Tuesday, June 30, 2015

Dayang Bay Services Apartment & Resort Langkawi

Dayang Bay Services Apartment & Resort Langkawi

Semasa di Langkawi, kami bermalam di Dayang Bay Services Apartment & Resort Langkawi yang terletak di pekan Kuah. Ketika itu ada promo bilik. Aku amik bilik Deluxe Seaview with breakfast, harga dalam RM600++ untuk 4 hari 3 malam dan family aku amik bilik Room & Breakfast - 2 Bedrooms Suite. Makcik aku pulak amik yang Seaview juga. At first aku tak nak amik yang sea view sebab mesti mahal kan. Tapi time tu ada promo pulak n macam murah, jadi book bilik yang sea view. Memang berbaloi baloi tengok pemandangan yang cantik hari2. Bilik aku sea view dan menghadap swimming pool juga. Bilik family aku menghadap hutan :p

Bilik dia boleh tahan besar. Katil kami dapat dua single so kena gabungkan. Overall bilik dia best, ada balkoni, ada peti ais boleh simpan ice pack macam aku yang bawa EBM ni dan boleh simpan susu juga. Cuma yang kureng adalah bilik air dia tak macam hotel. Takde bath tub, macam toilet kat rumah je..Cuma macam besar sikit je.




Kalau bilik macam aku untuk family kecik je la. Kalau macam pergi family besar , bilik dia siap ada grill, kira macam rumah la. Dalam 1 rumah ada yang 1 bilik dan ada sofá bed dekat luar, 1 lg bilik private. Entah macamana nak terangkan pun tak tahu la. Haha Ampun!

Tapi yang family suite tu balkoni dia besar dan best. Makcik aku siap masak2 lagi kat situ. Tapi just panaskan makanan yang dia da siap masak awal2 lagi kat KL la. Seronok woo makan2 sambil tengok pemandangan indah. Sedap pulak makcik aku masak. Tak payah susah2 cari makan kat luar.


Swimming pool dia pun besar juga. Ada swimming pool khas untuk perempuan sahaja, pool  dia terlindung sikit di bahagian tepi tapi still orang lalu lalang boleh nampak. Pool kanak2 ada slide. Aku bawa Nuh sekali je pergi mandi pool tapi dia macam sejuk n takut so tak bagi mandi lama2.

Paling best sekali breakfast kat Dayang Bay ni. 3 hari makan breakfast, 3 hari makanan semua lain. Spaghetti bolognese paling sedap sekali. Boleh dikakan spaghetti bolognese yang paling sedap sekali aku pernah makan. Choice of food mungkin tak de lah banyak sangat tapi memuaskan.

Lokasi Dayang Bay Resort ini di Kuah. Dalam 15 minit untuk ke Haji Ismail Group, Idaman Suri dan jetty. Juga berdekatan dengan Dataran Lang.


Keseluruhannya saya bagi 4 bintang!


Google