Thursday, May 20, 2010

wedding sis Elia


Semasa orang lain seronok bersukaria di rumah, er kejap..ke mereka bosan sebenarnya? Saya dan beberapa kawan saya sedang mengikuti kursus Java EE 5 dengan cemerlang. duk on9 saje. Tengok betapa rajinnya kami

Ok fine, sangat lah kekurangan idea untuk menulis. Ini pun cari idea dengan menonton filem Mualaf terlebih dahulu tapi tak dapat pun idea Cuma mencari mood untuk menulis.

Nak tulis pasal politik tapi takut mata-mata gelap membaca blog saya. Oh bestnya jika dapat menulis pasal politik yang sudah lama saya tinggalkan. Banyak kisah politik yang lawak-lawak sekarang ini dan seronok jika dapat dikongsi bersama blogger

Saya dan classmate saya mendapat jemputan classmate saya juga, Nik Eda atau lebih dikenali sebagai EviLolyta ke majlis perkahwinan kakaknya , Nik Elia di Kota Baru. Yehhh jalan lagi ke Kota Baru. Terima kasih banyak kepada Ong kerana membawa kami ke sana


Majlis perkahwinannya sederhana tapi meriah. Temanya berwarna ungu. Sederhana tapi saya suka pelaminnya sebab cantik dan sweet dan rasanya tak memerlukan belanja yang agak mahal untuk membuatnya. Tapi makanan dia paling superb, pelik tapi sangatlah sedap dan very my taste. Pelik sebab tak pernah pergi kenduri kahwin yang ada meatballs or beef steak dan sweet and sour fish, lauk lain : ayam percik warna putih, dalca, kuih2 sikit ada satu kuih pelik juga dari Thailand. Tak tahu nama apa huhu

Kemudian singgah sebentar ke rumah kak Fiza kazama :p rehat2, solat dan makan buah salak, makan kek, minum air soya cincau. Makan je keja aku hari tu hoho


Selamat pengantin baru sis Nik Elia Farida dan pasangannya. Semoga berbahagia dan membina baitul muslim dan dapat anak comel2. Biar Nik Eda menjadi makcik di umur muda haha . by the way thanks eda sebab jemput kami datang ke bekwoh dan dapat layanan yang mesra. Lepas ni turn eda pulak . ahha da berapa orang cakap ni, kalau da 40 kali tu maknanya da jadi doa tu lalalalala :D


3 comments:

Evi LoLyta said...

thanks sgt2 korang dtg~~~ ;))

iniAKU said...

k.ika , asal muka ko ceria smacam je tu tepi pengantin? berangan eh?haha

aunieZ said...

evi - u r wlcome :)

izah - bse la..aku kan ske g weding haha

Google