Friday, May 28, 2010

BBQ with J2EE Trainers


Fakta pertama : saya suka menguruskan sesuatu majlis
Fakta kedua : saya suka membeli belah kat pasar basah, beli ayam, beli ikan, beli sayur, beli bawang. Rasa sungguh menyeronokkan
Fakta ketiga : saya suka masak sedap-sedap dan bagi orang makan
Fakta keempat : saya bahagia tengok orang suka masakan saya
Fakta kelima : saya rasa puas hari bila semuanya berjalan lancar


Kalau nak tahu, trainer J2EE kami memang sangat murah hati lagi comel. Seminggu sebelum berakhirnya kursus J2EE, miss Jessnor Eina telah mensponsor kami untuk mengadakan BBQ. Wah sangat menarik. Dan saya dengan bersemangat lagi sukahati telah sukarela untuk menguruskan bbq ini dengan dibantu oleh beberapa orang rakan kelas


Mula- mula mesti la ke pasar basah di Batu Enam untuk membeli ayam dan ikan segar. Beli ayam sebanyak 7 ekor dan tak ingat berapa ekor ikan bersama-sama miss jess dan Encik Fendi. Kemudian ke mydin mall pula untuk membeli dan belah. Ahha beli barang-barang kering dan sedikit peralatan. Kemudian, Miss Jess yang murah hati ni belanja kami makan di kedai nasi kampong 24 jam pula. Alhamdulillah, murah rezeki hari itu .

Sampai ke rumah yang diduki secara haram, (oops !) terus bersemangat membersihkan ayam. Berhenti solat kejap, sambung blender bahan2 untuk perap ayam. Blender telah dipinjamkan oleh k.teha .Bawang2 dan bahan2 yang perlu dipotong pula telah dipotong dengan jayanya oleh Zhie Xi, Kazama, My name Is Khanna, K.liza, Wawa dan Biha . terima kasih banyak kerana membantu :D


Setelah segala bahan2 telah siap diblender, apa lagi? Kita campurkan semua bahan kepada ayam2 yang telah dibersihkan tadi. Kita main campur je garam, kunyit, bahan2 blender, sos tiram, madu dan sewaktu dengannya sambil tangan beku sebentar semasa menggaul ayam. Kak jima pula telah menyediakan coleslaw yang sangat sedap


Masakan seterusnya adalah dadih strawberry. First time , I masak dadih u. haha nasib baik jadi walaupun pada mulanya rasanya agak manis. Kita beralih pula, memasak mashed potato. Kentang direbus kemudian dilenyek2kan. Mashed potato dibuat oleh ejah sambil dimonitor oleh saya . (macam bagus je aku ni). Periuk telah dipinjamkan oleh Biha.


Malam kejadian di chalet Anees, budak2 lelaki yang tolong masak ayam dulu. Kita dera mereka dahulu supaya membakar ayam. Makanan2 lain adalah seperti nasi goreng yang encik fendi beli, meehoon goreng dan air anggur dan nenas.


Makan2, gelak2, kacau miss jess n faris lagi :p lepas tu nyanyi2 dengan iringan petikan gitar encik fandi, penyanyi utama tentulah miss jess lagi. Kemudian bergambar2 kenang2an


Oh terima kasih banyak kepada both trainer J2EE kerana telah sponsor BBQ yang best ini. Semoga murah rezeki dan kalau panjang umur boleh jumpa lagi :))


Tuesday, May 25, 2010

main-main dalam masa sehari

cik syuzana sangat la murah hati bagi saya dua tag dalam sehari. saya pula rajin nak buat. layan je la

Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
sejuk je sebab hari ni sume menenangkan seperti cuaca di luar

Soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.


Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
kak jima yang lukis sebab kitorang lukis kat desktop dia gak kat lab multimedia ketika mengikuti kursus J2EE

Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?
masa makan dengan eda, madi, angah, ain...kat verandah cafe, ri-yaz heritage & spa - tiru jawapan syu hehe

Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.
lagu nasyid yang miss jess pasang hehe

Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tunggu presentation group minemix

Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
blackchix

Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.
1) madihah
2) minemix
3) zhie xi
4) iniAku
5) dinDang
6)anis
7) fadilah
8) yaya
tak nampak ke sape yang kena tag? tak namapak makna nye tak lama la hehe

Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
twin saya :)

Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
belajar rajin2 junior

Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
dengan kak ana hehe

Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
dengan gafil

Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6
stay cute

Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
haha fatah i lap u haha

Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
dua2 petah berbicara

Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
-syuzana
-bijaksana
-kat tangan sentiasa ada handphone :P
-suka tengok movie dan main game
-syu sportingg !! :)

Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
blur2 sebab tengah tengok present hehe

Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
aku rasa aku da penah wat tag ni la

Soalan ke-duapuluh : gay or less?
geli

tag kedua

(a) tulis 23 perkara rawak wak wak ( random dem dom ) tentang diri awak(tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever laa .)

banyaknya 23...emmmm

1) nakal
2) garang kalau orang tak kenal
3) moody
4) kalau ngah moody janganlah kena kacau kalau tak nak kena marah
5) suka makan sedap2
6) suka masak sedap2 juga
7) pemalas
8) manja haha
9) susah nak concentrate sekarang
10) gedik
11) online facebook tiap2 hari
12) tak reti buat sistem
13) reti buat banner sistem je haha
14) jogging sangat menyihatkan badan
15) drive kerta sambil pecut bila jalan kosong pon best.
16) kalau keluar rumah tak reti nak balik, tapi bila suruh keluar pemalas
17) suka amik gambar tapi sekaarang tak de camera
18) air masak sesuatu kemestian
19) prefer outdoor than indoor
20) western food best
21) nak melancong satu malasyia tapi tak de bajet lagi uwaaa
22) mencuba pelbagai jenis makanan
23)cuma bukan makanan berasaskan pulut, durian, dan japanese food huhu

(b) tag pulak bende ni kepada rakan blog anda (sekurang-kurangnya 5 orang)



(c) kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" niyh
ikutlah peraturan jalan raya


Rahsia..nak taw ke?

++ TAG BEsT DARI Madihah ++

sebab saya bosan duk dalam lab ni , tak de wat keje selain daripada online ( oh projek kau tak buat ke? dah siap da kot..buat sambil tidur di tengah malam. ish2 :P). cerita lain nanti dulu..mari kite settel hal tag mengetag ni

Soalan yang di tag ialah :

1. 3 nama pada inbox saya
celcom : TTM 3, Ernie, Asmaa salsabila
maxis : TTM, Hairi Ramli, cahsyara

2. ringtone utama dekat handphone
celcom : ringtone nokia haha malas nak cari lagu lain
maxis : f*** you - Lily Allen

3. apa yang saya buat pada pukul 12 tgh malam tadi
tengok the Nanny

4. orang terakhir bersama saya
rakan sekelas Java di Lab Multimedia

5. warna-tshirt yang saya pakai sekarang
saya pakai baju kurung merah campor pink sikit2

6. benda terakhir yang saya buat
makan sekut

7. 3 perkara benda yang anda suka buat setiap hari
online facebook,tengok the Nanny, sms <--- tak berfaedah langsung

8. duit yang ada dalam wallet
haha perlu ke kira..tapi bawah RM50 la

9. camner hidup..
gitu la..sama je.. kejap naik kejap turun sob2

10. bila kali terakhir jumpa my mama my mummy?
masa cuti raya cina hari itu..wuwu

11. mummy saya kat mana
kat rumahku, syurgaku

12. malam tadi, orang terakhir cakap dengan saya
ejah

13. surprise terbaru yang i dapat
surpriseee.!!! surprise yang kawan saya yang mempunyai suara comel itu sudah berpunya

14. benda yang baru dipinjam dari kawan apakah?
tidak ada mungkin

15. my bf..
bf? boyfren tiada..bestfren ada...

16. apa yang rasa sekarang..
rasa sakit dada dan sedikit tertekan

17. nak share dengan siapa
share dengan..Allah je

18. saper tau rahsia saya
ejah, majdah, eda soraya

19. diorang simpan ke rahsia tu
insyaallah simpan lelok..kalu tak i side kick u olll haha

20. nak tag ker
zhie xi
iniAku

AWARD CREATIVE BLOGGER versi Eddyboyz86. dari MineMixs

TAHNIAH
Tarikh AWARD ini tercipta : 05 - 05 - 2010 / 3pagi :
Tarikh RASMI di sebarkan : 08 - 05 - 2010 / 3ptg :




:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

kretif gila buat award ni..rajin sungguh :)


Monday, May 24, 2010

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY


omigawd..look at those bags..lawa gila..! saya jatuh hati bila kali pertama tengok!

jumpa giveaway dari blog syuzana

terus rasa nak masuk..kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?


ni hadiahnya. cantik kan? jom masuk..tinggal satu hari je lagi..

