Sunday, March 28, 2010

Top Blogger 2010


Alhamdulillah dianugerahkan award ni daripada 3 orang sekaligus tapi award yang sama
A big thanks to Fatah, Iqa dan Dindang. Kesemuanya junior saya. sayang korang hehe

Anugerah seterusnya adalah kepada ....jeng jeng jeng...
1. Fadilah Diyana
2. Nadiah (cuzin)
3. Anis Fareeza
4. Kura2 Pintar Mira
5. Asmaa
6. Harris
7. Hanani
8. Bari'ah
9.
10.
11.
12.

9 hingga 12 isi sendiri :)

Syarat-syaratnye mudah aje..takyah jawab soalan.

Ape yg perlu anda buat ialah..
1. Thank & link to the person that gave you award.
2. Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact and let them know they've won the award..


Wednesday, March 24, 2010

Arabian Night - Majlis Pra Graduasi FIT UDM


Setiap semester tanpa gagal (kecuali sem 2), saya akan ke majlis makan malam dan pra-graduasi fakulti Informatik UDM. Tapi kali ni Majlis Anugerah Dekan pun buat sekali dengan dinner sebab mungkin kekurangan bajet atau nak jimat bajet. Tetamu khas adalah Encik Nordin Jusoh, Dekan HEPA UDM. Tempat Batu Buruk Becah Resort


Kali ini temanya adalah ‘Arabian Night’. Oleh kerana itu, ramailah pak-pak Arab telah hadir pada malam itu bersama gadis-gadis Arab. Dan Prince yang telah dinobatkan pada malam itu bukanlah Pak Arab tapi Hang Sameon, hero zaman Melayu..macam mana hero Melayu boleh sesat di malam Arab :p


Baju saya adalah ditaja oleh ChantiqueGallery. ok auta di sini,mana ada siapa mahu menaja, beli sendiri la LOL. Terima kasih kepada sahabatku , Bari’ah kerana berusaha memastikan bajunya sempat sampai pada masanya walaupun kecuakan amat melanda ketika itu.


maaf junior Fatah kerana tiada gambar kita bersama disebabkan gambarnya masih belum menjadi milikku

Malam arab itu pula, macam kekurangan tempat duduk. Kasihan junior2 saya kerana terpaksa duduk di bawah jauh dari tempat utama. Tapi terima kasih banyak kerana memberi kelebihan kepada senior sebab dapat tempat di atas dan depan sekali heee


Makanan : OK
sound system : K.O
atucara majlis
: kureng sebab kena tunggu lama baru dapat makan, tiada acara yang menarik, sama seperti semester2 sebelumnya, I am expecting something new perhaps
Lucky Draw : hadiah yang menarik sebab boleh digunakan , bukan sekadar perhiasan
pengacara : sweet :D

Dinner semester depan, senior2 mahu demand sedikit supaya menjadi dinner yang paling grand dengan acara2 yang menarik. Boleh?? Tunggu…kami bagi user requirement, anda laksanakan projek dengan jayanya.. :D


Thursday, March 18, 2010

Selamat pengantin baru Puan Fatimah Ghazali & Mohd Ismail


Alhamdulillah semalam 17/3/2010, Cik Fatimah Ghazali kini sudah menjadi puan, diijabkabulkan bersama pasangannya Encik Mohd Ismail di rumahnya Marang. Suaminya juga orang Marang tapi kerja kat Kuala Lumpur. Sekarang lidah kami kena biasakan panggil Puan Fatimah @Puan Fety tapi semalam berapa kali masih tersasul panggil Cik Fety..oopss


sebelum keberangkatan

on the way yang sangat happening walaupun panasss

Kami ke kenduri kesyukurannya dengan dua van, dan satu kereta kancil yang boleh berJoGeT :p tak sangka budak laki semangat juga ke kenduri , diorang pinjam van Apon, budak Law. Budak perempuan sewa van kuning



makan lauk kenduri

Macam biasa la, makan2, ambil gambar, usha2 orang, gosip2 sikit,amik berkat lepas tu pulang.


ni sek2 yang tak kenyang2 walaupun makan banyak kat kenduri :p

Tapi sangat bergembira dengan classmate ku, kami gelak gila-gila dalam van ,buat lawak sampai seronok tak tahan, singgah teluk Ketapang minum air kelapa..hari yang sangat gembira walaupun dalam van sempat lagi melayan perasaan sampai menitiskan air mata


