Thursday, October 30, 2008

org asli bertaekwondo?

Start sem 3 sume plajar ijazah kena amik subjek kokorikulum
Budak2 diploma amik masa sem 2
Bdak ijazah kna amik selama 3 sem utk koko
Termasuk la aku. Setiap sem plak x leh amik sbjek koko yg sama so kna tuka2 setiap sem.sem ni aku amik taekwondo. Sebabnye aku nak satu sport yang leh berpeluh tapi tak kena matahari so taekwondo adalah pilhan yang terbaik hehe.


Dari 23- 25 nov 2008, kitorg kena gi kem utk koko kat merang. Bertolak tghari khamis dgn bas kusza yang tak muat sbb terlebih muatan. Hoho



Smpai kat sana ade taklimat sket then trus makan tghari.pas berehat2 dan solat zohor ada taklimat lagi dari en hussain n coach kitorg sir ramlan.


1st acara mcm biasalah dalam kumpulan kna cipta logo dan buat cheer sndiri.. poning jugaklah nak kna perah otak pikir nak buat logo and cheers
Trademark kump kitog ”ready for fight!”

Ptg tu plak ada jungle trekking. Pergh srunuk gile walaupon agak mncabar.kna panjat bukit blakang kem tu naik ke balai cerap kusza. Lpas ni nak try naik gunung plak la mcm shaiham .he bile smpai ke puncak, eceh puncak la sgt rasa sronok sperti mncapai satu kjayaan.waha


Malam plak ada presentation logo dan trademark kumpulan. logo dan trademark yg paling best tentulah kumpulan 2, kumpulan kitorg, btul tak asrul? He kumpulan kak anom pon best gak lain dr yang lain sbb yang lain sume cm lebih kurg je.pastu tgk video2 taekwondo.malam tu tido awal, 10.30pm da tamat acara cos sume mmg pnat la..

Esok, awal pagi solat subuh di surau. Tak ramai pon muslimat yg hadir sbb kbnyakan nye bgun lmbat n solat kat dorm je. Muslimin, alhamdulillah turun sume. Pas solat fakhrul radzi @ pa @ ustaz bg tazkirah kat kitorg dia relate kan taekwondo n pjuangan dalam islam. Best jugak dia bagi tazkirah,nak2 aku ni da lama rohani aku tak diberi makan

Kmudian kami berjogging.ini bukan jogging biasa ok..ini adalah jogging naik bukit smbil berlari pecut.adoi sperti mau patah je kaki kitorg sume.yg paling perit, kna berlari naik anak tangga plak..rasa mmg tercabut lutut..



Pas brekfes dan berehat2, gi tngkap gmba plak beramai2 dgn mmakai baju taekwondo. g dkat kawasan berbatu2 mngmbil gmba.syok jugak bergmba di situ lagi2 dgn kami yg mmg gile gmbo .abis je sesi bgmbar , latihan taekwondo pulak.preparation utk grading berlatih la kami sume sekuat2 nye

Tghari tu bdak laki g solat jumaat dan bdak prempuan pula bersenang lenang dgn asyiknye di dorm.ada yg tido, ade yg borak2, ada yg study utk test,ade yg prepare utk mlm kebudayaan.
Pas lunch kitorg buat aktiviti yg sgt mnyeronokkan.nak taw apa? Gi berkayak..mmg masyuk la..tp yg klakar nye masa nak rafting.aku buat tawaf sbb tak dapat nak rafting bersama2.last2 dapat jugak.hiihi.tapi part yg plng sronok, terjun dalam air la mandi manda.tapi pkai lifejacket la..kalu tak de life jacket alamat tenggelam la aku yg mmg pandai sungguh berenang. Sblom naik ke darat ustaz telah bagi ceramah sket masa kitorg berendam dalam air smntara dia duk kat dalam kayak
Malam plak lagi sronok..ada BBQ n mlm kbudayaan.ada mcm2 psembahan tp yng bnyak nye buat sketsa psl taekwondo.ada la cm lawan2 sket n jadi hero he.kumpulan aku pon buat sketsa ’the making of..taekwondo’. ahha psmbahan kami amat mantap smpai juri kecil razif, anak sir suka smpai gelak2 he jgn jeles ye..lpas abis sume psmbahan n slpas mkn ada karaoke..erk..agak lagha mlm tu .bnyk pmintaan supaya ustaz berkaraoke pd malam tu tp masyaAllah ustaz pndai memanipulasikan keadaan.dr program yg agak lagha itu bertukar mnjadi acara yg dirhmati Allah, majlis berzikir baru terasa nikmat mlm kebudayaan smbil mngingati Allah.malam tu kami tido dgn kkenyangan yg nyata.

