpa adik lelaki kesayangan tapi selepas berbuka puasa.....waaaaaaa....
-hari kedua, keluarga menghantar anak kesayangan pulang ke Terengganu di lapangan terbang KLIA.tapi ditahan semasa pemeriksaan beg sebab dalam beg ada benda tajam haha lepas tu..penat mencari gate mana nak dituju...dalam kapal terbang, yang bukan Muslim dapat makan biskut free.aku melihat dengan penuh berharap ke pramugari(nak jugak satu la wei, makanan free tu ) tapi tak dapat pun T_T



jejaka terhangat UDM ni pun tak ketinggalan meniaga di bazar UDM. sorang meniaga ikan celup tepung (ICT), sorang cikgu yang boleh bertukar2 bidang, bulan puasa ni dia jadi promoter pulak he dan sorang lagi membuat sembusa dengan air tangan sendiri, sedap taw tapi kalau saya buat lagi sedap :D .kalau nak tengok jejaka2 hot ni , meh la datang bazar UDM.oops bulan puasa, sila jaga mata

-hari seterusnya Ramadhan di UDM, bazar UDM lebih crowded dari dahulu sebab student kan sekarang sudah bertambah.tiada orang luar yang datang menjual seperti dahulu kerana H1N1, jadi tak banyak jugalah gerai yang dibuka.ramai pelajar yang mengambil kesempatan mencari sedikit rezeki di bulan barakah ini di bazar, tapi ada juga makanan yang tak dijual lagi..macam donut lembut.semua orang tanya..
-tension dengan serangga angkut-angkut yang sibuk nak buat sarang belakang almari saya.macam mana mahu menghalau serangga itu? dah la saya ni takut dengan serangga seperti itu T_T
-tak perlu risau dengan baju raya sebab sebelum puasa atau lebih tepat lagi, sebelum buka semester hari tu da beli baju raya he
-bulan yang penuh dengan ujian bak kata ama chan. macam2 test dan assignment.tapi saya macam bersemangat nak belajar tapi saya banyak tidur juga.macam mana ni?



-menolong junior2 sains komputer semester 3 mempromosi makanan yang dijual di gerai mereka di bazar UDM.ibadah sebelum berbuka puasa :P mereka menjual desert atau pencuci mulut atau pemanis mulut seperti puding buih, dadih, caramel, cocktail dan tak lupa juga makanan berat sikit seperti nasi lemak, laksa etc.ini senior yang paling tak malu sebab suka menyibuk dengan junior punya aktiviti :D datanglah ke gerai nombor 1 yang diberi nama Nur Ramadhan.ni mesti terpengaruh dengan Nur Kasih budak2 ni.isy2

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Begitu juga, ia mampu menghapuskan segala dosa jika seseorang bertaubat dengan taubat nasuha, seterusnya melakukan ketaatan sebagai ganti (kaffarah) bagi dosa-dosa tersebut.

Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi menahan seluruh anggota daripada kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaNya.


Saturday, August 22, 2009

tips agak best untuk blogger kesayangan sempena hari jadi blog ini yang ke-3

pertumbuhan blog sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan.semakin ramai yang mempunyai blog sendiri.even budak darjah 3 pun sudah ada blog sendiri

walaupun begitu setiap blog ada kelainan sendiri.ada blog yang bercerita pasal politik, ada yang bercerita tentang kisah cinta, ada yang bercerita kisah seorang mahasiswa, ada yang menjadikan blog sebagai medium menyampaikan dakwah, kisah seorang isteri dan ibu, resipi, makanan yang sedap,gambar dan fotografi yang menarik.blog juga semakin berkembang menjadi medium mempromosikan perniagaan atau online shopping seperti menjual makanan seperi cupcakes, baju-baju, tudung , aksesori dan sebagainya.boleh kata apa sahaja boleh didapati di blog

