Saturday, October 30, 2010

Fairytale vs Rockstar : Annual Dinner Fits October 2010

Majlis gilang-gemilang sudah tamat. Jika hari itu, saya bersedih sebab tidak dapat pakai baju sendiri masa dinner, tapi tidak lagi pada hari ini. Sebab bila tengok gambar, saya macam lawa la jugak kan, jadi tidak sedih lagi HAHA


Dinner yang saya sudah rancang dalam kepala otak sejak sem lepas lagi, akhirnya menjadi kenyataan. Thanks a lot kepada AJK2 FITS yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan menahan dan melayan karenah kami yang macam2 sampai gaduh2 manja. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas ketelanjuran atau tak puas hati pada kami yang hanya mahukan yang terbaik. Moga kita sama2 belajar dari pengalaman, bagaimana untuk menguruskan majlis, bagaimana untuk mengurus orang yang banyak cekadak macam kami. Peace no war!

Tema : fairytale vs Rockstar. Pada mulanya saya terfikir tema fairytale sahaja, mahu lari dari kebiasaan dinner FITs sebelum2 ini yang style lama2 pakai baju kurung lip lap dengan selendang manik yang lip lap sampai silau mata. Tapi kalau fairytale sahaja, pasti pelajar laki tak mahu pakai tuxedo atau blazer yang sangat skema. Jadinya tema rockstar sangat sesuai untuk mereka

Tempat : Sutra Beach Resort. Dewannya sangat ok dan selesa yang boleh menempatkan sehingga 12 meja kot tak silap atau lebih sikit la. Makanan pun ok la..feedback dari mereka-mereka : macam lauk kat rumah @ kat café je. Macam ni mak aku pon boleh masak. lauk sedikit je, kalau amik kat café ni tak sampai RM3 ( untuk makan berhidang sahaja), tapi mereka yang amik buffet memang sedap la melantak. Tapi Alhamdulillah tetap kenyang


encik suhailan paling rock malam tu

Majlis bermula dengan senior2 ditempatkan di luar dewan, tak boleh masuk. Apabila pintu dewan dibuka, seperti perarakan di red carpet oleh senior2. Macam biasa, doa, ucapan, penyampaian sijil dan kemudian senior2 kena naik pentas sorang2 pulak dan buat gaya tersendiri untuk pilih siapakan Mr n Miss Popular malam itu.


Kemudian….makannnnn. Makan sambil diiringi music, dapat idea untuk pasang video Nowseeperot yang budak2 laki pernah buat masa sem 3 dulu. Hadirin semua terhibur dengan video nasyid itu yang memang lawak pecah perut tapi style.


Kemudian, kami buat persembahan, nyanyi lagu Suaraku Berharap. Walaupun berterabur tapi layan je la..then, aizat main gitar, najmi vokalis kedua, bedi vokalis utama nyanyi lagu bulan 8 di kuantan. Haha lawak dengar tapi suara bedi macho , cair dengar :p


Untuk awards, Mawardi dapat Mr Popular, kak Naemah dapat Miss Popular dan Najmi jadi Jewel of the Night. Tahniah :D

Akhir sekali, pastinya bergalok amik gambar sampai ada orang yang demam esoknye..siannnn

cerita dan gambar lain di blog mereka
1. izzah
2. rainbow cloudy
3. syuzana


Saturday, October 23, 2010

Kita merancang, Allah yang menentukan : Annual Dinner FITS Oktober 2010

Memang kita hanya merancang..merancang nak pakai baju dinner colour cream..tapi alih2 pakai baju dinner colour kelabu

Merancang nak pakai tudung style ariani plus tudung siti, tapi alih2 pakai shawl belit2 plus inner Syria..