Da next day,ada light warm up n ada sket2 train utk grading lagi..pas brekfes ade test stelah bhmpas pulas baca notes taekwondo.susah gak la jawab test tu cos ada soklan yg x de dlm note so pndai2 la jawab..pas abis test bsiap2 utk pulang tapi bukan ke UDM tapi keUMT sbb grading buat kat sana.


Aku adalah kumpulan ketiga utk grading.mula2 cm biasa je tak de prsaan pastu msti la cuakbile da masuk glanggang, tapi agak kuciwa sket smasa grading tu sbb instructor yg bg instruction tu dia yg salah so kitorg da confius n sgt sedih..wuwu.abes grading ada demo self defense. Best jugak dpt blaja cara2 utk protect diri.

Balik UDM kul 6 ptg sabtu.mlm tu sgt pnat smpai keesokan hari pon masih terasa pnat. Pas da dapat rehat yg cukup baru la segar kmbali

Esoknye gi plak persidangan perdana peribumi malaysia kat sekitar DKU .dpat la kami tgk cara idop org asli, cara makan diorg, kraftangan diprg n dapat la tgk org asli secara life..heeee
cerita lain tntang persidangan itu di blog izzudin




Tuesday, October 28, 2008

macam2 spnjang syawal

Majlis Anugerah dekan FITS , 9 October 2008, pkul 2-6pm ,DKU
27 org penerima anugerah dr ijazah sc comp, diploma IT n diploma Multimedia n im one of them.he hopefully boleh dapat lagi for dis sem but its kinda hard la but have 2 work hard for it still got time wat he plz pray for me mak n abah. Owh then after da event got a forum conduct by mr suhailan n da ahli panel are lecturers who went to India to further their study.they story2 to us how da learning method in India n guess wat? They got to do 10 assignment per day n have to submit them the next day.whoah.then got mentor mentee session .my mentor encik che mat promised to treat us during study week hehe last but not least eating time ! hee..very delicious curry mee wit kerang inside yummy!





FITS diner on 11 October 2008 at terengganu equestrian resort (TER). Owh very tired dat night since in da morning til evening we got taekwondo tournament at UMT .then straight away at night went to da diner. Not very grand diner but ok la..da food is quite good n worth it la 2 pay RM 35 for it. Da place or da hall is big but not so many people came so tak meriah sgt.but da worst is da smell of da sh*t of da horse eeeww






Raya @ pn Connie house , our system ,analysis and design lecturer on 12 Oct 2008. 4 cars and 3 motorcycles from my class went raya to her house .owh pn connie is a very marvelous chef. I luv her laksa terengganu even at first quite scared to try it.very delicious ok. Then got bbq chicken .my boys classmate yg tolong bakar. Got satay ,nasi dagang also he




Raya again but now organize by PERKIM on 17 Oct 2008. Im da secretariat jaga bahagian protocol , sambut2 tetamu. At first not so many student come n da vip pon come quite late ..err..very late actually. Lebih sejam lambat. But then da majlis very meriah n im hepy n satisfied wit da majlis he




Jamuan raya UDM buat at perkarangan pejabat asrama baru on 22nd Oct 08. nasib baik buat da jamuan b4 I went to taekwondo camp kalu tak merana la saya. He owh da nasi minyak sgt sedap. Especially da lauk la..tak ingat sgt lauk dia apa but I think beef curry pastu ada la 2 -3 jenis lauk lagi.owh da jamuan organized by hepa n new mpp members. Actually I wait for new president n vice president come to da jamuan but they came quite late n I da balik la..mantan presiden also came late since he got another jamuan raya..erk..
Got da smpai2kan ucapan tu n for da 1st time i bagi ucapan but not using my name la using my blog name he




owh ignore my english. i know its very cacat since its been a long tyme i never speak talk write merepek in english but suddenly want to merepek in english haha


Sunday, October 19, 2008

sesi dialog PRK bsama dekan HEPA

16 Oktober seharusnya menjadi tarikh penting kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UDM kerana tarikh keramat itu sepatutnya mnjadi hari pengundian utk pmilhan MPP UDM 08/09
Malangnya tiada PRK diadakan berikutan kesemua 22 kerusi yang dipertandingkan sudah menang tanpa bertanding
Oleh kerana kebanyakan mahasiswa tidak berpuas hati dgn kmnenangan tanpa bertanding utk 3 kali berturut2, mantan TYDP MPP UDM 07/08, saudara Aizat Anwar Apandi telah berusaha mngadakan sesi dialog bersama dekan HEPA berkenaan PRK UDM


antara pemimpin2 mahasiswa yang hadir

Sesi dialog Dekan HEPA UDM bersama pmimpin2 mahasiswa UDM telah diadakan pada 15 Oktober 2008 bertempat di Ali 01 pada pukul 9 – 11mlm
Dekan HEPA UDM, mengatakan hanya 22 orang calon yang mngambil borang dan pada hari penamaan calon juga hanya 22 orang calon yang mnghantar borang. Jadi tiada PRK yang dapat dijalankan kerana calon2 MPP itu sudah mng tnpa bertnding
beliau juga berkata masa yang diperuntukkan utk mmbeli borang pada 8 Oktober 2008 tidak pendek dan sbnarnya sama sahaja sperti di universiti2 lain
Dekan HEPA telah mmberi kronologi tentang prjalanan PRK UDM
7 Oktober 2008 – Naib Canselor masuk pejabat selepas bercuti raya
8 Oktober 2008 – notis PRK ditmpal di tempat2 tertentu sahaja dan pnjualan borang pncalonan
9 Oktober 2008– calon2 mndapat tandatangan daripada dekan masing2
11 Oktober 2008 – calon2 berjumpa dgn NC

