Kepada anakanda ku Nuh Irsyad,
Macam sekejap je rasa my dear baby son sudah mencapai umur setahun. Rasa dia masih still baby lagi mungkin sebab dia tak pandai jalan lagi kot.
Membesarkan dia setahun ni ada susah, ada senang. Banyak mama belajar jadi seorang emak walaupun bukanlah emak yang perfect tapi sentiasa mahukan yang perfect untuk anakku. Dari lepas bersalinkan Nuh, mama memang nak buat blogpost ni khas untuk Nuh, untuk menceritakan pengalaman membesarkan anak sulung Mama ini.
Nuh boleh dikatakan easy baby semasa dalam pantang, Nuh selalunya tidur je waktu malam dalam pantang kecuali time nak menyusu je bangun. Mama tak kisah pun kalau Nuh nak bangun meyusu waktu malam sebab Nuh memang kena minum susu sekerap 2 jam sekali. Kalau tak bangun lagi mama risau sebab takut Nuh lapar atau susu mama pun da penuh. Takde meragam sangat, dan seingat mama hanya ada sekali je Nuh meragam n menangis2. Waktu lain, you are a good baby boy.
Nuh is a light sleeper baby. Memang senang terjaga dan tidurnya sekejap2 sahaja. Ni kadang2 buat mama stress. Dah besar nanti, hang banyak tidoq, siap la hang! Kalau tidur siang, bila kita letak kat tilam, mesti terjaga. Kalau nasib baik, dapat la tidur 15 minit kalau tiada gangguan bunyi yang boleh mengejutkan Nuh. Lagi2 kalau angku buka pintu gedegang, sabor je la Mama sebab Nuh mesti terjaga punya. Tapi bila da besar sikit, Nuh dah boleh tidur lama sikit kalau Nuh tidur dalam bilik. Dalam bilik kurang bunyi sikit. Nuh bangun tidur mesti menangis cari Mama, dah la tak buka mata lagi.
Nuh seorang baby yang agak lambat perkembangannya tapi mama tak risau sebab mama tahu insyallah Nuh akan ke tahap itu satu hari nanti. Kalau mama risau, mama doa je kat Allah. Alhamdulillah doa mama dikabulkan. Masa bulan Ramadhan, mama doa gigi Nuh cepat tumbuh sebab orang asyik tanya takde gigi lagi bila dah sebelas bulan ni. Tengok2 masa raya, gigi Nuh tumbuh 5 batang. Wow! Yang comelnya, tumbuh gigi taring dulu. Nuh boleh mengesot masa umur 8 bulan, merangkak, tepuk tangan masa lagi seminggu nak setahun. Belum boleh berjalan, suap makan sendiri masa umur setahun, mama tak risau sebab mama pun boleh berjalan masa umur mama 1 tahun 3 bulan.
Nuh dah kenal orang, dah tahu siapa mama, siapa ayah. Kalau malam2, ayah takde, tak tidur sebelah dia atas katil, mesti dia cari ayah. Kalau ayah takde, dia cari ayah dalam bilik. Nuh paling suka uci. Kalau Uci turun bawah, mesti dia kejar uci dan minta Uci dukung dia. Dah kenal Angku, Uncle Jim, Ummi Na, Ummi Nani, Ummi Aisyah.
Alhamdulillah sehingga umur Nuh setahun, mama still dapat breastfeedkan Nuh tanpa campur apa2 susu formula. Tapi tak sure masa lahir tu Nuh da minum susu formula ke tak. Masa mama sedar dari operation lepas Nuh lahir, terus mama minta Nuh dari nurse sebab mama nak susukan Nuh. Nuh pandai latch minum susu. Dan perjalanan penyusan Nuh bagi mama juga mudah sekali. Masa Nuh takde gigi lagi, Nuh pernah menggigit masa menyusu, mama picit je hidung dia. Lepas tu Nuh tak buat lagi . Tapi bila ada gigi, nasib tak gigi da.
Menjelang Nuh umur 1 tahun ini, Nuh baru mencapai berat 7.5kg, kurang dari berat yang diharapkan. Part ni mama memang risau. Nuh kuat makan juga, suka makan, cuma berat je susah nak naik. Uci selalu bebel kat mama suruh bagi susu formula. Maybe lepas setahun ni, mama akan try bagi Nuh susu formula walaupun Nuh tak suka minum botol susu.
Favorite show Nuh adalah lagu2 Didi & Friends and Super Simple Song
Makanan kegemaran : Nasi putih, kurma, kismis.
