Friday, June 25, 2010

Hanya Pemimpin Memahami Pemimpin??

Tak semua orang dapat meluahkan apa yang terbuku di hati dengan lisan kerana lidah mungkin kelu bila hendak berbicara atau mungkin tiada lidah yang lancar berkata-kata seperti seorang pendebat. Mungkin dengan penulisan lebih banyak dapat disampaikan kerana boleh fikir sebelum menulis dan cari point2 yang boleh diketengahkan.

Sudah lama tak menulis sesuatu yang serius. Jangan kan menulis benda2 yang serius, yang tak serius pon malas juga. Tapi rindu saat2 rajin menulis.

Saya seorang blogger, bukanlah seorang pendebat mahupun seorang pemuitis apatah lagi bukan juga seorang pemidato. Kalau nak buat ayat2 debat atau puitis memang tak reti. Kalau ayat blog, haa..macam ni la ayat blog. Sesuatu yang tak formal dan merapu sahaja. Tapi idea jangan merapu sangat bila menulis sesuatu yang serius [ cepat buat muka serius ]

Politik kampus, telah saya tinggalkan sejak semester lepas. Bukan langsung tak amik cakna tapi cuma tak rajin nak bersuara macam dulu2. Kononnya mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran. Tapi tetap mengikuti dalam diam2. Mana mungkin saya dapat tinggalkan begitu sahaja. Dunia yang menjadikan saya seorang manusia, berjumpa pula dengan manusia2 yang hebat, juga mendegar buah fikiran2 yang bernas yang tak tercapai dek akal saya yang kecil ini.

Bila Absar Burhan mula menulis tentang ‘Piliharaya Kampus UDM@UNISZA: Sejauh mana berhasil?', saya rasa teruja dan mengimbau kembali kenangan2 manis berjuang mengenai perkara di atas. Suara mahasiswa katanya yang mampu menggegarkan dunia universiti yang lesu. Berapa ramai blogger yang ada di UniSZA (sebelum ini dikenali sebagai UDM) tapi berapa ramai blogger yang berani menulis entri seperti ini? Menulis tentang keadaan universiti, isu2 semasa yang boleh dibincangkan dan difikir bersama2…

Memetik kata2 Absar Burhan dalam blognya
“sejauh mana berhasilnya pertandingan PRK UDM@UNISZA ini? Hasilnya,lahirlah mereka yang Diam seribu bahasa,Sepi tanpa bicara”
Ye benar..kerana adanya PRK UDM@UNISZA, tiada lagi yang mengeluarkan isu ‘kami mahu pilhanraya’ ‘sampai bila PRK takkan diadakan di UDM@UNISZA’

Nah..bila sudah terjadinya ‘drama’ PRK di UniSZA, semuanya macam sudah puas hati. Sudah tiada lagi kata2 kritikan yang tak puas hati. PRK UniSZA sebenarnya telah berjaya..! Berjaya dari segi apa? Berjaya dalam ayat yang saya sebut di atas

Bila saya keluarkan kenyataan seperti di atas pula,pasti ada mulut2 juga yang mengatakan “Dah ada PRK pun tak puas hati. Apa yang kau nak?” Akal dan fikiran saya tak terhenti di mata kasar sahaja,saya sudah mengkaji dan mendalami apa yang sebenarnya yang berlaku sewaktu PRK. Cuma biarlah menjadi rahsia dan mereka yang mengetahuinya. Nak tahu boleh berjumpa saya kalau berani?

Sudah tutup isu tentang PRK

Sekarang kita mahu bercerita pula keangkuhan si pemimpin,isu berkaliber tak lagi wujud di sini kerana sememangnya kalian amat berkaliber dan hardworking. Dengan terkeluar ayat seperti “ hanya pemimpin yang memahami pemimpin", bagi saya ia satu ayat yang sungguh angkuh. Adakah dengan menjadi pemimpin ,anda tidak boleh disentuh,tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur walaupun ia ditegur secara adil, secara bijaksana dan bukan secara membabi buta?

