Saturday, November 27, 2010

Krisis AIR UniSZA : Air takde..salah ke?



Air..air.. bila takde air baru sume orang nak kecoh. Bila ada air, membazir macam tu je. Baru takde air 5 hari, korang da merungut tak tentu pasal. Belum sebulan ke satu sem takde air.



Kalau tak de air, salah ke? Kalau tak de air, korang mati ke? Tak lagi kan. Lain la tak de oksigen kat dunia ni. Mungkin la korang boleh mati dan boleh la nak marah2 n kecoh2. Ni masih ada air kat tempat lain lagi. Gong Badak je pun tak de air. Tak perlu tayammum lagi. Pergi la cari air kat Wakaf Tembusu ke, Teluk Ketapang ke, Masjid putih kat Bandar ke. Kreatif la sikit beb.



Kalau dah takde air, contohnya : boleh pergi Bandar, mandi la kat Bandar. Mandi kat masjid Putih ke, pastu boleh lepak2, study dan solat kat sana, lagi berkat. Beli la air mineral banyak2 , beli sepuluh dozen. Lepas tu boleh buat bisnes, bisnes air confirm laku punye masa takde air ni. Independent sikit la wooii. Sume nak harap orang sedia. Macam budak sekolah. Agak2 la kan. Ada je student UniSZA relek je mandi kat masjid putih ok..! Seronok je diorang bermandi-manda di sana. Tak tension pun walaupun duit keluar banyak. Tak macam korang. Sikit2 tensen. Manja macam budak kecik. Kalau tak de transport sendiri, boleh sewa kereta. Kalau tak tahu drive,korang panggil la pakcik van kuning, boleh naik van kuning ramai2, pergi cari air. Nak seribu daya, kalau tak nak, seribu alasan macam korang bagi.



Kalau korang loaded lagi, boleh la check in kat Dara Inn untuk mandi manda di sana. Murah je beb. RM 100 je semalam. Tak kan RM 100 pun korang takde. Share la ramai2. Dari korang bising tak tentu pasal sebab tak de air, baik korang check in kat Dara Inn ni. Air melambak kat situ. Tak de sape nak kacau korang mandi sepuas2nya, bery sehabis2nya, masak dan minum air sampai kembung. Kalau tak cukup air lagi, boleh terjun je kat pantai Teluk Ketapang depan tu. Tapi kalau korang tak nak pergi kat situ sebab kononnya tak de duit, memang korang dasar kedekut. Lepas tu nak merungut takde air apahal.



Dan kalau da tak tahan nak merungut sangat, merungut dalam hati dah la. Tak payah la nak tulis “ takde air..” dalam facebook atau page MPP dan JPKP. Tak payah nak luah2 perasaan ni atau marah2 bagai. Macam budak2 yang tak matang la korang ni. Kata pelajar university. Cuba la berfikiran kritikal atau dalam bahasa inggerisnya ‘critical thinking’. Nama je mahasiswa dan mahasiswi yang belajar kat university. Tapi otak takde critical thinking. Bila takde critical thinking, korang mesti gelabah la punya wa cakap sama lu. So lepas ni, korang jangan perasan la korang MAHAsiswa kalau tak de usaha untuk CRITICAL THINKING.



Gelaran Siswa siswi tanpa perkataan MAHA pon da cukup apa untuk otak udang macam korang ni yang bila krisis air sikit dah nak melenting.



Lepas tu, sebab tak de air korang nak marah2 MPP dan JPKP tu ape hal? Bukan salah dorang pun takde air. Dorang student macam kita juga, bukan dorang keje dengan Syarikat Air Terengganu ( SATU ). Kalau dah tak tahan sangat takde air, apa kata korang pergi je kat pejabat SATU, lepas tu korang marah je orang yang kerja kat SATU tu. Baru la boleh dikatakan MAHAsiswa. Ni marah dengan MPP dan JPKP,apa barang? Dorang pun nak exam juga, dah la penat baru balik menjalankan misi kemanusian, lepas tu sedap2 je korang kata dorang tak buat kerja. Kalau tak Nampak apa dorang buat, tolong la jangan main tuduh2. Macam budak sekolah yang tak amik SPM lagi nak main tuduh2 macam ni.