Mantan YDP MPP UDM 07/08,saudara Sabir Abdul Ghani memulakan sesi dialog dengan bertanya soalan kepada Dekan HEPA . Menurut Sabir, sebagai mantan YDP UDM beliau seharusnya mengetahui pergerakan PRK kerana para mahasiswa akan bertanya beliau tentang itu tetapi malangnya beliau tidak mndapat apa2 maklumat tntang PRK. Oleh yang demikian beliau telah diasak dgn plbagai soalan oleh mahasiswa tntang PRK
Saudara Sabir juga mmpersoalkan tentang notis PRK yang tidak ditampal secara mnyuluruh dan notis pnukaran tmpat utk pnamaan calon hanya diselit di cermin papan knyataan tnpa ditmpal dgn betul. Beliau mnambah beliau hnya mengetahui tntang PRK UDM selepas beberapa orang mahasiswa mmberitahu kpdanya

Mantan Exco MPP UDM 06/07, Rasyid pula mempersoalkan bgaimana calon2 MPP dipilih. Beliau berkata dengan adanya pilhanraya kempen akan dijalankan.. Sewaktu kempen para mahasiswa dapat menilai sejauh mana layaknya seseorang itu utk mnjadi pmimpin pelajar
Dekan Hepa menjawab calon2 dipilih berdasarkan cadangan daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai. HEPA telah mnghntar surat kpada Dekan Fakulti supaya mncadangkan beberapa nama yang boleh diketengahkan utk mnjadi calon MPP. Selain itu , penglibatan seorg pelajar dalam aktiviti yg dianjurkan oleh pihak universiti juga mnjadi criteria pmilhan MPP
Calon2 yang dipilih telah mngikuti kursus2 kepimpinan yang dijalankan oleh pihak HEPA.
Persoalannya sekarang benarkah dekan2 fakulti yang mmberi cadangan nama2 calon utk mnjadi MPP kerana ada dekan yang tidak mngetahui apa2 tntang pmilhan MPP ini. Dan jika ada dekan yang mmberi cadangan nama, cadangan mereka tidak dipilih

Dekan HEPA berasa pelik apa yang seronoknya dgn PRK.menurut beliau Dato NC berkata tidak perlu ada pertandingan utk mmilih MPP supaya dapat mngekalkan suasana yang aman dan harmoni. Tambah beliau, UDM belum mngeluarkan produk dan tidak dapat menunjuk kpda pasaran bgaimanakah mahasiswa2 yang dilahirkan oleh UDM lagi
Jika berlaku pertandingan utk merebut kerusi MPP maka akan lahirlah beberapa bentuk kumpulan seperti pro aspirasi dan pro mahasiswa. Dan jika berlaku sesuatu yg havoc, pihak universiti takut akan mndapat liputan media dan perhatian masyarakat terhadap universiti

Saudari Sakinatul Raudhah wakil dari Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI)
pula mempersoalakan kredibilti calon2 MPP. Beliau berkata ada beberapa org calon MPP tidak mmpunyai kredibiliti langsung sbgai seorang pmimpin kerana beliau amat mngenali beberapa org calon MPP yg dipilih HEPA. Selain itu mantan MPP 07/08 memilih kroni2 mereka utk dijadikan calon MPP utk sesi 08/09

mantan TYDP MPP UDM 07/08, saudara Aizat Anwar Apandi memberi pendapat bahawa mahasiswa2 universiti harus diberi pendedahan bagaimanakah suasana pilihanraya supaya apabila mereka berdepan dgn dunia luar mereka tidak kekok dan cakna dgn hal Negara. Beliau memberi contoh peratusan orang Melayu yg turun mngundi pada PRU 12 adalah kurang berbnding peratusan org bukan Melayu yg turun mngundi. Ini menunjukkan bahawa pendedahan yg kurang di peringkat universiti boleh mnyebabkan org Melayu tidak kisah dalam memilih pmimpin utk mnerajui Negara

