Thursday, May 16, 2024

Transit Layover Itinerary Abu Dhabi

Transit Layover Abu Dhabi 

Kalau ada layover yang lama, boleh dapat satu negara lagi masa travel! Masa ke France hari tu, kami ambil layover transit yang agak panjang di Abu Dhabi, 13 jam. Sempat la nak berjalan sikit2 di Abu Dhabi . Kami sampai jam 12pm++ dan next flight adalah 2am

 

Abu Dhabi ni tak sefamous Dubai tapi hanya 1 jam dari Dubai. Kalau naik Etihad, transitnya adalah di Abu Dhabi. Ramai yang confuse. Abu Dhabi juga terletak di UAE.

Abu Dhabi - Etihad

Dubai - Emirates

Doha - Qatar

Kami simpan cabin bag di Luggage Storage di airport. 1 bag dalam 70AED.

Plan asal nak naik Abu Dhabi Free Shuttle tapi tak jumpa information counter yang boleh tanya, so tak tahu bila n kat mana Shuttle tu sampai.

Then decide untuk naik Careem je. Dari satu tempat ke suatu tempat semua dalam 60-70AED.

Itinerary Layover Abu Dhabi.

2pm Yas Mall, cari prayer hall untuk solat dulu.

3pm Lunch at Al Fanar Restaurant

4pm Jalan2 dalam Yas Mall

6pm Bertolak ke Sheikh Zayed Grand Mosque. sempat sampai sebelum Maghrib so dapat view day and night

8pm Jalan2 di Souq bawah Masjid.

9pm Balik ke airport, mandi, tukar baju di tempat transit.

Next flight 2am. 

Masa sampai kami ke Yas Mall dulu untuk solat dan lunch. Kami jalan2 cuci mata je di Ferrari World, Man City Store dan makan Emirati Food, Chicken Macboos di Al Fanar Restaurant. Seronok tengok orang arab balik arab berjubah labuh shopping.

Tempat famous kat Abu Dhabi ni ialah Sheikh Zayed Grand Mosque. Masjid yang sangat besar dan cantik. Kena datang waktu siang dan malam sebab ada 2 view yang berbeza. Jadi kami datang petang hingga ke Maghrib dan sempatlah solat Jamak Maghrib Isyak di masjid ni. Masjid ni dalam 30 minit dari Zayed International Airport Abu Dhabi.

 

Untuk muslimah yang nak datang ke Masjid ni kena pakai abaya or seakan abaya seperti dress. I lupa nak tukar my abaya, nak tak nak kena beli dress baru! Jangan tanya kenapa tudung n dress tu tak matching, karang tak boleh masuk nangis 😂

Tapi boleh juga beli abaya di Souq yang terletak di bawah masjid tapi takut abaya kat situ lagi mahal, kita beli di Yas Mall n cari yang paling murah tapi tak murah sangat juga la huhu.

Masa balik Malaysia pulak, transit 2 jam sahaja dan sempat la beli coklat murah2 kat airportnya.



Tuesday, May 14, 2024

Paris 2 hari 1 malam Itinerary

 Eiffle, I'm in Love 

Tak pernah terfikir pun akan sampai Paris sebab kalau buat wishlist negara yang nak pergi, Paris or France will be last choice. Sebab banyak dengar cerita Paris ni busuk, hancing, racist, islamphobia.

Tapi Allah takdirkan negara Europe pertama yang ku pergi adalah France dan tempat pertama adalah Paris.

Kami sampai Paris di CDG airport pada pukul 8am, lama juga tunggu nak turun pesawat. Rupanya lepas turun, ada bas yang menunggu untuk bawa ke terminal 2E. Suasana di terminal 2E CDG agak sesak. Ramai yang beratur di Imigresen. Keadaan di terminal 2E tak berapa cantik kalau nak compare dengan airport Malaysia. Tetiba rasa bersyukur duduk di Malaysia. Di kaunter Imigresen, da ready untuk cakap perkataan pertama bahasa france, "Bonjour". Seorang wanita France yang mengecop passportku, dilihatnya passport ku kosong tiada cop apa2. Ya la sebelum ni ke Singapore takde dapat cop pun, ke Abu Dhabi pula dia main cop je page mana2. Selepas cop dia mengembalikan passport ku dengan senyuman. Satu impression yang baik.

Kemudian kami keluar mengambil bag dan suami pula menempah Bolt. Keluar airport je sudah bau hancing. Bila sampai di France, terus masuk mode takut2 n defensive sebab scammer, pick pocket ramai katanya. Ada yang offer naik kereta dia or borak2. Jangan layan. Kalau nak naik taxi, kena beratur tempat yang betul, kalau main naik je mana2 kereta, takut kena overcharge la harga bukan2. Kereta Bolt kami sampai, kecik sahaja kereta itu tapi keadaan kereta agak kotor. Pemandu Bolt kami orang muslim.  Dia ada ajak borak2 dalam kereta tapi masih takut2 nanti ada apa2 berlaku. Dalam kereta pulak tersengguk2 mengantuk tapi cepat2 sedarkan diri takut punya pasal. 

Selepas 30 minit perjalanan dari airport, kami selamat sampai ke Hotel Yooma Urban Lodge. Alhamdulillah pemandu Bolt tu tidak kenakan apa2 extra charge walaupun katanya dia kena bayar parking selepas tunggu kami di aiport. Ingatkan nak bagi tips kat dia tapi bila da sampai ke destinasi, tak boleh da nak bagi tips macam dalam Grab Malaysia.

