Thursday, December 16, 2010

muka macam budak lepas habis SPM kah? nampak sangat tak matang lagi tapi itu tanda awet muda

Tempat : Giant, Shah Alam Mall
Tujuan : membeli sedikit barang dapur( minyak , garam, cheese ) yang diminta oleh mak bersama adik2 yang berumur 13 dan 10 tahun
Situasi ketika di kaunter pembayaran, Staff Giant (S) dan saya (H)

S : Mak suruh beli barang ek?
H : Mana taw?
S : Tadi mak ada call, suh tengok anak dia. Lepas beli barang ni balik ek
H : Ok..
S : Rumah kat mana? Mahligai ek
H : Tak la kat belakang Shell
S : Datang naik apa? Jalan kaki?
H : Tak la, naik keta la
S : Dengan mak ke
H : Drive la..
S : Ooo berani..umur berapa?
H : Teka la…
S : 17 ek?
H : (giggle) Huhu dua……dua..puluh..tiga…
S : Tipooo…
H : Haha betul la..tak caye? Nak tengok IC? (tunjuk IC sambil bayar barang)
S : Ok2..nanti kem salam mak. Balik rumah terus.
H : Errr……


muka budak tak matang

Adakah saya nampak macam budak lepas habis SPM??? Wahaha…6 years younger..always look sweet 17 KAH KAH KAH ( gelak chika). Kira sama baya dengan adik saya yang habis SPM.

Awet muda LOL tapi muka makin banyak jerawat T__T


Tuesday, December 14, 2010

Q Bee Bee is married to Naeemeritus Que


First time menolong di majlis perkahwinan seorang sahabat. Persiapan dari mula hingga agak akhir majlisnya.


Mula2 tolong buat hantaran. Walaupun tangan saya tiada seni, apa yang dibuat tak pernah menjadi tapi buat jugak lah asal kan nampak ada rupa. Tapi kawan2 saya yang lain, k.dayah, zhie xi, maj memang berseni. Nanti boleh panggil dorang untuk majlis kahwin saya. Minta mereka cuti seminggu untuk tolong buat hantaran. Hasilnya, hantaran purple yang cantik siap digubah, ramai memuji hasil kerja mereka. Saya pun tumpang bangga walaupun saya hanya buat kosong point satu percent aje T_T


tengok muka debor ni

Siapa yang tak berdebar bila nak menikah? Macam tak percaya sudah sampainya bergelar isteri orang. Itulah perasaan pengantin perempuan. Lepas menikah pun masih tak percaya lagi. Tapi saya pelik dengan diri saya, saya yang selalu menangis terharu bila lihat majlis pernikhan. Kalau saya menikah agaknya, habis berjurai2 air mata akan keluar.


Mak andam untuk majlis ini pula diimport khas dari sarawak. Jauh woo nak turun Terengganu. Lagi sorang yang akan diimport untuk majlis saya 2 tahun lagi (berangan). Tak perlu bayar dia mahal2, cukup dengan roti canai telur, pasti dia da gembira :p cantik kan makeup dan pengantinnya..saya suka sangat tengok pengantin. Berkali2 curi2 tengok pengantin perempuan, pengantin lelaki tak boleh tengok lebih2. Memang nampak la seri pengantin , bestnya..nak kahwin jugak supaya nampak seri pengantin. Tak payah pergi spa. Makeup oleh majdah


Kenangan bergurau2 bersama pengantin sebelum her big day seperti main mokcik2, main inai2 sebab takde malam berinai. Dari aku yang tak suka berinai, tapi demi kak bee sanggup aku menconteng jari sendiri dengan inai oren. Lepas tu buat myths sendiri, siapa punya inai lagi pekat dia kahwin dulu.



