Sunday, October 19, 2008

sesi dialog PRK bsama dekan HEPA

16 Oktober seharusnya menjadi tarikh penting kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UDM kerana tarikh keramat itu sepatutnya mnjadi hari pengundian utk pmilhan MPP UDM 08/09
Malangnya tiada PRK diadakan berikutan kesemua 22 kerusi yang dipertandingkan sudah menang tanpa bertanding
Oleh kerana kebanyakan mahasiswa tidak berpuas hati dgn kmnenangan tanpa bertanding utk 3 kali berturut2, mantan TYDP MPP UDM 07/08, saudara Aizat Anwar Apandi telah berusaha mngadakan sesi dialog bersama dekan HEPA berkenaan PRK UDM


antara pemimpin2 mahasiswa yang hadir

Sesi dialog Dekan HEPA UDM bersama pmimpin2 mahasiswa UDM telah diadakan pada 15 Oktober 2008 bertempat di Ali 01 pada pukul 9 – 11mlm
Dekan HEPA UDM, mengatakan hanya 22 orang calon yang mngambil borang dan pada hari penamaan calon juga hanya 22 orang calon yang mnghantar borang. Jadi tiada PRK yang dapat dijalankan kerana calon2 MPP itu sudah mng tnpa bertnding
beliau juga berkata masa yang diperuntukkan utk mmbeli borang pada 8 Oktober 2008 tidak pendek dan sbnarnya sama sahaja sperti di universiti2 lain
Dekan HEPA telah mmberi kronologi tentang prjalanan PRK UDM
7 Oktober 2008 – Naib Canselor masuk pejabat selepas bercuti raya
8 Oktober 2008 – notis PRK ditmpal di tempat2 tertentu sahaja dan pnjualan borang pncalonan
9 Oktober 2008– calon2 mndapat tandatangan daripada dekan masing2
11 Oktober 2008 – calon2 berjumpa dgn NC

Mantan YDP MPP UDM 07/08,saudara Sabir Abdul Ghani memulakan sesi dialog dengan bertanya soalan kepada Dekan HEPA . Menurut Sabir, sebagai mantan YDP UDM beliau seharusnya mengetahui pergerakan PRK kerana para mahasiswa akan bertanya beliau tentang itu tetapi malangnya beliau tidak mndapat apa2 maklumat tntang PRK. Oleh yang demikian beliau telah diasak dgn plbagai soalan oleh mahasiswa tntang PRK
Saudara Sabir juga mmpersoalkan tentang notis PRK yang tidak ditampal secara mnyuluruh dan notis pnukaran tmpat utk pnamaan calon hanya diselit di cermin papan knyataan tnpa ditmpal dgn betul. Beliau mnambah beliau hnya mengetahui tntang PRK UDM selepas beberapa orang mahasiswa mmberitahu kpdanya

Mantan Exco MPP UDM 06/07, Rasyid pula mempersoalkan bgaimana calon2 MPP dipilih. Beliau berkata dengan adanya pilhanraya kempen akan dijalankan.. Sewaktu kempen para mahasiswa dapat menilai sejauh mana layaknya seseorang itu utk mnjadi pmimpin pelajar
Dekan Hepa menjawab calon2 dipilih berdasarkan cadangan daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai. HEPA telah mnghntar surat kpada Dekan Fakulti supaya mncadangkan beberapa nama yang boleh diketengahkan utk mnjadi calon MPP. Selain itu , penglibatan seorg pelajar dalam aktiviti yg dianjurkan oleh pihak universiti juga mnjadi criteria pmilhan MPP
Calon2 yang dipilih telah mngikuti kursus2 kepimpinan yang dijalankan oleh pihak HEPA.
Persoalannya sekarang benarkah dekan2 fakulti yang mmberi cadangan nama2 calon utk mnjadi MPP kerana ada dekan yang tidak mngetahui apa2 tntang pmilhan MPP ini. Dan jika ada dekan yang mmberi cadangan nama, cadangan mereka tidak dipilih