Tahniah Puan Fatimah Ghazali. Semoga berbahagia bersama suami tercinta dan menjadi seorang isteri solehah di dunia dan akhirat :D


kenduri dalam loghat kelantan = bekwoh
loghat terengganu = panggilan


Monday, March 15, 2010

Ketika cinta bertasbih


"Cinta itu apa sih..?
Cinta ada kekuatan yang mampu mengubah
mengubah duri jadi mawar
mengubah malang jadi untung
mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi nabi
mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat
mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman
mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi rahmah"
-Ayatul Husna

Iya peduli apa movie ini sudah expired sebab saya memang suka nonton movie2 yang sudah expired. Dah lama sebenarnya nak tengok movie ni cuma belum ada kesempatan lagi nak menontonnya

Dan pada satu hari yang suam2 kuku, saya menonton filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 pada hari yang sama padahal esok nak quiz software project management (SPM). Berani mati la aksi saya pada hari itu. Orang lain sibuk study SPM, saya tengok movie sambil feeling2 dan menangis2 T_T

Kepada yang belum menonton filem ini, harus menontonnya. Rasa nak baca buku dia pulak. Bak kata ‘Aizat anNur – “siapa baik hati mahu bagi saya pinjam buku novelnya”

Tidak mahu bercerita tentang sinopsis filem ini tapi mahu berkongsi nilai-nilai dan pengajaran dari filem cinta islamik yang diadaptasikan dari novel Habiburahman ElShirazy yang yang juga penulis buku Ayat-ayat Cinta

1. Cinta dan jodoh – orang selalu kata, “ kalau dah jodoh tak ke mana”. Kata orang lagi “ kalau bercinta bertahun2, tapi kalau bukan jodoh, sampai bila-bila pun tak kan bersama. Tapi kalau memang dah tertulis di Luh Mahfuz jodoh kita, baru kenal sehari pun, esok dah boleh kahwin”. Dalam filem ini, Khaerul Azzam(hero) seorang pemuda yang boleh kata perfect, kacak, ganteng , soleh, baik hati, ringan tulang, pendek kata memang digilai oleh kebanyakan wanita. Tapi walaupun dirinya cukup perfect dia lambat mendapat jodoh. Macam-macam halangan apabila dia ingin melamar seorang gadis solehah itu..ditolak keluarga kerana adat, jodoh yang ingin dipinang terlepas di tangan orang lain, dia terlibat dalam kemalangan dan keluarga gadis tak mahu menunggu dia sembuh dan macam2 lagi. Tapi akhirnya dia dapat menikah dengan seorang gadis yang perfect juga dan memang sesuai dengannya lagi dekat dengan dirinya, yang sama fitrahnya, yang ibunya idamkan untuk dijadikan menantu. Padahal gadis itu juga menyukainya juga satu pada masa dulu tapi telah berkahwin dengan orang lain lalu bercerai tanpa disentuh dan berkahwin pula dengan Azzam

2. Cinta yang menurut Islam yang sebenar – Cinta yang dibenarkan dalam Islam sebenarnya hanyalah cinta selepas terlafaznya akad nikah dan ikatan perkahwinan. Saya kagum dengan cerita ini, tiada adegan percintaan sebelum perkahwinan tetapi semuanya menggunakan teknik lamaran dari keluarga atau orang perantaraan. Indahnya jika lamaran kepada keluarga masih diamalkan pada masa ini. Yang pasti cinta selepas kahwin lebih membahagiakan tapi mampukah yang sedang bercouple sekarang memutuskan ikatan? Tepuk dada tanya iman

3. Pelakon – saya teruja bila mengetahui yang pelakon2 yang membintangi filem ini bukan pelakon professional tapi dipilih dari satu uji bakat yang sungguh teliti. Maknanya , pelakon2 yang berjilbab adalah sememangnya berjilbab di luar. Dah la semua pelakon pun cantik2 sekali. Lagi solehah kerana semuanya menutup aurat dan memakai tudung. Memang cantik pelakonnya. Indah sungguh ciptaan Allah yang bernama wanita. “seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah”. Heronya pula tak la hensem sangat tapi manis yang penting dia sangat menawan kalbu dengan kata2 hikmanya menasihati sahabat2nya dan sangat bertanggungjawab terhadap adik2 dan ibunya kerana dia menanggung perbelanjaan adik2nya setelah kematian bapanya.

