Saturday, February 06, 2010

Kota kinabalu, sabah bah

Cerita da basi baru nak update. Peduli apa, blog aku kan haha

Sebab Evi Lolyta meminta saya beria-ia mengupdate tentang ini jadi harus mengupdate juga supaya tidak lupa pada masa tua nanti. 14 januari 2010 – 17 januari 2010

Bergerak ke KL pada hari khamis pagi, ponteng kelas Bengkel dan Compiler. Hari keberangkatan telah menaiki 7 kenderaan yang berbeza

Kereta (UDM – airport KT) > kapal terbang Air Asia (KT-KL) > bas skyline (LCCT – KL Sentral ) >keretapi Komouter (KL Sentral – S.Alam) > kereta kancil (Komuter Shah Alam – Sec 9) > kereta perdana (sec 9 – LCCT) > kapal terbang Air Asia (KL-KK) > kereta sewa di Airport KK (Airport KK – Marina Court)

Sudahnya sampai di apartment tak mewah mana tapi sangat selesa lagi sejuk sesuai didiami keluarga yang ramai seperti kami, saya ketiduran awal. Pukul 10pm lebih dah tidur. Konon Subuh masuk awal kan nak bangun awal la. Lepas Subuh tidur balik pun


Hari pertama percutian di Kota Kinabalu, hanya berjalan di sekitarnya sahaja. Maksudnya dekat2 hotel je , tak ke mana sangat sebab HUJAN! Waaahh..sangat ketensenan jika bercuti dalam keadaan hujan. Membantutkan segala aktiviti


Pergi window shopping di shopping kompleksnya yang bernama …alamak aku dah lupa..tapi salah satunya warisan square. Jap google jap..oh Centrepoint.. seronok juga la dari yang Kuala Terengganu yang tiada shopping complex. Oops !

Pergi beli barang cenderhati di sini seperti coklat, made in sabah, sodap gila! Baju Sabah, dan keychains


Second day , Kundasang yang mana terletaknya Gunung Kinabalu. Oh so sad, sebab nya dan sepatutnya boleh melihat puncak gunung Kinabalu dari sini tapi seperti yang dikatakan tadi hujan yang tidak berhenti menyebabkan kabus tebal menyelubungi kawasan tanah tinggi tersebut. Sedih2 sebab kalau tak boleh melihat pemandangannya sangat la indah jika boleh lihat langit biru. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang dan tambah 2 jam. Pandai juga bapa saya mencari jalan ke sana, tak perlu tourism guide pun :p



3rd day and last day di Kota Kinabalu, shopping sekali lagi di Kota Kinabalu Handicraft Market. Kat sini beli dan belah lagi. Beli brooch, baju sabah lagi, keychain lagi, ahha biasa la handicraft kan. Dan akhirnya dapat juga hadiah untuk sendiri, handbag bebeh.


Tapi di sini agak sengsara mencari makanan halal,walaupun seafood sepatutnya halal kan tapi bapa saya yang sungguh menjaga pemakanan halal akan memastikan yang kedai orang islam saja yang dibenarkan makan. Mana la taw kot-kot dia masak seafood tu guna minyak ba alip ba ya. Who knows? Lebih baik tak makan dan kempunan. Kesudahnnya kami makan di kedai mamak dan fast food sahaja


Harus datang kembali ke sini kembali untuk menikmati keindahan Kundasang. Mahu pergi dengan siapa ya?future hubby mungkin haha

Thanks a lot to Azmi sebab bagi guide dan pertolongan sepanjang di KK ini walaupun hanya menggunakan sms. Sedih tidak dapat jumpa beliau. Dekat tapi jauh


6 comments:

Evi LoLyta said...

bgus2. sy suka.. suka bce ttg vacation. heeeee

KaorU IchibaNa said...

nak g gakkk!!!

haziQah said...

jom la g.........

Azrul said...

dari kk ke kundasang bgaimana ya? .. mau pi brharimadu disana taun ni

haziQah said...

wahhh..abg azrul mau ke honeymoon..sng je drve ikot highway dia ikot tawau kot tak silap..ke nt sy tnya bapak sy smula :)

nursarah said...

owh..sangat teringin nak ke sabah!

Google