“Hanya pemimpin yang memahami pemimpin”. Nak tanya..sape yang angkat awak jadi pemimpin kalau bukan rakyat jelata? Kalau bukan kerana rakyat jelata nampak kebolehan awak, mesti dia tak undi awak jadi pemimpin mereka.

Orang bawah atau saya lebih suka guna perkataan 'rakyat' akan selalu mengharapkan sesuatu yang lebih dari pemimpin mereka. Sebab kamu pemimpin lah kamu selalu dipandang tinggi,kamu akan selalu dihormati,orang akan anggap pemimpin sangat istimewa,mempunyai kebolehan dan kelebihan yang lebih daripada rakyat. Sebab tu la kamu layak dijadikan pemimpin di mata rakyat jelata. Sebab tu jadi pemimpin tidak mudah, kalau pemimpin tu salah buat kerja sikit je…confirm wajibul ghunnah akan keluar la suara2 yang tak sedap didengar.

Jadi pemimpin itu bukan setakat buat kerja je, tapi memimpin rakyat ke jalan yang benar. [eh betul ke ayat aku ni? huhu].Bukan bila rakyat tak puas hati terus tolak tepi. Kenapa tidak menerangkan mereka yang tak puas hati itu dengan sabar sampai mereka paham. Kalau mereka buat tak paham, tak pe..biarkan saje..gelak je..tak yah susah2 hati..lama2 pahamla tu.dan yang paling penting,jawaplah pertanyaan mereka dengan nada yang bersopan walaupun mereka kurang ajar. Kalau api dibalas dengan api, bertambah maraklah api dan hancur lah semuanya.

Kadang2 orang bawah mempunyai ilmu dan idea yang lebih menarik yang tak tercapai dek fikiran pemimpin yang sarat dengan bermacam2 kejadian. Jadi jangan perlekehkan idea2 rakyat yang mungkin lebih berpengalaman. Fikir masak2 kemudian ambil la jalan yang sesuai

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat [Saidina Umar bin Al-Khatab]

Teguran dan kritikan yang diberikan bukan dengan niat menjatuhkan, bukan dengan niat tak puas hati atau dengan niat benci. Tapi semuanya kerana sayang,semuanya kerana ingin menolong pemimpin itu membaiki apa yang masih kurang dan pastinya untuk melihat pempimpin2 yang dihormati lebih berjaya dalam dunia kepimpinannya. Janganlah dianggap semua teguran dan kritikan itu hanya berniat dengki dan tak puas hati. Take it positively. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

Manusia kan bersifat pelupa, bersifat lalai,kena sentiasa mengingati antara satu sama lain. Jadi apa salahnya kritikan dan teguran yang membina? Ni bila ada orang tegur sikit, mulalah nak melatah, nak kata kenapa tak puas hati? Aku tak kacau hidup kau pun.

Kadang-kadang kritikan itu sebenarnya buat kita berfikir, betul ke apa yang aku buat selama ini,atau masih ada kekurangan? Jika masih ada kekurangan, pasti boleh ditingkatkan lagi dan diperbaiki kelemahan itu. Jadi kalau kita takut dengan kritikan,sampai bila2 pon kita akan takut dengan bayang2 kita sendiri,sampai bila2 pon kita takkan belajar sesuatu yang baru dalam hidup, sampai bila2 pon kita tak akan dapat bertukarrr…er..maksud saya berTRANSFORMASI.

Bukan untuk menuding jari ke arah siapa2, siapa betul siapa salah. Tanggungjawap sesama manusia, saling berteguran2an ke arah kebaikan. Kau salah,aku tegur kau, aku salah kau tegur aku

Standard la kadang2 teguran itu kita susah nak terima, mulalah nak melenting tanpa berfikir dengan akal yang telah diberikan oleh Maha Pencipta. Tapi bila kita kaji balik dengan fikiran rasional kita, barulah kita nampak kelemahan diri kita. Sifat semulajadi manusia,sering keberatan nak menegur,lagi2 bila kawan rapat sendiri,takut terkecil hati. Nah inilah gunanya musuh dan pembangkang,musuh tak malu berkata2 menegur apa yang salah, tapi kawan baik, asyik nak jaga hati je,sampai benda yang tak kena pon tutup sebelah mata. Tapi kalau nak kritik sampai mengaibkan peribadi orang atau pemimpin , ini boleh ditentang habis2an