Dekan HEPA menerangkan bahawa para mahasiswa boleh memeilih pemimpin mereka ketika pilihanraya peringkat kolej kediaman dan fakulti yang akan diadakan pada bulan Januari tahun hadapan. Beliau berkata bahawa Kolej Kediaman juga mmpunyai fungsi yang besar maka boleh memeberi sumbangan yang lebih besar kepada mahasiswa. Persatuan2 juga dinasihatkan supaya membuat satu paradigma dgn mngadakan program2 yang lebih bermanfaat kepada para mahasiswa daripada hanya mngadakan majlis makan malam dan lawatan sahaja

YDP Kolej Kediaman Ketiga, Tok Jembal , Farizal berkata kelab dan persatuan di universiti sbnarnya lebih aktif dalam membuat program daripada MPP. Sewaktu pemilhan wakil peringkat Kolej Kediaman dan Fakulti, pilhanraya nya lebih telus jika mahu dibandingkan dgn pmilihan MPP. Oleh itu pengundi atau mahasiswa dapat memilih calon yang mereka rasa layak utk menjadi pemimpin mereka dan dapat menjaga kebajikan mereka. Oleh yang demikian pelbagai program dapat dijalankan kerana komitmen yang diberikan bersungguh2 dan merasakan mereka sudah diberi amanah dan kepercayaan oleh mahasiswa utk melaksanakan tugas dgn sebaiknya

Sekali lagi saudari Sakinatul Raudhah mendedahkan bahawa calon2 pilhan HEPA sebenarnya tidak pernah membeli borang pencalonan pada 8 Oktober tetapi sebenarnya hanya mendapat dan mngisi borang pencalonan pada malam 11 Oktober dan mereka calon2 MPP mengisi borang tersebut di HEPA.Dekan HEPA bertanya bukti sumber maklumat itu. Saudari Halwani yang menjadi pnyokong kpd seorang calon MPP mengiyakan pembongkaran itu. Sejurus kemudian , beliau dilihat menelefon seseorg utk bertnyakan soal pmbelian birang tersebut. Kemudian Dekan HEPA meminta saudari Halwani dan calon MPP itu berjumpa dgnnya pada esok hari

Saudara Shaiham selaku YDP PMKI menerangkan persoalan kredibiliti dan kaitannya dgn pentingnya pmilihan pemimpin mahasiswa oleh mahasiswa sendiri.
Saudara Hafiz Jawa merasakan bahawa pilhanraya kampus UDM tahun ini tidak telus langsung berikutan perjalanan PRK yang amat mencurigakan sejak notis pembubaran MPP , pembelian borang calon, memo penamaan calon dan juga semasa hari penamaan calon

Saudara Sabir sekali lagi telah mencelah .beliau berkata pihak media sudah banyak kali menelefon beliau dan diminta mmberi pendapat tentang PRK UDM. Dua mediayang telah menelefon beliau adalah STAR dan UTUSAN MALAYSIA. Tetapi beliau tidak mahu memberi sebarang komen akibatnya pihak media telah cuba menghubungi mantan MPP yang lain dan telah memberi kenyataan tentang PRK. dekan HEPA terkejut dan tertanya kenapa media tidak bertanyakan kepada dirinya sendiri selaku Dekan HEPA UDM

Saudara Rasyid menambah SPR atau SPMPPK tidak berfungsi dgn baik utk PRK kali ini. Notis penukaran tempat penamaan calon tidak tercatat masa penamaan calon. SPR juga sebenarnya duduk di bwah jentera aspirasi. Makanya pelbgai putar belit boleh berlaku. Semasa notis pembelian borang dikeluarkan , syarat2 utk layak menjadi calon juga tidak dilmpirkan seperti CGPA yang dikhndaki dan harga borang

Saudara Nazri wakil Fakulti Undang2 meminta jaminan daripada Dekan HEPA supaya perkara ini tidak berulang . dan bertanya apa jaminan yang dapat diberikan drpd Dekan HEPA seperti pnukaran pegawai HEPA contohnya.

Saudara Izzudin YDP Kelab Orator UDM pula membuat sedikit ulasan daripada apa yang telah dibincangkan pada malam itu. Beliau berkata system pemilihan seharusnya dilaksanakan supaya bakat kepimpinan mahasiswa itu dapat ditonjolkan dan tidakdipersia2kan . beliau berkata lagi yang” kami tidak memboikot MPP yang ada tapi jika pemilihan MPP hanya dipilih oleh HEPA maka pelajar tidak dapat melihat bakat kepimpinan mahasiswa lain yang lebih berkaliber“
Dekan HEPA memuji cara penyampaian ulasan yang disampaikan oleh saudara Izzudin . mahasiswa2 lain berkata criteria seperti Izzudin yang boleh berucap dgn baik adalah satu contoh ciri yang mahasiswa2 mahukan dalam diri seorang pemimpin mahasiswa