Pernah ke korang berada di tempat dorang? Pernah ke korang turun naik pejabat untuk siapkan proposal? Pernah ke korang pergi jumpa orang2 besar untuk bincang isu2 dan aduan korang? Pernah ke???Cakap senang la..bak kata orang putih ‘Things are easier said than done’. Apa yang korang dah buat untuk atasi masalah ni? Cakap berkobar2 tapi satu pun tak bagi sumbangan. Hampeh betul orang yang merungut ni. Betul la.. cakap lagi senang dari buat..PEMERHATI la katakan. Cuba amik jawatan dorang lepas ni. Mesti korang nangis2 tak tahan kena kutuk oleh pemerhati2 tak bertauliah ni.



Sampai hati korang tuduh dorang macam tu. Korang tak tahu ke betapa penatnya mereka berusaha untuk membela nasib kita yang takde air ni, tambah lagi dorang nak exam juga, tak habis study lagi. Korang dah tuduh dorang macam2. Kenapa nak harapkan dorang 100%? Korang pun ada handphone kan, boleh la call pihak SATU kalau jawapan yang korang dapat tak memuaskan hati korang. Tak pun, buka la laman web SATU hari2, jadikan website SATU tu feveret website korang selepas facebook.



Ni semua nak bergantung dengan dorang, lepas tu main tuduh2. Kesian dorang terpaksa menahan sabar sebab perangai korang yang tak habis2 nak melenting dan main tuduh2 tu. Dorang pon ada tahap kesabaran dorang. Cuba korang berada di tempat dorang, mesti korang pun tak mungkin dapat tahan dengan segala kritikan, tohman dan tuduhan korang yang tak berasas dan cakap ikut sedap mulut je.





Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..? Habis korang kena banned / blocked dengan page MPP. Padan muka korang tak dapat lagi komen dan tahu latest info tentang kerja2 MPP.




Daripada tengok dan dengar kritikan2 korang yang langsung tak membina dan tak berhikmah, baik block korang terus. Dasar tak reti bersyukur. Lain kali, kalau nak komen tu, biar la komen yang puji dan membina je. Ingat tak sakit hati ke baca komen marah2 macam ni? Baik block je. Senang cerita. Dah tak tensen lagi dengan orang2 yang tak reti bersyukur macam korang ni.



Tapi…bila dah kena block, tolong la jangan pulak buat page ‘ Kami Kena BLOCK dengan MPP UniSZA’. Jangan tiru perangai orang yang buat page ‘Kami Kena Block Dengan Datuk Dr Rozmey’. Orang yang buat dan like page ‘Kami Kena Block Dengan Datuk Dr Rozmey’ tu semua bukan MAHAsiswa. So jangan nak mengada2 ye buat page macam tu. Memalukan diri sendiri dan universiti je.



Korang kata dorang tak buat kerja? Hah.. dorang da sediakan bas untuk pergi ke masjid pagi2, apasal korang tak naik? Kesian pakcik bas, tunggu punya tunggu, takde orang naik pon. Dah la sampai 2 bas. Dorang da cuba untuk ringankan beban korang tapi korang tak hargai pon. Biar da ada air masa tu pun, naik la bas tu juga untuk menghargai apa yang dorang da usahakan. Tengok, memang tak reti bersyukur la korang ni. Lepas tu suka hati je tuduh dorang tak buat kerja.



credit to azizul

Bila air dah takde, baru kita hargai rahmat hujan..Apabila hujan turun dengan lebatnya, ramai student2 yang tak melepaskan peluang menadah air hujan dengan baldi yang tak besar mana. Hujan rahmat apabila air yang bersih takde setitik pun yang tinggal di UniSZA waktu itu. Syukurlah dengan nikmat hujan yang Allah turunkan.



credit to boonga


Tapi masih ada yang kata geli lah nak guna air hujan, tak bersih la sebab jatuh dari bumbung sebab burung berak kat atas tu. Isy2 apa punya manusia la korang ni yang tak pernah nak bersyukur. Tak payah la nak bising2 lagi..bagi alasan takut demam la, sakit kulit la, gatal2 badan sebab alergik la. Orang gila duk berjemur tengah panas + hujan pun Allah bagi sihat. Sihat dan sakit kan datang dari Allah.



Ketiadaan air ni sebenarnya suatu rahmat..bersyukurlah..tiada siapa menduga tersembunyi pebagai hikmah dan pengajaran ..lebih mengenali pelajar UniSZA. Mengenali insan yang selalu menuding 3 jari kepadanya. Rahmat untuk melihat reaksi ragam manusia..