Ini baru dunia kampus, baru tegur sikit sudah mahu nangis2. Tak rock la macam tu..dunia luar lebih mencabar. Setakat ditegur dengan nada yang halus pun sudah tidak tahan, belum lagi dicaci, dimaki oleh bos2 yang garang atau customer yang bekeng bila berada dalam dunia pekerjaan kelak

Janji2 pemimpin itu selalunya akan dituntut oleh rakyat. Fikir2kan apa yang anda pernah berjanji. Yang mana telah ditunaikan , Alhamdulillah dan syabas diucapkan. Yang tak tertunai lagi? Takut2 akan ditanya di akhirat kelak..lebih menakutkan kan?

Kepada penkomen2 pula, kalau benarlah anda seorang yang berani untuk memberi komen,tulislah nama sebenar jika hendak memberi pujian atau pun memberi teguran. Tak macho la guna nama samaran, apa barang nama seperti ‘burung tasik UDM’ atau ‘pemerhati persekitaran kampus’? Mungkin anda malu dengan nama yang baik2 yang telah diberikan oleh ibu dan ayah tercinta atau malu dengan diri anda yang ada 2 lubang hidung, 10 jari dan dua cuping telinga?

[macam ayat2 biasa yang selalu dengar]Saya tahu saya bukanlah orang yang sempurna yang layak menegur kalian, tak hebat seperti kalian, tapi kerana sayangkan kalian dan menghormati kalian, saya ingin melihat kalian lebih berjaya dan dihormati. Sahabat2 seperjuangan saya ramai dalam organisasi kalian, tak kan la saya nak tengok sahabat2 saya jatuh.

Kalau saya ada salah dalam entri ini, silakan menegur dan menyerang saya. Saya terima dengan hati terbuka :)

Seperti peribahasa Melayu, ‘bagai aur dengan tebing,bagai rakyat dan pemimpin, saling perlu memerlukan’

Teruskan usaha dan kerja keras kalian. Ia pasti memberi manfaat dan berbaloi untuk kita semua dan generasi akan datang

p/s : Pujian kepada saudari Hawa dan Raihanah. Saya suka cara kamu berdua menjawab soalan,professional dan mesra rakyat. Keep it up :D

Raihanah Rozaimi "ada kebaikan juga pencemuh, mengejutkan pemimpin tatkala selesa dikerusi mereka. :)"


Wednesday, June 23, 2010

desperate housewives? no.. Sex and the city? lagi la no..


Hanging out with your best girls sekali sekala sambil mengimbau kenangan2 sewaktu muda remaja mentah sangat membuat terasa muda sekali sambil berbincang topik masa depan yang paling popular iaitu KAHWIN haha.


Tempat kejadian : tempat kesukaan saya , Kedai Kopi Baru. Ambil gambar posing setting camera sebelum balik. Jumpa lagi entah bila. Tahun depan mungkin. Bila semua da bekerja yang best. Aminn !!


mahu lebih cinta ke bali? jom tengok bagaimana anda boleh menikmati cinta secara percuma ke Bali :D






Monday, June 14, 2010

Adlil Rajiah n Hafify's Wedding


Yeh..saya sudah ada kawan yang sudah berkahwin. Masa sekolah dulu, selalu berangan2 siapakah yang akan mendirikan rumah tangga dahulu. Rupa2nya kawan sekelas saya semasa tingkatan dua, Adlil Rajiah yang berjaya memecahkan rekod. Tahniah diucapkan sebab berjaya pecah rekod. Eh silap. Tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga perkahwinan awak diberkati Allah dan melahirkan zuriat2 yang comel lagi bijaksana yang dapat membantu Negara Malaysia, Islam dan bangsa Melayu :D


Doa untuk Pengantin : Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan. (Hadith Riwayat Ashabus Sunan kecuali An Nasai dan lihat Shahih Tirmidzi 1/317)