Lepas majlis nikah, kami balik rumah dahulu. Mak2 andam dan pengapit2 pengantin ( ye ke pengapit? Hikhik) akhirnya gugur sebentar di medan perang. Semua ketiduran sebab kekurangan tidur. Tidur beramai2 di bilik pengantin. Eh tak kan la tidur kat bilik pengantin kan, tidur di bilik pengantin sebelum jadi isteri orang je aka bilik anak dara


Pengantin yang masih malu2 lagi. Suruh pegang tangan tapi macam nyanyi lagu negaraku. Kita lihat nanti lagi sebulan. Mesti romantic lagi sweet punyeeee hihi


Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama’a bainakuma fikhoir. Ok sekarang sudah setaraf dengan 'kakak' beliau. Selamat pengantin baru Puan Q Bee and Professor na’eem. Semoga berbahagia dunia dan akhirat, smoga menjadi suami dan isteri mithali. Semoga dapat anak2 yang comel menjadi pejuang Islam


Saya suka majlis perkahwinan beliau. Walaupun tidak segrand majlis artis2 tapi yang penting barakah dalam majlis itu, majlis tetap meriah, lauk pun sedap. Seronok dapat kenal ahli keluarga kak bee dan dapat lihat perkahwinan orang Terengganu. hye kak ngoh!


gambar keluarga

Tapi masa balik, hati rasa hiba dan sayu. Kerna sudah sampainya saya meninggalkan bumi Terengganu untuk jangka masa yang lama. On the way balik kampus, terkenang setiap inci jalan di situ yang membawa pelbagai kenangan yang tak mungkin dilupakan. T.T



amik berkat berkali2, agak2 nya meresap tak keberkatan itu?

soalan cepucemas oleh puan connie " awak dengan bedi ke?". hoho puan connie sudah terpercaya dakyah2 kami yang suka berebut nak kan bedi


Saturday, December 04, 2010

banjir di UniSZA : terlebih air sudah



kolam renang muncul kembali di UniSZA

Hari itu, tiada air setitik. Tapi hari ini terlebih air sudah. banjir di blok2 asrama baru , blok B-D, F-I. hanya boleh didapati di bulan 12 iaitu musim dingin di UniSZA sahaja semasa monsoon cup sedang beraksi tapi di sini tiada kapal layar dan skipper yang hot dan kacak.



jom la kite bermandi-manda

Hanya cuaca sejuk tahap winter. Apa2 pun kita hendaklah bersederhana dalam semua perkara. Ubah gaya hidup anda!



best nye..tak payah pergi TER lagi :P




wooo tengok..bawah blok kte da ada swimming pool taw

Walaupun minyak naik, gula naik, anggap itu dugaan dan kita seharusnya bersyukur dengan kerajaan Malaysia kerana sudah bagi kita belajar di universiti ini.



1,2,3 terjunn

Gunalah basikal menggantikan kereta yang banyak guna minyak, gantikan garam dalam minuman supaya kita lebih banyak makan garam dalam kehidupan dan lebihkan manis dalam senyuman. Boleh tak? Tak sabar nak tunggu pilihanraya akan datang :D

tapi...gimana parents guwe mahu amik guwe dan barang2 guwe di sini..ayyooooooo


Saturday, November 27, 2010

Krisis AIR UniSZA : Air takde..salah ke?



Air..air.. bila takde air baru sume orang nak kecoh. Bila ada air, membazir macam tu je. Baru takde air 5 hari, korang da merungut tak tentu pasal. Belum sebulan ke satu sem takde air.



Kalau tak de air, salah ke? Kalau tak de air, korang mati ke? Tak lagi kan. Lain la tak de oksigen kat dunia ni. Mungkin la korang boleh mati dan boleh la nak marah2 n kecoh2. Ni masih ada air kat tempat lain lagi. Gong Badak je pun tak de air. Tak perlu tayammum lagi. Pergi la cari air kat Wakaf Tembusu ke, Teluk Ketapang ke, Masjid putih kat Bandar ke. Kreatif la sikit beb.