jadi jangan mempertikaikan bagaimana seseorang itu menulis blog masing-masing.mungkin blognya hanya berkisar tentang resipi jadi tak perlulah anda mengatakan dia seorang yang tidak cakna tentang hal politik di negaranya kerana dia menulis blog hanya untuk menceritakan tentang resipi ! dan blog yang cinta jiwang-jiwang, kalau anda tak suka tak perlu baca dan tak perlulah nak dengki dengan kisah cintanya yang sangat romantik.kalau TAK SUKA TAK PAYAH BACA ! ( ayat tipikal blogger )

terpulanglah kepada individu untuk menulis apa sahaja yang dirasakan sesuai ditulis dalam blog masing-masing.itu hak masing-masing lagi-lagi apabila dia menceritakan tentang kisah hidupnya.dah kisah hidupnya memang begitu,macam mana nak diubah.kalu dia sedang gembira mungkin dia ingin berkongsi rasa gembiranya bersama pembaca blognya.kalau dia mempunyai masalah mungkin pembaca blognya boleh memberi idea bernas untuk menyelesaikan masalah itu.oleh itu blog dapat mendekatkan diri penulis blog dan pembaca blog.dari blog jugalah kita dapat mengenali diri seseorang itu dengan lebih dekat walaupun tidak pernah bersua muka

sepanjang hampir 3 tahun menjadi seorang penulis blog, macam-macam yang telah saya belajar tentang dunia blog.kalau dulu tulis blog pendek sahaja entrinya dan langsung tak berkualiti.biasalah budak baru belajar.bila baca balik, kadang-kadang tergelak, macam ni ke aku tulis dulu

apa yang dimaksudkan dengan entri yang berkualiti?entri yang berkualiti adalah entri yang mempunyai maklumat berguna yang dapat disampaikan kepada pembaca blog, mempunyai idea yang bernas, mempunyai pendapat yang mantap dalam sesuatu isu dan juga pembaca blog dapat terkesan dengan penulisan anda

pengalaman menulis blog memberi pelbagai pengalaman dalam hidup saya lagi-lagi apabila pembaca blog memberi respon terhadap penulisan kita.ada yang manis dan ada juga yang pahit.

saya pernah diprovoke apabila menulis tentang pemilihan MPP UDM 2008/2009.saya dihentam dan dikritik dengan begitu hebat dan saya tidak menjangkakan respon yang begitu menghentam.hampir saya down ketika itu.tapi alhamdulillah sokongan sahabat yang tak berbelah bahagi, saya tetap meneruskan menyampaikan berita kepada pembaca blog saya.saya menulis tentang perkara tersebut kerana saya tahu bukan semua pelajar tahu apa yang sebenarnya yang berlaku.tapi laporan saya tentang perkara tersebut telah dijadikan berita di blog-blog yang lain dan diubahsuai menjadi berita yang sangat menarik.kerana saya tahu mereka mendapat sumber dari blog saya.dan dari blog saya sahaja lah yang mempunyai cerita seperti itu dan kronologinya juga sama ,cuma cara penulisannya lagi baik kerana mungkin dia benar-benar seorang wartawan

blog dari sudut pandangan saya
*tak suka buka blog yang berat.maknanya bila nak buka blog dia je 'jam' sebab berat sangat dengan gambar, slide , lagu sebab semua itu akan menggangu tumpuan pembaca blog
*blog yang ramai pengikut selalunya mempunyai penulis blog yang cantik dan kacak.memang begitu trendnya.dan juga jika anda seorang yang berjawatan dan terkenal, maka blog anda mempunyai pengaruh yang kuat
*penulis blog lelaki selalunya akan menulis blog yang pendek2 je lagi tepat dan padat berbanding blog penulis perempuan macam saya yang suka merepek T_T

saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimanakah untuk menulis blog dengan cara yang bagus dan dapat menarik pembaca-pembaca blog.blog saya ni tak de la popular pun.popular pun di kalangan student UDM je.popular ke? perasan je lebih..

saya tak tiru Evi Lolyta taw sebab tulis pasal blog.mungkin sebab kami sehati sejiwa kot he

