Thursday, November 01, 2018

NATURAL BAZAR.DREAM COMES TRUE.

Sejak terjebak dengan produk natural n organik ni, selalu teringin untuk menganjurkan natural bazar. Sebab nak kumpulkan semua penjual barangan natural n organik satu bumbung.
Sendiri nak start macam takde bakat 😅 sebab im a follower. So bila Sarah Fadzil start idea untuk natural bazar, terus ku nak join jadi commitee. Sesungguhnya aku memang suka buat event.


Mula-mula sambutan macam sendu juga, tak ramai nak join bila kami iklan kan booth sebab syarat natural bazar agak ketat kerana hanya produk2 natural n organik je kami terima masuk. Kami akan tanya ingredients setiap produk.
Tapi bila da terjumpa Nor Azlin Kamarudin dan Norsolehah Shaharum yang ramai kenalan dalam natural produk so makin bertambah vendor yang join. Dan macam biasa, last2 makin ramai tanya ada booth lagi tak walaupun da penuh.

Cabaran2 untuk buat natural bazar ni ada macam2 juga especially masalah duit n knowledge. We started from zero knowledge. Walaupun sebelum ni daku pernah buat garage sale kat apartment seri jati tapi memang tak sama sebab ada macam2 requirement bila buat kat tempat public.


Mula2 charge untuk booth pon rasa macam mahal, ada ke yang nak buka booth nanti? Sebab most of them peniaga kecil sahaja. Dan niat kami memang nak tolong promo untuk usahawan kecil ni. Dan charge untuk booth pon kami hanya charge untuk bayaran sewa tapak kepada bangi gateway sahaja. Kerusi meja, carpet, pentas ,promosi semua kami cari dana sendiri melalui jualan cold press juice, sponsorship dan infaq dari rakan2 dan sahabat. Alhamdulillah ramai yang menolong.

Selepas itu, makin dekat event makin banyak sponsorship datang dalam pelbagai bentuk. Dari doorgift untuk goodies bag, hadiah lucky draw, wang ringgit, untuk menolong dana jualan, syukur sangat rasa sebab semua bagi lebih. Moga murah sangat rezeki yang menolong dan menaja event #naturalbazar2018 ini.
Dalam goodies bag saje ada lebih 15 barang natural n organik. Memang satu tarikan besar. Bila start registration, ramai da beratur nak goodies bag 😍


Alhamdulillah syukur sangat tengok pengunjung datang ke Natural bazar pertama kali. Tak putus2 orang datang dari pagi ke malam. Ku sangkakan ada time2 tertentu mungkin tak ramai, tapi tengok setiap booth penuh je orang sentiasa.
Feedback dari vendor pun semua puas hati dengan jualan masing2. Cuma ya tempat yang kami dapat agak kecil jadi agak padat dengan orang ramai.

Ramai tanya memang kenal ke semua commitee ni, semuanya ku kenal di alam maya sahaja 😁 tapi alhamdulillah dapat committe yang bededikasi dan buat kerja , sumbangkan tenaga dan wang ringgit tanpa berkira. Seminggu sebelum event baru dapat jumpa dan kenal semua committee tapi borak macam da kenal lama.
Speaker2 pon best. banyak ilmu baru yang kami dapat.
Jumpa di natural bazar 2.0 . Dengar kata semuanya tak sabar tunggu next event. baik committe mahupun vendor 😘
Follow Facebook Natural Bazar untuk Update terkini event yang akan datang
https://www.facebook.com/naturalbazar2018/