Presiden Fakulti Undang2 saudara Shahril bertanya apakah keputusan yang dekan HEPA akan buat selepas sesi dialog ini. Saudara Shahril memberi satu cadangan yang bernas supaya diadakan satu sesi dialog bersama MPP yang baru seperti ‘pemimpin bersama rakyat’ utk sesi taaruf dan mengeratkan silaturahhim antara mahasiswa dan kepimpinan MPP baru


Penutupnya saudara Aizat membuat kesimpulan dan menyerahkan memorandum PRK yang ditandatangani oleh YDP2 Kelab dan Persatuan di UDM. Dekan HEPA berkata dia akan meneliti memorandum itu dan akan mengkaji apa yang sebenarnya mahasiswa mahasiswi UDM mahukan. Majlis berakhir dgn sedikit jamuan ringan


Tuesday, October 14, 2008

penamaan calon PEMILHAN MPP

blog ini akan menjadi temporary blog utk berita PRK di UDM


nama pilhanraya kampus tidak dibenarkan lagi digunakan dalam PRK kali ini
namanya ditukar kepada pemilhan majlis perwakilan pelajar harap maklum

penamaan calon PRK UDM telah bertukar tempat dari DABS ke pejabat asrama baru
notis yang ditampal oleh suruhanjaya PRK amat mendukacitakan disebabkan maklumat yang diberikan pada notis itu tidak begitu lengkap dab boleh dipertikaikan menurut mantan YDP MPP UDM sesi 2007/2008, Sabir Abdul Ghani


penamaan calon telah bermula pada pukul 10am dan dihadiri oleh semua calon pilhan HEPA @ aspirasi dan juga penyokong dan pencadang masing2
suasana di sana tenang dan aman tetapi dikawal ketat oleh pasukan keselamatan untuk mengelakkan dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku

kawalan ketat yang dilakukan kepada mantan YDP MPP dan mantan TYDP MPP sesi 2007/2008 amat melucukan . mereka takut dan bimbang kedua2 mantan YDP dan TYDP MPP melakukan sesuatu yang tidak diingini .


seperti yang dijangka , calon2 aspirasi telah menang tanpa bertanding sekali lagi dan borang2 pencalonan telah ditampal di depan pejabat asrama baru itu.tetapi borang pencalonan tersebut boleh dipertikaikan kerana terdapat beberapa kesalahan dalam mengisi borang tersebut. tetapi malangnya tiada calon lawan yang dapat membantah keputusan itu dan pihak suruhanjaya PRK juga menutup sebelah mata

penamaan calon ini hanyalah sebagai suatu acara yang telah dirancang bersungguh2 dan hanyalah sebagai suatu simbolik kononnya berlakulah PRK di UDM ini

ura2 mengatakan bakal YDP dan TYDP MPP yang Baru adalah pelajar bioteknologi yang tinggal di kampus kota. jika ini benar2 terjadi maka susahlah pelajar2 UDM di kampus kusza mahu berurusan dengan beliau disebabkan berlainan kampus . selain itu, jadual pembelajaran yang padat pelajar2 bioteknologi juga akan menimbulkan masalah jika pelajar mahu berurusan dgn YDP mereka. pemilihan pelajar bioteknologi dalam kerusi umum oleh pihak yang berkenaan kemungkinan besar kerana kekurangan pelajar ijazah lelaki yang layak menjadi ahli majlis tertinggi MPP

nantikan berita PRK selanjutnya kelak
salam perpaduan mahasiswa


Monday, October 13, 2008



entri kali ini saya tujukan kpada saudara SiarIslam yang menulis pnjang lebar di shoutbox saye sampai 3 mukasurat tu
walaupon saudara SiarIslam mnggunakan nama samaran tapi saya tahu sape dia sbnarnye berdasarkan cara dia mnulis
tapi x kesah la..ok saudara SiarIslam saya akan menjawab sume komen anda tentang saya dan saya sedikit pon tak marah kat anda walaupon anda kutuk saya malah saya tergelak membacanya sebab saya tahu apa yang anda tahu

persoalan pertama
"cerita PRK ni guane sebenarnye? saudara aizat, hg duk kutuk2 MPP, HEPA & Aspirasi, tapi bukan Hang dulu pun mcm tu jugak ke dulu?"
aizat dulu sememangnya MPP, HEPA n ASPIRASI
tapi bile duduk dalam satu organisasi yang tidak menjalankan fungsi seperti yg kite harapkan
contohnye kite taw apa yg organisasi kite buat itu salah tapi takkan kite mau duk diam je tanpa memperbetulkan kesalahan kite
takkan kite mau organisasi kite terus hanyut dlm kesesatan
bile kite nak btulkan apa yang salah selalunya kite akan ditentang
contoh yg plg mudah nak diambil seperti ketika nabi Muhammad S.A.W cube mnyebarkan dakwah secara terang2an dan membetulkan apa yg salah di kalangan arab Quraisy
lihat saje bagaimana baginda ditentang dgn hebat walaupon baginda hanya mahu membetulkan apa yg salah
saya bukan la mahu membela aizat saje tapi saya cuma mahu memberitahu satu realiti saje
dan aizat adalah salah seorg yg cuba membetulkan apa yg salah supaya khidupan mahasiswa UDM lebih maju aman makmur