1. kalau macam saya, saya suka tulis entri berkisar program2 yang saya join atau menjadi comittee member.kira macam laporan aktiviti yang tak formal la.haha kadang2 bosan jugak cerita menda2 ni, sapa la yang baca sangat tapi kenangan kan..kalau dulu tulis dalam diari, ni da ada blog, tulis la dalam blog.ramai yang singgah ke blog saya bila mereka search tentang 'Konvokesyen UDM'.at least mereka2 boleh melihat gambar2 konvo dan cerita saya di konvo yang berbeza dengan cerita orang lain

2. cerita2 yang gempak atau isu terkini.seperti baru2 ni kisah tentang pemansuhan PPSMI. selain daripada ramai orang search tentang ni, kita juga boleh kongsi pendapat dengan intelektual2 mahasiswa untuk meningkatkan tahap IQ kita.buat la bijok sekali sekala

3. kalau nak lagi gempak, tunggu la Pilhanraya Kampus tak lama lagi.buat ulasan tentang perkara tersebut. tapi anda kena banyak info la kalau nak tulis tentang tu.jangan tulis cerita tak betul sudah, nanti orang marah.kalau kita cerita betul pu,n ada orang marah jugak he wooh kalau macam hari tu, saya je sorang yang tulis pasal ni kot.sampai dapat liputan dari berita tah mana tah.boleh dia edit entri saya jadi berita dia.marah ni.haha tak kisah la. asalkan dapat menyampaikan berita yang sebenar :D

4. Link amat penting dalam blog.selalunya kalau anda link kan blog anda dengan blogger lain, mereka pun dengan senang hati link blog anda balik.tapi jangan marah kalau dia tak link anda balik.tapi yang best, kalau blog anda dilink dengan blog2 yang mempunyai pengaruh besar.kemungkinan blog anda pun akan jadi famous jugak hoho kononnya anda berkawan dengan artis terkenal dan anda kawan baik dia, confirm2 blog anda pun akan dibaca oleh peminat2nya.contoh macam Hanis Zalikha.selain baca blog dia, saya suka baca blog mak, adik dan kakak dia.saya pun suka baca blog kawan2 baiknya

5.cerita pasal link,malu pula bila blog saya pernah dilink oleh mahasiswakini.com bawah link mahasiswa UDM. bukan bagus sangat blog aku ni kalau nak dibandingkan blog2 mahasiswa IPTA lain.malu je merepek banyak dalam blog .kalau mahasiswa IPTA lain yang tulis semua isu2 yang hebat2 belaka.inilah penangan laporan PRK lepas sampai terlink dalam mahasiswakini.com. bajet terkenal sangat la blog dia ni :p

6.letak gambar2 menarik.kalau boleh setiap entri tu letak la gambar sebab kadang2 orang malas nak baca blog yang panjang berjela macam blog aku ni.so mereka yang malas nak membaca, boleh scan terus apa yang nak disampaikan lagi2 kalau anda suka merepek

7.kalau boleh lagi, gambar anda tu edit la sikit.kalau tak reti nak guna photoshop, boleh guna photoscape.boleh download photoscape di sini.senang je guna software ni dan gambar2 anda semua akan nampak menarik.

8.kalau anda ni memang hebat sangat la mengarang cerita sampai 10 muka surat sekalipun, tolong la tulis entri anda dalam perenggan.pergh penat tau baca blog yang ditulis dengan satu perenggan je.macam nak cari noktah dia pun tak jumpa. dah la tulisan pulak kecik , sakit mata adeyh.kecik2 dulu kan da belajar kat sekolah subjek penulisan.kan setiap karangan kena ada perenggan, ada pendahuluan, isi dan penutup.so kenapa tak guna ilmu yang berguna tu ke dah lupa dah ? jangan melakukan pembaziran dengan tak mengamalkan ilmu yang ada