Wednesday, July 11, 2018

TIPS WEAN OFF/PUTUS SUSU UNTUK ANAK YANG BERUMUR 2 TAHUN KE ATAS


Alhamdulillah diberi rezeki menyusukan anak sampai umur 2 tahun tapi pening bila dah 2 tahun anak lagi kuat melekat sampai mak tak dapat nak buat kerja lain sebab kerjanya asyik nak melekat je dengan mak. Siapa macam ni? 🙋
Sebenarnya lepas 2 tahun anak bukan nak menyusu sangat tapi lebih kepada comfort kan diri dia je. Lagi-lagi kalau yang jenis makan banyak, insyallah dia kenyang da sebenarnya tapi nak clingy dengan mak je.
Masa Hud hampir 2 tahun pun situasi macam ni berlaku dekat saya. Kuat menyusu, tak boleh tengok mak duduk atau baring, terus nak datang menyusu.
Di sini saya share cara saya wean off anak tanpa perlu letak sebarang makanan tak sedap di nipple anda 🙈
1) TARGET
- Target bila nak berhentikan menyusu dia. Kena ada keazaman yang kuat. Macam saya, bila Hud umur cecah 2 tahun, da memang target nak wean off Hud. Tapi masa tu birthday dia jatuh sebelum puasa. So bagi bonus sampai raya, baru kita wean off sebab takut bulan puasa dia meragam, mak tak larat nak handle.
2) DOA
- Doa semoga Hud mudah wean off. Talk to ALLAH , semoga anak senang wean off.
3) SELALU BERITAHU ANAK UNTUK WEAN OFF
- Tiga bulan sebelum umurnya 2 tahun,kerap beritahu Hud yang dia da besar, tak boleh menyusu badan, susu da habis lepas tu cuba tidak beri. Memang anak menangis,mengamuk semua tapi tetap cuba lagi hari-hari
4) SIBUKKAN ANAK
- Lekakan dia dengan bagi dia bermain,kalau dia suka main dengan kawan- kawan, bagi dia main sepanjang hari. Biar dia penat, nanti boleh senang tidur sendiri.
5) BERI PENGGANTI SUSU
- Bila dia minta susu, beri pengganti susu seperti air masak atau fresh milk.
6) HATI MAK KENA KENTAL
- Anak menangis, mengamuk kental je tahan dia nangis. Minta suami tolong kalau dia teruk sangat mengamuk. Mak kena redha dulu untuk wean off anak. Kalau mak tak rela, anak lagi la tak rela. Mak dan anak da terbiasa bersama 2 tahun, memang tak mudah nak break the habit melekat bersama-sama hehe.
7) PELUK ANAK
- Bila anak tak dapat menyusu, biasanya dia takut tak dapat bermanja dengan kita. Selalu bagitahu dia, walaupun tak dapat susu, tapi still boleh bermanja dan peluk mak.
Hud start wean off masa balik dari kampung lepas raya. Seharian perjalanan dalam kereta tapi tak minta menyusu. Bila balik rumah pun tak minta juga. So mak decide wean off time tu. Bila tidur baru dia minta, memang menangis tapi pujuk dan peluk dia suruh tidur. Dalam 3 hari dia da totally wean off. Alhamdulillah. Lepas wean off, Hud minum fresh milk pagi dan malam.
Selamat mencuba 😊


Tuesday, May 29, 2018

Hotel Sentral Johor Bahru, Cepat Book!


Setiap kali cuti panjang, long weekend, public holidays sambung cuti, mesti pening jap fikir nak ke mana, nak book hotel apa. Apa yang murah dan berbaloi, apa yang sesuai & selesa untuk seisi keluarga. Tapi takyah risau, korang yang nak ke selatan terutamanya, tak kisahlah sekadar nak berjalan atau balik kampung atau ada urusan bisnes ke pape ke, dah takyah fikir panjang lagi.


Meh aku cerita sikit pasal Hotel Sentral Johor Bahru. Johor Bahru ni takyah cakaplah, memang banyak hotel...tapi ni antara yang consider ok la. Hotel tiga bintang, alamatnya : 17, Jalan Tenteram, Tanjung Puteri. Haa ni da bagi siap-siap, senang korang nak cari kat Waze ke Google Maps nanti. Dia betul-betul dekat dengan JB Sentral, lebih kurang dalam 2-3 kilometer macamtu, So kalau siapa yang datang JB naik train tu senanglah, takyah nak spend duit Grab ke teksi nak pergi jalan jauh-jauh.

“Cemana dengan rate dia beb? Harga dia ok ke? Berbaloi ke?”
Serious harga dia okay gua cakap kat lu. Bilik dia paling murah, satu malam RM100 je. RM100 je woo murah kot. Mana nak cari. Saiz bilik adalah dalam 18-20 square meter, just nicelah kan..barang pun lengkap serba-serbi, ada airconditioning la, tempat buat kopi la, tv siap ada channel la, internet, laundry, tempat mandi ada shower, hairdryer, meja, electronic lock...kira cukup selesalah untuk bermalam kan. Setting dia pun modern, kemas, rasa puas hati nak tido.

Lepastu ada Deluxe Room pulak. Lagi eksklusif dan selesa. Sekali ada minifridge lagi.
Yang ada family and bajet lebih sikit bolehla ambil Family Room. Saiz bilik besar kot, boleh muat katil King dengan single satu.

