Alhamdulillah, another meaningful moment in my life. One step
closer to complete my imaan.
Alhamdulillah, majlis pertunangan saya berjalan lancar pada
tarikh tersebut setelah menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Ecewah. Alhamdulillah,
majlis pertunanganku berjalan dengan lancar, tenang, simple dan ramah bak kata
tunangku. Alhamdulillah dapat berjumpa dan berkenalan dengan keluarga bakal
mertua . Alhamdulillah, lauk pun sedap bak kata para tetamu. Alhamdulillah,
saya rilek je sebelum majlis bermula. Cuba menggeletar sikit la masa sarung
cincin tu. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Dia lah sebaik2 perancang.
Terima kasih tak terhingga kepada emak, abah, adik2 yang
bertungkus lumus, berpenat lelah, kemas rumah, setting khemah dan kerusi,
tempah catering. Terima kasih kepada ahli keluarga kerana memeriahkan majlis
dan membawa makanan yang enak di majlis kami. Terima kasih kepada sahabat2 yang
tersayang, Majdah yang tolong makeup. Khadijah yang tolong pakaikan tudung, Kak
Azimah dan Kak Hidayah yang tolong buatkan hantaran. Terima kasih atas
pertolongan kalian. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Aminn….
Facebook fan page yang saya suka like sekarang adalah berkaitan dengan wedding / majlis perkahwinan. Oleh kerana bajet saya comel2 je untuk majlis perkahwinan saya nanti, sukalah saya nak DIY wedding saya nanti.
Jadi antara fanpage facebook yang saya suka dan selalu tengok adalah SuperCun Wedding Rental!
Kalau korang macam saya juga, tak nak majlis perkahwinan nanti membazir,murah dan boleh jimat beribu2 tapi still nak majlis yang cantik, gorgeous dan supercun, korang kena la like SuperCun Wedding Rental
Apa yang ada dalam SuperCun Wedding Rental?
Kat sini korang boleh sewa macam2 yang korang nak untuk majlis perkahwinan korang seperti Photobooth & Wedding Rentals , Guestbook Corner,bekas hantaran,camera polaroid, baju nikah/ veil dan macam2 lagi. So bila sewa, korang dapat berjimat banyak dan boeh guna duit untuk hidup korang selepas kahwin nanti weeee...
Kat SuperCun Wedding Rental, korang just pilih mana2 barang yang korang suka daripada koleksi mereka dengan harga yang sangaatttt berpatutan dan jimat masa tak payah nak susah pergi satu kedai ke satu kedai lain untuk beli barang DIY majlis korang nanti.
SuperCun Wedding ni adalah photobooth specialist. Lagi pelik tema wedding korang, lagi dorang suka tahu ! Kalau korang suka tema vintage, lagi lah SuperCun Wedding Rental boleh buatkan satu tema vintage marvellous untuk wedding korang sebab dorang memang pakar dan suka vintage theme.
Sejarahnya SuperCun Wedding ni sebenarnya adalah " Online Rental Store" bagi barang-barang perkahwinan seperti dekorasi, dulang hantaran, centerpieces, alatan pelamin dan sebagainya. Semuanya adalah barang-barang daripada Majlis Perkahwinan tuan punya kedai.
Kepakaran SuperCun Wedding
1. Photobooth:
Photobooth berdasarkan Wedding Theme pilihan customer (cth: retro/english vintage/malay vintage/tradisional/balinese/fairy tales/arabian etc) ..
2. Guestbook Corner:
Mereka mementingkan kreativiti dengan menggunakan alatan2 yg pelik untuk tetamu korang menyampaikan ucapan pengantin baru kpd anda.
Kalau korang nak pergi melawat kedai SuperCun Wedding ni, korang bolehlah ke Teratak SuperCun, Meru, Klang.
Nak tengok gambar2 dan berinteraksi bersama mereka, boleh la like facebook, follow blog dan website SuperCun Wedding
Selepas adik bongsuku habis UPSR, aku dah janji dengan dia
nak bawa pergi berjalan2. Makanya dia pun telah memilih untuk ke Aquaria KLCC
untuk lawatan sambil belajar konon2.