Sedih..tak dapat pakai baju sendiri masa annual dinner ku yang terakhir..di suggestkan untuk memakai dress yang memang lagi cantik dan grand tapi ia tak sesuai sangat untuk saya sebab kegemukan itu menyebabkan semua gambar saya nampak gemuk..waaaa..cmne nak letak gambar dalam facebook ni T__T

tapi……………….bila masa pula nak pakai jubah dress ku yang da bersusah payah dan berdebar2 menunggu sampainya ke tangan ku ini? Beli online kat Mawarni Shoppe.

Nak pakai masa tunang, entah bila agaknya nak bertunang, dah calon pon tarak..

Wuwuw….benda dah lepas usah dikesali kerana ia tidak dapat berputar semula

Oh tapi annual dinner malam tadi memang best dan havoc! Tidak bosan seperti dinner2 sebelum ini. cuma makan je macam tak cukup tapi alhamdulillah kenyang..burrppp...

Terima kasih banyak yang tidak terhingga kepada junior2, exco2 dan MT FITS kerana menjayakan majlis ini dengan gilang gemilang dengan tema yang pelbagai – Fairytale vs Rockstar ( idea saya, maaf Puan hasni ..huhu), 1Malaysia, hitam dan putih

Tapi paling sporting tentunya Encik Suhailan sebab pakai baju ala rockstar gitu dengan jaket dan seluar jeans nya..memang sporting la ! terbaik !!!

Kak Naemah paling comel semalam sebab pakai baju ala ibu peri dan izzah paling glamour ala-ala orang pergi awards

Dan kami memang have fun last night, sangat enjoy dengan persembahan yang main hentam saje lah ( nyanyi lagu suaraku berharap – hijau sambil diiringi gitar akustik), ulang tayang balik video budak2 lelaki buat sebelum ni (Nowseeperot) dan amik gambar macam gila, posing dulu tapi camera entah di mana HAHA


Dinner terakhir bersama FITS T____T

Gonna miss u guys a lotzzzzzz ..muahxxssss

p/s : menaip sambil pakai baju dinner yang tak jadi. Sadis ok ! gambar akan diuplod later..itu pun kalau saya jumpa gambar saya yang cantik . ahaks!


Friday, October 15, 2010

Auniez cinta PHP : AJAX bin PHP; OZEKI binti PHP



Lepas mandi = main coding

Bangun tidur = tengok coding

Tengah makan = cari coding


saya SEDANG BERCINTA dengan ENCIK PHP BIN SQL sekarang ini ♥

tak lama lagi akan ada anak bernama AJAX dan OZEKI ♥ ♥ ♥

anak lelaki = AJAX bin PHP

anak perempuan = OZEKI binti PHP

-Social Networking in Higher Learning Institution :
Lecture Status Notification
-


Saturday, October 02, 2010

Hari raya terakhir dapat duit raya

Sedihkan tajuk di atas? tapi.. Insyallah kalau ada rezeki, dah dapat kerja tahun depan, boleh la bagi duit raya kepada kanak-kanak, makcik2, emak dan abah. Macam excited juga bila boleh bagi orang duit raya. Sebab bila kita buat orang gembira, kita pon pasti gembira kan

Raya tahun ini tidak balik ke kampong di Johor. Macam tidak best pula tapi tetap meriah sebab semua saudara-mara dapat berkumpul bersama2 pada hari raya.

Hari terakhir puasa, kami berbuka di rumah makcik di Ampang. Memang tradisi keluarga, rumah di Ampang adalah tempat berkumpulnya kami sekeluarga. Sejak arwah atok dan nenek masih ada, itulah tradisi kami. Takbir raya beramai2, tahlil dan pasti makan2. Aku suka pergi ampang sebab makcik aku mesti masak best2. Lauk tradisi keluarga mesti ada. Masa berbuka, ada bubur lambuk, then lauk raya ketupat nasi, kuah kari ayam kampong, ayam goring kampong dan kuah lodeh. Heaven dowh makan! Ayam kampong paling syok makan sebab baru lagi manis


