Singapura menjadi negara pertama kami tuju selepas mendapatkan passport. Umur 36 tahun baru ada rezeki ke luar negara so mari mulakan dengan Singapore dahulu.
Kami hanya merancang day trip sahaja ke Singapore memandangkan kami stay di hotel di JB. Setelah membuat kajian di Google, Facebook, Instagram dan Tiktok, kami merancang untuk naik train sahaja ke Singapore sebab nampak naik train paling senang da mudah, tak perlu beratur lama di imigresen dan menghadapi traffic jam
Kami book train di website KTMB, pilih Shuttle Tebrau. Tiket pergi balik hanya RM10 seorang.
Pada pagi Sabtu, kami ke JB Sentral untuk menaiki train. Train akan berlepas pada pukul 10am, pada pukul 930am gate sudah dibuka untuk scan passport, check imigresen dan beratur sebelum menaiki train. Tidak perlu print tiket sebab passport kita da kira as ticket.
Selepas beratur dan berurusan selama 30minit, train bergerak tepat pada masanya 10am dan hanya 5minit da sampai ke Singapore!
Sebelum ke Singapore pastikan anda sudah mengisi SG Arrival Card for Singapore di app myICA supaya memudahkan urusan di Imigresen Singapore. Jika datang bersama keluarga, boleh isi as group.
Di Imigresen Singapore, urusan di sana mengambil masa dalam 20-30 minit juga.
Kemudian kami keluar menuju ke bus stop untuk ke Sultan Mosque. Kami menaiki bas 170 ke Queen Street tapi akan berhenti di Bukit Panjang untuk menaiki MRT di situ pula. Bukit Panjang adalah stesen pertama MRT untuk ke Bugis.
Shuttle Tebrau > Bas 170 (Queen Street) > MRT Bukit Panjang > Bugis Station
Untuk transportation, kami hanya menggunakan Debit / Credit card sebab setelah kira2 caj nya lebih murah dan mudah disebabkan kami hanya sehari saje di Singapore. Kalau tak nak guna Debit/Crdit Card , boleh juga beli Tourist Pass yang valid 1-3 hari tapi harga kadnya dalam 22$ sehari kemudian boleh pulangkan balik untuk dapatkan 10$ kembali. Agak leceh pula nak kena pulangkan balik sebab hanya tempat specific je boleh pulangkan kad tu. Total kos kami guna hanya dalam 10$ seorang so memang lebih jimat bila guna Credit/Debit Card
Oleh kerana kami 5 orang sekeluarga, so kami sediakan 5 kad untuk transportation. Kanak-kanak yang tingginya lebih 0.9m perlu membayar ticket.
Destinasi kami yang pertama adalah makan tengahari di Zam Zam Restaurant. Oleh kerana bila pergi Singapore je ramai rakyat Malaysia datang makan di sini, kami pun ingin mencuba dan merasa apa sebabnya famous di kalangan orang Malaysia. Kami sampai di restoran dalam pukul 12pm memang waktu lunch. Dari MRT Bugis, kami lalu Bugis Street then patah balik ke Arab Street. Da la tengah matahari rambang, anak2 pun kepanasan dan kelaparan lepas tu macam sesat sikit. Sebenarnya dekat je Arab Street dengan MRT Bugis tu tapi salah exit makanya perjalanan ke Arab Street itu satu penyeksaan haha. Cari Raffles Hospital dan boleh ke Arab Street. Kalau nak lalu dalam hospital pun bagus juga sebab sejuk sikit hehe.
Kami order Nasi Briyani Kambing 9$, Nasi Briyani Ayam 8$ dan Murtabak Daging 10$. Termasuk air total cost 30$++ . Macam standard la kan makan harga macam tu tapi kalau convert duit Malaysia adududu. Nasi dan lauk briyani dia agak pedas jadi untuk anak2 kami yang jenis tak makan pedas memang tak boleh makan huhu. Syukur la ada Murtabak yang dorang boleh makan.