Tak percaya? Dari korang yang tak reti bangun subuh awal, tiba2 sanggup bangun pukul 5 pagi semata2 nak cari mandi atau buang apa2 sewaktu dengannya. Bila bangun dan mandi awal, tentu la dapat solat di awal waktu juga. Bukankah itu suatu rahmat? Bila dah ada air ni, confirm korang bangun subuh lambat balik kan. Dasar orang tak reti bersyukur dengan nikmat yang ada. Kufur nikmat.

Dari yang tak pernah jejak kaki ke masjid tapi sebab tak de air, tiba2 korang sanggup jalan kaki nak cari air kat masjid. Banyak pahala yang korang dapat apabila melangkahkan kaki ke masjid, dapat solat di masjid. Bukankah itu suatu rahmat?



Kepada semua yang merungut takde air dan tak habis2 menyalahkan orang lain, percayalah apa yang kita hadapi tempohari merupakan dugaan untuk kita lebih dewasa. Dan percayalah, keikhlasan hati kita mengharungi cabaran ini akan dibalas hujan2 permata yang bernilai yang dikenali sebagai ‘KEJAYAAN’..insyaallah…

Akhir kata, mari lah kita hayati peribahasa ini



‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,
Kalau takut dilanda krisis air UniSZA, jangan berumah di kampus Gong Badak’

Jadi sem depan tu, boleh apply kat pejabat asrama untuk minta duduk di kampus kota. Kat situ tak de masalah air, internet pon boleh tahan laju, facebook pun tak kena block. Baik korang apply duk situ ramai2.



Sekiranya kita tak boleh nak terima keadaan ini dengan redha, berkawanlah dengan orang yang bernama redha supaya kita dapat belajar redha. Eh bukan, jangan duduk asrama, duduklah rumah sewa yang ada tangki khas untuk rumah itu sahaja, tak perlu kongsi dengan rumah lain. Tak pun , sem depan pakat dan kumpul duit dengan housemate, beli tangki air sendiri. So bila takde air pun, takde la kelam kabut sebab da ada tangki air sendiri.



Kalau tak sanggup juga, sila2 la pindah universiti dari korang asyik nak menyalahkan orang lain je. Sebab korang pun bukan suka sangat kan masuk UniSZA ni, sambung belajar kat sini pun sebab tercampak kan, so lebih baik tukar U terus. Tak gitu?



Kalau nak duk kat kampus gong badak, lepas ni kalau tak de air, sabar je..jangan melawan, jangan meluahkan perasaan, jangan marah2. Kalau melawan dan marah2 pun korang dapat apa? Tak payah la nak bersuara atau melontarkan pendapat korang. Dah2 la tu ..‘fight for justice’ la , 'fight for student's right' la,‘fight for WATER ‘ la apa la..



Yang duduk asrama baru tingkat 5, kalau kaki cramp, tak payah la nak mengadu sakit. Terlampau manja sangat. Urut kaki dengan minyak panas dah la. Ingat taw, lepas ni korang kena sabar, redha dan tawadhuk. Tunggu je bantuan datang. Kalau tak datang juga bantuan, takpe..kita redha je dengan apa yang berlaku. Itu semua rahmat dan ujian. Tak baik minta2 ni. Tangan memberi lebih baik dari tangan menerima. Sabar itu separuh daripada iman.



cadangan terakhir dari seorang sahabat

sarcasm ala amenoworld



29 comments:

iniAKU said...

siott! terbaikk laa der >__<

azimah said...

salam..

(^^)... citer kmoo ni best.. nnt tukar profession jadi penulis... gerenti dpt best seller!

mood lega yer disini.. sy tumpang berlapang dada... sgt-sgt berlapang dada... harap-harap mereka-mereka yg makan cili akan sedar ape yg cuba diceritakan... hurmm... :)

tp... gerenti ade yg melenting....muahahahaa...

Anonymous said...

"Tapi masih ada yang kata geli lah nak guna air hujan, tak bersih la sebab jatuh dari bumbung sebab burung berak kat atas tu. Isy2 apa punya manusia la korang ni yang tak pernah nak bersyukur."

sape la yg geli sgt nk gune tu
dh darurat guna jela
hahaha
adeh...

ejah

Nabil Norhalim said...

fenomena ini adalah lebih biasa dari fenomena Dr Rozmey. ada tujah menujah, ada jua mempertahan hujah dan memperjuangkan kebajikan.
salute pada pimpinan dan jemaah MAHAsiswa berfikir dan berzikir..

