Tuesday, December 14, 2010

Q Bee Bee is married to Naeemeritus Que


First time menolong di majlis perkahwinan seorang sahabat. Persiapan dari mula hingga agak akhir majlisnya.


Mula2 tolong buat hantaran. Walaupun tangan saya tiada seni, apa yang dibuat tak pernah menjadi tapi buat jugak lah asal kan nampak ada rupa. Tapi kawan2 saya yang lain, k.dayah, zhie xi, maj memang berseni. Nanti boleh panggil dorang untuk majlis kahwin saya. Minta mereka cuti seminggu untuk tolong buat hantaran. Hasilnya, hantaran purple yang cantik siap digubah, ramai memuji hasil kerja mereka. Saya pun tumpang bangga walaupun saya hanya buat kosong point satu percent aje T_T


tengok muka debor ni

Siapa yang tak berdebar bila nak menikah? Macam tak percaya sudah sampainya bergelar isteri orang. Itulah perasaan pengantin perempuan. Lepas menikah pun masih tak percaya lagi. Tapi saya pelik dengan diri saya, saya yang selalu menangis terharu bila lihat majlis pernikhan. Kalau saya menikah agaknya, habis berjurai2 air mata akan keluar.


Mak andam untuk majlis ini pula diimport khas dari sarawak. Jauh woo nak turun Terengganu. Lagi sorang yang akan diimport untuk majlis saya 2 tahun lagi (berangan). Tak perlu bayar dia mahal2, cukup dengan roti canai telur, pasti dia da gembira :p cantik kan makeup dan pengantinnya..saya suka sangat tengok pengantin. Berkali2 curi2 tengok pengantin perempuan, pengantin lelaki tak boleh tengok lebih2. Memang nampak la seri pengantin , bestnya..nak kahwin jugak supaya nampak seri pengantin. Tak payah pergi spa. Makeup oleh majdah


Kenangan bergurau2 bersama pengantin sebelum her big day seperti main mokcik2, main inai2 sebab takde malam berinai. Dari aku yang tak suka berinai, tapi demi kak bee sanggup aku menconteng jari sendiri dengan inai oren. Lepas tu buat myths sendiri, siapa punya inai lagi pekat dia kahwin dulu.



Lepas majlis nikah, kami balik rumah dahulu. Mak2 andam dan pengapit2 pengantin ( ye ke pengapit? Hikhik) akhirnya gugur sebentar di medan perang. Semua ketiduran sebab kekurangan tidur. Tidur beramai2 di bilik pengantin. Eh tak kan la tidur kat bilik pengantin kan, tidur di bilik pengantin sebelum jadi isteri orang je aka bilik anak dara


Pengantin yang masih malu2 lagi. Suruh pegang tangan tapi macam nyanyi lagu negaraku. Kita lihat nanti lagi sebulan. Mesti romantic lagi sweet punyeeee hihi


Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama’a bainakuma fikhoir. Ok sekarang sudah setaraf dengan 'kakak' beliau. Selamat pengantin baru Puan Q Bee and Professor na’eem. Semoga berbahagia dunia dan akhirat, smoga menjadi suami dan isteri mithali. Semoga dapat anak2 yang comel menjadi pejuang Islam


Saya suka majlis perkahwinan beliau. Walaupun tidak segrand majlis artis2 tapi yang penting barakah dalam majlis itu, majlis tetap meriah, lauk pun sedap. Seronok dapat kenal ahli keluarga kak bee dan dapat lihat perkahwinan orang Terengganu. hye kak ngoh!


gambar keluarga

Tapi masa balik, hati rasa hiba dan sayu. Kerna sudah sampainya saya meninggalkan bumi Terengganu untuk jangka masa yang lama. On the way balik kampus, terkenang setiap inci jalan di situ yang membawa pelbagai kenangan yang tak mungkin dilupakan. T.T



amik berkat berkali2, agak2 nya meresap tak keberkatan itu?

soalan cepucemas oleh puan connie " awak dengan bedi ke?". hoho puan connie sudah terpercaya dakyah2 kami yang suka berebut nak kan bedi


6 comments:

dari~ummie said...

tunggu juga bila hari bahagia cik haziqah kita..hehe..mesti ada blog khas pasal kahwin..hikhik

Majz said...

telah terbukti awk akn kawen dlu sbb inai awk pkt lg dr sy..wuwu sy xleh lgkah bendul..hehe erk, kalu nk tmbah lg slaen roti telur bole?? :P btw entry yg best ;D

Nuyu Yusof said...

haha..kjp lagi lekat la tu badi..btw, santekkkk ! hee~

haziQah said...

bari'ah - hehe tngu2...ade blog khas psl kahwin? ahha mungkin kalu teruja nk buat eheh

maj - amin...smoga sy khwin dulu waawawa..nk tmbh pe slain roti telur? mcD x dilayan :p

nuyu : ahha harap2 lekat la ..:)

Majz said...

cess..dah agak da (McD) T_T wuwuwu.. eh kalu sy kawen dlu myths awk xmnjadi la yek :P lalala~

haziQah said...

maj : haha kte tgk betul ke x myths sy tuh kehkeh

Google