Selepas itu, kami solat Zohor di Sultan Mosque dan kemudian jalan2 di Arab Street. Takde beli apa2 just jalan2 dan ambil gambar. Di luar Sultan Mosque tu ada orang jual cenderahati tapi jalan beli situ sebab ada tempat lagi murah boleh beli.
Destinasi seterusnya adalah Merlion Park, tempat wajib bergambar bila ke Singapore. Dari MRT Bugis Station ke MRT Raffles Place. Dari Stesen MRT Raffles Place kena jalan dalam 10minit. Boleh tengok map atau ada penunjuk arah untuk ke sana. Masa kami nak ke sana cuaca da mendung macam nak hujan. Jadi kena cepat2 bergambar di kawasan itu. Ramai orang di sana tapi ada je kawasan yang kosong , dapat la spot cantik untuk bergambar.
Kemudian kami mahu ke MRT terus tapi anak2 lapar jadi rehat sebentar untuk makan snack. Lepas da habis makan, dan nak berjalan ke MRT semula, tiba-tiba hujan turun. Kami berteduh di Hotel Fullerton. Dalam satu jam juga stuck di situ. Bila hujan da reda, kami berjalan semula ke MRT.
Oleh kerana da tak tahu nak buat apa selepas tu disebabkan hujan , kami ke Orchard Road. Jalan2 tengok banyaknya shopping mall. Dan singgah di salah satu shopping mall untuk berehat. Ada tempat untuk budak2 main so boleh la hiburkan anak2 kejap.
Kemudian ternampak ada kedai souvenier, harga agak murah dari tempat lain. 4 fridge magnet / keychain 10$ saje. Tempat lain ada yang 2 for 10$ or 3 for 10$. So boleh la keychain fridge magnet untuk anak2. Nama kedai tu The Gift Shop yang terletak di Lucky Plaza
Jalan2 dengan budak2 memang cepat lapar. Singgah la ke McD pulak. Mula2 tak tahu McD halal tak tapi bila google katanya halal so makan di McD pulak sementara tunggu train 8pm. Nak cari makanan halal lain pun tak tahu mana, so makan je la McD. Kos makan McD pula 30$++.
Pukul 6pm kami gerak balik menaiki train di MRT Orchard Road ke MRT Kranji. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Masa tu berdebar2 pulak takut tak sempat sampai ke Woodlands Check point. Bila sampai MRT Kranji kena naik jejantas untuk ke other side of road. Then naik bas pula. Yang kami research kena naik bas 170 tapi masa tu bas tu macam lambat lagi. Memang berdebar2. Then ada bas yang sampai dan tanya ada ke Woodlands train tak, dia kata ada. So apa lagi, kami terus naik. Syukur selamat sampai ke Woodlands train. Kena beratur macam biasa, lalu imigresen, naik train 5min sampai semula ke Malaysia. Imigresen Malaysia pun tak lama kena check.
Dari JB Sentral , kami ke JB City Square untuk tunggu Grab. Dalam 830pm kami selamat sampai ke hotel.
Dalam trip ni, walaupun Singapore sebelah Malaysia saje dapat la juga mengenal keadaan di Singapore bagaimana
1. Keadaan di sana sangat bersih
2. Kami tak nampak burung gagak pun di sana. Tapi ada burung merpati. Tapi awas ada signoboard di larang memberi makan kepada burung merpati atau anda boleh disaman. Kucing pun kami tak jumpa di sana
3. Harga makanan standard saje macam Malaysia. Tak mahal mana dan rasa macam agak murah. Cuma jangan convert la duit Malaysia. Standard la kan harga makan tengahari dalam 30$ 1 family. Nasi briyani di Malaysia pun boleh cecah RM15-20 1 pinggan tapi di sana hanya 8-9$
4 Transporation sangat cekap terutamanya bas. Bas datang tepat pada waktunya dan di bus stop boleh tahu bas mana yang akan datang. Driver bas bawa bas agak laju tapi berhemah.
Kalau mahu ke Singapore day trip, boleh juga stay di Hotel Amari kerana hanya jalan kaki untuk ke JB Sentral dan dekat dengan JB City Square.