Friday, October 24, 2014

Nuh Irsyad bin Luqman Maat

Di hening subuh Jumaat 4.45am 15 Ogos 2014, seorang bayi lelaki yang comel dan merah2 dilahirkan di Hospital Umra Shah Alam. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, saya da selamat bersalin ikut tingkap (czer) walaupun sedikit terkilan tak dapat bersalin normal.


Alhamdulillah baby yang diberi nama Nuh Irsyad bin Luqman Maat lahir dengan berat 2.7kg. kecik saje baby saya. Baju semua besar2 je dia pakai masa baru lahir walaupun size newborn. Alhamdulillah anak ku sihat, kuning pun takde sangat lepas lahir.

Anugerah terindah dan amanah yang besar untuk mama dan ayah.

Hari ni baby Nuh Irsyad sudah genap 10 minggu bersamaan 2 bulan ++



Wednesday, October 08, 2014

Pengalaman pertama kali Checkup di Hospital Umra

Pengalaman pertama kali Checkup di Hospital Umra

Disebabkan saya bercadang untuk bersalin di Hospital Umra, maka apabila kandungan sudah masuk 7 bulan, saya pun datang ke Hospital Umra di Seksyen 13 Shah Alam untuk buat checkup. Google google kat internet ada yang bagi not so good review, tapi kita pergi sendiri dan rasa berpuas hati dengan servis checkup di Hospital Umra.

Saya pilih Hospital Umra kerana tiada hospital kerajaan yang berdekatan dengan rumah saya di Shah Alam. Nak tunggu Hospital Seksyen 7 Shah Alam buka, pah ceroh tak buka2. Hospital kerajaan lain pula macam jauh dari rumah dan agak sesak untuk ke sana selain saya dan suami tidak biasa jalan untuk ke sana lagi2 kalau tengah emergency lagi la cuak. Hospital Umra juga antara hospital swasta yang bayarannya termurah di Shah Alam dan mampu untuk kami suami isteri. Hospital Umra juga sangat dekat dengan rumah keluarga saya, dalam 10-15 minit da boleh sampai.

First time checkup, kena isi borang dan apa2 yang patut. Prosedurnya sama macam klinik kerajaan (KK) juga. Mula2 ambil berat, check blood pressure (bp) , buat ujian air kencing dan tunggu sehingga doktor panggil masuk ke bilik rawatan. Untuk first checkup, disebabkan saya tak pernah buat details scan, 3D and 4D scan, saya dipanggil untuk buat scan2 tersebut. Doktor yang buat scan tu adalah doktor perempuan yang berbangsa Cina (sorry tak tahu nama) dan doktor sangat baik dan friendly. Bila buat scan tu, tak dapat nak tengok muka baby sebab tali pusat menutup mukanya, tapi dapat tengok kaki baby, telinga baby dan jantina baby. Alhamdulillah details scan tersebut juga menunjukkan baby cukup sifat dan sihat.

Kemudian, masuk semula ke bilik doktor dan doktor check dan nasihat sikit2. Lepas tu boleh balik yeyyy.


Tentang bayaran pula, bil saya adalah RM 150 sebab hanya buat details scan oleh kerana muka baby tak nampak, so dia tak caj untuk 3D scan. Tiada ubat yang diberi sebab saya makan ubat yang diberi oleh KK. Waktu menunggu pula lebih kurang macam KK juga dalam sejam atau 2 jam. Macam saya, suka datang awal pagi, so dapat giliran pun awal. Untuk checkup seterusnya , bil nya pula dalam RM 70 – RM 150.

Tapi kalau anda datang lewat macam pukul 10am ke, nak dapat giliran punya la lambat..Lepas check berat, BP dan air kencing, nak tunggu jumpa doktor punya la lama. Ada satu ketika saya balik je sebab dah penat menunggu dan sebab suami dah nak pergi solat Jumaat. Kemudian bila dah sampai rumah, nurse pun call kata sekarang dah giliran saya, Tapi sorry la..kawe dah penat tunggu, 


Google