Anonymous said...

amboi..
wanita kalau membebel memang 24 jam xabis lg baca blog ni..

hahaha... gurau!!
sbnrnya org mcm kamu la menyedarkan ramai org.
keep up the good work!

Anonymous said...

sgt ler xbijak ikot suggestion utk pergi tukar u.
maaflah..anda nie sy kompem mmg xtaw mslah ape yg melanda.
so plz stop writing bout tis thing.
tq

aunieZ said...

iniaku : bereh derrrr

zhie xi : ahha bnyk yg ku kna plajari lg....

ejah : tah sape tah yg geli tp dia gne jugak tu wlupun geli2 hakhak

nabil : tq..speechless ble pmpin spt kamu bbicara huhu

anonymous : hehe terima kasih krana paham apa yg sy tulis :)

anonymous : sy x phm? sy terlebih phm..sbb tu sy tlis psl ni..cuba bca2 btul..n cube fhm kn sy hnya sarcasm :)

Anonymous said...

terbaek!! Caya la!!

tersirat di sebalik apa yang tersurat!!

^_^

Anonymous said...

Jangan tiru perangai orang yang buat page ‘Kami Kena Block Dengan Datuk Dr Rozmey’. Orang yang buat dan like page ‘Kami Kena Block Dengan Datuk Dr Rozmey’ tu semua bukan MAHAsiswa. So jangan nak mengada2 ye buat page macam tu.

quote yg terakhir tu.. org yg buat dan like page KAMI KENA BLOCK DENGAN DATUK DR ROZMEY tu semuanya bukan MAHASISWA... hurmmm

enaknya kamu menaip dan menuduh dan apa yg kamu lakukan ni kamu telah memFITNAH dan FITNAH tu lagi kejam dari membunuh dan kamu telah menghina org yang tak KENAL kamu langsung...

dari kau buat FITNAH dan mengatakan yg mereka bukan MAHASISWA tu bermakna mereka tak berpelajaran kalo la kamu setakap baru jd pemimpin dan menggelabah da kelam kabut bila ada yg komen mcmana kamu nak menjadi pemimpin yg paling di segani tahan dengan segala TOHMAHAN dan RUNGUTAN...

Dik oi... kehidupan sesorg bukan bergantung pada sejauh mana dia belajar tapi d ukur dan d uji dari sejauh mana dia boleh menerima akan sesuatu...

kamu ni menulis di dalam emosi yang amarah sampaikan tak pasal2 mereka di KAMI KENA BLOCK DENGAN DATUK DR ROZMEY jadi mangsa dan kamu siap menuduh mereka bukan MAHASISWA dan itu bermakna kamu katakan mereka tak berpelajaran...

TAK BAIK katakan mcm tu dan itu merupakn
DOSA BESAR.. sekadar membaca dan rasanya kamu kena turun kan rasa bangga diri kerana kamu pk kan kamu je yg masok UNIVERSITI tu pon universiti private yg leh masok dengan keputusan yg cukup2 makan... sekian

Anonymous said...

owh budak lagi.. belom matang masih mentah patot la.. ko ni mesti asal dari kg felda yg dok cerok mana ulu tanjong sanakan...

tau tau nk menghina dan menuduh org je.. tau tau ko katakan org yg like page kami kena block dengan datuk dr rozmey tu bukan mahasiswa,.. ko tu budak lg belajar pon belom habis ko tu nama je mahasiswa tp tak nak guna otak BODOH selalu je...

kalau ko guna otak ko xkan merasakan org yg bukan MAHASISWA xde pemikiran...

oit budak hingusan ubah pemikiran ko tu lebih terbuka jangan pk mcm org kg ulu tanjung sana... BODOH ko ni

sape pilih ko jadi pemimpin mmng salah la ko TAK LAYAK jd pemimpin

Anonymous said...

http://goo.gl/kLWLi

Anonymous said...

http://goo.gl/kLWLi jom masok link ni

Anonymous said...

sila click link ni http://goo.gl/a4JEr

Haziqah Auni Helmi said...