4. Nilai usahawan : walaupun lulusan university Al-Azhar dalam bidang agama, Azzam tidak hanya bergantung kepada perkerjaan makan gaji semata2. Berbekal dengan pengalaman dia menjual bakso di Cairo dulu, dia juga membuka sebuah gerai yang menarik dan inovasi. Baksonya dibuat dalam bentuk hati dan seragamnya juga warna merah jambu.sweet!

5. Nama : Nama2 watak dalam cerita ini sangat lah menarik dan sedap telinga mendengar dan hati pun sejuk. Anna Althafunnissa, Ayatul Husna,Milatul Ulya, sedapnya nama diorang seindah peribadi dan watak mereka

6. Budaya : suka tengok budaya mereka dari segi bersalaman. Memang tiada adegan bersalam dengan bukan mahram tetapi cara mereka menghormati yang bukan mahram macam buat2 salam tapi tak salam pun sebenarnya. Cara layanan terhadap tetamu juga sangat mesra. Tapi cuma budaya perkahwinan yang terlalu mengikut adat seperti budaya hindu je kurang berkenan. Pelaminnya yang kuning..errr..sangat menggerunkan

7. Baju : Oh my Sumayya Design haha semua baju muslimah dia sangat cantik ditambah lagi dengan tudung mereka pakai..kenapa cantik sangat??!!! Geram aku tengok. Kalau aku pakai mesti tak secantik itu T_T

Yang penting sekali, kita nampak keindahan Islam dalam filem ini, betapa murninya dan sucinya suatu ikatan perkahwinan itu dalam Islam, betapa indahnya Islam dalam setiap perkara dalam kehidupan seharian kita. Kalaulah semua umat Islam termasuk saya yang khilaf ini dapat mempraktikkan ajaran Islam, pasti lebih ramai lagi yang tertarik dengan Islam dan amanlah dunia dengan rahmat Allah.

Tak sabar mahu nonton bersama adik2 guwe yang suka bangat cerita2 indonesia. Lagi2 cinta yang islamik..adik2ku tunggu kepulangan kakak mu bulan 5 ini..ahha lambat lagi T_________T

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


Wednesday, March 10, 2010

famili sotong yang HOT [gambar]

1.- Adakah anda rasa HOT???
ye HOT sangat..badan semua menjadi panas..perasaan pun panas disebabkan hormone yang dikeluarkan

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

comelkan..! Ammar yang punya..saya curi..walaupun dia tak bagi ahaha

3 - cerita pasal gambar?
gambar apakah? Gambar wallpaper PC sudah diceritakan di atas tapi saya sudah malas bergmabar sekrang ini. Apatah lagi menjadi jurugambar tak bertauliah :P

4 - bila kali terakhir anda makan pizza?
cuti raya cina hari itu bersama mummy n adik2. Adik saya yang cute lagi comel, Hadhinah yang belanja. Lain kali belanja lagi ya…

5 - lagu terakhir anda dengar?
Entahlah..tapi lagu yang terngiang2 di kepala otak saya ialah “Two is better than one - Boys Like Girls n Taylor Swift”

6- selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
blackchix, cyg? hahha

7 - tag lagi 8 org
wah 8 orang ke…
1. anis
2. fadilah
3. nadiah
4. ain masturah
5. madihah
6. haris
7. syafiqah
8. husna @ una

9 - siapakah org no.1 kepada anda?
kawan baik masa kanak2 dahulu :)

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
kembar saya , kami lahir pada tarikh yang sama *wink*

11 - no.3 ada hubungan dengan siapa?
ada hubungan dengan..kekasih hatinya la :D

12 - bagaimana pula dengan no.4
poje yang comey macam ain n lawak hehe

13 - pesanan kepada orang no.6
Sila banyak merepek lagi di dalam blog dan facebook wakakaka

14 - kata2 cinta untuk orang no.2
saya sayang awak :)

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
persamaan = berada di kelas yang sama

16 - berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mengtag anda
Orang yang tag saya sangat baik hati dan berhati mulia
• Dia sangat suka memasak dan kadang2 masakannya memberi inspirasi pada saya
• Pandai berdebat dan berbiacara
• Juga pandai berkata2 dengan hikmah
• Tak sabar nak tunggu makan nasi minyak nya bersama orang yang kat mesir tuuuuu

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
bak kata Bari’ah ada M..