9.Layout page : tulisan jangan kecik sangat , kesian kat orang rabun , susah dia nak membaca, dan jangan besar sangat nanti nampak hodoh . lepas tu template pun elakkan tukar sokmo.anda perlu mencari identiti blog sendiri.nanti macam dah tak unik lagi blog anda bila sokmo je templatenya ditukar.lagi bagus kalau anda mampu buat template sendiri.saya tak pandai tapi edit template buat2 bijok boleh ar.konon2 template tu sendiri yang design haha

macam template saya yang lepas...waaaa..saya paling suka design tu sebab memang cun kalau nak dibandingkan yang baru ni sangat girlish kan hoho tak pe... da nak jadi sangat lady pulak kali ni.kan lembut je tengok tapi macam perempuan sangat

10. nama blog yang senang diingat dan URL pun pendek dan senang diingat juga .macam blog saya diberi nama 'aunieZ' dan tolong lah stick dengan satu nama je. tak macho la tukar nama banyak kali. URL..apa ko bondo menatang URL ni? URL adalah Uniform Resource Locator .macam blog saya juga http://blackchix.blogspot.com.kata kunci kalau nak search 'auniez' atau 'blackchix'.confirm senang jumpa..nak ingat pun senang kan.contoh URL yang kurang bagus.
http:///akupunyablogmemangbestpun.blogspot.com

tak ke pening orang nak menaip URL blog anda panjang2.nanti silap pula satu hal lagi.lagi baik anda menggunakan nama sendiri lagi best.kan mak bapak anda dah bagi nama yang cukup menarik untuk anda.contoh :
http://aizatanwar.blogspot.com
http://shaiham.blogspot.com
tak pun macam saya dan evi Lolyta yang orang dah kenal sangat kami dengan nama blackchix dan Evi Lolyta he

11. buat lawak yang menggelikan perut dalam entri anda. biarkan pembaca blog anda tergelak sorang2 macam orang gila :p tapi nanti dia akan gilakan blog anda.macam blog mentor blog saya, Chika ( ahha sejak bila Chika setuju jadi mentor aku ni he ) , blog dia kalau tak de lawak memang la bukan nurulism.com.blog dia memang hebat sebab ramai orang baca walaupun dia bukan artis ke, ahli politik ke.dan walaupun dia cerita tentang kehidupannya sahaja tapi ramai gila orang addict atau ketagih baca blog dia.semua pembaca blognya mengaku dan percaya ada dadah terselit dalam blog dia.ramai juga cuba nak meniru penulisan dia tapi tak tahu la berjaya ke tak

12.bahaya blog pula seperti yang pernah ditulis oleh Evi Lolyta. bisa mengundang fitnah dan dengki mendengki.contoh kita amik lagi blog mentor saya , Chika. blog beliau kan memang best dan kehidupan beliau bersama suami tercinta di Austalia pun sangat macam fairytale.tapi biasalah manusia kan sebenarnya penuh dengan hasad dengki.pantang tengok orang bahagia sikit, mulalah nak manggangu dan merosakkan hidup orang. walaupun ramai yang sokmo je puji2 blog dia tapi ada juga yang dengki tulis komen teruk2 yang menjatuhkan mood orang terus.tapi Chika ni bijak sebab dia akan lawan balik dengan cara berhemah. so kalau anda nak blog anda terkenal, anda juga kena berani ambil risiko seperti ini juga

13. haaa..janganlah menulis carutan dalam blog anda.sangat tak cool.saya pernah baca blog sorang budak darjah 6 , mencarut je kerja dia dalam blog dia.mengutuk dan mengumpat kawan dengan bahasa carutan.nampak sangat tak matang lagi %Fjhd&$jjos

14. blog juga boleh buat duit, menjana pendapatan sampingan.masyuk je tak payah buat apa pun setakat menulis blog je. tak payah jual apa2 barang.letakkan iklan dalam blog anda je.caranya guna Google Adsense atau nuffnang.tapi saya masih tak reti lagi sebenarnya.siapa yang pandai tolong ajar boleh???pleaseeeeeee...tapi harap2 anda yang baik hati boleh tolong saya dengan mengklik iklan di atas header saya,kanan blog saya dan bawah setiap entri.please..please..heee..kalau saya dah berjaya nanti saya ajar anda pula ;D

