Berkat bulan Ramadhan :p Protection tak berkesan...Ku makan after morning pill tapi entah la maybe da terlambat sebab puasa...zzz... So dapat puasa penuh la tapi. Ok tak..1 hari tak puasa sebab hari tu aku penat sangat tak tahan, ye la awal2 pregnant confirm la penatnya melampau , lepas tu puasa lagi.
Pelik aku sepanjang puasa kali ni, mesti lapar teruk dan penat sangat. Padahal da makan kurma, mesti bersahur tapi tak jalan. Sampai habis puasa pun period tak mai, lepas balik raya dari kampung, buat pregnancy test dan tadaaaaa...
Due date 9 Februari 2018, buat scan first di Klinik Ajwa Seksyen 7.
Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya. Masa tu da 14 minggu, agak lambat la kan sebab aku pernah baca ke dengar tah kata 3 bulan baru boleh buat buku pink. Syukur la nurse tak marah pun. Nurse kat sana baik2 je.
Best Klinik Kesihatan Presint 11, tak ramai pun checkup ibu mengandung macam klinik kesihatan Seksyen 7 Shah Alam, sebab KK tu memang cover Presint 11 dan 10 je..So dalam 10-15 orang je. Tapi KK ni dekat kawasan kuarters kerajaan. Ingatkan susah la dapat parking, checkup pukul 8am, tapi banyak je parking boleh parking kat situ, tak sure orang kat situ boleh parking mana2 ke macamana.
Pregnant kali ni, takde morning n evening sickness sangat tapi awal2 asyik angin dan heartburn yang teruk. Makan lambat atau terlebih makan memang jadi angin. Boleh makan tapi tak selera sangat, tapi kalau makanan tu sedap memang boleh makan banyak.
Lauk raya semua aku tak berselera tengok, ayam goreng biasa pun tak boleh telan sangat , kena ayam goreng berempah or ada rasa baru boleh makan dengan selera.
Oh ya..masa awal2 pregnant tu rasa penat sangat, kalau masak breakfast pon letih ya amat, termengah2 lepas tu. Aku fikir punya fikir, kenapa la penat sangat kan. Lepas tu baru terfikir mungkin hb rendah, cari la makanan yang boleh naikkan hb. Masa tu tak pergi Klinik Kesihatan lagi, so tak dapat zincofer lagi. Penyelesaiannya, aku makan kurma dan pati delima. Alhamdulillah lepas tu dah tak penat sangat. Then bila buka buku kat KK, hb aku cantik je 13.
Tapi next 2 month checkup, hb turun, jadi 11 dan 10. Sebab kadang-kadang memang lupa makan zincofer tu. So aku beli kurma medjoul kat Lazada. Dalam RM30++ dapat 2 kotak. Makan sebiji pulak setiap hari. Alhamdulillah naik balik 11.
Baby pulak sangat aktif, memang terasa kick sepanjang masa. Rasanya abang-abang dulu takde la seaktif ni pun hehe tapi alhamdulillah sihat.
Masuk 24weeks, rasa da gemuk sangat sebab berat da 60kg. Dulu 60kg masa nak akhir2 mengandung, ni baru 6 bulan da 60kg uwaaaa, Tapi memang rasa nak mengunyah sepanjang masa. Acaner ni. Tapi lepas tu berat tak naik2 pulak. Hujung2 pregnancy baru naik berat, berat terakhir adalah 63kg. So naik dalam 9kg je la.
Bila test minum air gula, aku kena detect GDM, bacaan gula 9 kau. Tapi bila buat test HBA1C tu, bacaan gula 5 je. tapi still kena buat BSP setiap 2 minggu. Lepas tu memang aku control la juga diet, tu la kot sampai berat tak naik pulak. Stress pulak. Then jumpa dietitian, dia ajar cara makan yang betul. Potion karbohidrat dalam 1 cup, kena ada protein dan yang penting sayur-mayur. Buah pun ada gula so dia sama macam karbohidrat, tak boleh amik sekali dengan karbo.
Penat gila kena buat BSP tu. Kena datang klinik pukul 8am, 11am, 3pm, 8pm untuk amik bacaan darah. So far semua bacaan gula aku ok bawah 6. Tapi hari kena buat BSP tu memang stress dan penat :( Kenapa la kena pergi klinik sampai 4 kali sehari kan wuwu. Tapi masa kena buat BSP tu , aku control makan gak la. Ada sekali, bacaan bawah 4, nurse marah pulak sebab kata rendah sangat, tak makan macam biasa wkwwkkw.
Next dugaan adalah baby songsang sampai la minggu ke 28. Nurse cakap, kalau by minggu ke 36 tak pusing juga, kena jumpa pakar. Memang cuak la wei. Terus google dan search apa nak kena buat kalau baby songsang.
So bila refer birth group, ramai yang suggest buat exercise dalam https://spinningbabies.com/ . Hari2 buat Forward-leaning Inversion position , dan macam2 exercise lain tapi macam baby tak pusing2 juga :( Then baca dalam group, ada yang suggest untuk sentiasa duduk dalam position all-four or merangkak. Dan alhamdulillah minggu ke 36 nurse check baby da pusing kepala ke bawah, teknik merangkak tu berjaya. Korang patut baca semua tios kat website tu walaupun baby tak bridge, memang bagus dan macam2 ilmu tentang pregancy kita boleh dapat.
Selain itu juga, aku pergi One Osteo Osteopathy KLsince ada promo RM100 sahaja dalam group TBAN, kalau tak harganya dalam RM250-300 , osteo ni boleh regangkan bahagian badan kita yang tegang so that baby boleh berada di position yang sesuai untuk kelahiran. Aaaa..sebenarnya aku tak reti nak explain pasal osteo ni tapi macam tu la lebih kurang.
Bila dapat dugaan baby songsang, besar betul hikmahnya sebab dapat belajar macam2 dan lebih dekat dengan Allah. Baby songsang ni antara sebabnya position kita duduk sepanjang pregnancy. Kerja kat rumah, aku guna kerusi makan je untuk duduk buat kerja, lepas tu memang lenguh biasanya dari punggung hingga ke kaki kanan, lepas tu bila duduk kat sofa, jatuh terperosok, so aku rasa tu antara sebab baby tak dapat pusing sebab takde ruang yang sesuai. Aku juga banyak buat solat hajat setiap hari supaya baby pusing, takut woo kalau kena cser lagi sebab plan nak pantang sendiri huu.