Kami telah pergi bersama buah hatiku, konon2 kitorang ni
pengiring lawatan la. Adik aku ajak kawan dia sekali. So dalam pukul 12pm
selepas mengharungi kesesakan lalu lintas , kami pun sampai di KLCC.
Mula2 aku ingatkan Aquaria KLCC ni terletak di KLCC tetapi
rupanya terletak di KL Convention Center. Ala yang tempat orang selalu buat PC
Fair tu. So kalau parking kat KLCC, korang boleh lalu laluan di luar iaitu
melalui taman KLCC atau pun jalan bawah tanah. Kalau nak ikut jalan bawah tanah
, korang cari level C atau yang ada Watson, Maybank dan sewaktu dengannya. Then ikut
je signboard tulis Aquaria KLCC.
Harga tiket Aquaria KLCC berharga RM 25 untuk kanak-kanak2
bawah 12 tahun dan RM35 untuk orang dewasa. Untuk pelajar, dinasihatkan membawa
kad pengenalan atau student card untuk mendapatkan diskaun.
Masa masuk2 je Aquaria, korang akan jumpa ikan piranha! Ikan
yang makan budakkk..!!!! Er bukan..ikan yang makan daging manusia..er bukan juga…ikan
yang makan….Aku pun tak pasti sebab dalam cerita kat movie kan dia makan daging
:B Muka ikan piranha ni macam toya je..banyak la juga ikan piranha dalam
aquarium tu.
Jalan sikit , korang akan jumpa dengan 3 kolam kecil yang
mempunyai tapak sulaiman dan 2 jenis ikan lain. Lepas tu jumpa belut elektrik,
dan macam2 hidupan laut yang lain.
Mungkin part yang paling teruja sikit adalah terowong ikan. Korang
macam akan masuk satu terowong dan atas kepala dan kiri kana korang ada
aquarium. So sepanjang terowong tu, boleh Nampak dan tangkap gambar macam2 ikan
seperti akan jerung, ikan pari dan ikan lumba. Ok tipu. Ikan lumba2 tak ada ya
kawan2.
Kemudian sebelum keluar, boleh la membeli cenderhati sebagai
kenang kenangan untuk lawatan ke Aquaria KLCC ni. Macam2 ada, ada tshirt, ada
anak patung, ada aquarium kecik, ada keychain, ada pen, ada fridge magnet. Aku beli
fridge magnet je sebab itu sahaja la yang Nampak menarik dan murah di mataku.
Kesimpulannya, kalau korang memang suka ikan, Aquaria KLCC
memang tempat untuk korang untuk lebih mengenali ikan dan hidupan laut yang
lain sebab setiap pameran ikan dan hidupan air yang lain, disertakan sekali
penerangan tentangnya. Tapi sebenarnya, lebih best ke sini bersama kanak2 yang
belum baligh sebab lagi teruja nak tengok ikan2. Cuma kat sini, gambar gelap
sikit if korang guna kamera tak mahal mana dan sebab tak boleh guna flash,
takut2 ikan terkejut dan mati lemas. Eh, tak ek?
Dan kalau dah tak tahu nak jalan mana kat KL ni, boleh la
datang berdating di Aquaria KLCC.
Kalau nak baca versi kekasih hati punya version pula tentang review Aquaria KLCC, boleh la klik link tersebut.
29 September 2012, Saturday, It is my best colleague wedding
day yehh!! Wedding Shazwina dan Ronni berlangsung di Hotel Singgahsana Petaling
Jaya. Sepatutnya saya ke majlis ini bersama bff ku tapi disebabkan masing2 ada
agenda lain, maka daku pergilah bersama adik bongsuku.
Majlis bermula pada pukul 8pm tapi disebabkan takut
kesesatan dari jalan yang lurus, pukul 630pm saya dah sampai di hotel .
