Tuesday, March 03, 2015

Pisang cheese Shah Alam

Pisang cheese Shah Alam

Fenomena pisang cheese  ni memang melelehkan air liur. Lagi2 orang yang suka makan pisang dan cheese macam aku.

So far aku dah try 2 pisang cheese. Satu @thepisangcheese dan Pisang Cheese Jakarta. Dua2 pun sedap . Jap pikir, mungkin pisang cheese jakarta lagi sedap sikit. Rasa pisang cheese yang sedap sebenarnya terletak ada tepung goreng pisang yang digunakan.

Pisang cheese ni rupanya digoreng macam pisang goreng biasa dulu kemudian ditabur dengan cheese dan apa2 perisa tambahan. Tapi cheese nya tak sebanyak mana yang disangka pun.



Kedai Thepisangcheese ni terletak di Restoran Jamal Kelana Jaya tapi masa aku order dia ada buat delivery kat Shah Alam, cepat2 la aku order. Minimum delivery ke Shah Alam adalah 6 kotak kecik atau 1 big box dan 2 kotak kecik dan RM10 delivery charges. Aku order 6 kotak kecik, semua perisa aku order. Petang tu kira hi tea pepisang la. Paling sedap bagi aku perisa salted caramel , white choc dan cinnamon sugar. Harga pun berpatutan bagi aku.



Pisang Cheese Jakarta pula ada banyak cawangan kat Shah Alam. Aku pergi kat cawangan Seksyen 7 di Restoran Lawangsari. Aku beli perisa Oreo. Memang sedap. Tak tahan betul nak habiskan sorang. Berebut dengan suami masa dalam kereta. Harga pisang cheese Jakarta ni mahal sikit iaitu RM8.

Kalau nak try boleh la pergi ke restoran2 yang jual pisang cheese ni atau boleh call untuk delivery juga!




3 comments:

nieja said...

i kdg2 buat sdiri je pastu
parut cheese byk2 lagi puas hati hehee

Unknown said...


Fantastic items from you, man. I have take note your stuff prior to and you're just too wonderful. I actually like what you have received right here, certainly like what you are saying and the way through which you are saying it. You make it entertaining and you still care for to keep it wise. I can not wait to read much more from you. This is really a terrific site. capitalone.com

Unknown said...


What's up to every single one, it's truly a fastidious for me to visit this web site, it contains priceless Information. aol email login

Google