Friday, February 26, 2010

main masak-masak dengan kasih sayang

Sekarang ni cuti hanya sekejap2 je.balik rumah hanya seminggu je..tak mungkin sekarang cuti lama2. Sangat sadis taw

Cuti yang lepas aku manfaatkan sepenuhnya bermesra bersama keluarga tercinta dan mencurahkan kasih sayang dengan masakan-masakan baru , air tangan ku sendiri

Buat pengetahuan anda semua, saya suka mencuba masakan baru. Saya suka search resipi2 baru dalam internet, apa-apa yang sedap dimakan dan paling penting, bahan masakan mudah dicari. Dan bila pilih resipi pulak, saya tak suka langsung resipi yang menggunakan perencah atau masakan segera @ instant sebagai bahan masakan. Resipi seperti itu akan ditolak serta merta. Tak ori la beb, macam apa barang masak asam pedas guna asam pedas segera? Tidak Nampak skil memasak di situ jika menggunakan instant

Sebelum balik rumah memang sudah merancang mahu masak untuk keluarga tercinta. Sambil masak boleh mencurahkan kasih sayang di dalam masakan tersebut dan lahirlah keluarga bahagia. Eceh..

Mula-mula merancang mahu masak kek tiramisu. Terkejut dan teruja melihat resipi kek tiramisu yang amat mudah dimasak. Cadangnya mahu masak untuk saudara mara yang bertandang ke rumah tapi tak jadi pula sebab tak jumpa bahan, tak jumpa whipping cream yang halal..waaaa..melepas nak makan kek tiramisu tapi saya serve mereka dengan popia pisang coklat ditambah dengan aiskrim. Nyum2 , makcik saya makan sampai 5 keping dan dia kata sedap sangat :D

Terdetik hati saya untuk memasak tomyam pula bila melihat evi lolyta memasak tomyam. Rasa macam senang je , jadi memcari resipi bersama makcik google. Stail saya memasak seterusnya, saya tak suka ikut resipi tapi suka menggabungkan dua resipi hehe macam mana? Ikut kebijakan anda memasak la. Kalau resipi berunsurkan lauk pauk boleh la menggabungkan dua resipi tapi kalau kek, biskut dan sewaktu dengannya, tidak lah saya berani berbuat begitu sebab confirm tak jadi. Kalau lauk pauk pandai2 lah adjust bagi jadi



Tomyam campur saya menjadi..! Nyum2 , Cuma mungkin kurang masam sebab tak cukup limau dan kurang pedas sebab mak kata jangan pedas2, nanti adik bongsu saya tak makan pedas. Masak dan makan bersama telur dadar dan sayur kalian tak de ikan masin. Bapa saya pula kata “ macam ni tak payah pergi kedai la kalau nak makan tomyam”

Teringin makan dan masak macaroni pula bila ada orang tu makan macaroni mama dia masak. Jadi cari resipi makaroni pula. Saya gabungkan pula dua resipi macaroni bakar. Hasilnya? Kurang jadi sikit sebab salah steps masuk bahan tapi masih boleh dimakan

Last but not least yang memang tak jadi adalah kentang goreng. Sob2 resipi dia amat mudah sekali tapi tak jadi sebab mungkin..waaaa..tak tahulah sebab apa tak jadi T______T

Nanti cuti lagi saya nak main masak2 lagi sebab itu kan passion saya dan saya sangat suka westen food! Yummy tapi masakan melayu tetap di hati. Tak kan masakan Melayu hilang di dunia !


Sunday, February 21, 2010

Baling amaran sembunyi tangan belakang parking?

Siapa kat rumah dia tak cukup parking dalam rumah sebab :
1. Memiliki banyak kereta
2. Tak muat sebab kawasan dalam rumah kecik sangat

Ini masalah biasa di kawasan perumahan di Bandar-bandar seperti shah alam. Sebuah rumah sekurang-kurangnya mempunyai 2 buah kereta yang kadang-kadang kawasan halaman rumah yang kecil sahaja. Jadi alternative lain adalah meletakkan kereta di luar rumah atau dengan kata lain di jalan raya depan rumah anda. Betul tak?