Macam seronok wedding semalam. Pertama sebab tempat dia cantik dan grand. Saya berharap dapat wedding yang grand seperti itu juga tapi kalau dapat kahwin anak dato’ ke, dato’ ke, baru boleh dapat wedding macam itu kot...erk..nak ke? :p


Sebab kedua, saya dapat ketemu rakan2 sekolah yang sejak habis sekolah menengah tidak pernah berjumpa muka ke muka dengan mereka. Hanya berjumpa di muka buku sahaja. Ia seperti mini reunion, bak kata namie.Seronok melihat kawan2 sekolah saya yang semakin vogue. Ramai yang sudah tamat belajar, sambung buat master pula,baru bekerja dan sudah lama bekerja. Bekerja di Les Copaque, di Petronas, di Law Firm. Saya? Sama macam dulu lagi T___T

Kalau jumpa teman lama, pasti ayat dari mereka “ Eh awak sama je macam dulu, tak berubah langsung” T______T Apakah yang perlu dibuat untuk tidak sama seperti dulu?


Sebab ketiga adalah boleh bergambar. Kemudian main tag-tag gambar di facebook. Camera saya memang suka cemburu dengan saya sebab selalu habis bateri di waktu2 genting seperti ini. Apakejadah nak cemburu buta ni?

Seronok sangat jumpa kawan2 lama dan malu juga sebab diri ini biasa2 saje sampai balik lambat. Kasihan pada ernie kena tunggu saya lama2 gedik nak bergambar2.


sangat berseri pengantin kita ye..i like the baju

Tapi part paling seronok tentulah amik berkat dari pengantin. Rasanya sepuluh kali kot pergi salam pengantin. Sampai pengantin kata “muka kau lagi”. Ha haziqah..kau..nak sangat kahwin ke ? lalalalala

Oh hai PUAN Adlil Rajiah ! Jadi isteri yang solehah dan taat pada suami taw. Sekarang ni syurga sudah di bawah tapak kaki suami :D smoga berbahagia bersama suami dan tetap romantis sampai ke anak cucu ;)

p/s : baru tahu sahabat KKU, mantan TYDP KKU, Sharif Azhari zaman Raja Sufian sudah menikah juga dengan sahabat surau saya, Fatehah @ Fateh. tahniah diucapkan , Alfu mabruk buat sahabat2 yang membina baitul muslim - pinjam ayat sarah ;)




Tuesday, June 08, 2010

iLi Platform™ dan iLiCool™ @ iLuvislam.com

Walaupun saya belajar dalam bidang sains komputer, otak saya selalu buntu apabila diberi tugasan untuk membina suatu system. Saya ni dah la tak pandai, lepas tu cerewet pula. macam mana nak jadi teror ni :p

Tapi saya selalu kagum dengan seorang rakan sekelas saya. Bukan saya seorang sahaja yang kagum dengannya, malah seluruh warga fakulti dan juga warga university pun kagum padanya.

Mahu tahu kenapa? Sebab otaknya sangat bergeliga apabila mencipta sesuatu perisian yang baru. Bukan sekadar sistem2 biasa sahaja, tapi selalunya akan membuat orang ramai teruja dan kagum sekali. Perkataan “waahhh”, “WOW!” adalah perkataan biasa yang akan dikeluarkan oleh orang ramai apabila melihat kejayaan beliau mencipta suatu perisian yang baru


Yang terbaru, beliau telah berpeluang berkerja bersama team iluvislam ketika cuti semester sebagai part time programmer. Beliau bersama team ILuvIslam telah mencipta sebuah aplikasi perintis yang dinamakan iLiCool™. Ia membolehkan pengguna iLuvislam.com mengetahui 'update' terbaru dari ILuvIslam tanpa membuka 'browser' dan tanpa perlu kerap memeriksa isi kandungan baru iLuvislam.com setiap masa.


