Yuhuuu ye saya sudah mengandung kali kedua. Ya tidak sangka
juga secepat ini sebab bajet lagi 3 tahun which is 2017 tapi rezeki awal
setahun huhu. Pregnancy kali ni unexpected. Sebab memang tak plan. Perancang
keluarga pun tak amik, just go natural tapi salah bajet huahua. Tapi takpe
la..orang lain susah nak dapat rezeki, kita senang je , subur huhu..jadi kena
lah terima dengan hati terbuka (walaupun mak ku sebenarnya bising juga).
Mula2 bila tahu pregnant macam sedih sikit sebab aku target
nak breastfeed Nuh sampai 2 tahun, bila pregnant susu memang drop n lama2 macam
da takde. Tapi dia still breastfeed for comfort je. Aku pun kadang2 rimas. Bagi
seminit je pastu kata dah2. Dia pun tak marah sangat. Dan alhamdulillah Nuh da
suka minum susu formula. Dia yang
minta, mungkin tahu mak dia da takde susu.
Masa sebelum
check pregnant, bila pump susu, dapat tak sampai 1 oz pun, dapat dasar botol
je. Cam pelik kenapa teruk bebenor dropnya. Walaupun aku low production milk
mom, tapi at least boleh dapat 1oz. Lepas check pregnancy test, baru la tau
yang sudah concieve. Jadi kita berhuhuhuhuhu.
Pregnancy
kali ni macam lagi teruk alahannya berbanding dengan Nuh. First
trimester, takde selera makan yang teruk. Sampai berat pun turun 2kg dari 52kg
ke 50kg. Plus im still breastfeeding Nuh. Lagi lah macam tak cukup zat kot. Sampai
2nd trimester pun still takde selera sangat especially lauk-pauk. Lauk
yang rasa macam selera adalah ayam goreng ala KFC. Ayam panggang n segala jenis
ayam lain macam tak suka juga. So makan nasi memang sikit. Tapi suka pada nasi
lemak. Tapi 3rd trim tak berapa suka nasi lemak pulak. Suka roti
canai pulak haha
2nd pregnancy ni mencabar juga sebab kena jaga
anak pertama. So tak boleh rilek2
sangat. Nuh pulak setiap bulan sakit, memang mencabar la siap dia masuk
hospital lagi kan sekali.
Cabaran ketiga,
mungkin kerana kurang rehat, stress, anak dalam kandungan macam kecik sedikit. Check
kat KK, baby macam kecik, kena refer kat Hospital Shah Alam. Pergi Hospital
Shah Alam, alhamudillah doktor kata ok, takde masalah, bukan IUGR, baby growing
positively walaupun maybe kecik sikit. Lega rasa. Kalau tidak memang susah hati
tapi start tu, da makan betul2, kurma makan banyak2 , minum susu Anmum dengan
harapan baby membesar dengan jayanya. Tak pasti sebab kurma ke apa, HB aku
paling tinggi dalam sejarah 12 kot! Jadi makan lah kurma banyak2, insyallah HB
boleh kembali normal.
Masa pregnant ni
pun kerap sakit, bila Nuh demam selsema aku pun demam selsema. Paling tak boleh
blah, tetiba dapat satu penyakit yang tak pernah kena pun sebelum ni,
Sinusitis! Hidung tersumbat, kepala berat, sampai tak boleh buka jaws apatah
lagi nak makan. Ada la kena dalam 3-4 kali sepanjang mengandung ni. Mula2
memang makan ubat selsema, lepas tu siap buat rawatan resdung lagi. La ni ,
amik vitamin C, alhamdulillah cepat sembuh.
Updated : da selmat melahirkan seorang baby lelaki pada 3 May 2016 :)