Pimpinan baru Kelab Keusahawan UDM (KKU), bagi saya adalah pilihan tepat. Pucuk pimpinan adalah mereka yang bertanggungjawab dan semangat membuat kerja. Saya boleh Nampak ‘passion’ yang ada pada mereka. Keep the good work dan jangan hampakan impian, harapan dan mantan2 telah bina di tapak yang kukuh. Mula2 memang kita semangat kuat kerja, jadi istiqamah la walaupun amat berat sebenarnya. Saya terharu dengan layanan yang diberikan warga KKU terhadapa saya walaupun sudah lama tidak menjenguk mereka kerana saya amat segan kepada mereka terutamanya kepada Shazafudin, Asmaa' dan Kak Mira
MPP tahun ni saya kurang komen kan..hehe sebab saya dah tak rajin untuk mengkritik, sebab saya malas nak cari gaduh dengan siapa2 lagi hoho teringat dua zaman pemerintahan MPP dahulu, saya gaduh2 manja dengan MPP. Gaduh dengan kata2, gaduh dalam blog,perli memerli, kutuk mengutuk haha tapi itu semua tinggal kenangan. Siap ada satu kali gaduh dengan seorang MPP yang cantik manis tapi bersuara lantang di cafe. Tapi saya jadi pemerhati la, konon2 bajet bagus nak join sekali haha
Ada satu hari yang mulia, saudara Rashid , Presiden MPP telah menegur(chatting) saya di Facebook. Beliau meminta pendapat saya tentang MPP sekarang. Saya pun apa lagi, bagai pucuk dicita, ulam yang mendatang, memang dah lama ada niat untuk bercakap dengan pucuk pimpinan tertinggi MPP,teruskan niat untuk menegur dan bercerita masalah saya dengan beberapa orang MPP. Dan Alhamdulillah saudara Rashid dengan terbuka hati menerima pendapat dan teguran saya yang tak pandai pun ni
MPP tahun ni mempunyai nama yang hebat2 belaka tapi masih banyak kekurangan yang harus diatasi. Biasa lah MPP juga manusia biasa yang tidak sempurna. Jangan minta lebih dari kuasa mereka. Kalau ada apa-apa hal, boleh rujuk terus kepada mereka, sms mereka, jumpa mereka dan buat aduan dan tegurlah cara berhikmah. Tapi kalau cara mereka layan tak masuk akal, bagitahu saya, biar saya sound dorang lalala :p
Bila cerita pasal tegur menegur, kritik mengkritik, nasihat menasihati , semua itu haruslah dibuat secara berhikmah. Apa maksud berhikmah? Maksudnya jangan sampai orang yang ditegur tu terasa hati dengan kita, hendaklah bijak bermain kata2 dengan penuh lemah lembut. Kalau nak tegur kesalahan orang yang kadang2 yang mungkin akan buka keaiban seseorang itu, biarlah secara peribadi. Lagi2 kalau yang orang ditegur itu dikenali ramai, rahsia dan keaibannya didedahkan walaupun sebenarnya niat kita baik hanya untuk memperbetulkan kesalahannya. Mungkin apa yang kita tahu dan ingin tegur itu satu rahsia yang diceritakan oleh seseorang dan mahu disimpan sebagai rahsia tapi keaiban itu pula didedahkan. Daripada orang tak tahu apa2, kita dah buka pekung dada mereka. Akibatnya, nasihat itu tak akan menjadi atau mungkin lebih teruk, kita akan dibenci dan akan menjadi umpatan ramai orang.
Hadith riwayat Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
"Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya.
link lain tentang menutup keaiban seseorang di sini dan sini dan sana
wallahualam
3 comments:
saya nak kritik haziqah auni saja
kritik la Iemochi Arihyoshi
salam dunia..
dunia dipimpin...oleh sumber luarbiasa..
teguran,nasihat,kritikan mmg perlu secara berhikmah itulah cara islam mengajar kita. menjaga hubungan sesama manusia..sy doakan mpp kini lebih kuat & tabah.ya memang kalau dulu dia melontar batu..kini dia menyambut lontaran batu..mungkin itu hukum karma alam manusia..wlubagimanapun hukum baling batu akan selesai bila adanya Redha..itu juga diajar Nabi Muhammad s.a.w..dibalasnya dengan doa dan sabar..REDHA lah tngkt bahagia..sy respect pimpinan abg rashid..terasa ingin membantu menepis batu dan meringankan beban mereka...dan sy harapkan suara mereka lebih mempengaruhi sahsiah pelajar.kalau bukan hari ini mungkin suatu hari nnt...saya berharap...
Post a Comment