Setiap kali cuti panjang, long
weekend, public holidays sambung cuti, mesti pening jap fikir nak ke mana, nak
book hotel apa. Apa yang murah dan berbaloi, apa yang sesuai & selesa untuk
seisi keluarga. Tapi takyah risau, korang yang nak ke selatan terutamanya, tak
kisahlah sekadar nak berjalan atau balik kampung atau ada urusan bisnes ke pape
ke, dah takyah fikir panjang lagi.
Meh aku cerita sikit pasal Hotel
Sentral Johor Bahru. Johor Bahru ni takyah cakaplah, memang banyak hotel...tapi
ni antara yang consider ok la. Hotel tiga bintang, alamatnya : 17, Jalan
Tenteram, Tanjung Puteri. Haa ni da bagi siap-siap, senang korang nak cari kat
Waze ke Google Maps nanti. Dia betul-betul dekat dengan JB Sentral, lebih
kurang dalam 2-3 kilometer macamtu, So kalau siapa yang datang JB naik train tu
senanglah, takyah nak spend duit Grab ke teksi nak pergi jalan jauh-jauh.
“Cemana dengan rate dia beb? Harga
dia ok ke? Berbaloi ke?”
Serious harga dia okay gua cakap
kat lu. Bilik dia paling murah, satu malam RM100 je. RM100 je woo murah kot.
Mana nak cari. Saiz bilik adalah dalam 18-20 square meter, just nicelah
kan..barang pun lengkap serba-serbi, ada airconditioning la, tempat buat kopi
la, tv siap ada channel la, internet, laundry, tempat mandi ada shower,
hairdryer, meja, electronic lock...kira cukup selesalah untuk bermalam kan.
Setting dia pun modern, kemas, rasa puas hati nak tido.
Lepastu ada Deluxe Room pulak. Lagi
eksklusif dan selesa. Sekali ada minifridge lagi.
Yang ada family and bajet lebih
sikit bolehla ambil Family Room. Saiz bilik besar kot, boleh muat katil King
dengan single satu.
Paling over the top confirm bilik
suite. Sofa, almari pun ada..kelas kau.
Semua bilik ada very nice wooden
flooring dan warm lighting, then view pun cantik je....menghadap ke city area
atau ke laut. Dapat area laut memang perfect view la kan. Memang terbaik!
Bab makan, takperlu risau. Pihak
hotel ada sediakan restoran sendiri untuk korang jamu selera. Pilihan, tak
payah cakap, memang banyak. Ada cuisine khas dari pilihan Asia takpun
antarabangsa. Semuanya dalam bentuk buffet, tak kira sarapan pagi, tengah hari
dan malam. Jadi korang boleh mix and match ikut tekak sendiri alright. Kalau
weekend pulak siap ada high-tea buffet lagi. Dining place dia menarik jugak,
ambience elok dan lighting semua on point. Di samping tu ada jugak coffee
house, kalau sekadar nak minum-minum petang sambil bersantai dan lepak-lepak,
sini memang tempat yang sesuai.
Last but not least, bila dah kat
sini....apa nak buat?!! Banyak aktiviti sebenarnya, sebab hotel ni kat tengah
bandar, jadi senang kita nak pusing-pusing sekitar JB, melihat pemandangan
bandaraya dan ke tempat-tempat menarik di sekitarnya. Antara aktiviti utama yang
boleh korang buat tentulah shopping, sebabnya landmark terdekat rata-ratanya
ialah shopping malls and complex, contohnya ialah Stulang Laut Duty Free
Zone, City Square, Jusco Tebrau City, Plaza Pelangi, Sutera Mall dan Johor
Premium Outlet. Nampak tak banyaknya tempat shopping tu? Siapa yang suka
shopping tu memang boleh shopping sakanlah kat sini, given the vast amount of
choices. Apa, tempat-tempat tu atas sangat? Window shopping pun boleh je kak.
Ala nak murah, bazaar karat pun ada, dekat je. Tiap-tiap malam on. Banyak
barang murah kat sini. Lagi kalau nak buat pitstop sebelum ke Singapore pun
boleh, sebab hotel ni tak jauh pun dari Johor – Singapore Causeway, baru 7
kilometer je....
Sebelum nak tutup cerita, ada satu
lagi benda best pasal Hotel Sentral ni nak habaq kat korang. Hotel Sentral ni,
selalu je buat promosi best-best. Weekday promotion ada, early bird promotion
ada, last minute deal pun ada...potongan harga rata-rata memang tak masuk
akallah! Just kena rajin usha-usha website dia je...lepastu kalau da puas riki
and jumpa rege best, boleh adjust, apa lagi, korang bolehla book Hotel Sentral Johor Bahru dan enjoy your
trip!