Sementara itu bolehlah bersolat maghrib di surau hotel sambil bermakeup2. Tebal
juga pertama kali makeup tapi cepat2 remove sebab adik aku bising.
Jadi antara orang yang terawal masuk dewan. Sambil tunggu
orang masuk sambil melihat keadaan sekeliling. Mula2 macam terkejut jugaklah
sebab kenapa ramai sangat orang Cina ni. Aku salah pergi wedding Cina ke
macamana? Tapi kemudian baru teringat, Ronni, suami Wina adalah berdarah
campuran Cina dan Melayu. So ramai lah saudara mara beliau yang berbangsa Cina hadir memeriahkan majlis
Pukul 830pm pun pengantin pun sampai. Raja sehari yang
cantik bagai pinang dibelah dua dengan baju sepersalinan putih liplap liplap
memang nampak glamorous. Cepat2 saya pergi ambil gambar pengantin. Sebenarnya nak bagi
Wina perasan saya ada di situ hihi. Selawat menyambut kedatangan pengantin masuk ke dalam dewan. Kemudian bersanding di pelamin yang indah.
Selapas bersanding, pengantin pun menuju ke meja santapan . Tetamu pun apa lagi, terus menyerang makanan yang enak. Makanannya memang sedap
la, ayam percik, ikan sweet sour tu fevered aku di majlis tersebut. Kemudian dessertnya
adalah sagu gula Melaka. Nyumnyum kenyang Alhamdulillah
Kemudian acara potong kek dan kemudian majlis pun berakhir. Pengantin
dan keluarga menunggu di luar dewan untuk bersalam bersama tetamu. Masa
bersalam dengan para tetamu tak sempat la nak bergambar dengan pengantin. So kena
tunggu semua tetamu pulang , then cepat2 ambil peluang untuk bergambar bersama
pengantin.
Kepada Shazwina dan Ronni, Selamat Pengantin Baru.
Barakallahulakuma. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Jadi suami isteri yang
soleh solehah, dapat anak comel cepat2, selamat melayari bahtera baru, happy
sokmo. Gonna miss wina sebab dia bakal menjadi orang Johor.
Wina memang seorang kawan yang sangat baik, kami selalu
borak2, gosip2, bercerita macam2 masa duduk sebelah2 kat ofiz dulu. Selalu
tolong saya untuk buat design. Banyak saya belajar dari dia. Gonna miss her so
much. Nanti saya turun JB saya datang melawat rumah awak ek hehe.
Selamat Hari Raya ke 11 hari!! Minta maaf zahir dan batin kalau banyak merepek dalam blog. Tapi rasanya macam dah kurang merepek dalam blog. Ye tak?
Dah tajuknya raya mesti la isi dan gambarnya juga pasal raya kan...tak banyak gambar pun raya tahun ni tapi meriah tetap meriah juga la
Malam raya pertama pastinya berkumpul bersama family di Ampang. Bertakbir bersama-sama menyambut kedatangan syawal yang meriah. Makan2 yang enak pastinya. Makan macam tak ingat dunia ye juga.
Tapi yang seronoknya beraya dengan orang baru , orang yang baru lahir ke dunia la..Al-Iman Danish. Hensem boy baby Iman!
Lagi sorang comel girl kita berjumpa pada esok harinya..tapi dah malam sangat..ummi Iqa tak sempat nak amik gambar Sofia Nabihah.
ondaway beraya ke Ampang
Hari raya kali ni special sikit sebab hari raya pertama dan pagi raya dah ada orang datang beraya. Kalau dah datang raya pertama tu, nampak lah kespecialan sikit kat situ kan mihmih ♥
Raya kedua dan seterusnya, kami beraya di Teluk Intan. Sampai2 dah petang, jam sikit la..ikut jalan dalam..kalau highway confirm berjam jam. Raya kat Teluk Intan kali ni, tak ke mana2 sangat, hanya tolong2 mak de bila ada orang datang beraya.