Weh... ko cakap saper yang create page anti rozmey tuh bukan mahasiswa... ko pikir balik web pe ko cakap tuh... KLIK SINI ko try bukak tuh kalau ko mahasiswa.. ko course pe weh? hebat sangatkah? setakat jadi mpp kat private u, ko tulis org yg like n create bukan mahasiswa, orang x pndang la wei.. Minta maaf ye.. aku emo sikit.. Kami cari pasal ngan DDR, bukan dengan ko.. Mungkin ko boleh cakap sebab blog ko... Tapi sebab aku dah jumpa blog ko nih, minta maaf lah... aku tegur cikit la... jangan terasa ek.. Kalau ko nak taw kami mahasiswa ke x, join the club baru ko taw.. don`t judge a book by its cover... Terima Kasih..

Anonymous said...

Apesal blog nih x de button like cam FB.. Aku nak like komen bawah2 nih...

Fahmi Raazali said...

first impression baca... ramai sgt yg menulis dgn emo nya... kat FB tu dh jadi AngryBook atau HateBook lak rasanya...

aunieZ said...

kpd anonymous2 : im so sory...sy x de mksd utk buruk2kan page tsebut..sume tu hnya la sindiran
sy hnya mnggunakan contoh n mngkin korg ada salah fhm jika korg bkn bdk U sy..minta maaf bnyk2..
sy ada tlis kat wall fan page anda
tq :)

darkTrojan said...

kau ni pn satu...xubah cam dorang gak...diorang nganjeng sbb tade air...ko lak nganjeng dorang sbb ckp xde air...ahhh...lebey kurang je...ko taw tulis je kt cnie..pndai bg idea suh wat proposal la ape ntah..aku pn mls nk bace sbb ibaratnye same je...dorang gune medium fb, ko gune medium blog..dlm erti kate lain, ko jz nk tarik perhatian je ngn wat entry ni yg bajet konon hebat dlm hal2 semasa...

drpd ko pum pam pum pam tulis kat cnie pjg berjela2,apsal ko rajinkn tgn ko tuk menulis surat bg pihak dorang..dorang ade MPP??tp xde tindakan...ahhh same je...xgune jd mpp...

akhir kate..baik2 ko nmpk "great2" dlm nie..ternyata ko lg bwh IQ ny dari dorang..=)

peace (^.^)v

soooo soorry to say la kan..=)

aunieZ said...

darkTrojan : stdnt unisza ke?
kalu awk phm, sy tlis ni bbntuk sindiran
kte ada bnyk cara utk tegur org
boleh dgn cara marah2
boleh dgn nsihat baik2
boleh juga dlm sindiran
yg 2 cara di atas sy da buat
tp respon nye negatif
alhmdulillahh cara ke3 ada nmpk positif hasil nye

sy hebat dlm hal2 semasa? x..sy x hebat mne..sy ada kata sy hnya pemerhati x btauliah
n sy pnh bhadapan dgn2 kepimpinan mpp sblum ni

sy x tulis bg pihak dorg..itu mungkin awk salah phm
n sy x mncari populartii sbb mpp pon mmg knal sy..
tjuan sy tlis pun hnya nk mnegur mereka..sbb sy syg mereka
mcm parents kte, dia tgur kte sbb dia syg kte kn? ;)

hehe btw tq krana komen :)

Anonymous said...

da best la post neh.
mmg sacastic gile..
tapi xpaham la..knp ramai yg tak paham apa yg cuba di sampaikan penulis.
pelik betol

Anonymous said...

Vote utk Haziqah jadi MPP sem dpn!!! Kalau Haziqah dapat jadi MPP, mesti 100% perfect nasib student UNISZA dan student semua Universiti kat Malaysia ni terbela dan semua student IPTA akan berkembang menjadi mahasiswa yg hebat kerana Haziqah merupakan seorang yg mempunyai banyak idea-idea yg bernas dan juga bijak dalam membuat kritikan serta sindiran.. We love u Haziqah.. Vote for Haziqah..

aunieZ said...

hehe vote vote jgn x vote..tp malang nye sy nk hbis blaja sem dpn..yahuuu..x sbar..sory x dpt mmnuhi hasrat awk utk vote sy jd mpp :)

tp apa2 pun..blaja dr pngalaman, jgn anggap apa yg org komen psl kte sume nye salah..
think positif
husnul nuzon..kn hdup lg aman n bhgia kalu gtu :D

Anonymous said...

smpai bila haziqah asyik nak main kritik2 mcm ni je? bila lagi nk jadi pemimpin? sy rasa ramai yg akan setuju jika sy ckp, "Kami ingin melihat cara Haziqah pula memimpin.."..