Nak tanya sikit..kawasan kosong di hadapan rumah anda tu adakah milik anda atau milik awam? Setahu saya la yang tidak bijak ini, itu adalah milik awam kerana yang milik anda hanyalah kawan dalam rumah anda dan juga depan rumah anda yang tidak menghalang anda keluar rumah. Kalau kawasan lain yang kosong yang membolehkan anda meletakkan kenderaan anda tidak diklasifikasikan sebagai hak milik anda? Betul tak apa saya cakap ni atau anda tak paham apa yang saya nak cerita ni?hoho

Senang cerita mari kita melihat satu amaran di bawah ini

“HORMATI HAK TUAN RUMAH INI TERHADAP PARKING INI”

Assalamualaikum…. Awak bayar ke jalan raya ni sebagai parking awak? Awak bayar ke kat MBSA nak jadikan tempat ni parking awak? Kalau awak bayar sewa kat MBSA boleh la buat petak parking, ni saya tak Nampak pun petak parking apatah lagi tertulis nama awak sebagai hak parking awak


contoh ruang kosong di hadapan rumah

Lol saya bukannya nak cari gaduh tapi adat lah berjiran , bertolak ansur. Bukannya kami menghalang kawasan rumah awak tapi letak kereta je pun. Lagi pun awak bukannya selalu parking pun kat situ kan.

Memang lah keluarga kami banyak kereta. Kadang-kadang memang berebut dengan jiran pun untuk mendapat tempat parking kereta. Tapi tak de la sampai nak keluar amaran kan..setakat merungut dalam hati je la. Lepas tu cepat2 la balik supaya dapat tempat parking. Kalau parking dah penuh, pandai-pandai la cari parking yang jauh T_T

Apa-apa pun, lepas dah buat amaran , tak berani keluar rumah tunjuk muka. Kenapakah wahai jiran yang baik hati? Tak kan baling batu sembunyi tangan?


Friday, February 12, 2010

KEPUTUSAN PILIHANRAYA PERSATUAN PELAJAR FAKULTI INFORMATIK 2009/2010


KEPUTUSAN PILIHANRAYA PERSATUAN PELAJAR FAKULTI INFORMATIK 2009/2010


1 ‘Aishah Zunairah Abdullah 44
2 Nur Syuhada Mohd Radzi 27
3 Nurul Khairun-nisaa’ Mohamad Alias 49
4 Siti Zainab Ibrahim 33
5 Siti Nurfarah Ain Mohd Shah 57
6 Husna Najihah Abdullah 59
7 Atiqah Azlan 64
8 Khairunnajwa Hamdan 59
9 Nur Amirah Mohd Fuat 39
10 Norizah Haron 36
11 Nur Wahidah Sulong 57
12 Syahila Amira Yaacob 64
13 Aida Nabila Mohamad 35
14 Syazwina Sarugi @ Saruji 68
15 Amirul Firdaus Abu Yaziz 107
16 Zulhilmi Hussin 72

17 Nurdiyana Masri 47

18 Siti Aisyah Abdullah Sani 40
19 Zhariff Adam Abd Hamid 68
20 Nurul Ain Diana 30

menang dan terpilih mewakili AJK fakulti

Peratus keluar mengundi : 92.7 %
Undi rosak : 0

Sekalung tahniah kepada mereka yang telah terpilih dan menang dalam pilihanraya ini !Tunaikan tanggunggjawan dan amanah yang telah diberikan sebaik mungkin !

oh ya..sikit sangat kan jumlah calon lelaki..apa kat FITs ni, kaum adam dah pupus kah? atau masing2 hanya pandai cakap tapi malas buat kerja? tapi bersyukur juga sebab hanya 3 orang lelaki yang benar2 lelaki sahaja yang berani memikul dan memegang amanah yang besar ini

cayok2 adik2 ku..insyaAllah kalau ada apa2 kakak yang tidak pandai ini sedia membantu dan memberi tunjuk ajar