15.pantang larang dalam blog.jAnGaNlAh TuLiS mAcAm nI gEdIk tAhU.tAk PeNaT kE tULiS mAcAm Ni.tak pown tulis macham ni.atau shortform yang pendek sangat macam dalam sms.tulis la perkataan yang penuh dalam blog.nanti orang tak paham la apa kau nak sampaikan.dan kalau anda marah sekalipun, tak payah lah nak tulis semua huruf besar dengan tulisan merah.annoying ok !
TAK DIGALAKKAN : tulis entri yang copy paste.kebiasaannya saya lihat blog2 yang berunsur dakwah kerap meletakkan entri yang copy paste.selalunya lah entri copy paste ni orang jarang baca.kenapa tidak tulis dan olah ayat sendiri? pasti dakwah akan menjadi lebih berkesan dan lebih dekat dengan pembaca. blog dakwah kesukaan saya yang menggunakan analogi dalam menyampaiakan dakwahnya ialah :
http://umaralfateh.wordpress.com/
http://novaadila.wordpress.com/

selamat menulis blog yang menarik lagi berinformasi :D


Tuesday, August 18, 2009

berjangok dengan cermin mata besar ala paris hilton


introducing my cute lil nieces
sarah batrisyia and qaisara aina
like aunt like niece :D


sejak bila pula haziqah ni ada anak buah.dia bukan ada kakak atau abang pun.mereka anak sepupu saya jadi boleh kira anak buah la.comel kan mereka ;)

kecik2 sudah diajar memakai cermin mata besar.dah besar confirm2 la mereka akan memakainya haha pemakaian cermin mata besar atau shades di kalangan warga kota sekitar kuala lumpur adalah common.bukan sahaja untuk mengelakkan silau akibat cahaya matahari yang terik di siang hari tapi ia lebih kepada gaya atau style.

shades ni boleh kata aksesori tambahan la sperti rantai, gelang dan sebagainya.tapi mungkin di tempat lain, pemakaian shades adalah sesuatu yang pelik dan mungkin orang akan menganggap nak menunjuk2 je.

even kalau kau pakai pakai shades pergi pasar malam kat Lembah klang ni pun orang tak kan ada orang akan pandang kau pelik.tapi cuba kalau pakai shades pergi pasar malam selasa dan khamis dekat ngan UDM tu , confirm kena ngumpat

aku pernah kena nganjing masa sem 1 dulu sebab pakai shades.aku pakai shades masa UDM Bridge Run, lepas tu kena nganjing dengan budak2 laki.tak taw la kalau diorang sebenarnya cemburu kot nak pinjam cermin mata aku gak :p sekarang ni tak kisah da orang nak nganjing apa ke, janji saya selesa

sampai sekarang aku dah ada 5 buah shades tapi tinggal satu je he.yang lain hilang atau pun rosak hoho


my first ever shades.tapi dah hilang masa balik dari times square.tahun 2006


my second shades.ok ini tak taw la apa jadi.hilang jugak kot.isy2


yang ketiga dan keempat, dua2 rosak dan pecah.ada satu je gambar.hok se lagi mana tah he


and shades yang aku guna sampai sekarang.sangat sayang ini shades sebab colour purple

pendek kata saya sayang la semua cermin mata besar saya. anda tak mahu cuba satu?