Happy birthday my dear baby! Mama n ayah loves u to the moon at back. Terima kasih sebab hadir dalam hidup mama n ayah , berpeluang kepada kami untuk merasai menjadi ibu bapa. Bukan mudah rupanya menjadi ibu bapa ini. Amanah dari Allah yg mama akan cuba sebaik boleh untuk didik menjadi muslim yg cemerlang. Senyuman dan tawamu menceriakan hidup mama di kala mama bersedih, mencairkan hati mama bila mama rasa nak marah.
Takde kisah perkembangan Nuh dalam blog mama tapi setiap bulan mama ada hantar email kat Nuh :)
Saturday, August 15, 2015
Tuesday, June 30, 2015
Dayang Bay Services Apartment & Resort Langkawi
Dayang Bay Services Apartment & Resort Langkawi
Semasa di Langkawi, kami bermalam di Dayang Bay Services
Apartment & Resort Langkawi yang terletak di pekan Kuah. Ketika itu ada
promo bilik. Aku amik bilik Deluxe Seaview with breakfast, harga dalam RM600++
untuk 4 hari 3 malam dan family aku amik bilik Room & Breakfast - 2
Bedrooms Suite. Makcik aku pulak amik yang Seaview juga. At first aku tak nak
amik yang sea view sebab mesti mahal kan. Tapi time tu ada promo pulak n macam
murah, jadi book bilik yang sea view. Memang berbaloi baloi tengok pemandangan
yang cantik hari2. Bilik aku sea view dan menghadap swimming pool juga. Bilik
family aku menghadap hutan :p
Bilik dia boleh tahan besar. Katil kami dapat dua single so kena gabungkan. Overall bilik dia best, ada balkoni, ada peti ais boleh simpan ice pack macam aku yang bawa EBM ni dan boleh simpan susu juga. Cuma yang kureng adalah bilik air dia tak macam hotel. Takde bath tub, macam toilet kat rumah je..Cuma macam besar sikit je.
Kalau bilik macam
aku untuk family kecik je la. Kalau macam pergi family besar , bilik dia siap
ada grill, kira macam rumah la. Dalam 1 rumah ada yang 1 bilik dan ada sofá bed
dekat luar, 1 lg bilik private. Entah macamana nak terangkan pun tak tahu la.
Haha Ampun!
Tapi yang family
suite tu balkoni dia besar dan best. Makcik aku siap masak2 lagi kat situ. Tapi
just panaskan makanan yang dia da siap masak awal2 lagi kat KL la. Seronok woo
makan2 sambil tengok pemandangan indah. Sedap pulak makcik aku masak. Tak payah
susah2 cari makan kat luar.
Swimming
pool dia pun besar juga. Ada swimming pool khas untuk perempuan sahaja,
pool dia terlindung sikit di bahagian
tepi tapi still orang lalu lalang boleh nampak. Pool kanak2 ada slide. Aku bawa
Nuh sekali je pergi mandi pool tapi dia macam sejuk n takut so tak bagi mandi
lama2.
Paling best
sekali breakfast kat Dayang Bay ni. 3 hari makan breakfast, 3 hari makanan
semua lain. Spaghetti bolognese paling sedap sekali. Boleh dikakan spaghetti
bolognese yang paling sedap sekali aku pernah makan. Choice of food mungkin tak
de lah banyak sangat tapi memuaskan.
Lokasi Dayang Bay
Resort ini di Kuah. Dalam 15 minit untuk ke Haji Ismail Group, Idaman Suri dan
jetty. Juga berdekatan dengan Dataran Lang.
Keseluruhannya
saya bagi 4 bintang!
ini cerita pasal
holiday
Tuesday, March 10, 2015
Bercuti di Langkawi
Bercuti di Langkawi
Percutian kami sekeluarga besar ke Langkawi memang seronok. Mula2
plan nak pergi Langkawi hanyalah saya, suami dan anak tapi tiba2 makcik saya
ajak pergi bercuti dan ketika itu ada promo Air Asia. Jadi kami pun telah tempah
tiket beramai2. Tiket takde lah murah sangat dalam RM100++ seorang.
Kami menginap di Dayang Bay Resort Langkawi yang terletak di
Pekan Kuah. Kalau nak pergi shopping
dekat Haji Ismail Group dan sewaktu dengannya memang dekatlah dalam 10-15minit
perjalanan naik kereta. Yang seronok pasal bercuti bersama keluarga ni ialah makcik aku tolong masakkan semua makanan semasa kami di Langkawi ni. Tak payah susah2 nak cari makan. Terima kasih Mak Noi. Cuma tak dapat la nak bagi review makan di Langkawi ni.
Semua urusan percutian Alhamdulillah berjalan lancar cuma kereta
sewa je kitorang cuak nak settle last minit. Tapi nasib baik dapat juga kereta myvi kuning yang dalam berkeadaan baik. 4
hari 3 malam sewa RM 210.
