Tahun ini, saya sengaja hide kan tarikh hari jadi dari kelihatan di Facebook dan saya tutup wall saya supaya tiada yang menulis di wall. Haha sahaja malas nak dapat notification dan wish “HB” sahaja. Kalau rakan2 yang betul2 ingat, pasti mereka ada cara lain untuk wish seperti di SMS, Twitter, PM di Facebook. Dan mereka yang wish hari jadi saya tentulah mereka yang betul2 ingat hari kelahiran saya ♥.
Dan wish yang paling saya suka dan gembira tentulah wish terakhir dari awak ♥. Ehem2 walaupun pukul 12am saya dah tertunggu2 wish itu dan telah mengspoilkan hari jadi sendiri kehkeh
Sambutan hari jadi? Oh tiada sambutan yang betul2 sebenarnya.Sambutan dari diri sendiri untuk diri sendiri. Hari sebelum 20 Julai, saya telah membeli pavlova sempena hari jadi saya. Beli sendiri untuk diberi makan kepada ahli keluarga. Emak pula telah memasak spaghetti yang enak untuk santapan malam sebelum hari jadi.
Saya beli pavlova tersebut dari mama kepada Hanis Zalikha. Rasanya? Bak kata orang ganu “manih letingggg” . Mungkin kurang sesuai dengan lidah saya yang tawar ini. Harganya RM120. Ada yang suka, ada yang tak mampu makan. Tapi kat dalam dia serius sedap, Cuma luar kurang whipped cream. Kalau banyak pasti enak sekali
Ok nak cerita apa lagi ya? Malam hari jadi tentulah ke surau untuk solat tarawih. Jadi kita sambut hari jadi di surau sahaja.
anyway....
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak
Selamat hari jubli perak kepada diri sendiri
Selamat berpuasa
Selamat bertarawikh
Selamat bersahur
Selamat berpuasa
(*^^*)