Paling over the top confirm bilik suite. Sofa, almari pun ada..kelas kau.
Semua bilik ada very nice wooden flooring dan warm lighting, then view pun cantik je....menghadap ke city area atau ke laut. Dapat area laut memang perfect view la kan. Memang terbaik!


Bab makan, takperlu risau. Pihak hotel ada sediakan restoran sendiri untuk korang jamu selera. Pilihan, tak payah cakap, memang banyak. Ada cuisine khas dari pilihan Asia takpun antarabangsa. Semuanya dalam bentuk buffet, tak kira sarapan pagi, tengah hari dan malam. Jadi korang boleh mix and match ikut tekak sendiri alright. Kalau weekend pulak siap ada high-tea buffet lagi. Dining place dia menarik jugak, ambience elok dan lighting semua on point. Di samping tu ada jugak coffee house, kalau sekadar nak minum-minum petang sambil bersantai dan lepak-lepak, sini memang tempat yang sesuai.


Last but not least, bila dah kat sini....apa nak buat?!! Banyak aktiviti sebenarnya, sebab hotel ni kat tengah bandar, jadi senang kita nak pusing-pusing sekitar JB, melihat pemandangan bandaraya dan ke tempat-tempat menarik di sekitarnya. Antara aktiviti utama yang boleh korang buat tentulah shopping, sebabnya landmark terdekat rata-ratanya ialah shopping malls and complex, contohnya ialah  Stulang Laut Duty Free Zone, City Square, Jusco Tebrau City, Plaza Pelangi, Sutera Mall dan Johor Premium Outlet. Nampak tak banyaknya tempat shopping tu? Siapa yang suka shopping tu memang boleh shopping sakanlah kat sini, given the vast amount of choices. Apa, tempat-tempat tu atas sangat? Window shopping pun boleh je kak. Ala nak murah, bazaar karat pun ada, dekat je. Tiap-tiap malam on. Banyak barang murah kat sini. Lagi kalau nak buat pitstop sebelum ke Singapore pun boleh, sebab hotel ni tak jauh pun dari Johor – Singapore Causeway, baru 7 kilometer je....


Sebelum nak tutup cerita, ada satu lagi benda best pasal Hotel Sentral ni nak habaq kat korang. Hotel Sentral ni, selalu je buat promosi best-best. Weekday promotion ada, early bird promotion ada, last minute deal pun ada...potongan harga rata-rata memang tak masuk akallah! Just kena rajin usha-usha website dia je...lepastu kalau da puas riki and jumpa rege best, boleh adjust, apa lagi, korang bolehla book Hotel Sentral Johor Bahru dan enjoy your trip!




Wednesday, May 23, 2018

Rumahku Syurgaku

Benarlah pepatah Rumahku Syurgaku. That's how i feel now. Rindu rumah, sayang rumah, bersyukur dengan rumah yang ada sekarang.

Alhamdulillah punya rezeki ada rumah sendiri tapi berhutang la tapi wkwkw. Kami dapat tahu tentang rumah ni dari colleague, Mira. Tq mira sebab bagitahu pasal rumah ni. So kami try apply. Rumah ni Rumah Selangorku, bawah kerajaan Selangor, rumah mampu milik walaupun sebenarnya takde la mampu milik sangat. Masa tu Nuh baru je beberapa bulan, so apply kat website LPHS , tunggu dalam 2-3 bulan, lepas approve, pergi bawa surat approval ke Pemaju. Then cabut undi rumah yang mana. Kitorang dapat rumah atas sekali, level 11. dia kata tak boleh tukar, kitorang pun takde pujuk2, terima je. Aku macam pernah terbaca blog post dulu2, aku nak duduk rumah apartment/ condo atas sekali. Rupa-rupanya termakbul doa tu. Activate RAS betul.


Sebelum approve tu da pergi da office developer, tengok-tengok rumah macamana bentuk dan gayanya. Oklah 3bilik 2 bilik air 850sqf furnished dengan aircond, lampu, kipas, kitchen cabinet, washing machine + dryer, peti ais, oven, dapur elektrik.


Terletak di Cyberjaya tapi bukan tengah Cyberjaya tau, hujung Cyberjaya yang masih tanah tandus lagi. Haha takpe la insyallah lepas 5 tahun nanti membangun dengan jayanya la kawasan sekeliling.