"Kalau haziqah jd mpp, akan selesai ke semua masalah? masalah2 mcm mpp skrg xkan timbul ke? klu haziqah jd mpp, air kat unisza ni xkan putus ke? makanan jadi murah? wireless jadi laju? klu haziqah jadi mpp, yuran akan turun ke?"

malangnya, kami xdpt melihat kemampuan haziqah.. tpi sempat melihat kawan baiknya, Ong menjadi pemimpin.. yg peliknya, mengapa time Ong jadi mpp dan Sabir jd MPP, haziqah tidaklah selantang seperti sekarang? ada personal interest ke? hanya Allah yg tahu kan.. tpi apa pun haziqah, niat mesti betul ye.. kita tak boleh asyik nak kritik2, kene tgk kemampuan diri kita jugak.. menghasut dgn mengguna apa cara skalipun, yg membawa kpda kesan -ve, xelok ye.. fikir2kanlah.. renung2kan dan selamat beramal..

aunieZ said...

erk..maaf jika anda merasakan sy mngkritik..
tp apa yg sbnrnye sy ingin smpaikan, sy hnya mngkritik cra2 org mnjawap soalan bak kata mr isa , beliau suka melihat cara manusia mmberi tindakbalas thapd krisis yg mnimpa
bg sy cara mmerli2 di atas adalah tidak patut bg seorg pmimpin dan saya pon telah btnya kpd stdnt2 apakah respon mereka jika sseorang itu mmberi jwpn sbgtu

sy x kta pon kalu sy jd pmimpin smuanya akan slesai sklip mata, tp cara kte mmberi respon thadap org, cara kte myelesaikan masalah tnpa mmbuat org lain lg bngang ngn kte, itu yg sy mksd kn...sy x kata mpp x wt kje sbb sy mmg nmpk mereka wt kje.

cbe tnya knapa org yg stuju dgn apa yg sy tulis ni? tnya knpe mereka stuju?

hehe..tringin ingin mlihat sy mmimpin? mngkin da x smpt sbb sy nk hbs blaja..hukhuk

adakah anda pasti smasa ong dan sabir mnjadi mpp sy x slantang skarang? adakah anda pernah mngikuti blog sy sblum ni? boleh klik kat label bwh ni n tgk btul ke sy x pnh mngkritik kpimpinan mereka.

apa2 pon sy tulis entri ni sbb hnya tjuan mngur supaya mereka mnjadi lebih baik. sy pnah ckp scara biasa tp dorg ade marah jge. n sy wt cara bgini pun sma juge keadaanye

PM kte pnh tsalah ckp smasa pilihanraya kecik di sabah suatu masa dulu
beliau bgtahu kpd pngundi2 di sna
"lets make a deal, i help u,, u help me"
mngkin krana ayat tsebut BN telah kalah di kwsn tsebut

tok guru nik aziz kdg2 bcakap , ada juga mereka yg salah tafsir

ini baru kte sbgai stdnt. cmne kte nk hdapi dunia pkerjaan sbnr di mana stress keje itu lbih tinggi. sbb tu prkhidmatan awam org skmo kata bg prkhidmatan yg kasar. knpe dorg kasar? sbb dorg x dpt nk handle stress sgn baik...

so kat cni sy bharap yg pmimpin2 kte mnjga cara bcakap n mmberi respon supaya dihormati. ble jd public figure, org akan tgk apa yg kte ckp, kte buat n org akan dgn mudah serang kte kalu kte salah

harap2 bleh bfikiran tbuka dgn apa yg sy ingin sampaikan..

n btw..knpe x tlis nama anoynmous? kalu brani keluarkan statement pasti berani tonjolkan diri jgk ;)

n sy mmg x de niat nk gduh..kalu tnya kwn2 yg rapat ngn sy, dorg thu sy bkn jnis yg ske gduh. tp kdg2 kte berkata juge wlupun perkara itu pahit

btw terima kasih krana mmberi komen :)

Anonymous said...