BAGAIMANA NAK MENYERTAINYA

- Menjadi follower TOTE BOUTIQUE (Blog baru ini)
- Membuat entry tentang giveaway ini di blog masing-masing
- meninggalkan komen tentang entry anda
- Pemilihan menggunakan RANDOM ORG
- Period 14th May 2010 - 25th May 2010



rekaannya sume unik yang penting cantik dan tak dapat di mana2 kecuali kat blog tote boutique saje.

mesti orang akan rasa cemburu tengok beg anda kalau anda pakai beg tote ini ke kelas, kuliah , kerja, bersantai. mesti semua orang akan tanya kat mana beli beg cantik ni..?
-kat Tote boutique la..
-berapa harganya?
-cantik lagi berpatutan :D

and the best is..tuan blog bermurah hati bagi dua beg untuk giveaway ni. satu untuk giveaway yang colorful tu dan satu lagi beg color sweet pink tu untuk posting paling cantik. posting saya cantik tak? hehe





Thursday, May 20, 2010

wedding sis Elia


Semasa orang lain seronok bersukaria di rumah, er kejap..ke mereka bosan sebenarnya? Saya dan beberapa kawan saya sedang mengikuti kursus Java EE 5 dengan cemerlang. duk on9 saje. Tengok betapa rajinnya kami

Ok fine, sangat lah kekurangan idea untuk menulis. Ini pun cari idea dengan menonton filem Mualaf terlebih dahulu tapi tak dapat pun idea Cuma mencari mood untuk menulis.

Nak tulis pasal politik tapi takut mata-mata gelap membaca blog saya. Oh bestnya jika dapat menulis pasal politik yang sudah lama saya tinggalkan. Banyak kisah politik yang lawak-lawak sekarang ini dan seronok jika dapat dikongsi bersama blogger

Saya dan classmate saya mendapat jemputan classmate saya juga, Nik Eda atau lebih dikenali sebagai EviLolyta ke majlis perkahwinan kakaknya , Nik Elia di Kota Baru. Yehhh jalan lagi ke Kota Baru. Terima kasih banyak kepada Ong kerana membawa kami ke sana


Majlis perkahwinannya sederhana tapi meriah. Temanya berwarna ungu. Sederhana tapi saya suka pelaminnya sebab cantik dan sweet dan rasanya tak memerlukan belanja yang agak mahal untuk membuatnya. Tapi makanan dia paling superb, pelik tapi sangatlah sedap dan very my taste. Pelik sebab tak pernah pergi kenduri kahwin yang ada meatballs or beef steak dan sweet and sour fish, lauk lain : ayam percik warna putih, dalca, kuih2 sikit ada satu kuih pelik juga dari Thailand. Tak tahu nama apa huhu

Kemudian singgah sebentar ke rumah kak Fiza kazama :p rehat2, solat dan makan buah salak, makan kek, minum air soya cincau. Makan je keja aku hari tu hoho


Selamat pengantin baru sis Nik Elia Farida dan pasangannya. Semoga berbahagia dan membina baitul muslim dan dapat anak comel2. Biar Nik Eda menjadi makcik di umur muda haha . by the way thanks eda sebab jemput kami datang ke bekwoh dan dapat layanan yang mesra. Lepas ni turn eda pulak . ahha da berapa orang cakap ni, kalau da 40 kali tu maknanya da jadi doa tu lalalalala :D


Wednesday, May 12, 2010

puisi untukku dari Zhie Xi, so sweet :)

Puisi ni dicipta oleh zhie xi untuk saya. Sweet dowh. Rasa terharu membacanya setelah hati patah, luka, berdarah tapi tak bernanah lagi... eeeww :p

she writes base on my experience, my feelings, my love story ahha



time after time...

you take auniez's heart away...
she think she deserve something...
but you give her nothing...

how...?..
i don't know...

the day you went away...
auniezs' heart fade away...
why it should be that way...

should i say something anyway?...
i think i should...then i'll say,

"auniez's not gonna waste another moment is it?...prove it auniez...!!!"

zhiexi dedicated this 2nd zhiexi_ramble to a bird name auniez,
fly high... feel the air... live freely...
let go everything that bother you at the moment...~~~~

we are always by your side...


