Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG

Segmen dari blog Ben Ashaari

:)


Tuesday, March 29, 2011

Pekerja terlebih rajin


Ini meja pekerja terlebih rajin. Tak terurus betul meja pekerja terlebih rajin ni.  Semua benda ada atas meja dia. Buku2, kertas,file2, laptop dan mouse sudah pasti. Router wifi pun ada atas meja dia walaupun dia bukan pekerja dalam bidang network di samping cable2 yang berselirat di belakangnya.  Botol air elemen penguat semangatnya. Jam oren kesyangannya pun da hampir terbalik T_T


Boleh kata hampir setiap hari pekerja terlebih rajin ni akan stay kat ofiz sampai tengah malam. Sedang orang lain enak dibuai mimpi, pekerja terlebih rajin ni baru terkedek2 pulang ke rumah. Rajinkan dia..isy2..

Nak tengok menu apa pula yang dimakannya bila stay di ofiz..tadaaa…macam2 ada…roti sapu butter, mixed vege, telur hancur, hotdog dan kepingan daging yang dimakan bersama sos. Nyum2



Monday, March 28, 2011

Doorgift for wedding yang lain dari yang lain

Selalunya kalau pergi majlis kenduri kahwin, doorgift yang biasa orang bagi tentunya bunga telur. Itu warisan sejak turun temurun. Tapi zaman moden sekarang macam2 orang bagi untuk dijadikan doorgift. Ada yang bagi kek, ada yang bagi tart, ada yang bagi mug, buah, gula2, sabun pewangi, pot pouri dan macam2 lagi. Tapi hari tu, masa aku blogwalking kat blog siapa tah, dia cerita kenduri kahwin bagi sabun buku pencuci daia. Hoho agak terkejut la baca tapi bila pikir2 balik, bagus juga bagi doorgift macam tu. At least boleh juga orang guna. Dari bagi pot puri, mug, orang jarang guna dan biasanya dijadikan barang perhiasan yang boleh dikumpul dalam sebuah almari.

 
Hujung minggu lepas, aku dijemput oleh sahabat sekelasku menghadiri majlis kenduri kahwin kakaknya. Majlis resepsi sebelah lelaki. Ada dua pasangan pengantin adik beradik. Yang lelaki tu adik beradik. Temanya purple silver. Cantik dan meriah majlisnya.

Benda menarik di majlis itu

#Doorgift untuk majlis ini pun lain dari yang lain. Nak tahu apa? Gula pasir ! hehe mesti macam terkejut kan. Gula diletakkan dalam bekas kecik dan dibalut dengan kain net. Masa mula2 dapat macam pelik la, apakah di dalamnya. Rupa2nya gula. Kalau orang bagi gula, mungkin maksudnya manisnya perkahiwnan. Masa ondaway balik majlis, kami pun berbincang apa yang boleh diberi nanti untuk majlis perkahwinan kami. Maj cadang bagi kunyit! Kalau kunyit maksudnya apa? Kuningnya perkahiwnan?? :p kalau bagi beras macam sikit sangat pula. Hehe

# Satu lagi pasangan yang pengantin mempunyai cerita cinta yang menarik. Pengantin lelaki sebelum ini adalah cikgu tuisyen pengantin perempuan. Dan sudah menaruh hati sejak pengantin perempuan form 2 lagi ! selepas habis sahaja pengantin perempuan bersekolah, pengantin lelaki tersebut terus mengambil hati pengantin perempuan dan keluarganya. Dan kemudian mereka pun berkahwin. Pengantin perempuan itu masih belajar dalam bidang perubatan di sebuah IPT. Cool kan cerita cinta dorang

# pengacara untuk majlis itu adalah Didie Alias. Tak teruja sangat tapi kitorang tak melepaskan peluang bergmbar dengan beliau :)


Tuesday, March 22, 2011

CIK EPAL CONTEST

Syarat syarat penyertaan:


@ ambik header blog ni. lepastu tempek dekat entri kau. DAN LETAK dekat SIDEBAR with link entry ni. janji gambar ni ada dekat entri dan sidebar blog kau.


 @ dan gambar ni jugak kena letak dekat sidebar blog anda and link kan dekat entri ini

err..saya pertaruhkan gambar yang sama tapi tukar jadi black and white. tak pe kan? ^_^
@ Tak kesah gambar apa pon janji gambar tu dalam black and white.