sy gune anonymous setelah melihatkan trend student unisza masa kini yg suke baling batu sorok tgn, ingin bersuara tapi xberani, mengkritik dgn cara menyindir.. klu betul nak kritik, haa, pergi depan-depan, face-face, bukan facebook-facebook.. ni x, bile jumpe depan2, mulelah malu-malu kucing dan sebagainye.. mcm ni ke nak berkembang? sedih..

apa pun, sy xsuka cara awk yg sindir2 dan kritik2 ni.. bnda2 mcm ni lah yg menjatuhkan serta meregangkan ukhwah sesama student di unisza.. ape pendirian awk sbnrnye? memerhati kepimpinan dari belakang dan mengkritik jika mereka buat salah? atau menyokong serta membantu mereka dgn tgn sendiri utk memajukan unisza? awk xabis2 nk mengkritik dan jika awk xsedar, sdikit sbyk action/kritikian/blog/ facebook yg awk buat tu sume telah mengapi-apikan student unisza.. ia membangkitkan kemarahan dan bila ada kemarahan, timbul lah benci membenci.. awk mngkin kate awk betul dan rmai yg setuju dgn awk, tp awk kene fikir tntg kesan -ve nye juga.. jgn wat ape2 ikut sedap awk.. fikirlah elok2.. dah nak abis belajar pun still nk wat hal lagi ke? xboring?

mgkin awk ni jenis student yg xmemahami keadaan.. meh sy bagi satu contoh and awk leh test diri awk sama ada awk ni mmpunyai minda menyokong/membantu atau jenis yg mengkritik dan menjatuhkan.. scenario mcm ni..

Lorong Jujur yg belum di-tar hingga kini.. tpi wat masa ini, kerja2 mmbuat jalan pejalan kaki ke hepa sedang dijalankan.. ape reaksi anda?

A> "ape lah mpp/hepa/unisza ni, ada ke patut dorg wat pejalan kaki ke hepa tu dulu, patut dorg lebih utamakan lorong jujur sbb lorong jujur tu digunakan oleh student hari2 ke kelas.. dari aku mula sem, n skrg dah nak habis belajar pun x tar lagi jalan tu, yuran makin naik, tension betul.. xpe2, nnti aku post kt fb, biar mpp/hepa sedar ckit yg dorg tu xbuat keje, mesti ramai setuju dgn aku.."

B> "wah, xlame lagi ada pejalan kaki ke hepa, bestnya, tpi kenapa hepa xfokus tar-kan lorong jujur dulu ek? xpe, mungkin mereka dah ada perancangan mereka sendiri, xlame lagi tar la tu, mpp dh suarakan pada mereka kan, mereka mesti dah tahu perkara ni.."

Jd Haziqah, ape jawapan awak? A atau B? jwp dgn jujur sbb rmai yg menanti nak melihat jwpn awk.. dan tidak, takde jwpn sendiri ye.. hanya A atau B.. Selamat Menjawab..

Anonymous said...

Menongkah arus bukan nya salah. sapa suruh pandang arus dari perseptif negatif. heh

amenoworld.

aunieZ said...

owh npe perlu nk ikot trend mereka ? npe x ikot trend sy yg kalu btul sy nk kritik , sy akan wt scara open n x bling batu smbunyi tgn..? kalu btu la awk mmpunyai pndirian sndiri, awk x perlu terikut2 dgn trend sbgtu. n sbb itu la tjuan sy. sblom sy pos entri ni, bnyk kali sy fkir btul ke apa sy buat,sbb sy thu akibatnya sy akan dibenci oleh mpp2 yg mrupakan sahabat sy juge. tp niat sy hnya utk mngur. sy teringin nk wt ayat puitis cm saudara aizat annur n absar burhan tp sy x mmpu wt ayat spuitis itu. n kalu btul la sy x redy dgn apa yg bakal berlaku, sy x kn tulis. even absar burhan yg pnah mnegur n mnulis ayat seputis itu pun pndapat nye tidak dpt diterima juga.

sblom sy pos blog ni pon sy da fikir bnyk kali, btul ke tindakan sy? bkn ke kalu sy tulis cmni, sy akan dibenci oleh mpp yg most of them are my frens. npe sy nk cri gduh ngn kwn sndiri? sdangkan sy bkn org yg jnis ske gduh

kalu x suke cara sy, plz give me suggestion cmne nk tegur..nk ajak mpp jumpe sy? boleh je..sy tgu gk sbb tahu mereka x puas hati dgn sy. tp xde pon..sy tringin nk tgk mpp komen apa yg sy tulis, tp xde spe yg brani komen cm kpimpinan dulu

kalu kpimpinan time sabir, saudara aizat n isa komen di blog sy wlupun saudara isa kdg2 gne anonymous gk ;) time irfan pula, saudara asrul, saudari anom n nisa brani komen ke blog sy tnpa mnyorok mnggunakan anonymous. ada yg komen marah2 tp ada yg mnrima tguran sy scara tbuka n leh ckp baik2. sy puji mereka.