loves u Zhie Xi . Thanks for being such good friend. Love you always


Saturday, May 08, 2010

Kali kedua bercuti-cuti Malaysia di Kuantan

Mula-mula nak pergi. Lepas tu tak nak pergi. Lepas tu pikir lama sekali. Lepas tu tak nak pergi. Lepas tu telefon ibu dan ayah tercinta, minta sponsor, akhirnya pergi lah ke Kuantan. Terima kasih emak dan abah . jasamu akan ku kenang sampai bila2 dan akan cuba membalasnya satu hari nanti :D

Trip ke Kuantan lagi, ke mana? Ke rumah ejah lagi. Takpe, beliau sudi menerima kami sebagai tetamu dengan hati yang terbuka

Hari pertama, kita pergi mandi pantai. Kita mandi di Pantai Sepat. Yehhh !!!! sangat tidak pernah mandi pantai kot. Kali terakhir mandi pantai adalah ketika berumur 1 tahun kot. Boleh tak? Haha jakun sekejap ye kawan-kawan. Mandi pantai, main ombak, minum air laut yang masin dengan kanak-kanak yang menjerit keriangan. Makcik-makcik kanak-kanak pun menjerit kejakunan


Aktiviti tetap jika ke Kuantan adalah memakan ikan bakar petai di restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur yang best. Tak percaya sila google dan anda akn jumpa ramai yang thumbs up kepadaa restoran ini.Kali ini ditaja oleh ‘teachers, lawyers and Petronas servants’ katanya. Alhamdulillah rezeki murah. Semoga rezeki ‘teachers, lawyers and Petronas servants’ semakin murah juga. Aminnnn… Book sampai 5 meja. Best makan dengan keluarga besar. Tak payah malu-malu, nanti tak kenyang

sedap gila kot makan yang ditaja, sampai kekenyangan dan ketidakhabisan makanan. Malam itu lauknya sungguh banyak dan memang sedap la sampai menjilat jari. Ada lala, ada ikan bakar petai (saya makan ikan bakar saje, tak makan petai, jadi tiada apa2 yang berbau selepas itu), ada sotong celup tepung, ada kerabu mangga, ada tomyam, ada sup cendawan, air tembikai, pendek kata macam-macam ada. Sampai ratah lauk saje.


Keesokan harinya, kanak-kanak tidak ke sekolah sempena cuti peristiwa, MakChek mereka balik ke Kuantan. MakChek mereka mempunyai kuasa veto untuk memberi kanak-kanak cuti untuk bersukaria di Gambang Waterpark pula. Sukahati je MakChek ini. Haha tapi bagus juga, jika tiada kanak-kanak , kemeriahan untuk bersukaria di Gambang Waterpark pun kurang juga


Gila buang pantang larang aku hari itu. Mandi manda di tengah panas matahari buat aku semakin negro. Waaa..tidak..tapi paling seronok bermain gelongsor-gelongsor yang banyak dan mencabar pada mulanya. Menjerit ketakutan dan keseronokan. Tapi lepas berkali-kali naik, dah tak takut pon…

Hari seterusnya, macam biasa, hanya berjalan-jalan di East Cost Mall sambil cuci mata dan beli belah tingkap sahaja ataupun nama saintifiknya ‘window shopping’. Sebab utama perkara ini berlaku kerana bajet tidak mencukupi dan harus menahan nafsu perempuanku untuk membeli-belah

Aku tak tahu la kenapa, setiap kali ke Kuantan , ada je perkara yang buat aku sedih. Uwaaaaa.. apa lagi , mesti la melayan perasaan lagi ketika di dalam kereta

Tapi rindu amat pada family tercinta di Shah Alam, bandaraya yang tak selamat dah tu. Tengok nasi goreng pagi , mak ejah masak, teringat nasi goring emak yang sedap, makan beramai-ramai bersama keluarga Ejah, teringat keluarga untuk makan bersama-sama juga, tengok ayam dan ikan yang tidak dimasak lagi, teringat menolong ibu memasak di dapur, bila melayan kanak-kanak, teringat kepada adik-adik saya yang gedik di rumah. Oh rindu rinduan..

Mahu mencadangkan kepada bapa tercinta untuk holiday di Kuantan la cuti sekolah ini. Agak-agak bapa mahu tak?

anyway, selamat hari ibu, emak saya yang best. saya sayang emak banyak2. sob2 tidak dapat meraikan hari ibu lagi. kali terakhir ketika meraikan hari ibu di bluewave barangkali? ayoo lamanya..