Kami berada di
Langkawi selama 4 hari 3 malam. Antara aktikviti kami di Langakwi adalah naik
cable car, 3D Art Museum, shopping di Beras Terbakar, Haji Ismail Group dan
Idaman Suri, Island Hoping, bergambar di Dataran Lang dan melawat maahad tahfiz.
Iteniary untuk 4
Hari 3 malam di Langkawi
Hari pertama
-
Sampai
di Langkawi hampir petang
-
Check in di Dayang Bay Resort
-
Bersantai di swimming pool
-
Berehat2 di waktu malam
Hari Kedua
-
Menaiki Cable Car
-
Art in Paradise Langkawi @ 3D Art Museum
-
Melawat Maahad Tahfiz Annabawi Lilbanat Langkawi
-
Shopping di Wisma Haji Ismail Group
Hari Ketiga
-
Island Hoping = Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Eagle feeding
-
Shopping di Beras Terbakar
-
Berjalan2 di Pantai Chenang
-
Makan Laksa Power di Pantai Chenang
-
Shopping di Idaman Suri
-
Bergambar di Dataran Lang
Hari Keempat
-
Pulang semula ke KL
Tunggu di next entry saya cerita lebih detail bercuti di Langkawi
ini cerita pasal
holiday
Tuesday, March 03, 2015
Pisang cheese Shah Alam
Pisang cheese Shah Alam
Fenomena pisang cheese
ni memang melelehkan air liur. Lagi2 orang yang suka makan pisang dan
cheese macam aku.
So far aku dah try 2 pisang cheese. Satu @thepisangcheese dan Pisang Cheese Jakarta. Dua2
pun sedap . Jap pikir, mungkin pisang cheese jakarta lagi sedap sikit. Rasa pisang
cheese yang sedap sebenarnya terletak ada tepung goreng pisang yang digunakan.
Pisang cheese ni
rupanya digoreng macam pisang goreng biasa dulu kemudian ditabur dengan cheese
dan apa2 perisa tambahan. Tapi cheese nya tak sebanyak mana yang disangka pun.
Kedai Thepisangcheese
ni terletak di Restoran Jamal Kelana Jaya tapi masa aku order dia ada buat
delivery kat Shah Alam, cepat2 la aku order. Minimum delivery ke Shah Alam
adalah 6 kotak kecik atau 1 big box dan 2 kotak kecik dan RM10 delivery charges.
Aku order 6 kotak kecik, semua perisa aku order. Petang tu kira hi tea pepisang
la. Paling sedap bagi aku perisa salted caramel , white choc dan cinnamon
sugar. Harga pun berpatutan bagi aku.
Pisang Cheese
Jakarta pula ada banyak cawangan kat Shah Alam. Aku pergi kat cawangan Seksyen
7 di Restoran Lawangsari. Aku beli perisa Oreo. Memang sedap. Tak tahan betul
nak habiskan sorang. Berebut dengan
suami masa dalam kereta. Harga pisang cheese Jakarta ni mahal sikit iaitu RM8.
Kalau nak try boleh la pergi ke restoran2 yang jual pisang
cheese ni atau boleh call untuk delivery juga!
ini cerita pasal
makanan sedap shah alam
Friday, February 27, 2015
Tips Mudah Bersalin
Tips Mudah Bersalin | tips bersalin cepat | tips bersalin awal | tips bersalin secara normal | tips bersalin cepat dan lancar
Walaupun aku bersalin secara czer, tapi aku banyak buat
research untuk bersalin lepas bersalin LOL. Lagipun proses bersalin aku
disabotaj. Hmm malas nak ceghita, Patutnya carilah ilmu sebelum bersalin. Aku
ingat aku da macam banyak dan faham cara nak bersalin tapi usaha dan ilmu aku
tak cukup lagi rupanya. Nasihat aku, pergilah kelas bersalin gentle birthing or
AMANI. Sesungguhnya kelas2 itu amat membantu proses kelahiran nanti. Insyallah.
1.
Aktifkan dirimu
Orang yang aktif masa mengandung dan hampir
bersalin memang mudah bersalin. Selalunya orang akan nasihat, nak dekat
bersalin nanti banyakkan rehat, lagipun memang tak larat pon di akhir
mengandung tapi patutnya kena lagi aktifkan diri seperti buat kerja rumah,
basuh toilet, kemas rumah. Macam basuh toilet boleh mencangkung sebab
mencangkung sebenarnya untuk memudahkan bersalin. Kalau nak exercise, boleh
squat dan berjalan banyak.
2.
VCO
Boleh makan VCO sebab ia melembutkan
serviks kita. Ramai yang makan VCO
dan kata mudahnya baby meluncur keluar. Masa mengandung dulu pon aku makan VCO
Tanamera dan masa nak bersalin tu, doktor check dan katanya serviks dah lembut.