@ tak kesah lah kau umur berapa pon semua boleh join [ umur saya 24 tahun hehe ]


@ Terbuka kepada semua jantina. tidak kira anda perempuan atau lelaki [ saya perempuan tulen ;) ]

@ make sure kau ada blog sebab contest ini hanya untuk blogger sahaja [ yehhh saya blogger ]


@ gambar haruslah terang dan kena letak "cik epal contest " yang font "cik epal contest" tu tak payah black and white pon tak apa. font style hape pon tak kesah


@ dah ada gambar buat satu entri bertajuk " CIK EPAL CONTEST " tu je tajuk entri. tajuk tak payah nak panjang panjang dan tak payah nak tokok tambah. Link kan dekat entri ini


@ blog kau haruslah tak ada function disable right click sebab senang kerja aku nak save gambar kau karang. kalau tak boleh right click, aku REJECT sebab menyusahkan aku [ takde function right click sebab tak suke jugak ! ]

@ gambar haruslah senonoh ye. aku nak gambar yang kreatif dan terang. jangan menunjukkan sebarang aksi tidak senonoh dalam gambar . kalau sesiapa berani buat tak senonoh, Wajiblah aku REJECT!


@ lepastu ada slogan nak kena buat. slogan berbunyi..


" SAYA MEMBACA BLOG CIK EPAL KERANA ......." (suka hati bape banyak patah perkataan pon kau nak buat , nak buat satu entri pon boleh, nak buat point point pon boleh, nak bagi suggestion pon boleh, janji kreatif!"
SAYA MEMBACA BLOG CIK EPAL KERANA .......blog cik epal sangat kelakar dan sempoi. Ada macam2 cerita yang menarik cik epal kongsi bersama reader. Saya suka tengok style cik epal sebab sangat cun walau apa orang cakap, cik epal sangat berani berfesyen tapi itu la nama fesyen yang sebenar. Selain itu cik epal juga seorang gadis yang bersemangat waja, walaupun dikritik oleh anon2 yang dengki, cik epal terus meneruskan perjuangan blog ! yehh!!! Tapi yang paling saya kagum dengan cik epal dan blognya adalah dia ada keberanian yang saya takde, macam  self confidence dia sangat tinggi. Saya pun nak self confidence juga. Dah lama saya baca blog cik epal sejak dia mula2 naik lagi. saya jugak suka bila sesi cik epal menternak lemak, terliur je air liur ..hehe . Harapan saya dalam contest ini adalah menang tempat ke 2. Kenapa bukan tempat pertama? sebab saya tak pernah makan kat IKEA..wawawa Mesti best kalau dapat menternak lemak bersama cik epal di IKEA :)

@ then tag 2 orang rakan blogger kau

@ paste kan entri yang kau dah buat untuk contest ini ke entri ini di ruangan komen

@ dekat entri korang jangan lupa link kan entri contest ni

ok tu je syarat syarat nya. barang sesiapa yang melanggar syarat syarat, penyertaan haruslah di reject

Hadiah hadiah nya adalah sesi menternak lemak bersama cik epal. disebab kan aku suka makan, dan hadiah aku pon haruslah berkenaan makanan:


Tempat pertama : menternak lemak bersama cik epal di Kenny Rogers

Tempat ke dua : menternak lemak bersama cik epal di IKEA 

Tempat ke tiga : menternak lemak bersama cik epal di KFC

3 hadiah saguhati : Menternak lemak di Big Apple Donuts, tapi kau boleh pilih nak donat apa tapi aku bagi 3 bijik je lah. dah kata saguhati, tak boleh ah nak makan banyak banyak sangat

Tujuan contest: untuk mengeratkan silaturrahim antara readers readers dan bloggers.

tarikh tutup : suka hati lah aku nak tutup bila. agak agak aku dah muak dengan contest ni aku tutup ah. agak gak tak ada yang masuk pon aku tutup la jugak. selamat duit aku. huahuahua



P/S : hoho saya mempertaruhkan gambar yang sama cuma ditukar kaler nye sebab tak dan nak amik gambar lagi . tak pe kan cik epal yang comel :)







Saturday, March 19, 2011

GA 'cool with sunglass!'