Kalau dah takde air, contohnya : boleh pergi Bandar, mandi la kat Bandar. Mandi kat masjid Putih ke, pastu boleh lepak2, study dan solat kat sana, lagi berkat. Beli la air mineral banyak2 , beli sepuluh dozen. Lepas tu boleh buat bisnes, bisnes air confirm laku punye masa takde air ni. Independent sikit la wooii. Sume nak harap orang sedia. Macam budak sekolah. Agak2 la kan. Ada je student UniSZA relek je mandi kat masjid putih ok..! Seronok je diorang bermandi-manda di sana. Tak tension pun walaupun duit keluar banyak. Tak macam korang. Sikit2 tensen. Manja macam budak kecik. Kalau tak de transport sendiri, boleh sewa kereta. Kalau tak tahu drive,korang panggil la pakcik van kuning, boleh naik van kuning ramai2, pergi cari air. Nak seribu daya, kalau tak nak, seribu alasan macam korang bagi.



Kalau korang loaded lagi, boleh la check in kat Dara Inn untuk mandi manda di sana. Murah je beb. RM 100 je semalam. Tak kan RM 100 pun korang takde. Share la ramai2. Dari korang bising tak tentu pasal sebab tak de air, baik korang check in kat Dara Inn ni. Air melambak kat situ. Tak de sape nak kacau korang mandi sepuas2nya, bery sehabis2nya, masak dan minum air sampai kembung. Kalau tak cukup air lagi, boleh terjun je kat pantai Teluk Ketapang depan tu. Tapi kalau korang tak nak pergi kat situ sebab kononnya tak de duit, memang korang dasar kedekut. Lepas tu nak merungut takde air apahal.



Dan kalau da tak tahan nak merungut sangat, merungut dalam hati dah la. Tak payah la nak tulis “ takde air..” dalam facebook atau page MPP dan JPKP. Tak payah nak luah2 perasaan ni atau marah2 bagai. Macam budak2 yang tak matang la korang ni. Kata pelajar university. Cuba la berfikiran kritikal atau dalam bahasa inggerisnya ‘critical thinking’. Nama je mahasiswa dan mahasiswi yang belajar kat university. Tapi otak takde critical thinking. Bila takde critical thinking, korang mesti gelabah la punya wa cakap sama lu. So lepas ni, korang jangan perasan la korang MAHAsiswa kalau tak de usaha untuk CRITICAL THINKING.



Gelaran Siswa siswi tanpa perkataan MAHA pon da cukup apa untuk otak udang macam korang ni yang bila krisis air sikit dah nak melenting.



Lepas tu, sebab tak de air korang nak marah2 MPP dan JPKP tu ape hal? Bukan salah dorang pun takde air. Dorang student macam kita juga, bukan dorang keje dengan Syarikat Air Terengganu ( SATU ). Kalau dah tak tahan sangat takde air, apa kata korang pergi je kat pejabat SATU, lepas tu korang marah je orang yang kerja kat SATU tu. Baru la boleh dikatakan MAHAsiswa. Ni marah dengan MPP dan JPKP,apa barang? Dorang pun nak exam juga, dah la penat baru balik menjalankan misi kemanusian, lepas tu sedap2 je korang kata dorang tak buat kerja. Kalau tak Nampak apa dorang buat, tolong la jangan main tuduh2. Macam budak sekolah yang tak amik SPM lagi nak main tuduh2 macam ni.



Pernah ke korang berada di tempat dorang? Pernah ke korang turun naik pejabat untuk siapkan proposal? Pernah ke korang pergi jumpa orang2 besar untuk bincang isu2 dan aduan korang? Pernah ke???Cakap senang la..bak kata orang putih ‘Things are easier said than done’. Apa yang korang dah buat untuk atasi masalah ni? Cakap berkobar2 tapi satu pun tak bagi sumbangan. Hampeh betul orang yang merungut ni. Betul la.. cakap lagi senang dari buat..PEMERHATI la katakan. Cuba amik jawatan dorang lepas ni. Mesti korang nangis2 tak tahan kena kutuk oleh pemerhati2 tak bertauliah ni.