Kenapa rasa seronok dan bersyukur sangat rumah ni. Rumah ni kecik je, atas sekali pulak tu, jauh dari semua benda, Cyberjaya apa yang ada? Ni antara cons nye tapi yang cons tu semua pun aku suka.


Rumah kecik sangat sesuai la dengan aku yang bukan rajin sangat mengemas, bayangkan rumah besar penatnya nak mengemas dan jaga semua bilik. Ada anak kecik sangat sesuai rumah kecik sebab senang nak manage dan tengok budak2. Kalau rumah tingkat, budak tidur kat atas or main kat atas asyik kena naik turun tangga la.


Rumah atas sekali ada lif, kalau takde lif menangis la. Tapi kalau lif rosak, letih gak la tapi setakat ni jarang berlaku lagi. View atas best boleh nampak semua,terang berderang dan since rumah kitorang takde kena block dengan apa2 bangunan, angin bayu kuat nyaman dan sejuk je rumah. Walaupun dapat rumah atas sekali, parking berbumbung kitorang bawah sekali, so tak payah nak pusing-pusing naik atas ke parking. Kelebihan rumah atas dapat parking bawah, to be fair rumah bawah dapat parking atas. Gitewww. Parking pun dekat, tak kena hujan dan panas, nikmat Tuhan yang mana yang kau dustakan?


Cyberjaya ni susah sikit la nak cari macam-macam. Kena pergi Putrajaya or kawasan sekeliling baru ada. Tapi makin lama, kedai makan makin banyak, ok la if sesak2 nak cari makanan. Lagipun iols bukan jenis selalu beli makanan kat luar sangat, memang hari-hari masak kat rumah. Selalunya seminggu sekali suami pergi pasar borong di seri kembangan cari lauk untuk seminggu. Food kat Cyberjaya ni harganya tak murah sangat dan takde la mahal sangat kalau pandai cari kedai. Standard la harga bandar kan.


Dan paling suka cyberjaya sebab bandar yang tenang, tak banyak kereta, aman damai, rasa selamat sikit walaupun kat sini banyak gak arab dan black people. Alhamdulillah setakat ni tak da lagi jumpa yang menakutkan. Walaupun ada yang kata macam bandar zombie, who cares? Haha Kalau korang suka duduk tempat ramai orang boleh la ke Bangi ke Shah Alam ke ok.


Memang suka duduk rumah jenis apartment sebab guarded so rasa selamat sikit walaupun kita patut berdoa kepada Allah, kita juga patut berusaha juga untuk keselematan kan. Lepas tu rumah apartment ni nak sidai baju pun boleh bila2 masa n tak payah pakai tudung. Oh lagi satu untung duduk rumah atas sekali, dapat direct cahaya matahari so baju boleh senang kering.


Buat masa ni, rasa seronok tinggal di sini. Belum ada perancangan lagi untuk landed house tapi insyallah in future bila ada duit dan rezeki kita cari rumah landed . Husbaby la nak rumah landed sangat (Tiru Fattzura) :p

Rumah tak cantik mana lagi, deco2 yilek lagi tapi nak masuk rumah baru pun da dekat 10k ..pengsan ( duit kumpul n simpanan sejak kecik lagi)



Wednesday, February 14, 2018

Homestay airbnb di Johor Bahru


Homestay airbnb di Johor Bahru

Masa bercuti di johor bahru baru-baru ni, mula-mula cari la hotel yang sesuai dengan budget kami. Kami mahu tinggal 2 malam. Bila survey-survey hotel, kebanyakan yang kena dengan selera kami harganya mencecah RM300 satu malam. Bila kira-kira 2 malam da RM600, berpeluh gak nak bayar .😅 Nak hotel best tapi nak murah 😂.
So survey airbnb la pulak. Terjumpa airbnb yang harga boleh tahan murah dan homestaynya cantik sangat! Berkonsepkan Nordic, ia dihias cantik dan kebanyakannya dari Ikea. Ada 1 bilik tidur dngan katil queen, toto lebih juga disediakan dan 2 bilik air. Actually ada 2 bilik tapi satu bilik je dijadikan bilik tidur.
Homestay ni boleh dikatakan sangat lengkap, semua ada, microwave, peti ais, hot shower, mesin basuh, kuali, pinggan,gelas, air teh, nescafe, kettle. Macam duduk rumah sendiri tapi of course la lagi cantik 🤣. Kitorang siap basuh baju dan sidai kat balkoni.
Homestay ni juga ada swimming pool tapi kami tak berkesempatan nak pergi. Walaupun nak naik allocated parking agak tinggi, tapi sebenarnya ia direct terus kat rumah, tak payah jalan jauh. Bilik buang sampah dan lif juga dekat dengan rumah. Selesa sangat.
Harga sangat reasonable, untuk 2 malam kami dapat RM300 termasuk service charge dan cleaning service.
Lokasinya sebelah Tesco Extra Plentong, Johor Bahru tapi agak jauh dari town, untuk ke tempat makan best-best kat JB mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai. Tapi homestay ni dekat dengan IKEA Tebrau dalam 10 minit.
Kalau nak book, boleh book di AirBnB di link bawah ni
👇👇👇👇👇
https://www.airbnb.com/rooms/18414253