 * mesti ada blog (DONE)
* be ths blog follower(DONE)

* and my contest blog as well(DONE)
* put ths banner in ur entry , side bar too(DONE)
(make sure both must b link back to ths page)
* buat 1 entry wif da title *cool wif sunglass!*(DONE)
(1 pic pakai sunglass je ok..xmo banyak2)
(ori or edited pic smua i terima)
* tag 2 fwens at least(DONE)
* yg msk ga ni pls inform me sape yg tag uols k..
bg id follower dia(DONE)
(sbb org yg mengetag pun akn dpt hadiah)
* link kan entry anda smua kat entry ni jer ok(DONE)



* tarikh tutup : 19 march 2011


saya join contest ni setelah ditag oleh cik rainbow yang memang tahu saya gila sunglass atau shades ! Thanks cik rainbow sebab tag saya :)

OMG hanya tinggal 4 jam sebelum contest tutup..ingatkan tak sempat nak join tapi sempat jugak


my picture with red sunglass. Saya memang gila sunglass. Kalau boleh nak kumpul macam2 jenis. Sekarang ni tengah cari sunglass macam rayban :)

tAG 2 FRENS : tak taw sempat ke tak, tapi saya tag @majdah dan @zhie xi :)


Wednesday, March 16, 2011

Function terbaru di Facebook dan Blogger yang aku suka

Facebook adalah satu benda paling wajib dalam hidup manusia sekarang. Dah jadi macam dadah, satu hari tak buka walaupun takde notification, rasa gian je nak login.

Sekarang facebook bertambah berkembang. Aku salute la developer dia, makin hari ada je function terbaru yang dorang nak upgrade untuk menjadikan facebook tetap menjadi kegilaan semua orang.

Dua function terbaru facebook yang memudahkan orang adalah :


 
1) Tak payah lagi tekan button post comment, just tekan enter then comment anda akan dipost. Senang kerja . So jangan cari button post comment lagi 

2) Boleh tag nama orang masa komen. Contohnya macam kat atas ni. Tapi jangan lupa letak @ untuk tag nama orang. Tapi function ni tak boleh guna kalau internet kau lembap macam kura2

Blogger pun sama makin maju dan memudahkan user. Contohnya untuk design korang boleh pilih template yang sedia ada and customize mengiikut kreativiti korang. Best function camni. Dulu aku pun suka design Myspace aku dan bersaing tengok layout sape lagi cantik. Siap curi coding orang taw kat Myspace. Curi coding orang A dan curi coding orang B dan kemudian campurkan dua2 coding, jadilah coding sendiri . HAHA. Tapi nak curi coding kat blogspot ni susah sikit. Aku tak expert lagi T_T

 
Dan lagi satu, masa tulis entri, banyak function da upgrade jugak. Dah jadi macam Microsoft Word da. Cuma takde function huruf besar untuk setiap permulaan ayat je. Function upload gambar pun dah jadi macam Wordpress

Enjoy la social media selagi mereka ada. Walaupun dulu konon2 nya ada rumours kata facebook nak tutup , sikit pun aku tak percaya sebab rugi la kalau dia tututp. Semua benda boleh buat kat facebook, blog sekarang terutamanya bisnes! Aku terfikir macam mana orang zaman dulu berbisnes bila takde website ....

P/S : Anda selalu dengar lagu dan dapat teka lagu apa bila dengar? Jom Join Contest ni danMenang RM 50000 di #MIXfm dalam contest teka lagu dan artis dalamfour song music montage . Untuk setiap lagu yang anda teka dengan betul, anda dapat RM 100. WoW!


Tuesday, March 15, 2011

Surprise Follower ke 99 and 100!!


Wahhhh saya memang sungguh terkejut!! Tiba2 follower da 101? Wow amazing! hihi kecoh kan..orang lain follower da beribu2 tak kecoh pun. Saya kecoh sebab saya nak bagi giveaway kepada follower ke 99 saya. Dah lama da niat nak bagi giveaway kat follower yang ke 99. Tup Tup tak lama kemudian , da jadi 100 follower dan pada hari yang sama juga dah ada follower yang ke 101!! Saya ni dah la tak rajin nak follow blog orang kecuali kalau dah kena paksa :p Tapi insyallah lepas ni saya akan rajin follow blog blogger sekalian :)

So saya dengan baik hati nak bagi giveaway kepada follower ke 99 dan ke 100 saya walaupun pada mulanya hanya berniat nak bagi kat follower ke 99 je. Tapi sebab terkejut punya pasal dan teruja, follower ke 100 pun murah rezeki (^,^)

Thanks a lot kepada Sahabat Blogger and Innit Nuffnang. Mungkin sebab mereka berdua ni, saya rajin blogwalking dan meninggalkan jejak walaupun kerja melambak sampai overtime kat office. Tapi sayangnya, overtime tidak dikira untuk intern student. hukhuk.