Sampai hati korang tuduh dorang macam tu. Korang tak tahu ke betapa penatnya mereka berusaha untuk membela nasib kita yang takde air ni, tambah lagi dorang nak exam juga, tak habis study lagi. Korang dah tuduh dorang macam2. Kenapa nak harapkan dorang 100%? Korang pun ada handphone kan, boleh la call pihak SATU kalau jawapan yang korang dapat tak memuaskan hati korang. Tak pun, buka la laman web SATU hari2, jadikan website SATU tu feveret website korang selepas facebook.



Ni semua nak bergantung dengan dorang, lepas tu main tuduh2. Kesian dorang terpaksa menahan sabar sebab perangai korang yang tak habis2 nak melenting dan main tuduh2 tu. Dorang pon ada tahap kesabaran dorang. Cuba korang berada di tempat dorang, mesti korang pun tak mungkin dapat tahan dengan segala kritikan, tohman dan tuduhan korang yang tak berasas dan cakap ikut sedap mulut je.





Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..? Habis korang kena banned / blocked dengan page MPP. Padan muka korang tak dapat lagi komen dan tahu latest info tentang kerja2 MPP.




Daripada tengok dan dengar kritikan2 korang yang langsung tak membina dan tak berhikmah, baik block korang terus. Dasar tak reti bersyukur. Lain kali, kalau nak komen tu, biar la komen yang puji dan membina je. Ingat tak sakit hati ke baca komen marah2 macam ni? Baik block je. Senang cerita. Dah tak tensen lagi dengan orang2 yang tak reti bersyukur macam korang ni.



Tapi…bila dah kena block, tolong la jangan pulak buat page ‘ Kami Kena BLOCK dengan MPP UniSZA’. Jangan tiru perangai orang yang buat page ‘Kami Kena Block Dengan Datuk Dr Rozmey’. Orang yang buat dan like page ‘Kami Kena Block Dengan Datuk Dr Rozmey’ tu semua bukan MAHAsiswa. So jangan nak mengada2 ye buat page macam tu. Memalukan diri sendiri dan universiti je.



Korang kata dorang tak buat kerja? Hah.. dorang da sediakan bas untuk pergi ke masjid pagi2, apasal korang tak naik? Kesian pakcik bas, tunggu punya tunggu, takde orang naik pon. Dah la sampai 2 bas. Dorang da cuba untuk ringankan beban korang tapi korang tak hargai pon. Biar da ada air masa tu pun, naik la bas tu juga untuk menghargai apa yang dorang da usahakan. Tengok, memang tak reti bersyukur la korang ni. Lepas tu suka hati je tuduh dorang tak buat kerja.



credit to azizul

Bila air dah takde, baru kita hargai rahmat hujan..Apabila hujan turun dengan lebatnya, ramai student2 yang tak melepaskan peluang menadah air hujan dengan baldi yang tak besar mana. Hujan rahmat apabila air yang bersih takde setitik pun yang tinggal di UniSZA waktu itu. Syukurlah dengan nikmat hujan yang Allah turunkan.



credit to boonga


Tapi masih ada yang kata geli lah nak guna air hujan, tak bersih la sebab jatuh dari bumbung sebab burung berak kat atas tu. Isy2 apa punya manusia la korang ni yang tak pernah nak bersyukur. Tak payah la nak bising2 lagi..bagi alasan takut demam la, sakit kulit la, gatal2 badan sebab alergik la. Orang gila duk berjemur tengah panas + hujan pun Allah bagi sihat. Sihat dan sakit kan datang dari Allah.



Ketiadaan air ni sebenarnya suatu rahmat..bersyukurlah..tiada siapa menduga tersembunyi pebagai hikmah dan pengajaran ..lebih mengenali pelajar UniSZA. Mengenali insan yang selalu menuding 3 jari kepadanya. Rahmat untuk melihat reaksi ragam manusia..