Dekan HEPA berasa pelik apa yang seronoknya dgn PRK.menurut beliau Dato NC berkata tidak perlu ada pertandingan utk mmilih MPP supaya dapat mngekalkan suasana yang aman dan harmoni. Tambah beliau, UDM belum mngeluarkan produk dan tidak dapat menunjuk kpda pasaran bgaimanakah mahasiswa2 yang dilahirkan oleh UDM lagi
Jika berlaku pertandingan utk merebut kerusi MPP maka akan lahirlah beberapa bentuk kumpulan seperti pro aspirasi dan pro mahasiswa. Dan jika berlaku sesuatu yg havoc, pihak universiti takut akan mndapat liputan media dan perhatian masyarakat terhadap universiti

Saudari Sakinatul Raudhah wakil dari Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI)
pula mempersoalakan kredibilti calon2 MPP. Beliau berkata ada beberapa org calon MPP tidak mmpunyai kredibiliti langsung sbgai seorang pmimpin kerana beliau amat mngenali beberapa org calon MPP yg dipilih HEPA. Selain itu mantan MPP 07/08 memilih kroni2 mereka utk dijadikan calon MPP utk sesi 08/09

mantan TYDP MPP UDM 07/08, saudara Aizat Anwar Apandi memberi pendapat bahawa mahasiswa2 universiti harus diberi pendedahan bagaimanakah suasana pilihanraya supaya apabila mereka berdepan dgn dunia luar mereka tidak kekok dan cakna dgn hal Negara. Beliau memberi contoh peratusan orang Melayu yg turun mngundi pada PRU 12 adalah kurang berbnding peratusan org bukan Melayu yg turun mngundi. Ini menunjukkan bahawa pendedahan yg kurang di peringkat universiti boleh mnyebabkan org Melayu tidak kisah dalam memilih pmimpin utk mnerajui Negara

Dekan HEPA menerangkan bahawa para mahasiswa boleh memeilih pemimpin mereka ketika pilihanraya peringkat kolej kediaman dan fakulti yang akan diadakan pada bulan Januari tahun hadapan. Beliau berkata bahawa Kolej Kediaman juga mmpunyai fungsi yang besar maka boleh memeberi sumbangan yang lebih besar kepada mahasiswa. Persatuan2 juga dinasihatkan supaya membuat satu paradigma dgn mngadakan program2 yang lebih bermanfaat kepada para mahasiswa daripada hanya mngadakan majlis makan malam dan lawatan sahaja

YDP Kolej Kediaman Ketiga, Tok Jembal , Farizal berkata kelab dan persatuan di universiti sbnarnya lebih aktif dalam membuat program daripada MPP. Sewaktu pemilhan wakil peringkat Kolej Kediaman dan Fakulti, pilhanraya nya lebih telus jika mahu dibandingkan dgn pmilihan MPP. Oleh itu pengundi atau mahasiswa dapat memilih calon yang mereka rasa layak utk menjadi pemimpin mereka dan dapat menjaga kebajikan mereka. Oleh yang demikian pelbagai program dapat dijalankan kerana komitmen yang diberikan bersungguh2 dan merasakan mereka sudah diberi amanah dan kepercayaan oleh mahasiswa utk melaksanakan tugas dgn sebaiknya

Sekali lagi saudari Sakinatul Raudhah mendedahkan bahawa calon2 pilhan HEPA sebenarnya tidak pernah membeli borang pencalonan pada 8 Oktober tetapi sebenarnya hanya mendapat dan mngisi borang pencalonan pada malam 11 Oktober dan mereka calon2 MPP mengisi borang tersebut di HEPA.Dekan HEPA bertanya bukti sumber maklumat itu. Saudari Halwani yang menjadi pnyokong kpd seorang calon MPP mengiyakan pembongkaran itu. Sejurus kemudian , beliau dilihat menelefon seseorg utk bertnyakan soal pmbelian birang tersebut. Kemudian Dekan HEPA meminta saudari Halwani dan calon MPP itu berjumpa dgnnya pada esok hari

