Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Hari Raya 2013

Malam raya

Hari raya 2013 punya cerita baru nak update selepas sebulan raya? Biasalah I sibuk U. Serius busy kerja lepas raya. Tiap2 weekend kena kerja T_T (air mata takde darah)

tahlil dan takbir

Actually raya tahun ni, seperti raya2 tahun lepas, atau seperti raya masa di zaman U dulu, maksud lain juga adalah tak beraya sangat punnnn. Sebabnya sudah disebut di atas.

Tapi tahun ni macam semangat beli baju raya. Banyak gila shopping baju, sampai lepas raya, makan maggi la. ( Tipu je, duk rumah sendiri mana mungkin makan maggi) . Kegilaan membeli belah online menjadi2 sewaktu itu.


Raya pertama, kami sekeluarga pakat nak pakai turqoise, kecuali ahli keluarga lelaki iaitu bapa dan adik lelaki sebab malas beli baju baru. Tengok2, tahun ni ramai no pakai turqoise juga.


Raya kedua kita beli dekat instashop alshawlsmalaysia. Baju kaftan dengan kain pareo. Tak reti sebenarnya pakai kain pareo tu tapi hantam sajelah..tapi suka  gila kot beli dapat beli baju ni. baru la rasa rare sikit.

Tudung pula, dua2 dari Sincerelybyus Shawls yang terletak di Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam. Masa tu banyak gilaaaa square shawl and ramai gila orang shopping kat situ. Tapi puas hati la shopping di sana





Tuesday, September 04, 2012

Raya 2012


Selamat Hari Raya ke 11 hari!! Minta maaf zahir dan batin kalau banyak merepek dalam blog. Tapi rasanya macam dah kurang merepek dalam blog. Ye tak?

Dah tajuknya raya mesti la isi dan gambarnya juga pasal raya kan...tak banyak gambar pun raya tahun ni tapi meriah tetap meriah juga la

Malam raya pertama pastinya berkumpul bersama family di Ampang. Bertakbir bersama-sama menyambut kedatangan syawal yang meriah. Makan2 yang enak pastinya. Makan macam tak ingat dunia ye juga.

Tapi yang seronoknya beraya dengan orang baru , orang yang baru lahir ke dunia la..Al-Iman Danish. Hensem boy baby Iman!


Lagi sorang comel girl kita berjumpa pada esok harinya..tapi dah malam sangat..ummi Iqa tak sempat nak amik gambar Sofia Nabihah.


ondaway beraya ke Ampang


Hari raya kali ni special sikit sebab hari raya pertama dan pagi raya dah ada orang datang beraya. Kalau dah  datang raya pertama tu, nampak lah kespecialan sikit kat situ kan mihmih ♥


Raya kedua dan seterusnya, kami beraya di Teluk Intan. Sampai2 dah petang, jam sikit la..ikut jalan dalam..kalau highway confirm berjam jam. Raya kat Teluk Intan kali ni, tak ke mana2 sangat, hanya tolong2 mak de bila ada orang datang beraya.


Habis part one. Masih ada banyakkkk hari lagi jadi maknanye banyakkkk open house lagi dan banyakkkk jammmmmmm jugak la....Enjoy your raya!




Monday, September 19, 2011

Hari Raya 2011

Raya tahun ini adalah sangat meriah. Setiap minggu ada aktiviti sampai tiada kesempatan untuk berehat. Tapi yang paling penting adalah seronok

Dan untuk pertama kali, rumah saya penuh dengan tetamu sampai tiada tempat untuk duduk. Tapi rasa sangat seronok sebab saudara-mara sudi datang dan memuji soto mak saya hehe

Full house di hari raya!


Saturday, October 02, 2010

Hari raya terakhir dapat duit raya

Sedihkan tajuk di atas? tapi.. Insyallah kalau ada rezeki, dah dapat kerja tahun depan, boleh la bagi duit raya kepada kanak-kanak, makcik2, emak dan abah. Macam excited juga bila boleh bagi orang duit raya. Sebab bila kita buat orang gembira, kita pon pasti gembira kan

Raya tahun ini tidak balik ke kampong di Johor. Macam tidak best pula tapi tetap meriah sebab semua saudara-mara dapat berkumpul bersama2 pada hari raya.