persoalan kedua
"saudari haziqah, yg hang duk ngikut belakang aizat nape?? awk takde pendirian yg teguh dan xlayak jd pemimpin.. jd pengikut je lah gitu gak..nak jadi pemimpin, mesti tetap pendirian dan xmudah terpengaruh.. maaf lah.. tapi ambo cuma nak "Betul".. nak betul ja yg xbetul.."
saya tidak mngikut blakang aizat jika pndirian saya tidak sama dgn aizat
dan saya bukanlah pngikut membuta tuli
jika saudara aizat tiada saya tetap dgn pndirian saya
cuma aizat hanya la seorg leader yg saya boleh follow
anda boleh mngatakan saya tidak layak jadi pmimpin
dan saya mngakui saya belom layak utk mnjadi pmimpin sebab saya masih bnyak kekurangan tapu saya adalah seorg follower yang kuat sebab saya tahu saya akan mnyokong kuat leader saya

persoalan ketiga
"awk jelas tgk aizat telah buat hal kat MPP dan GPMS, dia tu mcm pembelot.. yg hg duk ikut pembelot guane kire"
saya sudah mnjawab soklan ketiga ini di persoalan pertama
saya tidak rasa dia seorg pembelot tapi saya tahu yg dia sbnarnya amat sayangkan MPP dan GPMS dan dia sbnarnya mahu yang terbaik utk MPP dan GPMS

persoalan keempat
"sekali lg sy mintak maaf lah, pndapat personal ambo, awk dan lain2 ni cuba memecah belahkan student UDM.. memalukan..Tolong jgn wujudkan sentimen2 yg negatif dalam fikiran pelajar.. kita nak berpadu.. berkerjasama.. awk ni memecahbelahkan.. jgn lah.."
ayat2 ni amat mnggelikan hati perot saya
tapi ini satu tuduhan yang berat
saya tidak sekali2 cuba memecahbelahkan student UDM
dan saya boleh kata 70% student UDM bersetuju dgn pndirian saya
kami hanya mahu hak kami terbela dan sbnarnya la kami la yang mahu menyatupadukan student UDM
dan kami tidak sekali2 mahu mnwujudkan sentimen2 negatif dalam kalangan pelajar itu sndiri tapi kami mahu menerapkan sentimen positif supaya minda student2 UDM terbuka dgn lebih luas dan dapat mnilai hal yg baik dan salah dan tidak berfikaran jumud

persoalan kelima
"awk telh kene indkoktrin oleh org yg salah.. sy bsimpati dgn awk.."
saya la yg sebenarnya harus menujukan ayat ini kpada anda dan saya la yg harus bersimpati kepada anda

persoalan keenam
”tapi jgn risau, awk masih ada peluang untuk mengubah ape yg patut.. cuma nasihat sy, jgn mudah terpengaruh k.. tetapkan pendirian..
jgn ikut secara lurus bendul.. awk kene fikir yg mane baik dan buruk..
kaji latar belakang saudara aizat.. awk masih belum kenal dia dgn betul.
aizat tu pndai menggunakan insan2 yg boleh "dimakan" olehnya..
sekian sahaja.. sy secara jujur, xside mane2, saya di side yg benar dan rasional.. harap fhm.. kita harus berusaha menyatu padu.. bukan memecah belahk"
terima kasih kerana menasihati saya dan saya terima nasihat anda secara terbuka
insyaAllah saya tahu menilai siapa yang kawan siapa yang lawan

persoalan ketujuh
"Bersyukur dgn apa yg ada.. MPP yg menang tanpa bertanding pun ada kredibiliti masing2.. sume xperfect.. MPP yg menang tanpa bertanding yg awk kutuk tu lah byk membuat pembaharuan pada UDM le ning.."
Saya mengakui yang MPP yang menang tanpa bertanding mempunyai karisma dan kredibilti mereka sndiri tapi bukankah lebih baik jika mahasiswa sndiri yang menilai kredibiliti pmimpin pilihan mereka? Masing2 mmpunyai pndapat masing2 dan yang terbaik pasti lah akan menang

persoalan kelapan
"so.. jgn kutuk mereka.. mereka ada kelebihan masing2.. kita harus memberi peluang, bukan mematahkan semangat.
kalau setiap benda yg mereka nak buat, kita patahkan usaha mereka, kita xkan ada kemajuan.."
saudara yang dihormati, saya mmpunyai hak utk mngutuk pmimpin saya jika apa yang dibuat pmimpin saya itu betul atau salah sebab itulah hak rakyat biasa utkm mnegur pmimpin mereka..tapi kan saudara yang hebat, saya rasa saya jarang mngutuk MPP tapi rasanya saya mngutuk orang yang mnjaga MPP