Friday, August 14, 2009

persahabatan vs percintaan

ingat tak siapa kawan pertama korang? dan macam mana korang berkenalan dengan dia? there is always first time.tapi seriusly aku tak ingat siapa kawan pertama aku tapi aku ingat crush pertama aku pada umur 6 tahun haha


sahabat..tak sama macam kawan..kawan datang dan pergi..kawan hanya sekadar kawan , yang hanya kenal nama dan muka kita sahaja.tapi sahabat tahu segala2nya tentang diri kita. dari A to Z.dari yang tersurat hingga tersirat.dari kekuatan hingga kelemahan kita.dari kekurangan hingga kelebihan kita.dia juga boleh menerima segala2nya tentang kita walaupun ia buruk pada pandangan orang lain.dan yang paling penting, dia sanggup menolong dan berkawan dengan kita di waktu susah dan senang. tak sekalipun merungut , semuanya sebab sayangkan sahabat


permulaan dalam percintaan pastinya bermula dengan persahabatan.kata orang 'tak kenal maka tak cinta'.kalau kita tak berkawan dengan orang itu dan tak mengenalinya, bagaimana mahu menjalinkan perasaan dalam hati bukan?dari bersahabat, semakin rapat, maka akan terjalinlah sesuatu hubungan yang disebut cinta

dengan kekasih hati,yang pasti kita lebih sayang kan kekasih hati lebih daripada sahabat kita, kita lebih risaukan kekasih hati kita lebih dari sahabat kita, kita akan lebih tension apabila bergaduh dengan kekasih hati kita berbanding sahabat kita. don't deny it my dear...

dua orang yang berbeza dalam hidup kita.tapi keduanya memainkan peranan yang penting dalam hidup kita

kalau seorang sahabat menasihati kita, kemungkinan besar kita tidak akan mempedulikan kata2 nasihat sahabat kita, tapi bila kekasih hati memarahi kita sekalipun, cepat2 kita minta maaf dan memujuknya

ada orang, bila sudah masyuk bercinta, akan lupa sahabat yang sentiasa menolong dan menyayanginya sebelum ini.terus buang kawan.terasa hati la kawan kita.ye la kalau bergaduh dengan kekasih hati, dengan siapa nak bercerita? dengan sahabat jugak kan.bila dah gembira bersama kekasih hati kembali, mulalah lupa sahabat kembali



tapi bagaimana pula persahabatan antara lelaki dan perempuan?bukankah lelaki dan perempuan itu macam magnet, sentiasa tertarik antara satu sama lain? mungkinkah persahabatan itu dapat mengelakkan perasaan seperti cinta itu wujud? biasanya, bila seorang lelaki dan perempuan itu bersahabat, pasti akan ada harapan untuk memiliki dari salah satu pihak, tidak kiralah pada si jejaka atau si gadis itu. bila semakin rapat, pasti akan wujudnya perasaan sayang.sesuatu yang amat sukar dihindari apabila perasaan suka itu muncul dalam hati.dan kadang2 ia bisa merosakkan persahabatan itu kerana hadirnya perasaan cinta.so lebih baik simpan je perasaan itu dalam hati hoho

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang… Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada!! Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan. Tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

ceh..skema betul entri ni.macam entri copy n paste jah
but it is really my own words


Sunday, August 09, 2009

Program Ziarah Amal Kelab PERKIM UDM ke Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu



menziarahi orang yang sakit adalah satu amalan mulia yang amat dituntut dalam Islam.banyak pahala kita dapat dengan menziarahi orang yang sakit.selain dapat menggembirakan hati dan menghiburkan mereka, kita juga dapat pengajaran dan bersyukur atas kesihatan yang diberikan. tazkirah sekali sekala di blog. confirm pas ni ada orang kata " ye la ustazah...".mengada betul orang itu :p




geng blogger UDM ke HSNZ.Oops..yang dua orang tepi tu bukan blogger ya, tepi kiri, En aduka, Jurugambar profesional UDM,
tepi kanan, Ejah, sahabat baik saya ;)

selepas program kembara dakwah PERKIM , dua minggu lepas, sahabat baik saya , Sabir Abdul Ghani selaku NYDP Kelab PERKIM UDM dan juga pengarah program untuk program ziarah amal ni telah berjaya melaksanakan program dengan cemerlang.saya pun join jugak program ni.bangga la dengan beliau kerana berjaya laksanakan dua program yang besar dalam tempoh lebih kurang sebulan je.kerana program2 yang dianjurkan ini dua2 melibatkan masyarakat, dan jarang program seperti ini dilaksanakan di UDM.dan beliau dapat melaksanakannya dan pasti beliau tersenyum bangga dan puas hati.hoho puji ni dapat pape tak? :p