AJK FITs tahun lepas , jom makan pizzaaaaaaaaaaa

Senarai MT dan exco tahun ini, sila rujuk AJK baru, saya tak berani nak publish takut salah informasi :)


Saturday, February 06, 2010

Kota kinabalu, sabah bah

Cerita da basi baru nak update. Peduli apa, blog aku kan haha

Sebab Evi Lolyta meminta saya beria-ia mengupdate tentang ini jadi harus mengupdate juga supaya tidak lupa pada masa tua nanti. 14 januari 2010 – 17 januari 2010

Bergerak ke KL pada hari khamis pagi, ponteng kelas Bengkel dan Compiler. Hari keberangkatan telah menaiki 7 kenderaan yang berbeza

Kereta (UDM – airport KT) > kapal terbang Air Asia (KT-KL) > bas skyline (LCCT – KL Sentral ) >keretapi Komouter (KL Sentral – S.Alam) > kereta kancil (Komuter Shah Alam – Sec 9) > kereta perdana (sec 9 – LCCT) > kapal terbang Air Asia (KL-KK) > kereta sewa di Airport KK (Airport KK – Marina Court)

Sudahnya sampai di apartment tak mewah mana tapi sangat selesa lagi sejuk sesuai didiami keluarga yang ramai seperti kami, saya ketiduran awal. Pukul 10pm lebih dah tidur. Konon Subuh masuk awal kan nak bangun awal la. Lepas Subuh tidur balik pun


Hari pertama percutian di Kota Kinabalu, hanya berjalan di sekitarnya sahaja. Maksudnya dekat2 hotel je , tak ke mana sangat sebab HUJAN! Waaahh..sangat ketensenan jika bercuti dalam keadaan hujan. Membantutkan segala aktiviti


Pergi window shopping di shopping kompleksnya yang bernama …alamak aku dah lupa..tapi salah satunya warisan square. Jap google jap..oh Centrepoint.. seronok juga la dari yang Kuala Terengganu yang tiada shopping complex. Oops !

Pergi beli barang cenderhati di sini seperti coklat, made in sabah, sodap gila! Baju Sabah, dan keychains


Second day , Kundasang yang mana terletaknya Gunung Kinabalu. Oh so sad, sebab nya dan sepatutnya boleh melihat puncak gunung Kinabalu dari sini tapi seperti yang dikatakan tadi hujan yang tidak berhenti menyebabkan kabus tebal menyelubungi kawasan tanah tinggi tersebut. Sedih2 sebab kalau tak boleh melihat pemandangannya sangat la indah jika boleh lihat langit biru. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang dan tambah 2 jam. Pandai juga bapa saya mencari jalan ke sana, tak perlu tourism guide pun :p



3rd day and last day di Kota Kinabalu, shopping sekali lagi di Kota Kinabalu Handicraft Market. Kat sini beli dan belah lagi. Beli brooch, baju sabah lagi, keychain lagi, ahha biasa la handicraft kan. Dan akhirnya dapat juga hadiah untuk sendiri, handbag bebeh.


Tapi di sini agak sengsara mencari makanan halal,walaupun seafood sepatutnya halal kan tapi bapa saya yang sungguh menjaga pemakanan halal akan memastikan yang kedai orang islam saja yang dibenarkan makan. Mana la taw kot-kot dia masak seafood tu guna minyak ba alip ba ya. Who knows? Lebih baik tak makan dan kempunan. Kesudahnnya kami makan di kedai mamak dan fast food sahaja


Harus datang kembali ke sini kembali untuk menikmati keindahan Kundasang. Mahu pergi dengan siapa ya?future hubby mungkin haha

Thanks a lot to Azmi sebab bagi guide dan pertolongan sepanjang di KK ini walaupun hanya menggunakan sms. Sedih tidak dapat jumpa beliau. Dekat tapi jauh


Google