mngkin tahun ni sy kurang join program mpp n sy x dpt komen program yg mereka anjurkan. sy x dpt nk join krana komitmen sy ngn stdy wlupon sy teringin sgt nk join.

kalu kpimpinan dulu, sy slalu join program mereka, dan bila sy join sy akan mmberi komen dan pujian kpd mereka. sy bkn sorg yg berat sblah. jika sy nmpk ssuatu itu baik n sy kagum, sy akan puji. kalu sy nmpk kurang molek dr pndangan sy dan juga pndangan org lain, baru la sy mmberi tguran. sy x kn brani mnegur jika sy sorg je rasa x elok di mata sy

aunieZ said...

sy da ulang x thu bpe kali, mngkin entri ini bbentuk sindiran , tp tjuan sy tulis entri ni sbb sy nk tgur je cara mereka mnjawap soalan. itu je..minta mereka menilai blk adakah patut seorang pmimpin bcakap bgtu kepd org di bawahnye. n sy tlah minta pndangan n komen yg jujur dr stdnt, respon dan reaksi apabila mndengar pmpimpin bcakap bgtu. sy biarkan mereka bsuara tnpa dibayangi oleh sy. nah..jwpn nye sume sama. mereka rasa x ptot yg mmimpin bcakap bgtu. sbb itu la sy mnegur mereka sbb sy x mahu mereka mngulangi ksilapan

kalu nk thu, sarcasm adalah salah satu cara menulis blog. mngkin anda x pnh tbiasa dgn pnulisan bgini. bkn sy x pnh tgur mereka scara biasa sblum ni. pnh dgn cara ayat biasa je. tp mereka x dpt terima juga. saudara izzudin, tydp mpp skrg ni pon pnh kritik kpimpinan mpp dulu. bleh tnya beliau cara beliau mngur mpp dlm blog dulu cmne.

sy hrap awk husnul nuzon ngn sy sbb sy totally xde niat nk api2kan stdnt. xde langsung niat sbgtu wlupun setitik. mcm sy ckp, sy hnya nk tgur je..salah ye sy mngur shabat sy yg mlakukan ksilapan? salah ye sorg sahabat mahu mmbawa sahabatnye yg telah tsalah arah?

sbb sy nk hbis blaja la sy tpanggil utk mnasihat adek2 sy wt kali terakhir. sbb sy x nk mereka trus hanyut dgn arah mereka sndiri. org kata kalu kte x syg org tu, kte x kn kesah n cara kat dia kn. lantak la dia nk jd apa pon. tp kalu kte syg , mst kte rasa nk tgur dia utk btulkan keadaan

cuba keadaan terus blarutan bgini. kalu sy x tuils cmni pun stdnt skrg da bijak my dear utk nilai keadaan .

jwpn sy tntu la B. sbb sy thu yg mpp telah usulkan, n sy nmpk apa yg mereka usulkan. knpe sy nk mnentang. lgpun itu bkn kuasa mereka utk tntukan projek mne yg harus jln dulu

sy pasti awk rsa sy ni seratus peratus nk condemn mpp je. sbb awk x knl rapat ngn sy. kdg2 ble ade org kutuk mpp n sy rasa mpp x salah, sy akan tnangkan mereka n bgthu keadaan sbnr. kalu sy nmpk apa yg mpp buat tu bgs, sy akan puji mereka dgn kwn2 sy..sy seorang yg optimis, sy suke husnul nuzon

saudara anonymous, kalu awk msih x puas hti ngn sy, kte leh btentang mata spt awk ckp kn td, sy sdia jumpe awk. nk numb sy, bleh minta dr mpp sbb sy pasti mereka ada numb sy

sy hrp awk leh husnul nuzon ngn sy :)

amenoworld : LIKE ! thnks sbb sudi singgah blog x sbrape ni :)

Majdah said...

tebaek ;)

Google