kami pergi dengan sebuah bas menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di pagi hari.berdebar jugak la nak pergi melawat hospital lagi2 dengan menularnya wabak H1N1 sekarang ni.jadi langkah berjaga2 dengan memakai topeng muka atau mask digalakkan.yeh..dapat mask percuma di hospital.kami pergi melawat wad kanak-kanak yang comel.penuh juga wadnya setiap katil ada penghuninya.comel sungguh kanak-kanak ini tetapi kesian pada mereka kerana menghidapi penyakit.ada yang sakit batuk yang kuat, demam panas, demam denggi, lelah, sesak nafas, jantung berlubang.kasihan kan pada mereka, kecik2 da sakit..tapi ada je yang masih aktif dan comel je melihat keletah mereka.sambil melawat mereka , kami juga memberi sedikit cenderahati kepada pasakit2 kanak berupa goodie bag yeng berisi biskut, colouring book, pensil colour, tuala dan sewaktu dengannya



seronok dapat bermesra dengan mereka dan bergambar pastinya.dan saya sungguh tak sangka, rupa2nya saya sudah ada skil berkomunikasi.ingatkan masih tak reti lagi nak bercakap, berbual dan beramah mesra dengan orang yang tak dikenali.terharu kerana sudah menjumpai kebolehan dalam diri T_T



dalam lebih kurang sejam dapat beramah mesra dengan masyarakat, kami menuju ke PERKIM negeri untuk makan tengahari.sedap sunguh nasi ayamnya kerana lain daripada yang lain.dan dapat makan buah langsat kot



satu pengalaman manis bersama masyarakat setempat.boleh jadi wakil rakyat da..haha tak mahu..saya tak mampu sebenarnya untuk memikul tanggungjawab daripada masyarakat.besar amanah tu.jadi penyumbang dalam masyarakat takpe ;)

tapi saya sedih, sahabat baik kami,Muhammad Izzuddin Rosli yang patutnya join sekali program ini tak dapat join sebab kena kuarantin sebab demam panas T_T ( ayat macam kanak2 darjah 1 merengek ).harap2 dia cepat sembuh kan..get well soon Din!


Wednesday, August 05, 2009

Debat antara kolej kediaman UDM Piala Dekan Hepa UDM kali ke-1

tuan yang dipertua, hari ini saya akan merepek lagi tuan yang dipertua,sebab sekarang ini tuan yang dipertua, saya sokmo dengar lagu perpaduan bangsa je sejak debat antara kolej kediaman UDM anjuran KK C.di mulut dan telinga saya pun sokmo terngiang2 lagu perpaduan bangsa.tuan yang dipertua, saya memang tak pandai berdebat, kalau berdebat nanti berterabur je , nanti sampai ada orang tertidur dengar saya berdebat padahal dia sebenarnya jaga dan mendengar dengan penuh asyik wahahahha

hanya mereka2 yang berkenaan faham cerita di atas :D





sekitar debat inter college

tu la pasal, best gila la lagu perpaduan bangsa.nanti menjelang hari kemerdekaan tak lama lagi aku nak jadikan lagu perpaduan bangsa tu nada dering mesej aku la :) lagi pun, bila terdengar je lagu perpaduan bangsa ni akan teringat pada Defactohokage ye bukan Putera Annur sebab Defactohakage ada 8G :p

ok2 jangan timbulkan kontroversi di sini sebab saya hanya bersahabat baik dengan Defactohokage dan Putera Annur dan kalau selalu sangat nampak saya lepak bersama mereka, jangan jadi paparazi taw sebarkan gambar di mana2



debat antara kolej kediaman UDM Piala Dekan Hepa UDM kali ke-1 berlangsung dengan jayanya.terima kasih banyak kepada Aizat dan Din sebab menawarkan saya bekerja dengan mereka dengan gaji 8G.kwangkwang ok ini kenyataan palsu.mereka dah tawarkan saya menjadi Exco Multimedia dan persembahan sejak konvo lagi, sejak saya baru ditimpa masalah yang besar tapi alhamdulillah sekarang ni semakin beransur pulih



my favourite pic !