Rasa VCO Tanamera ni macam gula2 kelapa. Kalau suka gula2 kelapa, memang sedap
la makan. Kalau tak lalu boleh ambil yang kapsul punya kot.
3.
Kurma
Kurma juga amat bagus semasa proses melahirkan anak seperti dalam surah
Maryam ayat 25.
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan
menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang
hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya
aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan
berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
Kurma memberi tenaga untuk bersalin selain dapat merangsang hormon
oxcytocyn untuk mudahkan bersalin.
4.
Exercise
Exercise yang bagus untuk ibu mengandung adalah squat dan berjalan dengan
perlahan. Kalau hari2 dapat keliling tasik ke taman ke itu sudah cukup bagus
sebenarnya
5.
Posisi
semasa bersalin
Posisi semasa bersalin adalah sangat penting untuk memudahkan proses. Kebanyakan
ibu2 terbaring je masa sakit contraction dan itu sebenarnya melambatkan lagi
proses bersalin. Bayangkan kita mahu buang air besar secara baring, mesti tak
selesa kan? Hatta kalau nak kentut pun
secara baring macam tak lancar je, kena mengiringkan sedikit badan baru selesa
sikit nak kentut. Macam tu juga bersalin. Bila terbaring je, itu tak menurunkan
bayi dengan mudah kerana graviti tak menarik baby turun dan keluar dengan
mudah. So bila kat hospital nak bersalin nanti, kalau boleh minta la supaya
dapat bergerak dan bertukar posisi tidak baring semata2
6.
Doa
Dan yang penting sekali adalah doa. Antara doa yang baik semasa nak
bersalin adalah doa nabi yunus. Minta maaf juga kepada suami, ibu dan ibu
mertua anda , minta mereka doakan supaya dipermudahkan proses bersalin.
Semoga dengan tips menghadapi saat
bersalin anda dipermudahkan bersalin dan dapat menikmati saat2 indah bergelar
seorang ibu kelak. Insyallah amin.....
ini cerita pasal
pregnancy
Tuesday, January 06, 2015
Lauk Berpantang
Sebelum bersalin, aku da survey dan buat list apa yang boleh
dimakan dan apa yang tak boleh dimakan. Since aku berpantang di rumah mak aku,
aku da siap tuliskan resepi lauk berpantang bersalin dan tampal kat peti sejuk untuk memudahkan mak aku
masak lauk berpantang nanti. Thank you mak!
ikan bawal stim, pegaga, nasi panas, buah oren
1st day lepas bersalin, makan lauk biasa je,
hospital takde sediakan makanan tapi kita boleh request sediakan makanan. Staf
hospital akan tolong belikan makanan kat kedai makan berhampiran.
Lepas balik rumah, baru mak aku tolong masakkan lauk
berpantang. Aku macam kuat sikit pantang la sebab mak aku kata dulu dia makan
je apa2 tapi secara sederhana la. First 2 weeks, aku makan ikan je. Ikan yang
dibakar, direbus, distim. Mula2 makan cam sedaplah, lama2 boring juga. Masuk
minggu ketiga da start makan ayam dan minggu ke 4 da tak kuat pantang sangat da
haha. Tapi still beringat juga la. Lauk berpantang aku mesti ada bawang putih, halia dan black pepper untuk memanaskan badan.
sayur mint, sawi, lobak putih, nasi panas, ikan bilis goreng
Ikan yang aku
makan adalah kerisi, bawal putih, tenggiri, ikan bilis. Sayur pula; sawi,
pegaga dan lobak putih (orang kata boleh tambah susu tapi kak bidan kata ni
angin ). Ayam pula better ayam kampung. Buah : buah oren sumber vitamin C baik
untuk sembuhkan luka. Kuah pencicah, boleh makan air asam. Sedap juga sebagai
penambah selera. Aku pernah baca dari fb kak bidan kata boleh makan nasi
arab/nasi beriyani lepas 2 minggu berpantang tapi daging or kambing saja ya. Minggu
akhir2 berpantang, aku da makan spaghetti aglio olio lagi tapi aglio olio aku
hanya ada olive oil, bawang putih dan black pepper.
ikan bawal halia syim, sayur sawi, nasi panas
Lepas habis
pantang still berjaga-jaga makan sampailah 100 hari. Ais elakkan, makanan
sejuk lagi2 untuk ibu menyusu. Tapi kalau
teringin sangat, makanlah secara besederhana atau merasa sikit.
ikan kerisi panggang, pegaga, air asam, nasi panas
air asam, sayur sawi n carrot, ikan kerisi panggang, nasi panas
ikan kerisi stim
ayam blackpepper panggang, lobak putih, buah oren, nasi panas
ini cerita pasal
berpantang
Subscribe to:
Posts (Atom)