Tak percaya? Dari korang yang tak reti bangun subuh awal, tiba2 sanggup bangun pukul 5 pagi semata2 nak cari mandi atau buang apa2 sewaktu dengannya. Bila bangun dan mandi awal, tentu la dapat solat di awal waktu juga. Bukankah itu suatu rahmat? Bila dah ada air ni, confirm korang bangun subuh lambat balik kan. Dasar orang tak reti bersyukur dengan nikmat yang ada. Kufur nikmat.

Dari yang tak pernah jejak kaki ke masjid tapi sebab tak de air, tiba2 korang sanggup jalan kaki nak cari air kat masjid. Banyak pahala yang korang dapat apabila melangkahkan kaki ke masjid, dapat solat di masjid. Bukankah itu suatu rahmat?



Kepada semua yang merungut takde air dan tak habis2 menyalahkan orang lain, percayalah apa yang kita hadapi tempohari merupakan dugaan untuk kita lebih dewasa. Dan percayalah, keikhlasan hati kita mengharungi cabaran ini akan dibalas hujan2 permata yang bernilai yang dikenali sebagai ‘KEJAYAAN’..insyaallah…

Akhir kata, mari lah kita hayati peribahasa ini



‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,
Kalau takut dilanda krisis air UniSZA, jangan berumah di kampus Gong Badak’

Jadi sem depan tu, boleh apply kat pejabat asrama untuk minta duduk di kampus kota. Kat situ tak de masalah air, internet pon boleh tahan laju, facebook pun tak kena block. Baik korang apply duk situ ramai2.



Sekiranya kita tak boleh nak terima keadaan ini dengan redha, berkawanlah dengan orang yang bernama redha supaya kita dapat belajar redha. Eh bukan, jangan duduk asrama, duduklah rumah sewa yang ada tangki khas untuk rumah itu sahaja, tak perlu kongsi dengan rumah lain. Tak pun , sem depan pakat dan kumpul duit dengan housemate, beli tangki air sendiri. So bila takde air pun, takde la kelam kabut sebab da ada tangki air sendiri.



Kalau tak sanggup juga, sila2 la pindah universiti dari korang asyik nak menyalahkan orang lain je. Sebab korang pun bukan suka sangat kan masuk UniSZA ni, sambung belajar kat sini pun sebab tercampak kan, so lebih baik tukar U terus. Tak gitu?



Kalau nak duk kat kampus gong badak, lepas ni kalau tak de air, sabar je..jangan melawan, jangan meluahkan perasaan, jangan marah2. Kalau melawan dan marah2 pun korang dapat apa? Tak payah la nak bersuara atau melontarkan pendapat korang. Dah2 la tu ..‘fight for justice’ la , 'fight for student's right' la,‘fight for WATER ‘ la apa la..



Yang duduk asrama baru tingkat 5, kalau kaki cramp, tak payah la nak mengadu sakit. Terlampau manja sangat. Urut kaki dengan minyak panas dah la. Ingat taw, lepas ni korang kena sabar, redha dan tawadhuk. Tunggu je bantuan datang. Kalau tak datang juga bantuan, takpe..kita redha je dengan apa yang berlaku. Itu semua rahmat dan ujian. Tak baik minta2 ni. Tangan memberi lebih baik dari tangan menerima. Sabar itu separuh daripada iman.



cadangan terakhir dari seorang sahabat

sarcasm ala amenoworld



Friday, November 05, 2010

tahniah pemenang Pertandingan Blog Perlancongan Terengganu

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki setiap orang dah tertulis..kalau itu dah rezeki dia, maka dia akan dapat lah rezeki itu. Contohnya kau dapat handphone masa kau umur 16 tahun yang koman je, tapi adik kau dah dapat handphone Express Music masa umur dia 12 tahun. Kau tak boleh jeles dengan dia sebab itu da rezeki dia..tapi aku jeles jugak haha..Cuma tak de la sampai dengki nak curi handphone dia tau campak dalam longkang