jadi exco Multimedia dan persembahan ini bukannya senang, penat dan berdebar je buat kerja ni.setakat buat banner tu ok la lagi.bila kena buat slide montaj dalam masa yang singkat bersengkang mata dan menahan sabar dek movie maker asyik stuck je.tensen aku.tapi gembiranya saya sebab pengarah program yang hebat itu puji dan suka dengan kerja saya.baru lah seronok buat kerja bila orang puas hati dengan kerja kita .aku rasa macam salah amik kos pulak, rasanya baik amik kos ijazah multimedia :D






perasmian

kena jaga slide dan lagu sepanjang program memang mendebarkan sampai tapak tangan berpeluh dan mengigil takut salah pasang lagu.memang dah berlaku pun buat malu dan terkejut orang je.tapi itu satu pengalaman berharga



ramai pendebat muda dan junior belaka yang menyertai debat kali ini, memang menarik bila mereka berentap di medan perdebatan dengan senior debat yang otai.yang menariknya juga pendebat2 muda ini dapat mengalahkan pendebat senior yang lebih berpengalaman.suatu perkembangan yang sangat menarik!



muka gembira dengar dan lihat keputusan

dan menarik lagi, buat julung2 kali debat tidak lagi dijalankan di kelas2 yang jauh dari tumpuan pelajar tapi diadakan di sekitar cafe baru , jadi semua student boleh tengok debat live sambil makan dan minum.mula2 kami macam takut jugak la kalau apa yang hendak disampaikan oleh pendebat2 yang berwibawa itu tidak kedengaran tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan penuh teratur



mat kilau dan tok gajah

final debat piala dekan hepa kali ke-1 berlangsung di foyer pejabat asrama baru dengan keadaan cuaca yang sungguh nyaman, aircond semulajadi memang syok la perdebatan akhir antara pasukan Mat Kilau yang berkilau2 memancar cahaya dan pasukan Tok Gajah, cucu tok gayah yang jantan lagi kacak2 belaka dan penuh dengan sense of humour. tajuk : '1Malaysia pemangkin pembentukan negara bangsa'.siapa menang? mesti lah pasukan Mat Kilau dan pendebat terbaik jatuh kepada Siska yang berlakon dalam cerita indon bawang putih bawang merah tu.ok jangan menipu.pendebat terbaik adalah Siska Puspa Murni yang sangat comel lagi petah berbicara



penutup

yang lawaknya, pihak pembangkang, kumpulan Tok Gajah bagi fakta yang salah.nak kata Chua Ju Meng yang keluar dari BN sebab tak puas hati dengan 1Malaysia tapi tersebut nama Chua Soi Lek yang keluar video tettttt je haha, si kerajaan pula mengiakan aje si pembangkang sebab menggunakan modal yang sama jugak.silakan yang bermasalah ! :D



budak2 junior bukan sahaja berbakat dalam debat tapi kacak2 n ganteng2 lagi gila bergambar.pantang je tengok kamera terus nak posing.bukan perempuan yang gila bergambar lagi taw..tengok contoh ni, tengah dalam berdebat sempat lagi posing isy2.si ammar arafat dan adib aiman pulak bila aku nak amik gambar akan berkata "gambar masuk blog ni"



selain daripada buat slide montaj yang encik nordin jusoh dan aizat puji tu,buat banner,bunting, tag dan sewaktu dengannya, tugas saya adalah ambil gambar sepanjang program berlangsung, jadi jurugambar yang menggedik berjalan sini sana.oleh itu gambar saya tak banyak pun dalam debat ni waaaaa benci2

lagi cerita dan gambar debat di blog 'Aizat


Google