Saudara Shaiham selaku YDP PMKI menerangkan persoalan kredibiliti dan kaitannya dgn pentingnya pmilihan pemimpin mahasiswa oleh mahasiswa sendiri.
Saudara Hafiz Jawa merasakan bahawa pilhanraya kampus UDM tahun ini tidak telus langsung berikutan perjalanan PRK yang amat mencurigakan sejak notis pembubaran MPP , pembelian borang calon, memo penamaan calon dan juga semasa hari penamaan calon

Saudara Sabir sekali lagi telah mencelah .beliau berkata pihak media sudah banyak kali menelefon beliau dan diminta mmberi pendapat tentang PRK UDM. Dua mediayang telah menelefon beliau adalah STAR dan UTUSAN MALAYSIA. Tetapi beliau tidak mahu memberi sebarang komen akibatnya pihak media telah cuba menghubungi mantan MPP yang lain dan telah memberi kenyataan tentang PRK. dekan HEPA terkejut dan tertanya kenapa media tidak bertanyakan kepada dirinya sendiri selaku Dekan HEPA UDM

Saudara Rasyid menambah SPR atau SPMPPK tidak berfungsi dgn baik utk PRK kali ini. Notis penukaran tempat penamaan calon tidak tercatat masa penamaan calon. SPR juga sebenarnya duduk di bwah jentera aspirasi. Makanya pelbgai putar belit boleh berlaku. Semasa notis pembelian borang dikeluarkan , syarat2 utk layak menjadi calon juga tidak dilmpirkan seperti CGPA yang dikhndaki dan harga borang

Saudara Nazri wakil Fakulti Undang2 meminta jaminan daripada Dekan HEPA supaya perkara ini tidak berulang . dan bertanya apa jaminan yang dapat diberikan drpd Dekan HEPA seperti pnukaran pegawai HEPA contohnya.

Saudara Izzudin YDP Kelab Orator UDM pula membuat sedikit ulasan daripada apa yang telah dibincangkan pada malam itu. Beliau berkata system pemilihan seharusnya dilaksanakan supaya bakat kepimpinan mahasiswa itu dapat ditonjolkan dan tidakdipersia2kan . beliau berkata lagi yang” kami tidak memboikot MPP yang ada tapi jika pemilihan MPP hanya dipilih oleh HEPA maka pelajar tidak dapat melihat bakat kepimpinan mahasiswa lain yang lebih berkaliber“
Dekan HEPA memuji cara penyampaian ulasan yang disampaikan oleh saudara Izzudin . mahasiswa2 lain berkata criteria seperti Izzudin yang boleh berucap dgn baik adalah satu contoh ciri yang mahasiswa2 mahukan dalam diri seorang pemimpin mahasiswa

Presiden Fakulti Undang2 saudara Shahril bertanya apakah keputusan yang dekan HEPA akan buat selepas sesi dialog ini. Saudara Shahril memberi satu cadangan yang bernas supaya diadakan satu sesi dialog bersama MPP yang baru seperti ‘pemimpin bersama rakyat’ utk sesi taaruf dan mengeratkan silaturahhim antara mahasiswa dan kepimpinan MPP baru


Penutupnya saudara Aizat membuat kesimpulan dan menyerahkan memorandum PRK yang ditandatangani oleh YDP2 Kelab dan Persatuan di UDM. Dekan HEPA berkata dia akan meneliti memorandum itu dan akan mengkaji apa yang sebenarnya mahasiswa mahasiswi UDM mahukan. Majlis berakhir dgn sedikit jamuan ringan


4 comments:

Unknown said...

hi. im having my blog private. send me your email please. thanks :)

Unknown said...

sorry. false alarm.

aunieZ said...

its
black_chix3[at]yahoo.com

Christian Louboutin said...

Hanno detto che la rete era falso, ho riso, come se la realtà è davvero la stessa
Christian Louboutin shoes
Christian Louboutin uk
Christian Louboutin Boots

Google