Saturday, May 01, 2010

tag : ratu syahadah, minemixs, ainulqalbu

tag dari ratu syahadah

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.


saya tiada photo album yang spesifik dalam laptop ni dan saya main suka je letak gambar2 di mana2. tapi saya amik ni dalam folder UDM 6 yang bermaksud sekitar UDM semester 6

mula2 buka folder ni, folder basketball yang menjadi pilhan ..


masa ni kami main basketball untuk sukan fits. cuba tengok siapa yang sebenarnya sedang memegang atau merampas bola hoho

bila tengok kat folder tu baru perasan yang folder2 ini tidak disusun mengikut nama. jadi susun balik folder , tertubiklah gambar ini sebagai gambar ke 8


gambar ini diambil ketika nak amik hadiah plak untuk sukan FITS. temanya pink, saje nak dengki kak dayah yang memang suka warna pink wakakakaka

tag dari minemixs


1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?
saya akan tikam belakang dia balik. agak2 sempat tak? :p

2. 6 orang dihati anda?
keluarga kecil saya. alamak sudah cukup 6 orang., lagi BCS 6, alamak da terlebih 29 orang, UDMers, alamak ini dah beribu2 orang

3. Anda rasa anda comel?
saya rasa saya comel sebab sokmo je orang kata saya comel. dah 40 kali kot harap2 ia menjadi satu doa lalalala

4. Single or taken?
single but not available. jawapan biasa, jawapan artis perasan T__T

5. Blog yang mana anda suka?
nurulism, evilolyta, pamiesz, hanis zalikha

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
semestinya bukan setiap hari. bila da rasa dengan bilik sendiri baru akan kemas. alamak macam mana nak kahwin

7. Lagu yang terakhir anda dengar?
lagu F*** you , Lily Allen kot

8. Last text message?
k.qish mahu datang bilik

9. Last phone call?
hery potter lalala

10. Hari terakhir anda menangis?
dah lama juga tidak menangis. syabas!

11. List 5 warna kegemaran anda?
pink, hijau, purple, oren, merah

12. Orang yang terakhir anda ber'YM' ?
izzah tanya ada guna gmail tak

13. Game yang anda paling suka ?
farmville tapi dah tak larat nak menuai

14. Adakah anda pemint MCR?
menatang apa ni

15. Ape perasaan anda masa jawap tag ini.?
bila nak habis wuwu

16. Anda rasa tag ini best?
biasa2 je

17. Tag lagi 10 orang.
untuk penerima yang lain pula calon-calonnya ialah :
-junior aisyah

tag dari ainulqalbu

1. selongkar beg anda, xkisah la beg duit ke, beg tangan ke, beg bimbit ke, i dont care!

ini handbag yang dibeli di sabah tempohari


2.ambil gmba barang2 dan tag kan gmba tersebut.
3.ceritakan serba sedikit kenapa anda memerlukan barang itu berada dalam beg setiap hari setiap masa.
4.akhir sekali, tag 5 orang.


pertama-tama kali dan selama-lamanya, dalam beg mesti ada beg lagi. mesti la ada beg duit. beg duit ini tak banyak duit pun malah sudah buruk yang amat, apatah lagi menggelikan. sesiapa yang rasa hatinya murah, boleh lah menghadiahkan saya wallet semasa hari jadi ku yang ke 23.


bukankah ini sinonim dengan haziqah auni? ya ..ya..saya sangat suka benda ini dan kalau boleh nak kumpul banyak2 lagi


bagi saya, pendrive amat penting di bawa ke mana2 sebagai alat mempertahankan diri. tak percaya ke? memang tak boleh dipercayai. mana la tahu kot kot ada orang nak bagi gambar cunke, lagu best ke, movie seronok ke. dengan adanya pendrive, segala masalah akan dapat disettlekan


sejak entah bila pak guard udm membuat operasi, Oops Tipu Aje, saya membawa kad matrik ke mana sahaja apabila mahu mengeluarkan diri dari UDM. tengok lah kad matrik saya sudah lunyai yang menunujukkan saya sayang sangat pada UDM


buku nota dan pen, bukankah gaya orang bijak walaupun sekarang ini zaman tanpa kertas


Google