Kami menginap di hotel Yooma Urban Lodge Eiffle, kira2 dalam 1km ke Eiffle Tower. Hotel berwarna biru, dan agak kids friendly. Di lobinya ada permainan video untuk kanak2 dan juga ada kids room. Kami dapat bilik queen bed dan bunk bed padahal kami hanya menempah bilik queen bed sahaja. Mungkin hotel menyimpan bilik ini untuk kami kerana kami sudah inform kami akan sampai awal pagi dan dapat early check ini. Layanan di hotel ini amat memuaskan dan staff juga friendly, boleh berbahasa inggeris. Kemudian staff memberi sedikiy breakfast kerana kami belum breakfast lagi. Croissant pertama di kota Paris.

 

Setelah berehat sebentar, kami keluar berjalan2. Cuaca semasa itu masih sejuk dalam 20c. Kami mencari lunch dahulu dan lunch di Restoran Turki, La Ruche. Husband memilih mixed grill dan i pilih Kofte. Daging kambing n steak dia sangat sedap n juicy.

 


Lepas lunch teruskan perjalanan ke Pantheon dan lokasi penggambaran Emily in Paris. Tak nak ke Eiffle Tower dulu sebab mesti sibuk dan ramai orang. Jauh juga berjalan dalam 30minit terasa lamanya untuk orang Malaysia 😂. Otw tu sempat singgah beli macaron di Pierre Herme dan lepas penat berjalan singgah di Jardin du Luxembourg, untuk berehat sebentar dan makan macaron. Cuaca ketika itu sudah panas terik, dah rasa macam kat Malaysia. 

 

Masa sampai di Jardin du Luxembourg, agak culture shock kejap sebab ramai gila orang dalam taman pukul 2-3pm. Kalau kat Malaysia , takde sape nak pergi taman tengahari panas2 ni. Then nampak ramai la yang berjemur sambil baca buku, borak2, piknik. Walaupun ku dia biasa berjemur waktu tu tapi selalunya sorang2 ni sunning beramai2. 

Then jalan2 lagi sampai ke lokasi penggambaran Emily in Paris, kami pun pulang ke hotel dengan menaiki metro sebab da tak larat nak jalan kaki. First impression, metro dia old school sangattt. Pintu pun kena buka manual.

Malam pula, kami ke Pont de Bir Hakiem untuk melihat Eiffle Tower pada waktu malam. Setiap jam, Eiffle Tower akan buka lampu liplap berkelip2. 

Selepas subuh keesokan harinya, kami bersiap2 untuk ke tempat wajib bila ke Paris, Eiffle Tower. Otw ke Eiffle Tower boleh cari spot2 bergambar . Kami tak bawa tripod sebab takut ada orang grab handphone dan kat sana memang takde nampak orang pakai tripod pun. Bergambar dengan Eiffle tower berbaju raya. Masa tu baru raya keempat. 


Lepas ke Eiffle Tower, breakfast di restoran viral , Carette menikmati hot chocolate n croissant. Hot choc jenis yang manis dan croissant dia sedap. Rasa tak cukup pulak sebab malam tadi tak makan, nak order lagi satu croissant dia agak mahal 4€. 

Cuaca pagi tu di Paris agak sejuk kerana berangin, suhu sekitar 11c. Kemudian kami menaiki metro pulak ke tempat seterusnya Arc de Triomphe. Tiket Metro dan bas di sana, semuanya berharga 2.20€ walau ke mana destinasi. Kami tak ambil navigo pass sebab tak plan naik banyak public transport. 

 

Masa turun di stesen Arc de Triomphe, mesin di pintu keluar rosak so tiket tu boleh guna ke stesen sterusnya. Next destination Louvre Museum, Musée du Louvre. Masa tu da agak ramai orang, scammer pun da sampai minta signnn. Ambil gambar je di luar tak masuk dalam sebab kitonya budget traveler aka cheapskate. Sebelum balik tu ternampak kedai2 souvenier, singgah untuk cari Eiffle Tower kelip2 yang sepupu kirim. 

Kami pulang ke hotel dengan menaiki bas. Bila naik bas dapat la lihat suasana di kota Paris. Kalau naik metro biasanya bawah tanah. Good tips yang jumpa di Tiktok. Dengan 2.20€ dapat pusing2 kota Paris. Oh tiket bas tu beli di stesen Metro tadi siap2. Ya boleh guna jenis tiket yang sama.

Sampai hotel siap2 untuk checkout. Masa checkout, kami simpan beg sebentar di luggage storage hotel dan kemudian pergi cari lunch. Lunch kami beli tacos kebab di Eat with Joy, size agak besar kenyang share 2 orang. 

Kami di Paris hanya 2 hari 1 malam, banyak tempat tak sempat explore lagi. Kalau tanya nak ke Paris lagi tak, sudah tentu sebab banyak tempat tak dapat cover dalam 2 hari 1 malam. Pengalaman di Paris juga baik2 saja semuanya dan tiada pengalaman buruk alhamdulillah 🥰

Things to do in Paris

My 2 day 1 night Itinerary for Paris.

8am  Reach Paris 

11am Reach Hotel 

12pm Lunch

1pm  Pierre Hermé - buy macarons 

Jardin du Luxembourg - picnic

 Panthéon 

 Emily in Paris Apartment (NETFLIX) 

8pm Pont de Bir Hakiem - Eiffle tower view at night

7am Eiffel Tower, Espl. du Trocadéro

8am Carette - Breakfast , Hot Choc 

9am  Arc de Triomphe 

10am  Louvre Museum

Au revoir, Bonne journee Paris!



Google