Lepas habis sesi2 semua itu, sesi main mercun ! tapi tak best sangat main mercun kat sini sebab kawasan tak lapang. Lebih seronok main di kampung sebab lebih selamat dan kawasan pun luas. Plus boleh lawan mercun dengan jiran sebelah. Pom pom pom, gila ah mantap main mercun kat kampong. Tapi kat Bandar juga boleh tahan juga perlawanan main mercun. Bunyi meletup kuat gilak. Menjelang tengah malam, baru la pulang ke rumah


Esoknya, pagi raya, kami makan lauk semalam yang dibekalkan oleh makcik sebab confirm mak tak sempat nak masak kan. Tak best raya tahun ni, sebab lupa amik gambar keluarga di hari raya. Pikir makan je sebab tu lupa HAHA


Kemudian pergi ampang kembali. Sampai2, makcik dan cuzin ku mengajak beraya di rumah jiran mereka. Lepas solat Jumaat pula, makan nasi briyani. Yehh sedap2. Beraya pula ke rumah saudara di Damansara. Kat sini makan nasi tomato. Sangat sedap yaw makick Rubi punya nasi tomato memang terbaik! Kurang best raya kali ini : hujan lebat di hari raya menyusahkan sedikit pergerakan. Malam pula : beraya di rumah pakcik di Shah Alam tapi kat seksyen 2 la. Kemudian pulang ke istana beradu


Raya kedua, beraya di kampung Teluk Intan. Meriah raya kali ni, sebab semua sepupu sepapat balik on da same day. Kalau dulu jarang dapat berkumpul beramai2. Dan ini setelah berapa tahun baru dapat kumpul ramai2 camni masa hari raya. Best balik kampong Teluk Intan sebab mak de masak SEDAP ! tambah berkali2, bukan aku je, adik2 aku, sepupu2 aku, pakcik aku yang tengah beraya kat Dungun pun sanggup turung Teluk Intan sebab nak makan lauk kampong yang sedap; sepupu belah bapak aku pun kata sedap. Lauk apa yang sedap? Adik beradik aku punya feveret : sambal ikan bilis ( PALING TERBAIK ), sup tulang ( TERBAIK ), sambal udang lemak. Cuzin2’s fevered but not really our feveret : singgang daging

Best raya ni : sebab rumah kampong dah ada wifi. Semua duk main tenet, update status facebook. Lepas semua dah kenyang, adalah sesi bergambar. Aku setting camera yang leh tangkap gambar banyak kali snap. Hasilnya adalah gambar2 di bawah. Aku dan keluarga aku gelak2 je bila klik gambar2 ni laju2. Macam gambar bergerak HAHA.





Raya ketiga beraya di Ipoh, di rumah dua pupuku, nadhiah dan rumah makcik Ros. Balik Teluk Intan semula, beraya pula ke rumah dua pupu ku yang terletak di sebelah rumah je. Datang raya hari ahad, balik tengah malam isnin. Amazing kan?

Raya keempat, sudah pulang ke KL. Beraya di rumah kak Maslina n family. Makan nasi lemak sotong sedap gila. Haha semua makanan pun aku kata sedap


Hari terakhir aku berada di Shah Alam sempena raya, hari Jumaat, saje aku plan nak buat open house kecil2an untuk kawan2 rapat ku dan kawan2 adik2ku..mak memang terbaik lah, macam2 dia masak. Mula2 aku plan mee hoon sup n nasi impit kuah kacang tapi mak masak rendang, mee hoon goreng, mee hailam. Memang terbaik la emakku. Love u so much mummy!

Tapi habis semua biskut raya air tanganku terutamanya chocolate chips dan cornflake madu. Habis licin! Tak sempat nak bawa balik ganu T___T

lagu raya yang baru yang saya suka. Lagu Bunga Api di Hati - Farah Fauzana, Leya, Stacy, Shila .Layannnnnn.....

Powered by: Free Mp3 Download


Google