Hari terakhir puasa, kami berbuka di rumah makcik di Ampang. Memang tradisi keluarga, rumah di Ampang adalah tempat berkumpulnya kami sekeluarga. Sejak arwah atok dan nenek masih ada, itulah tradisi kami. Takbir raya beramai2, tahlil dan pasti makan2. Aku suka pergi ampang sebab makcik aku mesti masak best2. Lauk tradisi keluarga mesti ada. Masa berbuka, ada bubur lambuk, then lauk raya ketupat nasi, kuah kari ayam kampong, ayam goring kampong dan kuah lodeh. Heaven dowh makan! Ayam kampong paling syok makan sebab baru lagi manis


Lepas habis sesi2 semua itu, sesi main mercun ! tapi tak best sangat main mercun kat sini sebab kawasan tak lapang. Lebih seronok main di kampung sebab lebih selamat dan kawasan pun luas. Plus boleh lawan mercun dengan jiran sebelah. Pom pom pom, gila ah mantap main mercun kat kampong. Tapi kat Bandar juga boleh tahan juga perlawanan main mercun. Bunyi meletup kuat gilak. Menjelang tengah malam, baru la pulang ke rumah


Esoknya, pagi raya, kami makan lauk semalam yang dibekalkan oleh makcik sebab confirm mak tak sempat nak masak kan. Tak best raya tahun ni, sebab lupa amik gambar keluarga di hari raya. Pikir makan je sebab tu lupa HAHA


Kemudian pergi ampang kembali. Sampai2, makcik dan cuzin ku mengajak beraya di rumah jiran mereka. Lepas solat Jumaat pula, makan nasi briyani. Yehh sedap2. Beraya pula ke rumah saudara di Damansara. Kat sini makan nasi tomato. Sangat sedap yaw makick Rubi punya nasi tomato memang terbaik! Kurang best raya kali ini : hujan lebat di hari raya menyusahkan sedikit pergerakan. Malam pula : beraya di rumah pakcik di Shah Alam tapi kat seksyen 2 la. Kemudian pulang ke istana beradu


Raya kedua, beraya di kampung Teluk Intan. Meriah raya kali ni, sebab semua sepupu sepapat balik on da same day. Kalau dulu jarang dapat berkumpul beramai2. Dan ini setelah berapa tahun baru dapat kumpul ramai2 camni masa hari raya. Best balik kampong Teluk Intan sebab mak de masak SEDAP ! tambah berkali2, bukan aku je, adik2 aku, sepupu2 aku, pakcik aku yang tengah beraya kat Dungun pun sanggup turung Teluk Intan sebab nak makan lauk kampong yang sedap; sepupu belah bapak aku pun kata sedap. Lauk apa yang sedap? Adik beradik aku punya feveret : sambal ikan bilis ( PALING TERBAIK ), sup tulang ( TERBAIK ), sambal udang lemak. Cuzin2’s fevered but not really our feveret : singgang daging

Best raya ni : sebab rumah kampong dah ada wifi. Semua duk main tenet, update status facebook. Lepas semua dah kenyang, adalah sesi bergambar. Aku setting camera yang leh tangkap gambar banyak kali snap. Hasilnya adalah gambar2 di bawah. Aku dan keluarga aku gelak2 je bila klik gambar2 ni laju2. Macam gambar bergerak HAHA.





Raya ketiga beraya di Ipoh, di rumah dua pupuku, nadhiah dan rumah makcik Ros. Balik Teluk Intan semula, beraya pula ke rumah dua pupu ku yang terletak di sebelah rumah je. Datang raya hari ahad, balik tengah malam isnin. Amazing kan?

Raya keempat, sudah pulang ke KL. Beraya di rumah kak Maslina n family. Makan nasi lemak sotong sedap gila. Haha semua makanan pun aku kata sedap


Hari terakhir aku berada di Shah Alam sempena raya, hari Jumaat, saje aku plan nak buat open house kecil2an untuk kawan2 rapat ku dan kawan2 adik2ku..mak memang terbaik lah, macam2 dia masak. Mula2 aku plan mee hoon sup n nasi impit kuah kacang tapi mak masak rendang, mee hoon goreng, mee hailam. Memang terbaik la emakku. Love u so much mummy!

Tapi habis semua biskut raya air tanganku terutamanya chocolate chips dan cornflake madu. Habis licin! Tak sempat nak bawa balik ganu T___T

lagu raya yang baru yang saya suka. Lagu Bunga Api di Hati - Farah Fauzana, Leya, Stacy, Shila .Layannnnnn.....

Powered by: Free Mp3 Download


Wednesday, September 08, 2010

kad raya semua elektronik sudah..

semua orang dah pandai berjimat sekarang ni sebab tak payah beli setem. semua kad raya kita tag orang di facebook sudah..


tapi masih ada lagi kad raya yang diberikan tangan ke tangan atau suruh abang posmen tolong hantar. buktinya saya dapat dua kad raya yang original taw!


kak Asmaa Salsabila

Zhie Xi

apa2 pun selamat hari raya! makan ketupat ingat saya :p

dan ini adalah kad2 raya elektronik yg sy dapat di muka buka



Cah @ Nabila


bibah & budakHebat


Harris


Tengku Izzah & Azren Sharif


asma' Hashim & Ali-Al amiri


Nadia


farah marsha & syaerah


kak Lia & kak Ika


Kak Mena & Luqman Maat


Cahsyara Asca


Puan Connie


Bella & Mirul


Wani & Syazwina



Google