persoalan kesembilan
"sy kadang2 pening dgn awk, kejap2 sokong MPP, kejap2 kutuk... mcm2.. awk kene tetap pendirian k.. sy terpaksa kate begini sbb sy tgk awk ni..
sbb sy tgk awk ni sedap2 je ngate ke org lain, dan tidak ada org yg berani ngate ke awk.. so, sy nk jadi org pertama.."
saya akn mnyokong MPP jika apa yg MPP buat itu adalah utk kbaikan student tapi saya akan mngkritik jika apa yg MPP buat itu salah.salahkah saya mengkritik MPP jika apa yg pmimpin saya buat salah? Dan saya rasa mngkritik hanya lah utk kbaikan MPP bukan utk mnjatuhkan
tu la yang saya pelik saya tidak pnah bniat mnjatuhkan MPP. Jika saya mmg berniat utk jatuhkan MPP saya langsung tak kan join program yg MPP laksanakan dan tak kan berkawan baik dan bermesra dgn MPP.saya juga tak mungkin akan mnjadi secretariat MPP jika saya palang MPP
tapi kan saya rasa dalam blog saya ni saya banyak memuji MPP je especially dalam program2 yg dilaksanakan
owh terima kasih kerana sudi kutuk saya, saya suka ktukan begitu sebab kutukan begitu membuat saya ketawa sorg2. saudara yg dihormati, anda masih tidak kenal siapa saya.
Dan saya tidak marah langsung dgn anda tapi sila lah kritiksaya lagi supaya saya tahu apa kekurangan saya sbgai insan yg lemah
Dan sebagai seorg pmimpin MPP haruslah bersedia dari segi fizikal dan mental sbb mmg biasa seorg pmimpin itu akan dikritik dan dibenci rakyat nya walaupon dia seorg yg amat berkaliber


Saturday, October 11, 2008

pembubaran MPP UDM 07/08


telah genap setahun MPP UDM sesi 07/08 memegang jawatan mereka
kini beralih pula kepada MPP baru utk melaksanakan tugas mereka
tapi sebelom itu satu pilhanraya kampus ( PRK ) harus diadakan untuk memilih wakil pelajar itu sendiri dan yang harus memilihnya adalah pelajar juga atau lebih sesuai 'mahasiswa'
sebelom ini sudah 2 kali MPP dipilih oleh HEPA
dan sudah 2 kali tiada pertandingan atau pilhanraya utk memilih wakil pelajar itu
alamatnya MPP UDM sering dicabar kredibiliti mereka dan mereka selalu disalahkan oleh mahasiswa


7 Oktober 2008 , notis pembubaran MPP secara rasminya telah ditampal di kebanyakan papan kenyataan oleh pihak berkenaan dan ditandatangani oleh naib canselor UDM
8 Oktober 2008, dari pukul 9am- 12pm pembelian borang pencalonan utk mana2 pelajar yang berminat untuk menjadi calon MPP telah dijual di HEPA
tapi malangnya notis tentang pilhanraya kampus itu hanya ditampal di dua tempat yang langsung tidak strategik iaitu di belakang asrama Juwairiyah dan di blok Uthman
kedua2 tempat tersebut adalah tempat yang agak kurang pelajar lalu kerana kebanyakan kelas dan tempat tumpuan pelajar adalah di sekitar blok A hingga blok G
dan di kampus kota pula tiada sebarang notis tentang PRK telah ditampal
hal ini amat mendukacitakan pelajar2 terutamanya
akibat takut dgn pelajar pihak berkenaan telah merancang satu taktik kotor yang amat menjengkelkan utk menghalang pelajar utk bertanding dgn adil bersih dan saksama dalam pemlilhan wakil pelajar itu sendiri
lihat saja masa yang diberikan utk mebeli borang pencalonan dan tempat notis ditampal adalah antara taktik yang digunakan utk menggagalkan usaha2 pelajar utk mencabar calon aspirasi yg ditatang dgn minyak yg penuh oleh HEPA
dan disebabkan tiada pelajar yang datang mengambil borang maka MPP UDM 08/09 telah menang tanpa bertanding seperti tahun2 sebelum ini


tapi mahasiswa mahasiswi UDM bukanlah selesu yang disangka
walaupon pihak HEPA yang sebenarnya menjadikan mahasiswa UDM itu menjadi lesu
tapi mahasiswa UDM sudah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menuntut hak mereka
seperti kes air di tok jembal dan juga konvo
mahasiswa UDM sudah berani bersuara dan berjaya menekan pihak atasan dalam menuntut hak mahasiswa