Saturday, January 06, 2018

Organic Makeup Malaysia

Wanita dan gadis memang sinonim dengan makeup. Makeup untuk nampak cantik, untuk tambah seri, supaya muka tak pucat dan rasa confident bila jumpa dengan orang.

Aku bukanlah jenis yang suka bermakeup sangat. Especially bila da ada anak ni. Sebab mostly makeup di pasaran mengandungi bahan kimia, takut apa yang kita pakai tu, dia sekali bau dan cium mungkin akan memberi kesan kepada dia.


Tapi sekarang, bila pakai makeup aku da tak risau lagi sebab jumpa Organic Makeup di Malaysia brand Sutrina. Sutrina adalah kosmetik organik dan natural yang menggunakan bahan-bahan natural dan eco cert. Bila tengok bahan-bahan dalam Sutrina, rasa teruja sangat dan rasa selamat bila pakai.


Sutrina diformulasi dengan essential oil bersama bahan-bahan natural and organic berkualiti tinggi seperti argan oil, almond oil, roseship oil dan bebas daripada bahan kimia merbahaya.


Sekarang ni Sutrina ada 6 jenis produk.
1) Mineral Foundation
2) Miceral Loose Powder
3) Magic Primer
4) Micellar Water
5) Lipcream
6) Mineral Blusher

Yang best tentang Sutrina, harga dia affordable kalau nak compare dengan organic makeup brand dari luar negara. Tengok harga makeup dari luar negara memang telan air luir juga la tapi bahan organik ni memang agak mahal sikit tapi kegunaannya puas hati.


Produk Sutrina yang aku paling suka adalah Magic Primer sebab dia menghidrat kulit kerana mengandungi Hyaluronic Acid (HA). 1g HA dapat memegang 1000ml air. So muka kita akan rasa moist dan awet muda sentiasa sebab makin bertambah umur , semakin kurang HA dalam kulit kita yang boleh menyebabkan kedut dan kendur.


Organic Lipcream dia pun best. Budak-budak perempuan kan suka pakai lipstick mak dia. So kalau ada anak yang sibuk nak lipstick, boleh bagi Lipcream Sutrina, selamat digunakan oleh kanak-kanak. Sekarang ni ada 4 color yang best , Roselle (Dark Red), Eliara (Pink), Beetroot dan Diyana (Berry).

MAkeup Sutrina juga mesra wudhuk maknanya tak payah susah-susah nak sental makeup bila nak berwudhuk. Lagi bagus kalau guna micellar water Sutrina untuk membersihkan muka dari makeup.


Sutrina juga ada SPF30 dalam foundation dan loose powder nya, so tak yah pakai benda banyak2. Da ada sunblock semulajadi dalam Sutrina.

Oh ya, banyak testimoni yang mengatakan Sutrina improve kan kulit dorang. Makin lama pakai Sutrina, makin jadi lagi cantik tau kulit. Sutrina juga boleh dikatakan skincare organik yang bagus kerana micellar water boleh dijadikan pencuci muka, primer sebagai moisturizer, foundation dan loose powder sebagai sunblock dan nak tahu tak micellar water pun boleh jadi hair mist tau!

Mana nak beli Sutrina Organik Makeup ni?
Boleh la ke shopee Sutrina Organic Makeup.

Kalau nak follow update tentang Sutrina boleh ke :
Facebook atau Instagram

Selamat bermakeup dengan makeup organic and natural. Pastikan baca ingredient sebelum beli ya. Boleh juga cuba Sutrina yang terkenal sebagai malaysia local cosmetic brands :)


Google