Dan thanks jugak kepada Faris Adli. Kerana dia nak bersaing dengan saya untuk menaikkan pagerank, saya pun bersaing dengan dia supaya dia tak boleh lawan pagerank saya.Haha . Dan terima kasih sebab jadi follower saya yang ke 98 juga. Tapi sorry la tak de hadiah untuk follower ke 98 kehkeh. Dan terima kasih juga sebab ajak aku join sahabat blogger tu :)


Meh saya promote sikit follower ke 99 saya. Nama blog dia Su Sweet Girl. Nak tengok blog dia, boleh klik sini. Tapi dia kata dah tak rajin nak berblog seperti selalu. Mungkin lepas dapat hadiah ni akan makin bersemangat nak berblog? hehe Thanks su sebab sudi follow blog saya :)


Dan follower yang ke 100 jatuh kepada....jeng jeng jeng...adik Natasya Izzati ..!!! Adik ni baru 14 tahun kalau tengok dalam blog dia. Blog dia pink gitu. Dia punya wishes yang tak tercapai lagi adalah nak dapat 8A dalam PMR dan mendapat kamera Nikon. Ahha kalau 8A , akak boleh bagi tips tapi kalau camera Nikon, akak sendiri pun takde camera lagi. sob2..tapi apa pun terima kasih adik Natasya sebab sudi blog aunieZ :)

Kepada kamu berdua, please email saya nama penuh, IC, nombor telefon , alamat dan sewaktu dengannya ke black_chix[at]yahoo.com . (p/s : [at] tu tukar kepada @ ye..). Hadiahnya kecil2an sahaja ;)

P/S : Hangpa yang ada kat Penang dan rasa nak makan sedap, mai pakat datang sini. Ada promosi makan sedap, 1 Soup + 4 types of Main Dishes + 1 Dessert + 1 Drink at #Rendezvous, Green Hall, Penang.  
Patotnya harga dia RM 90 tapi hangpa dapat RM 49 ja..Mai tengok ni. Tak Rugi wooo . #MilkADeal



Monday, March 14, 2011

Jepun : Sebelum dan Selepas Tsunami Mac 2011

Jepun, sebelum dan selepas tsunami. Gambar yang lebih jelas di ABC News


و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Kuasa Allah, tiada siapa boleh menghalangnya. Kun fa ya kun, maka jadilah ia..
Keadaan di Jepun tidaklah seteruk di Acheh dahulu, mungkin ini peringatan dari Allah kepada semua umat di dunia supaya tidak lalai dengan dunia yang sementara ini. Petanda kiamat kecik semakin banyak berlaku. Wallahualam



P/S : Jom join contest #MASTraveller dan stand a chance to win TWO all-expense-paid trips and own a page on Yahoo! Travel. Contest ends on April 1, 2011.


Sunday, March 13, 2011

Pujian vs Kritikan

Pujian, kadang2 pujian itu sebenarnya membunuh
Membuat kita leka dan alpa di dunia kita yang kita ciptakan sendiri
Jika masih leka dalam dunia pujian, tak mustahil akan jatuh menjunam ke gaung dalam



gambar dari sini


Kritikan, ada yang postif, ada yang negatif
Tak semua orang boleh menerima kritikan berbanding pujian
Orang kata kritikan negatif akan membunuh motivasi seseorang
Tapi jika seseorang itu mampu berfikiran positif
Tidak susah sebenarnya mengambil kritikan itu sebagai cabaran
Untuk membawa kita ke puncak
Membawa kita untuk lebih kuat berusaha

Bagi aku,
Aku lebih sukakan kritikan daripada pujian
Kerana aku takut aku leka dalam dunia pujian
Dengan kritikan, aku akan lebih berusaha untuk membaiki diri yang tak sempurna ini

anda nak memiliki iPhone 4 ? saya nak bagi ni..cuba klik sini


Google