Habis part one. Masih ada banyakkkk hari lagi jadi maknanye banyakkkk open house lagi dan banyakkkk jammmmmmm jugak la....Enjoy your raya!
So amacam puasa kali ni? Dah tertinggal di awal? Atau sudah
tertinggal di tengah2? Belum lagi? Mungkin raya awal la awak
Alhamdulillah, puasa kali ni masih dapat berpuasa bersama
keluarga. Alhamdulillah Ramadhan kali ni dimudahkan olehNya sebab tempat kerja
( to be exact : class ) dekat je dengan rumah, 10 minit je dari rumah woi.. Alhamdulillah
kerana dapat berterawih, membaca quran dengan bersungguh2...Alhamdulillah puasa
kali ni dapat ke bazaar Ramadhan
So my favorite bazar Ramadhan kali ini adalah bazar Ramadhan
Stadium Shah Alam. Setiap kali pergi, dah aim nak beli apa. Eh sebelum pergi
dah pikir , hari ni nak beli ini, esok nak beli itu, tak boleh nak tamak beli
semua sekaligus.
Alhamdulillah Ramadhan kali ni dapat berbuka puasa bersama
classmate UniSZA di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Alhamdulillah cuaca baik,
tempat menarik, makanan sedap : nasi tomato dan ayam masak merah, karipap comel
zhie xi, air twister, buah, dapat kumpul ramai2, dapat bersolat dan berterawih
ramai2, dapat kek hari jadi lagi! Terima kasih kekasih hati ejah dan majdah for
surprise birthday cake. Love it!
Korang pula macamana? Oh puasa kali ni memang meriah makanan
di Instagram.
I call this kuih muih PAS sebab semua kuih warna hijau. LOL.
Kuih dibeli di bazar Ramadhan Stadium Shah Alam.
Siapa tahu apa itu jubli perak? Jubli perak tu maksudnya dah 25 tahun. Ye itu adalah umur terbaru saya. 25 tahun lahir ke dunia pada 20 Julai 2012.
Tahun ini, saya sengaja hide kan tarikh hari jadi dari kelihatan di Facebook dan saya tutup wall saya supaya tiada yang menulis di wall. Haha sahaja malas nak dapat notification dan wish “HB” sahaja. Kalau rakan2 yang betul2 ingat, pasti mereka ada cara lain untuk wish seperti di SMS, Twitter, PM di Facebook. Dan mereka yang wish hari jadi saya tentulah mereka yang betul2 ingat hari kelahiran saya ♥.
Dan wish yang paling saya suka dan gembira tentulah wish terakhir dari awak ♥. Ehem2 walaupun pukul 12am saya dah tertunggu2 wish itu dan telah mengspoilkan hari jadi sendiri kehkeh
Sambutan hari jadi? Oh tiada sambutan yang betul2 sebenarnya.Sambutan dari diri sendiri untuk diri sendiri. Hari sebelum 20 Julai, saya telah membeli pavlova sempena hari jadi saya. Beli sendiri untuk diberi makan kepada ahli keluarga. Emak pula telah memasak spaghetti yang enak untuk santapan malam sebelum hari jadi.
Saya beli pavlova tersebut dari mama kepada Hanis Zalikha. Rasanya? Bak kata orang ganu “manih letingggg” . Mungkin kurang sesuai dengan lidah saya yang tawar ini. Harganya RM120. Ada yang suka, ada yang tak mampu makan. Tapi kat dalam dia serius sedap, Cuma luar kurang whipped cream. Kalau banyak pasti enak sekali
Ok nak cerita apa lagi ya? Malam hari jadi tentulah ke surau untuk solat tarawih. Jadi kita sambut hari jadi di surau sahaja.
anyway....
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak
Selamat hari jubli perak kepada diri sendiri
Selamat berpuasa
Selamat bertarawikh
Selamat bersahur
Selamat berpuasa
(*^^*)
Ada suatu ketika tu, saya teringin sangat nak makan red
velvet cake. Kan tengah in sekarang red velvet ni. Nak beli macam tak tahu nak
beli kat mana. So saya pun mencari2 resipi kek red velvet dan cuba membuatnya
setelah mengumpulkan semangat kerajinan.
