Dayang Bay Services Apartment & Resort Langkawi
Semasa di Langkawi, kami bermalam di Dayang Bay Services
Apartment & Resort Langkawi yang terletak di pekan Kuah. Ketika itu ada
promo bilik. Aku amik bilik Deluxe Seaview with breakfast, harga dalam RM600++
untuk 4 hari 3 malam dan family aku amik bilik Room & Breakfast - 2
Bedrooms Suite. Makcik aku pulak amik yang Seaview juga. At first aku tak nak
amik yang sea view sebab mesti mahal kan. Tapi time tu ada promo pulak n macam
murah, jadi book bilik yang sea view. Memang berbaloi baloi tengok pemandangan
yang cantik hari2. Bilik aku sea view dan menghadap swimming pool juga. Bilik
family aku menghadap hutan :p
Bilik dia boleh tahan besar. Katil kami dapat dua single so kena gabungkan. Overall bilik dia best, ada balkoni, ada peti ais boleh simpan ice pack macam aku yang bawa EBM ni dan boleh simpan susu juga. Cuma yang kureng adalah bilik air dia tak macam hotel. Takde bath tub, macam toilet kat rumah je..Cuma macam besar sikit je.
Kalau bilik macam
aku untuk family kecik je la. Kalau macam pergi family besar , bilik dia siap
ada grill, kira macam rumah la. Dalam 1 rumah ada yang 1 bilik dan ada sofá bed
dekat luar, 1 lg bilik private. Entah macamana nak terangkan pun tak tahu la.
Haha Ampun!
Tapi yang family
suite tu balkoni dia besar dan best. Makcik aku siap masak2 lagi kat situ. Tapi
just panaskan makanan yang dia da siap masak awal2 lagi kat KL la. Seronok woo
makan2 sambil tengok pemandangan indah. Sedap pulak makcik aku masak. Tak payah
susah2 cari makan kat luar.
Swimming
pool dia pun besar juga. Ada swimming pool khas untuk perempuan sahaja,
pool dia terlindung sikit di bahagian
tepi tapi still orang lalu lalang boleh nampak. Pool kanak2 ada slide. Aku bawa
Nuh sekali je pergi mandi pool tapi dia macam sejuk n takut so tak bagi mandi
lama2.
Paling best
sekali breakfast kat Dayang Bay ni. 3 hari makan breakfast, 3 hari makanan
semua lain. Spaghetti bolognese paling sedap sekali. Boleh dikakan spaghetti
bolognese yang paling sedap sekali aku pernah makan. Choice of food mungkin tak
de lah banyak sangat tapi memuaskan.
Lokasi Dayang Bay
Resort ini di Kuah. Dalam 15 minit untuk ke Haji Ismail Group, Idaman Suri dan
jetty. Juga berdekatan dengan Dataran Lang.
Keseluruhannya
saya bagi 4 bintang!
1 comment:
saya baru nak cuba menginap di hotel ini utk cuti sekolah bln sept. nnt...tq atas review... lega bila baca...
Post a Comment