Sunday, December 16, 2012

24 November 2012 / 10 Muharram 1434H

Alhamdulillah, another meaningful moment in my life. One step closer to complete my imaan.


Alhamdulillah, majlis pertunangan saya berjalan lancar pada tarikh tersebut setelah menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Ecewah. Alhamdulillah, majlis pertunanganku berjalan dengan lancar, tenang, simple dan ramah bak kata tunangku. Alhamdulillah dapat berjumpa dan berkenalan dengan keluarga bakal mertua . Alhamdulillah, lauk pun sedap bak kata para tetamu. Alhamdulillah, saya rilek je sebelum majlis bermula. Cuba menggeletar sikit la masa sarung cincin tu. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Dia lah sebaik2 perancang.


Terima kasih tak terhingga kepada emak, abah, adik2 yang bertungkus lumus, berpenat lelah, kemas rumah, setting khemah dan kerusi, tempah catering. Terima kasih kepada ahli keluarga kerana memeriahkan majlis dan membawa makanan yang enak di majlis kami. Terima kasih kepada sahabat2 yang tersayang, Majdah yang tolong makeup. Khadijah yang tolong pakaikan tudung, Kak Azimah dan Kak Hidayah yang tolong buatkan hantaran. Terima kasih atas pertolongan kalian. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Aminn….

Kek dan cupcakes tunang ditempah pada Jasmeen Home Delight

p/s : Saya suka baca blog yang ditulis oleh bakal abang ipar dan biras saya tentang majlis pertunangan kami :)



3 comments:

hnahdy said...

tahniah :)

greenveined said...

Tahniah kakak!! moga cepat2 melangsungkan majlis perkahwnan plak~ insyaallah.

muhamad zairi bin marzuki said...

Alhamdulillah..tahniah ya..moga dipermudahkan segalanya bersama pasangan..=)...

Google