Anyway inilah rupa kek red velvet saya yang tak cun mana. Tapi
Alhamdulillah sedap sebab bff saya asyik suruh saya buat red velvet cake ni
lagi. Hahah tengoklah kalau saya jumpa kerajinan dan keinginan untuk makan
kembali.
Anyway, saya tak ikut resipi sangat untuk topping cheese dia
sebab tak jumpa satu bahan iaitu mascarpone. So main pandai2 je buat,tengok
resipi lain, buat resipi sendiri dengan berinovasi, agak2 apa yang patut dan Alhamdulillah
jadi juga. Amazing kan :p
Resipi kek red velvet ni saya ambil dari sini sebab gambar
kek dia mengancam, jadi saya cubalah resipi ni. Selalunya saya akan buat
pemilihan resipi berdasarkan rupa nya setelah dimasak dan cara2 nya yang mudah
U know how i love Terengganu. So whenever i get chance to go Terengganu, the chance shouldn't be missed. OK, i lied. This time, i don't feel like wanna going out of Shah Alam because i just want to lazy around at home on weekend. But my dad make a cute face to ask me to send my sister back to UiTM Dungun to start her new semester
These are some pictures that i snapped around UiTM Dungun.
Suddenly i feel missing my campus life. Of course it is different from working life that is very hectic every week. During campus life, i have more time to relax and enjoying free time with friends.
One of Terengganu food that yous shouldn't be missed when visiting Terengganu, Nasi Minyak with gulai ayam FTW!
If you are craving for the best keropok lekor in Dungun, please search for Kedai Keropok Sri Sura. Just find a green signboard at Pantai Dungun and you will enjoy tasty and delicious keropok lekor in Terengganu. They also got facebook!
Kalau nak makan laksa utara yang kuahnya pekat di Shah Alam,
saya recommend Laksa Utara di Seksyen 7 Shah Alam. Kuah laksanya memang pekat,kaw dan terangkat.
Ia terletak di jalan yang nak menghala pintu masuk
I-City . Kalau
korang pernah pergi I-City Shah Alam,mesti pernah Nampak ada kedai2 dan macam
bengkel2 sebelah kanan sebelum masuk ke I-city kan ? haaa..kat situ la terletak
tempat penjualan Best Laksa Shah Alam. Lokasi Cendol Pulut/ Tapai Laksa Utara
Buat pengetahuan anda semua, laksa ini bukanlah dijual di
kedai tapi di sebuah lori di tepi jalan. Korang kena jalan sampai hujung
deretan kedai dan bengkel tu dan mesti korang akan jumpa lori jual laksa ni.
Harga laksa ni murah sahaja, hanya RM 3.50. Boleh makan di
situ atau boleh bungkus.
Kalau tengok orang yang datang makan kat situ, memang
penuh lah..ada kerusi yang disediakan, jadi anda boleh menikmati laksa utara
yang lazat dengan melepak di situ. Kalau nak tengok orang yang datang ke situ,
memang beratur panjang, tapi jangan risau, servis mereka memang cepat. Jadi anda
tidak perlu menunggu terlalu lama untuk makan laksa utara yang enak itu. Review di foursquare pun semuanya bagus2 belaka seperti : Sataq d. March 21, 2011 "mmg power.. smpai ngigau mlm teringat power laksa nih..."
Selain laksa utara, cendol pun ada dijual di sini. Ada 3
pilihan untuk cendol; cendol biasa, cendol tapai dan cendol pulut. Sambil makan
laksa, boleh minum cendol yang dapat melegakan tekak di hari panas.
Jadi, jika anda mencari laksa Shah Alam dan juga cendol di Shah Alam, boleh la datang makan atau bungkus di lori yang menjual laksa utara
dan cendol ini yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Sekali beli, pasti beli
banyak2 lagi