18 - perasaan anda wat tag ni?
saya …tiada perasaan hehe

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
memang saya tahu dia sengal sebab da bagitahu kat sini dia sengal wakakkaka

20 - a)GAY or b)LESS
Bi hahah eewwwwww geli gila..straight sudeyh


Sunday, March 07, 2010

Bila menjadi pemimpin

Minggu lepas saya telah melepaskan jawatan secara rasmi bagi semua jawatan yang saya pegang tahun lepas, sama ada rasmi dan tak rasmi. Jawatan yang sebenarnya berat untuk dipikul. Jawatan yang sama ada saya telah menjalankan tugas dengan baik atau akan disoal di akhirat kelak


Pimpinan baru Kelab Keusahawan UDM (KKU), bagi saya adalah pilihan tepat. Pucuk pimpinan adalah mereka yang bertanggungjawab dan semangat membuat kerja. Saya boleh Nampak ‘passion’ yang ada pada mereka. Keep the good work dan jangan hampakan impian, harapan dan mantan2 telah bina di tapak yang kukuh. Mula2 memang kita semangat kuat kerja, jadi istiqamah la walaupun amat berat sebenarnya. Saya terharu dengan layanan yang diberikan warga KKU terhadapa saya walaupun sudah lama tidak menjenguk mereka kerana saya amat segan kepada mereka terutamanya kepada Shazafudin, Asmaa' dan Kak Mira


MPP tahun ni saya kurang komen kan..hehe sebab saya dah tak rajin untuk mengkritik, sebab saya malas nak cari gaduh dengan siapa2 lagi hoho teringat dua zaman pemerintahan MPP dahulu, saya gaduh2 manja dengan MPP. Gaduh dengan kata2, gaduh dalam blog,perli memerli, kutuk mengutuk haha tapi itu semua tinggal kenangan. Siap ada satu kali gaduh dengan seorang MPP yang cantik manis tapi bersuara lantang di cafe. Tapi saya jadi pemerhati la, konon2 bajet bagus nak join sekali haha

Ada satu hari yang mulia, saudara Rashid , Presiden MPP telah menegur(chatting) saya di Facebook. Beliau meminta pendapat saya tentang MPP sekarang. Saya pun apa lagi, bagai pucuk dicita, ulam yang mendatang, memang dah lama ada niat untuk bercakap dengan pucuk pimpinan tertinggi MPP,teruskan niat untuk menegur dan bercerita masalah saya dengan beberapa orang MPP. Dan Alhamdulillah saudara Rashid dengan terbuka hati menerima pendapat dan teguran saya yang tak pandai pun ni

MPP tahun ni mempunyai nama yang hebat2 belaka tapi masih banyak kekurangan yang harus diatasi. Biasa lah MPP juga manusia biasa yang tidak sempurna. Jangan minta lebih dari kuasa mereka. Kalau ada apa-apa hal, boleh rujuk terus kepada mereka, sms mereka, jumpa mereka dan buat aduan dan tegurlah cara berhikmah. Tapi kalau cara mereka layan tak masuk akal, bagitahu saya, biar saya sound dorang lalala :p

Bila cerita pasal tegur menegur, kritik mengkritik, nasihat menasihati , semua itu haruslah dibuat secara berhikmah. Apa maksud berhikmah? Maksudnya jangan sampai orang yang ditegur tu terasa hati dengan kita, hendaklah bijak bermain kata2 dengan penuh lemah lembut. Kalau nak tegur kesalahan orang yang kadang2 yang mungkin akan buka keaiban seseorang itu, biarlah secara peribadi. Lagi2 kalau yang orang ditegur itu dikenali ramai, rahsia dan keaibannya didedahkan walaupun sebenarnya niat kita baik hanya untuk memperbetulkan kesalahannya. Mungkin apa yang kita tahu dan ingin tegur itu satu rahsia yang diceritakan oleh seseorang dan mahu disimpan sebagai rahsia tapi keaiban itu pula didedahkan. Daripada orang tak tahu apa2, kita dah buka pekung dada mereka. Akibatnya, nasihat itu tak akan menjadi atau mungkin lebih teruk, kita akan dibenci dan akan menjadi umpatan ramai orang.

Hadith riwayat Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
"Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya.

link lain tentang menutup keaiban seseorang di sini dan sini dan sana

wallahualam


Google