Semasa beliau menyiapkan aplikasi ini, saya juga telah turut serta (konon2 la) membantu sedikit2 sebagai tester dalam alpha testing. Macam seronok dapat membantu dan melihat kawan telah berjaya mencipta perisian ini

Kepada beliau, semoga semakin maju dalam bidang ini dan mencipta lebih banyak perisian yang menarik yang boleh membantu umat Islam di seluruh dunia. Sumbangan beliau dalam bidang ini amat besar dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak. We are proud of you :D

Maklumat lanjut dan mahu mendownload perisian ini boleh klik di sini -> iLiCool

beliau juga boleh dihubungi melalui ini deslim[at]iluvislam.com

p/s : saya suka tengok kawan2 saya berjaya kerana saya pun tumpang bahagia :D


Tuesday, June 01, 2010

Gerabak khas untuk wanita sahaja @ koc Wanita , KTM

Kepulangan ke shah alam tempohari dengan menaiki bas udara. Saya sungguh tidak larat menaiki bas darat sebab tempoh masa yang lama, lagi2 waktu siang, lagi lah sangat bosan bila naik sorang2. Macam bila nak sampai ni? Kalau naik bas malam tak pe je sebab masa untuk tidur dan bila terjaga sudah sampai. Tapi bapa tidak membenarkan menaiki bas untuk pulang ke Bandar halaman pada waktu malam sejak kejadian bas sani hari itu

Naik bas udara pun macam lama juga. Ambil masa 5 jam juga. Contoh jika penerbangan adalah pada pukul 8 pagi, harus ke lapangan terbang pada pukul 7 pagi. Kemudian perjalanan menaiki bas udara mengambil masa 50 minit sehingga sejam. Lepas sampai, naik bas darat pula ke KL Sentral dan kemudian naik keretapi ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam pula naik kereta , baru lah sampai ke rumah pada pukul 12 tengahari

Ketika sudah lama tidak menaki keretapi komuter KTM, ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Sebelum itu, Kak Pah ada memberitahu untuk menaiki coach pink untuk berjalan2 ke KL. Saya pun macam pelik, apakah itu? Adakah kenderaan awam yang baru? Tak pernah dengar pun


Masa membeli tiket di KL Sentral, ternamapak satu pamplet tentang Coach Pink itu. Rupa2nya ialah gerabak khas untuk wanita sahaja yang berwarna pink. Di kepala otak sudah terbayangkan gerabak itu warna pink. Mesti cantik punya.Macam tidak sabar mahu naik. Tapi bila keretapi sampai, tiada gerabak pink tapi hanya lah gerabak yang diletakkan stiker memberitahu khas untuk wanita

Macam seronok menaiki keretapi yang hanya ada wanita sahaja di dalamnya. Tapi sangat tak puas hati bila ada lelaki yang menaikinya juga. Rasa macam nak halau je lelaki2 yang tak paham bahasa itu. Lelaki2 tu kebiasaannya orang2 bukan warganegara Malaysia yang scary2. Anda paham siapakah yang saya maksudkan? Buat2 paham la ye..


Tapi terfikir macam bahaya juga bila semua perempuan menaiki gerabak merah jambu tersebut. Cuba bayangkan jika tiba2 ada lelaki yang cuba merompak dan mengacukan senjata kepada semua wanita yang berada dalam gerabak itu, mesti semua wanita akan menjerit ketakutan dan tidak tahu hendak buat apa. Macam bahaya juga apabila diserang


Tapi macam best juga bila ada seorang pegawai yang memeriksa gerabak merah jambu itu supaya tiada lelaki yang tidak paham bahasa akan menaikinya. Lelaki2 yang tak paham bahasa itu akan dihalau dari gerabak itu. Hati saya melonjak keriangan dan rasa puas hati sebab lelaki2 tak paham bahasa itu kena halau. Haha. Tapi pegawai itu pun hensem juga *wink*


Jadi mari lah kita kaum wanita menaiki gerabak merah jambu itu unless anda bersama kekasih anda , sila lah naik gerabak sebelah ye. Oh gerabak merah jambu itu terletak di tengah2. Lelaki2 sila lah jangan buat2 tak paham bahasa, nak naik juga gerabak merah jambu. Tak malu ke sorang2 je lelaki dalam gerabak itu. Bahaya juga jika mereka mahu mengambil kesempatan. Waa takot..takot..!

bas udara = air bus


Google