janji seorang ahli majlis tertinggi MPP UDM 07/08 bahawa PRK kan diadakan tahun ini
dan mencabar pelajar utk membeli borang pencalonan dan menjadi MPP
hanya tinggal janji2 manis yang seprti menanam tebu di tepi bibir


isnin, 13 Okotober 2008 penamaan calon akan diadakan
jika tiada calon yang akan mencabar calon aspirasi
maka sekali lagi dalam sejarah UDM tiada pertandingan @ PRK selama 3 tahun berturut2
amat memalukan mahasiswa UDM apabila melihat di dalam laporan akhbar tiada pertandingan dijalankan dan menang tanpa bertanding


sampai bilakah mahasiswa mahasiswi UDM akan terus dikongkong seperti budak sekolah?
sampai bilakah mahasiswa mahasiswi UDM akan terus dilayan seperti budak sekolah?
sampai bilakah mahasiswa mahasiswi UDM akan dihalang dan dinafikan hak2 mereka sebagai mahasiswa?
sampai bilakah mahasiswa mahasiswi UDM akan terus diganggu pihak atasan dalam memperjuangkan hak2 mereka?
sampai bilakah mahasiswa mahasiswi UDM tidak dapat merasa PRK ?
5 tahun lagi? 10 tahun lagi? atau smpai bile2?


Monday, October 06, 2008

eid 2008

raya sinonim dgn perkataan apa kawan2? mesti la balik kmpong
Kalu raya kat bandar mana sronok , balik kmpong baru best

Tahun ni raya kat sg gerisek lagi kat muar johor
Ari isnin ,2 hari sblom raya baru bertolak
Patotnye nak gerak awal pagi tapi disebabkan ada masalah teknikal cket ptg baru grak
Smpai nye malam la..buka pose pon tgh jalan,
Alhmdulillah da bli roti kat roti boy klcc awal2
Kalu tak tak de mknan utk buke pose la kitorg

Raya pertama


Family aku n family mak noi je balik awal2 tp family mak noi tak ckop sorg
Kak ma kan da jadi isteri org so dia ikot suami dia braya kat batu pahat


Masa kak ma baru smpai tak sabar2 nak tgk anak dia, sarah batrisya
Comel nye anak sdara saye ni..heee
Owh raya pertama kitorg g beraya kat 4 buah umah
Mula2 raya kat pontian , 2 umah
Pastu gi umah abg yunus , suami kak ma kat batu pahat
Then gi umah mak wai plak
Tak terlarat pon nak makan juadah yg disediakan tuan rumah sbb sume nye mknan sama
Cuma kat umah mak wai, dia wat sup tulang apa lagi melantak la aku
Malam tu pak long plak smpai masa kitorg ngh khusyuk tgk upin dan ipin

Raya kedua


Raya kedua plak raya 6 umah hoho banyak gile!
Pecah rekod ni tak pnah aku raya 6 umah dalam sehari
Mula2 g umah kawan bah , ali redza .dia keja sma2 ngn abah kat miri
Kat umah dia makan mee hoon..pstu umah seterusnye sume dia bg beskot raya n air gas..
Aduh ksian perot ku merana..umah terakhir, umah makcik kepol baru la dapat makan ketupat ngn kari ayam.baru la masyuk makan..pastu ada air teh o plak..sdap nye..
Malam tu mak noi masak nasi mkn ngn udang n ikan asam pdas..nyum2
Lagi sdap mkn nasi drpd lauk hari raya hehe

Raya ketiga


Da nak balik KL da..tapi bukan balik KL lagi..
Nak gi kmpong mak plak kat teluk intan
Ala dkat bnor ngn umah si pamie tu..tp sblom tu gi berya umah jiran kat kmpong tu
Pastu baru la balik KL
G berenti solat kat RnR , nk makan skali tapi ramai gile org
Smpai s.alam kul 4 lebih baru la dpt lunch..wuwu
Kul 6pm plak baru btolak g teluk intan

Raya keempat


Raya di teluk intan g sebuah umah je
Tu pon umah sepupu kat sblah umah je
Cam sronok plak raya kat umah spupu tu sbb nye baru taw kak jini keje kat IIC as lecturer yg ngajor computer science
Dia ajar java tu..mntop gile..dapat la bertukar2 cite ngn dia..huhu
Kat umah tu gak dapat duit raya bnyak jugak...
4 org bagi tu hihi
Kul 5 pm baru la grak balik s.alam

Raya kelima
Awal2 pagi kul 4 am aku da kna bngun
Taw knpe? Sbb..aku da kna balik ganu..wuwu..flight kul 7am so kol 5am da kna gerak sbb kna check in bag sume kan..
Naik teksi ngn bdk udm gak g blik udm..nsib la ada kawan..
Smpai udm siap2 trus g klas n jumpe yg tersayang heeee

dapat kad raya lagi..


dari anis


dan kawan blog baru saya tapi student udm gak, zahirah
tq kawan2 ;)


Google