Saya sebenarnya sedang cemburu. Cemburu buta dengan mereka. Buta sebab tak Nampak mereka di depan mata. Siapakah mereka? Mereka yang menang dapat hadiah ribu2. Kau tak jeles tengok orang menang ribu2? Tak pe la aku jeles tapi nak wat camne da mereka berusaha bersungguh2, kau berusaha macam melepaskan batuk di tepi tangga


juara ketegori IPT yang kiri, tahniah ! blog Alami Terengganu

Nak tahu dengan siapa saya jeles? Saya jeles dengan blogger yang menang pertandingan blog Terengganu. 1st prize untuk kategori IPT, RM 7000 wooo..sape tak jeles, 2nd RM 5000, 3rd RM 3000, saguhati pon dapat RM 300 tahu!!


mereka yang menang, gambar dari blog Aliashim Albani,Jom Makan-Makan di Terengganu

Saya pon masuk sebenarnya tapi macam hangat2 tahi ayam..bukan mahu hangat2 tahi ayam..Cuma kesibukan untuk final project plus assignment plus tiada kenderaan untuk berjalan2, tak dok pitih, mood tak datang nak tulis blog, masalah peribadi melanda dan macam2 lagi halangan la..alasannnnn..

Tapi nak buat macam mana..memang bukan rezeki saya, tapi rezeki mereka. Bestnya diorang menang dapat duit banyak2, dapat camera, dapat makan kat Primula [ ini jeles juga sebab dapat makan sedap ]. Tapi tak jeles sangat sebab hadiah untuk kategori IPT tak dapat duk kat hotel kegemaran saya, Riyaz Heritage, Primula dan Felda Residence. Mereka menang dapat duk kat TER, Permai Inn dan Bukit Keluang. So tak jeles..!! haha jahat gila ni


cantik banner ni :) blog iqa di Terengganu

Oh by the way, congrates kepada mereka yang menang dan jangkaan saya terhadap blog2 yang menang adalah tepat belaka. Cuma terkilan juga sebab tak ramai menggunakan gambar sendiri dalam blog. mungkin bukan syarat pertandingan. 2 orang yang menang top 5 adalah pelajar UniSZA. 4th,Sorang junior sains computer saya, aisyah; 5th,sorang lagi saya tak pasti kos apa,iqa di Terengganu..

Kepada yang menang, tahniah ! belanja la saya makan buffet kat hi-tea Riyaz pon da cukup :p

p/s : ini blog saya yang tak sempat siap, Terengganu Syurga Dunia. Walaupun tak sempat siap, tapi blog saya tetap menjadi pilihan Google apabila mereka mencari maklumat tentang Terengganu..ahha jangan jeles

1st :blog Alami Terengganu - saya da dapat rasakan dia akan menjadi juara kerana dia rajin update blog dan pergi banyak2 tempat yang saya tak pernah tahu pun ada kat Terengganu ni
2nd : Terengganu, My Home - dia ada kelebihan di sini kerana dia satu2nya blogger kategori IPT yang menggunakan bahasa inggeris di dalam blognya. dan cara dia mengolah ayat di dalam blog sangat segar
3rd : Jom makan-makan di Terengganu - blog pelajar UMT ini unik kerana dia banyak mengetengahkan jenis2 makanan di Terengganu selain menulis aktiviti dan pengalaman bersama warga Terengganu
4th : Terengganu Darul Iman, blog junior saya *wink*, aisyah banyak menceritakan tempat2 menarik di Kemaman kerana dekat dengan rumah dia rasanya. Blog ini banyak menggunakan gambar yang ditangkap sendiri
5th : Iqa di Terengganu - bukan saya ek..hehe..blog dia mempunyai banner yang cantik..ada kat atas tu...

Keputusan penuh dan link blog Terengganu lain di sini


Google